Semalam Kak Pilla masak ikut tekak anak-anak.. Amaani nak ayam masak kicap dengan telur rebus. Kasih pulak memang tak suka masak kicap.. So dia request nak ikan bawal masak berlada dengan sayur masak lemak putih.. Bawal takde pulak, siakap ada so mari masak siakap lagi.
Pak Radie pulak, ingatkan dia buka kat luar dengan kengkawan, tapi tetiba dia balik pulak.. So makan jelah selera anak-anak ni..
Telur rebus pun suka.. tak paham aku.
Dia bawak balik lagiiiiii.. yong tow foo dengan popiah sira. Dasyat betul tahap ketaksuban dia dengan dua benda ni.. Tapi dia yang teringin so kita diam jelah hehehe
Aku teringin Bakwan ni.. So dah cakap kat bibik awal-awal minta buatkan.. ada hirisan cili padi.. hirisan carrot, bawang, udang.. ntah apa lagi dalam tu tah.. tapi rangup and sedap tak macam cekodok biasa..
Lama tak masuk gambar selfie tuan belog. Sila jangan menyampah.. Harini tuan belog kene pergi sekolah amik report card anak... Hmmm anak dua kenalah take turn, amik Amaani punya dulu baru amik Kasih punya..
Semalam amik result KAFA amaani.. sebelum tu dia ada cakap "Mama, Amaani dapat no. 23 periksa KAFA".. Aku cakap kat dia, takpe lepas ni boleh improve lagi, jangan main-main.
Pastu semalam masa jumpa ustazah, aku duduk pastu toleh-toleh tengok Amaani dah hilang.. Eh geram betul dia ni.. ikut suka dia je.. orang lain datang amik result, elok je anak duduk sebelah mak dia.. huh..
Pastu ustazah tanya, Puan tau tak Kasih Amaani dapat no berapa dalam kelas? dengan confident aku cakap "Tau, no 23"
Ustazah pandang aku "Amaani cakap ke?" "A'ah semalam dia ada bagitau, kenapa salah ke ustazah?"
Ustazah gelak, "ishh Amaani ni, dia dapat no. 3 bukan 23" hahahaha aku terus macam blur sikit "oooooo dia confident je cakap 23 semalam"
Pastu ustazah cakap "Amaani dalam kelas pendiam, dia tak banyak cakap dan tak delah suka sangat angkat tangan atau excited nak jawab ke apa, cuma boleh tau potensi dia bila ada exam je.. dan dia ok, takde bising-bising dan bergaduh.. dia jenis layan diri je"
Huhhh lega dengar.. tapi dari dia kat Little Caliph itulah komen cikgu jugak pasal dia.. Amaani pemalu dan pendiam.. dia cuma akan bising bila dia ada kawan baik dia je. Result sekolah pagi pun ok dapat no 2 dalam kelas. Tapi aku tak tau dia pendiam ke tak sebenarnya sebab dia suka mengadu dia berjawab-jawab dengan budak lelaki.. Haritu balik sekolah dia cerita "Mama Amaani geram dengan sorang budak lelaki ni, dia cakap macam ni "Aku doakan kau dapat markah 18 bahasa arab. Pastu mama tau? Amaani dapat 100 dia yang dapat 18, pastu Amaani cakap kat dia, tulah lain kali jangan doakan orang dapat 18, sekarang siapa dapat 18?"
Ok anak aku ada belagak sikit hahaha.. Tapi dia jenis kalau marah dia suka lawan balik. Nampak je diam pemalu. Haritu dia cerita dia ada kawan dengan budak kembar.. budak kembar tu darjah 1.. tapi dia cakap salah sorang tu suka tendang orang.. "Amaani panggil dia budak gusti.. dia selalu tiba-tiba datang je tendang kembar dia.. Kesian Amaani tengok"
"Haritu dia datang je dia terus tendang Amaani" Aku pandang dia "Ha??? Amaani buat apa kat dia? kenapa dia tendang pulak?" "Mana ada Amaani buat apa-apa kat dia, dia datang terus tendang" "Dah tu?? Amaani buat apa?" "Amaani cakap kat dia, kenapa tendang?" Pastu Amaani tendang dia balik. Sekarang dia dah tak tendang Amaani dah. Tak tau nak cakap apa.
Bila cerita bab result exam ni aku kena jaga sikit.. Tiap kali Amaani tunjuk result dia mesti aku sorok-sorok dari Kasih.. sebab nanti Kasih akan emo dan rasa down.. "Yelah, Kasih tak macam Amaani"
Ko nak kata apa? Aku cakap dia baru darjah satu.. panjang lagi perjalanan dia.. Kasih kena cuba improvekan mana-mana yang lemah, biar adik-adik jadikan contoh.. janji ada usaha pun mama dah syukur.. Kasih lemah sikit aku tak nafikan. Anak ni lain-lain kita tak boleh compare-compare, kena terima dan cuba lah bantu apa yang patut.. Aku tak dapat nak tolong maths dia, so aku amik tuition kat sekolah dengan home tuition jugak.. takpelah berhabis duit untuk anak pun.. janji kita tolong mana yang mampu.. yang lain semua atas usaha dia.. mama sentiasa doakan anak-anak mama berjaya.. tak nak berjaya dunia je, biar berjaya dunia dan akhirat sekali.
Macam tulah anak-anak... ni baru dua yang dah masuk sekolah rendah.. esok-esok Aleesya tu tak tau lagi cemana.. orang dulu-dulu lagi selamba.. lantak kau lah janji aku dah bagi sekolah. huhu.. anak makin membesar aku kena jaga sikit hati diorang.. tak boleh nampak ada jurang.. sebab tu aku rapat dengan Kasih sebab dia jenis emosi sikit.. aku nak dia selesa mengadu semua benda kat aku.. Dia cakap Papa garang, kadang bukan salah Kasih tapi papa marah Kasih. Mama selalu dengar and mama tak tiba-tiba marah. Takpe janji salah sorang tu dia selesa nak cerita masalah dia. Aku pun garang jugak, tapi jenis tetiba meletop, tetiba baik gila.. hahahah nasiblah korang ada mak saiko mcm ni.. Amaani jenis buat hal dia je.. tapi jangan bagi dia marah.
Semoga sama-sama lah kita jadi ibu terbaik untuk anak-anak.
Tata, jumpa lagi.
Love,
Filla.