Lama dah amik gambar before tukar flooring.. Tapi bila dah siap pasang.. malas pulak nak amik gambar 'after'.. muahhaha..
So harini Kak Pilla persembahkan lah apa gambar yang ada korang hadap je lah yer.. Actually banyak yang aku dan Pak Radie plan nak buat tapi tak menyempat nak buat lagi dan masih berjimat cermat dahulukan yang lebih penting.. Gituh.
Kak Pilla tunjuk sikit ruangan favourite Kak Pilla kat rumah sendiri boleh ke camtu? Tu bukan belagak kan? Hahah.. rumah aku sempit je.. takde apa nak diberlagakkan.. tapi Rumahku Syurgaku walaupun kecil, syukur alhamdulilah.. Korang yang masih muda, dah mula kerja.. jimat-jimatlah kumpul duit sama-sama laki bini.. ada duit, belilah rumah.. rumah nowadays aku tengok macam nak tikam diri sendiri pulak harga dia..
Ini ruangan favourite aku.. Kira macam aku suka lah kawasan ni... Frame tu kitorang tempah.. dalam dia actually macam kain dari Turky ke India ke tak ingat.. tapi beli kat kedai carpet.. Aku yang berkenan sangat.. Masa tu duduk rumah lama lagi.. aku cakap kat Pak Radie aku nak buat frame.. Aku nak bingkai hitam/kayu.. Pak Radie nak bingkai putih.. Ko tengok sekarang siapa yang menang? Nampak sangat Kak Pilla ni mendengar kata.. muahahhaha.. Lampu tu arwah Atok aku yang punya.. Aku suka sebab nampak klasik ;)
Actually rumah ni susah nak cakap apa konsepnya.. Cuma aku suka kayu.. Tapi ko pempaham lah kayu ni kan mahal.. So kita mix and match jugaklah.. Aku suka ala-ala resort, hiasan ala-ala melayu dan klasik.. Aku tak berapa sangat design modern nie.. Tapi macam aku cakap, kene gak lah campur-campur ;)
Ini meja makan dari rumah lama... Masih elok lagi.. tapi ada lah kerusi seketul tu cover bahagian tempat duduk tu dah rabak.. tapi pedulik apa aku.. tak nampak pon kan??? hahahahahha.. Kalau ada rezeki, Pak Radie nak meja yang ala-ala kayu buruk tu.. kat Bali banyak.. geram tengok kalau boleh angkut masuk poket ajaib kan best..
Alas meja macam anyaman ni paling aku suka.. Beli kat Ikea.. harga sekeping tak sampai RM10.. tak ingat pulak. Alas meja baru kene simpan.. hari raya baru tukar.. hahah orang raya tukar langsir, Kak Pilla tukar alas meja je lah ;)
Ok nak cerita pulak yang aku tak berkenan ialah cermin tu.. Pak Radie pon tak berkenan, ni cermin rumah lama.. tapi pakai je lah kan.. nanti ada duit nak tukar lain.. Kitorang tak suka sebab kecik.. Ruangan dinding yang besar, kita tak leh letak hiasan kecik.. nampak tebantut.. Kitorang berkenan cermin besar gila yang antik kat British India.. Tapi harga dia macam kena telan ailio lapan ploh kali.. rupa buruk je.. melampau tau.
Lantai macam ni pun ok je.. Tapi sebab aku terlalu suka timber flooring.. So kalau aku dah suka, aku make sure akan tukar jugak bila ada rezeki..
Lampu besar tu beli kat British India.. masa tu ada sale 50% kot.. beli badan dia dulu.. pastu ada duit sikit baru beli lamp shades dia.. Memula nak lamp shades hitam.. tapi takut kalau berhabuk senang nampak.. So mari kita mengekalkan putih.. Rumah ni kecik, so kitorang banyak bermain dengan warna kayu dan putih supaya nampak luas, klasik dan bersih ;)
Kerusi ni Pak Radie yang berkenan sangat.. Aku biasa jeeeeeeeee.. tapi tinggi sangat.. dia cakap kalau counter table tu dah siap, dia nak potong kaki kerusi tu bagi rendah sikit.. painting ni kitorang beli masa pegi Bali.. Ada lagi satu painting besar gila dan panjang beli kat Bali gak.. nak letak kat tangga kononnya.. Aku nak tunggu bila Pak Radie nak gantung.. Aku selalu gak sindir dia.. cakap kat Kasih "Sabar kasih, lagi 5 tahun papa gantung lah" muahahahah..
Bye-bye lantai putih T____T
Dah alang-alang tu aku tunjuk dapur sekali.. Paling aku suka ialah lantai dapur ni.. Amboi tak agak, suka lantai dapur sendiri... Eh mestilah sayangi kepunyaan sendiri dulu.. takkan nak sayang lantai dapur orang lain pulak kan? Aku request kat Pak Radie dulu.. Aku cakap, dapur kawasan aku.. So let me decide. Aku nak lantai yang tak nampak kotor.. Aku tak nak lantai yang jalan sikit terus nampak cap tapak kaki.. berminyak-minyak.. Euwww tak suka.. so dia suggest untuk guna slate tiles which orang selalu letak kat porch atau outdoor.. Sekali tengok aku dah suka.. and aku nak keliling dia ada pebble wash. Baru ada effect tepi swimming pool sambil masak.. muahahah.. Tapi yang aku nak marah bila letak fridge tu.. tapak dia tu tak cukup lebar ke depan.. Aku dah cakap dah dulu ukur betul-betul.. tengok???? dah kene letak batu bata.. Pak Radie kata takpe.. sementara.. nanti dia buat balik.. Ok fine, lagi 5 tahun lettew..
Oh cerita pasal kitchen cabinet nie.. aku pun dah lupa amik kat kedai mana.. tapi area Puchong.. Aku ngan Pak Radie pilih bersama nak jenis apa.. kitorang decide cabinet atas dan bawah amik lain-lain warna dan material.. untuk kelainan sikit.. tanak lah sama semua.. boringgggg.. hahahha.. nak match kan dengan lantai so kitorang pilih yang brown sikit untuk bahagian bawah.. dan surface dia tak licin.. atas tu amik putih.. pastu Pak Radie cerewet, dia tak nak cabinet yang ada telinga-telinga tejojol.. dia nak kemas macam tu.. ok lah, bab tu aku sependapat ;)
Tiles kecik-kecik kat dinding dapur pon aku ngan Pak Radie gi cari sama-sama.. Rasanya Jalan Ipoh kot? banyak kedai kitorang masuk tapi tak jumpa warna hijau yang ktorang nak.. Actually tak nak kecik-kecik camtu.. nak besar sikit petak dia tapi takde.. kalau ada pon kaler lain.. yang hijau ada tapi untuk tiles swimming pool hahahaha.. Ok lah, mengalah lah.. guna jelah yang ni..
Aku ingat lagi dulu.. Pak Radie yang turun buat sendiri pebble wash ni sebab takut orang lain buat tak cantik.. thank you Pa sebab merealisasikan dapur comel nie.. makin semangat memasak gitu.. eh? hahah.. tapi betul kan? dapur selesa, dapur kemas, dapur sedap mata memandang, buat kita makin rajin? buat kita masak dengan penuh rasa kasih dan sayang.. Amboi jiwang Kak Pilla.
Ok lah cukup lah cerita pasal dapur kecik ni.. Hari yang ditunggu-tunggu pun sampai.. Gembira hati Kak Pilla tau.. Pak Radie amik cuti.. aku gi kerjalah... tapi berwhatsapp lah jugak.. lunch time aku cabut balik rumah kejap belikan Pak Radie makanan.. sian dia....
Kitorang amik dengan Floor Depot.. kedai dia ada kat VIVA.. Since last year dah booked tapi tangguh-tangguh.. sampailah betul-betul ada masa yang sesuai.. Korang kalau nak tukar timber flooring ni.. memang boleh pening.. ada macam-macam jenis dan macam-macam harga.. ketebalan pon macam-macam.. biasanya semakin tebal semakin mahal lah.. tapi amik yang nipis sikit pon dah cukup bagus dah.. Ada yang 2G, 3G dan 4G.. tu aku nak explain tak berapa nak bijak.. hahaha..
Berpinar-pinar mata aku tak tau nak pilih yang mana.. tak nak terlalu gelap nanti perabot aku banyak jenis kayu.. nanti tenggelam.. tapi tak nak cerah, aku tak suka.. amboi ko dah kenapa kak pilla? tampa kang..
Pasal sliding door pon ada orang tanya.. rasa aku dah pernah cerita.. ke belum? ntah lupa dah aku.. Tapi aku ganti sliding door tu kepada folding door.. ada 4 panel.. Pak Radie punya cerewet dia paksa jugak orang tu buat semua panel boleh ketepi satu arah.. sebenarnya tak boleh sebab berat.. dia kena, dua ke kiri dua ke kanan.. tapi ko tau lah Pak Radie tu degil. Apa yang tak boleh, semua jadi boleh kalau dia bersuara.
Ok ni proses pasang..
Happy Kak Pilla ;)
Satu hari dapat siap sebab rumah Kak Pilla comel.. Ni dah maghrib.. orang tu baru balik.. Sambil duduk sorang-sorang kat luar.. aku tengok Pak Radie bersihkan porch ni.. pandang ke dalam rumah hati berbunga-bunga.. Aku ni memang suka pasal rumah.. hahahah.. belum datang gila lagi nak buat macam-macam.. tapi ada lagi projek terbengkalai.. tapi nanti slow-slow kita buat..
Rumah ni tangga sampai ke atas developer dah bagi timber flooring.. walaupun aku tak suka warna dan kualiti dia.. tapi jangan banyak bunyi.. hahahah..
skirting pon Pak Radie nak putih.. aku nak warna kayu.. bertekak kejap.. Tapi bila dah siap macam ok jugak putih.. so nampak macam dinding je..
Agian my fav spot.
Payung kat situ aku tak suka.. Tapi Pak Radie marah.. dia kata biar jelah.. aku nak letak kat luar.. dia kata aku gila..
TV kata nak hang ke wall masih belum buat.. dinding belakang kerusi kuning pon masih belum buat.. hahahah.. ilek laaa.. tak sampai 2 tahun duduk sini.. nanti pelan-pelan akan diusahakan..
Meja hujung sana belah kiri tu aku dah letak tengah-tengah kat carpet merah ni.. tapi macam tak praktikal.. Pak Radie cakap kang budak-budak nak baring tengok tv susah.. sapa suruh baring? duduk la! tapi Leecha buat tawaf dekat lapan ploh kali.. dah tak yah.. angkat balik letak celah sana.. hahaha
Orang guna langsir.. tapi aku dan Pak Radie prefer roller blind.. Tapi budak-budak ni taulah tangan diorang tu kan.. asal dengar bunyi motor Papa balik je.. terus singkap.. dah keronyok aku rasa blind nie.. Grrrrrrrrrr.. tak pe roller blind boleh tukar blind dia tu nanti..
wall kiri tu Pak Radie yang design terkeluar-terkeluar batang tiang tu.. nanti dia nak letak kayu buat book/magazine rack.. tu pon aku dah dengar berapa tahun lepas dia cakap.. takpe.. kita biarrrr je.. Aku peratiiiiiiiii je...
Kalau korang perasan timber flooring yang kitorang pilih ni jenis ada groove tu.. nampak lebih natural macam kayu yang dipasang satu-satu.. macam rumah kampung gitu.. Aku suka!!!!
Timber Flooring ni untuk hall semua ni kitorang guna .. Untuk satu bilik kecik (office Pak Radie) kitorang guna kayu murah sikit dari hall nie.. So itu je lah yang Kak Pilla nak cerita.. nak cerita harga, malaslah Kak Pilla.. korang boleh pegi usha quotation kat Floor Depot atau mana-mana company yang jual timber flooring k? Harga lain-lain..
Sekarang bila balik rumah je.. hati rasa best je.. senyum je bila masuk rumah.. hahaha..
Rumahku Syurgaku
Love,
Filla.