*scroll down for new entry*
Aku dan jalan raya tak dapat dipisahkan.. Hahah dah macam lirik lagu dah ni..
Rutin harian ialah hantar anak pergi sekolah.. Pagi gelap lagi dah keluar dari rumah, first destination ialah hantar Kasih pegi sekolah.. Lepas dah hantar dia pegi sekolah, Kak Pilla meneruskan perjalanan ke tempat kerja.. Tengahari kadang tu kene keluar juga beli bahan-bahan basah atau keperluan lain yang dah habis.. nanti petang habis kerja terus gi sekolah nak amik Kasih balik dari sekolah.. dah amik dia balik terus balik rumah. Perjalanan dari Putrajaya ke Sri Kembangan tu amik masa lebih kurang 45 minit (termasuk jalan jam) Itu lah rutin 5 hari bekerja iaitu menjadi supir kepada anak hahahaha... malam pulak 3x seminggu kene hantar tuition malam.. Kalau papa dia takde, mak dia ni jugaklah kene hantar...
Setiap hari Sabtu Kak Pilla kena hantar Kasih pegi tuition kat Wangsa Maju.. Bayangkan dari Seri Kembangan ke Wangsa Maju.. selalu ikut MEX Highway je senang, terus keluar kat Jalan Ampang.. pastu sibuk hal business Ellfie.. Hari cuti atau sabtu dan ahad memang Kak Pilla akan drive sorang-sorang pegi rumah Peej atau Office Ellfie Beauty.
Sepanjang jalan tu hanya berdoa semoga dilindungi perjalanan ni.. Especially bila bawak anak, lagi panjang doa dia hahaha.. Anak-anak jelah yang Kak Pilla ada, so keselamatan tu sangat lah penting.. Lately ni macam-macam pulak accident sana sini yang melibatkan seluruh keluarga terkoban, bayi terkorban.. Sedih dan tak dapat bayangkan semua tu..
Kak Pilla kalau bawak kereta memang muka macam tensi pastu muka garang macam nak makan orang hahahah... Fokus tu penting yaaa.. nak selfie boleh tapi bukan dalam keadaan kereta bergerak ye.. kang ada yang ko pi langgar plak kereta depan tak pasal-pasal je...
Sejak dah ada 2 kereta sekarang ni.. Lagilah Kak Pilla panjang langkah nak ke hulu ke hilir settle kan kerja.. Kira macam, Pak Radie jaga kereta baru, Kak Pilla jaga kereta lama ni.. So semua kena make sure tip top..
Tapiii tapiiii tapiiii i orang perempuan... i tak reti pasal kereta...i tau bawakkkk je.. tayar takde angin? kereta dah service ke belum? minyak hitam ada ke tak? battery dah tukar ke belum?
Tak tauuuuuuuuuuuuuuu!!!! i tau isi minyak kereta dengan topup touch and go je hahahahahah.. bab keselamatan kereta semua serah bulat-bulat kat laki..
Korang tau ke part-part kereta ni?? Tak yah citer banyak lah, nak tanya, korang tau harga tayar berapa?? Kalau tukar 4 tayar berapa cost dia??? Aku tau tu pun sebab tanya Pak Radie.. Bila dia cakap harga terus tak puas hati.. Eh tayar memang mahal ke?? Dah lah every 2 years kene tukar.. Nyampah nyaaaaaaaa!!!!! takde ke tayar yang tahan lebih lama? So tak yah asyik nak tukar je.. so duit lebih utk tayar boleh beli handbag or baju, eh? hehehehe
Gambar selingan kejap hehe.. ini antara jenis-jenis kereta yang boleh fit tayar Goodyear Assurance DuraPlus.
Pak Radie selalunya jadi tempat untuk aku refer pasal kereta.. Nanti dia tolong check kan tayar.. tayar dah nak start botak ke apa.. bila nak tukar.. semua dia yang tolong.. yelah, takkan tak sayang bini ngan anak-anak.. dah tentu aku yang selalu travel with the kids dan aku selalu travel sorang ke hulu ke hilir driving.. mestilah dia risau... tapi dia membebel suruh amik tau sikit pasal kereta.. jangan tau bawak je.. ni lah dia orang pompuan, semua tak reti... Haishhhhhhh sakit hati kite tauuuu!
Jangan ingat orang perempuan ni apa pun tak reti ya... I reti google and buat research ok! Now Kak Pilla tertarik dengan kehebatan Goodyear Assurance DuraPlus. Kalau korang nak tau, Goodyear Malaysia ni is one of the world's top tyre manufacturing company yang tip top dari segi sales dan teknologi.. Goodyear kot.. sapa tak kenal, betul tak?
Sekarang target Kak Pilla ialah nak cari tayar yang bertahan lebih lama dan tak perlu selalu tukar.. jimat perbelanjaan kat situ ;) Masa 'mencari' the best tyre tu la ternampak kat website Goodyear Assurance DuraPlus ni terus rasa macam, Ok, inilah yang aku cari selama ini. Kan kereta yang Kak Pilla pakai sekarang ni Kak Pilla yang fully incharge dah pasal kereta ni.. of course i nak yang terbaik untuk kereta kesayangan i ni hahahhaah..
Goodyear Assurance DuraPlus boleh pergi sejauh 100,000km.. Eceh korang tau ke 100,000km tu sejauh mana hahahah.. itu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang sebanyak 282 kali. Sekarang boleh bayangkan tak betapa jauhnya perjalanan dengan Goodyear Assurance DuraPlus.. Penjimatan di situ kan.. Kalau tak boleh bayangkan takpe.. Meh Kak Pilla share video ni best.. ternganga-nganga kagum Kak Pilla time tengok video ni hehehe..
Hebat kan? setakat Kak Pilla ni kalau travel ke mana je pun.. jadi supir anak setiap hari.. pastu sabtu ahad pusing satu KL je.. confirm lagi lama tayar dapat bertahan dan dapat lebih km dengan Goodyear Assurance DuraPlus..
Goodyear Assurance DuraPlus juga menawarkan Worry Free Assurance yang applicable untuk 6 jenis tayar.
Dengan adanya Worry Free Assurance ni anda dah tak perlu risau kerana Goodyear Assurance DuraPlus akan menggantikan tayar yang baru jika tayar anda ada kerosakan bergantung kepada terma dan syarat.
Apa perlu anda buat sekiranya tayar anda bermasalah?
Yes, itu sahaja. Langkah kedua penting ya.. kene bawak sekali Worry Free Assurance card berserta original receipt pembelian dan tayar yang damaged tu. Kemudian tak perlu risau, tayar anda akan diganti dengan yang baru ;)
Boleh refer Worry Free Assurance dan baca terms and conditions ya.
Masa tengok website dia syok pulak sebab ada banyak info and tips. Korang boleh baca Driving and Safety Tips tu banyak sangat info.. So kita kene jadi pemandu wanita yang serba tahu pasal kereta dan tayar ye... Kalau husband kita tanya lepas ni, biar kita nampak lebih terror dari dia.. pasal tayar ni pon dah boleh explain kat dia why i want Goodyear Assurance DuraPlus ni..
So ladies out there, jom click Goodyear website untuk maklumat lanjut, lepas ni balik rumah boleh eksyen kat husband memasing dan tak nak tayar lain selain Goodyear Assurance DuraPlus ;)
Love,
Filla.