Monday, August 19, 2019

MY KORI

Mykori ni actually dah ada kira-kira 40 cawangan di Malaysia.  Ada macam-macam flavour kalau korang datang sini.. Sampai pening nak pilih yang mana hahaha.. Tapi Kasih pernah makan dengan cousin dia so dia tau dah nak order apa.. Or  korang boleh tanya staff kat sana flavour apa yang top so boleh lah korang try hehehe


 Kitorang pergi ni yang branch kat Equine.. Korang boleh google MyKori outlet nanti carilah yang paling dekat dengan korang yer.. 

Yang ni flavour Thai Tea..

 Dan yang ni Mont Fuji.  

Dia actually shaved ice dan tak muak.. dan yang penting macam Mont Fuji ni takdelah manis sangat.. 



 Dia ada cake with ice cream jugak.. Sempat Kak Pilla snap menu so korang boleh lah refer harga sebelum pergi.. Macam Kak Pilla amik tu both size mini RM13 (Thai Tea) and RM14 (Mont Fuji).

Overall sedaplah dessert ni dan ramai gila orang walaupon location biasa-biasa je.. Dah lah tingkat atas.. sekali naik tangga bukak je pintu, wow full house :)

Boleh follow instagram depa jugak yer @mykoridessertcafe 




Love, 
Filla.

Friday, August 16, 2019

RAYA HAJI 2019

Raya Haji tahun ni turn beraya kat Enstek.  Aku dengan Wan dah plan nak buat BBQ malam raya hehehe.. Semangat Wan membeli bahan-bahan.

Kitorang ni bukannya ramai pun.. Keluarga aku je dengan Pak Long and Mak Long.. Tapi takpelah walaupun sikit, kita buat-buat jelah macam meriah ;)

Menu pertama by iolls hehe.. Senang je.. korang basuh bersih-bersih kentang ni, belah dua.. pastu rebus sampai empuk.  Bila dah empuk sila toskan.. pastu atur kat tray untuk masuk dalam oven.  Memula letak olive oil kat setiap kentang tu.. Pastu korang sprinkle kan garam (biar lebih sebab kentang tawar, nanti tak rasa pulak masin dia), black pepper, white pepper, chilli flakes (atau apa-apa chilli yang boleh sprinkle) dan sebenarnya paling best kalau ada basil boleh letak.

Sebelum tu panskan oven ke 200c dalam 10 minit.. Pastu terus masukkan kentang tadi bakar lah ikut suka berapa lama hahaha.. tengok agak-agak dia dah ala-ala crispy tu boleh lah bawak keluar :) 


Pak Radie menguruskan benda ni hah.. Bravo sedap bangat hehehe


Eh terbayang-bayang pulakk... lapoooo nyerr..

Mak Long memang terror buat roti and cake.. So dia bawak blondies atau orang panggil congo bar.  Eh sedap sangat ni.. nanti buat lagi yer heheheh

Aku dengan Wan plan taknak buat lontong rendang semua tu.. Kita buat simple je nasi tomato..



Sekian saja masakan pagi raya hehehe

Lepas balik Solat Raya Pak Radie dengan Atok gi tengok korban.. bawak Amaani dengan Aleesya

Lembu tu nangis ke apa.. keluar air mata dia huhu

Lepas tengok lembu diorang pon balik.. Tengahari tu Atok ngan Pak Radie keluar balik gi beratur nak daging korban hahahhaa..

Merasa lah daging korban banyak dalam petiais.. dari Enstek, dari Melaka and dari Shah Alam.. Alhamdulilah syukurrrr.. 

Bye semua.. nanti free Kak Pilla tulis lagi ye..  


Love, 
Filla.

Tuesday, August 06, 2019

MAKANAN VIRAL DARI KOREA - CHUN MALAYSIA

Aku pon tak sure ni makanan viral ke tak.. Tapi Kasih pernah tunjuk Uqasha Senrose makan ni masa kat Korea lama dah.. 

Kalau bab makanan ni aku serah kat Kasih je sebab dia je yang tau apa yang tengah in ke out ke.. hahaha.. Tapi yang kelakar Wan yang ajak hahahah sebab Wan tengok kat ig.. 

So inilah dia Chun tu.. Dalam dia ada sausage pendek.. pastu selebihnya roti.. Jenuh makan atas tu nak menyampaikan ke sausage tu huhhhh..

Pastu korang boleh pilih nak salut tu add on sikit.. and kitorang pilih curly crunch... Rupanya ala-ala maggi hehe

Pastu boleh pilih nak cheddar cheese ke Mozzarella cheese.  Kalau nak effect tarik panjang-panjang tu pilih Mozza.

Atok dah standby tu..


 Gitulah harganya.. Sebatang tu kenyang nak mampos.. Aku telan sampai nak termuntah nak menghabiskan kahkahkahhh..



 Ada macam-macam sos boleh letak.. 

 Atok kuat makan sekarang.. Dah nampak berisi sikit.. Atok naik dekat 7kg dah hehehehe.. Now asyik makan je :)

Lama betul tak keluar dengan budak-budak ni.. Sesekali keluar bagi diorang happy sikit.. Papa busy sikit takpelah.. Nasib mama boleh drive and angkut semua gi jalan :)

 
Screenshot dari video hahaha.. Gitu Mozza cheese tu..  

 Gambar selingan hehehe..

So kalau korang nak try benda-benda viral ni silalah try.. Dia ada 3 cawangan.. Paradigm Mall, Pavilion and Berjaya Times Square.

Kalau nak usha sila usha IG Chunmalaysia ni:




Love, 
Filla.

Thursday, August 01, 2019

WAINSCOATING, HOME DECO, KITCHEN CABINET, TEMPAHAN PERABOT, INTERIOR DESIGN

Siapa yang dah lama follow Kak Pilla mesti tau yang husband Kak Pilla ada buat kerja-kerja renovation, ID, kitchen cabinet, wardrobe, katil, wainscoating dan semua yang berkaitan dengan rumah lah..

Ni je gambar yang ada kat Kak Pilla tapi ada banyak lagi yang Pak Radie dah buat sebenarnya.  Tu nanti Kak Pilla update kat entry lain ok?

Ramai yang tanya macam-macam kalau nak buat ni berapa kos nye? Nak buat tu berapa?  Benda-benda macam ni tak leh terus nak bagi cost sebab kena tengok nak guna material apa? size nak buat tu berapa? so apa-apa hal korang kena whatsapp, set up jumpa dulu baru boleh bincang.  Gitchuuuu..

 
Nak buat meja makan? No problem!! Ni satu contoh lah.. Ada banyak lagi jenis-jenis lain.. Boleh buat sekali dengan kerusi.. Or ada yang suka letak 3 single chair sini, belah sana buat konsep bench.. Pon bolehhhh.. cakap je nak apa, bisa diatur ;)

Nak buat katil? Eh bolehhhh... Nak guna kayu pallete? Boleh jerrrr... build-in wardrobe (jenis slide / jenis daun pintu) pon boleh... Macam rumah Kak Pilla kat belah atas.. Kak Pilla buat build in besar gila.. muahahhaa.. best gila sebab rumah kita kecik jer.. so Kak Pilla sangat perlukan wardrobe besar nak letak segala luggage bag, bantal, segala set cadar, baju, mainan budak-budak ni, handbag dan segala mak nenek lagi boleh sumbat dalam tu.. Memang puas hati.. Nanti Kak Pilla amik gambar..

 Nak deco bilik? Siap wainscoating? Bolehhhh.. Boleh je jenis korang bagi budget untuk satu bilik dan Pak Radie yang settlekan segala apa nak deco dengan barang-barang sekali.. Lampu, rak bla-bla semua dia boleh buatkan.. Korang bukak pintu bilik dan cakap "Wowwww" jerrrr... hehehe..

Besar budget, gempak ler dia buat.. ciput budget, biasher-biasher jer lah dapat kahkah.. Yelah kan? Ko bagi budget ciput ko nak bilik mewah? Kimmm salammm dik hhahahha,, sorry eksyen pulak.  Tapi betullah kan? 


Pak Radie boleh designkan wainscoating macamana yang korang nak dan dia boleh suggest if korang nak cat colour lain selain putih pon boleh.. 

 Nak dapur simple-simple je sebab budget kecik? Boleh jerrr.. 

Kalau nak kitchen cabinet yang bukan pakai pallet pon boleh buat juga.. Tu aku cakap, korang bagitau je nak apa... Dia akan ikut.

 Suka konsep meja dan kerusi Pallet? Boleh buat yang macam ni..


 Nak buat satu sudut kecik lepak-lepak sambil kopi-kopi makan cekodok petang-petang? Eh bolehhh..

 Ni meja makan kat dapur belah luar untuk Rumah Atok and Wan.. Kak Pilla kalau gi sana memang ni lah tempat kitorang melepak.. Best sebab keluar je pintu dapur terus letak makanan kat sini.. Ni gambar belum siap lagi.. 

 Ni haku pun tak tau rumah orang ke apa hahahah.. Aku type macam aku pulak yang buat hahaha.. Tapi kalau korang biasa join exhibition dan memerlukan meja yang ala-ala peti tong kayu pon dia boleh buat.. so 2 in 1.. boleh jadi meja dan dalam tu boleh jadi tempat letak barang.

Kiosk pon dia boleh buat.. Butik, Cafe dan apa sahaja semua boleh.. Dia boleh design and buat sekali.. Depends apa yang korang nak ;)


 Kitchen cabinet simple-simple jimat cost.

Ok sekian.. Muahahhaa sebab ni je gambar yang aku ada..

Nanti kalau ada gambar lain Kak Pilla update lagi.. 

Oh ye, Pak Radie cuma boleh buat kat kawasan KL and Selangor sahaja ye.. Kalau negeri lain susah pulak.. Nak berulang alik tu cost.. nak kene cari hotel pulak kannn.. cost gak tu.. Tapi kalau nak Design ID sahaja, itu boleh.

Kalau korang berkenan sila whatsapp dia.

Pak Radie 
011-11394102 (Whatsapp Only)

Jangan call yer.. Memang dia takkan angkat kalau no dia tak kenal.   Lepas whatsapp, dah berkenalan, baru boleh call.. Muahahhahaha.. 

Sekian :)


Love, 
Filla.