Showing posts with label Oreo. Show all posts
Showing posts with label Oreo. Show all posts

Friday, July 11, 2014

TENGOK WAYANG DENGAN FAMILY.

*scroll down for new entry*

First day puasa haritu we all ada kat Shah Alam.. Tengah lepak-lepak dengan Pak Radie, anak-anak dan anak-anak buah.. Tetiba aku suggest "Apa kata kita gi tengok Transformers nak?  Mak Ucu belanja"

Kemain melompat-lompat semua kegembiraan hahahah.. Terus bersiap aku pon google kat mana nak tengok yang tak payah nak beratur, tak payah nak berebut dan confirm tickets available.. My niece Syasya suggest kat Space U8.. Hello??? mana tu??  Pak Radie dah jeling aku.. "kat Bukit Jelutong laaa, tu pun tak tau ke?"  Eh mana lah ahkak tau.. ahkak tak penah pegi pon kat situ.. 

So semua sumbat satu kereta.. memula plan nak bawak Aleesya sekali.. tapi dia tetiba terlelap dalam kereta.. Eh jom kita patah balik, tinggalkan dia kat rumah nenek.. Transformers 2 jam 45 minit ok.. Gila lah kalau tetiba dia melalak kat dalam panggung.. tak pasal ai yang kene keluar menenangkan dia.. No no no.. Ahkak kalau tengok wayang kene concentrate ;)

Us.. Ingat tak dalam entry yang lepas, Kak Pilla ada cerita pasal Oreo Transformers tu? Yeszaaaaa.. tu yang berkobar-kobar nak tengok Transformers ni.. apa yang penting, Kak Pilla dapat rasakan family bonding moment with my familia :) are better with Oreo.  Seperti yang selalu Oreo war-warkan.. Oreo mengajak kita semua spend as much time with our family :)

Kat sini rupanya Space U8.. tempat baru dan macam kawasan perumahan kot? so tak ramai orang kat MBO.  Itu Kak Pilla likeeee ;) 

Dah macam Pasar Siti Khadijah pon ada.. Eh aku lom pernah sampai pasar tu lagi hehehe

Kitorang main gamble je pergi.. Tengok yeayyyy ada lagi seats available!!! Terus amik satu row panjang.. 

Jom tengok Transformers with family.. OMG best gila kot.. hahahaha.. malu nak mengaku, aku tak pernah tengok Transformers hahahaha.. Tapi aku pelik kenapa orang tergila-gila sangat nak kumpul all the Transformers merchandise.. Now aku mengerti hahaha... 

Lepas dah tengok Transformers with family, Kak Pilla teruja lebih nak menang merchandise yang Oreo nak bagi tu..dah lah senang je, just kene beli Oreo Cookie Pack yang ada gambar transformers kat packaging dia tu, amik code dalam Oreo tu.. bukak this link www.oreotransformers4.com/ then register, enter the code, play the Oreo Transformers game dan bersedia untuk menang hadiah!!

Penggemar Transformers seperti Kak Pilla mungkin berpeluang memenangi Ipad Mini, Transformers Merchandise seperti backpack, travel luggage, tumblers, t-shirts dan movie tickets.  Hadiah terhad kepada 10 orang pemenang sehari..disamping tu korang boleh kumpulkan sehingga 30 stickers untuk melengkapkan map.  Dulu Kak Pilla tak paham kenapa nak kumpul stickers? Best sangat ke? Hoii pegi tengok dulu Transformers.. berkobar-kobar ai nak kumpul hahahahha.. 

Tu hadiah harian, tapi hadiah Grand Prize lagi gempak oiiii.. score tertinggi sepanjang contest berlangsung berpeluang memenangi percutian bersama keluarga seramai 4 orang ke Universal Studio, Hollywood secara PERCUMA!!

Ko ingat senang nak pegi Universal Studio, Hollywood tu?  Ni Oreo nak bawak pegi ni.. apa lagi.. cepat rebut peluang lah... suruh main game je.. Best nyeeeee!!! 

Hoi real ok binatang lompat-lompat nie.. tegezut-tegezut Kak Pilla tengok.. hahaha.. pastu datang segala BumbleBee lah.. Prime lah.. terus "Wowwwwwww" nak couple boleh? hahahah.. gagah gila.  Bertabahlah tengok Transformers 2jam 45minit.. melopong-lopong mulut hahahah.. 

Tengok wayang dengan family memang satu langkah terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan :)

cousins.

Pak Ucu dengan anak-anak sendiri dan anak-anak buah.. Amboi ramai sangat hahaha.. 

Transformers Characters memang best.. ada robot gemok tu pon comel rasa nak tampar je.. hahaha..Tapi paling hero sekali Optimus Prime tu la... Aku tak kira.. aku nak menang jugak main game Oreo Transformers tu supaya dapat collect Transformers merchandise tu.  
Lepas ni kalau Pak Radie atau anak-anak aku nak beli Transformers dipersilakan.. Tapi kalau boleh dapat free dengan main game Oreo Transformers why not? Jimat duit hahaha.. 

Contest berlangsung dari 1 Jun - 20 Ogos 2014.

Good Luck!! 

Pesanan: Jangan lupa tengok Transformers.  Best gila kot ;)

Love, 
Filla.

Sunday, June 29, 2014

OREO NAK BAWAK KORANG KE UNIVERSAL STUDIO, HOLLYWOOD!

*scroll down for new entry*

 Oreo dan Kak Pilla memang tak dapat dipisahkan.. Sentiasa ada stok kat rumah untuk family Kak Pilla... Waktu-waktu senggang memang itu makanan  untuk dikunyah-kunyah :)

Baru-baru ni Kak Pilla dapat tahu Oreo ada menganjurkan contest yang cool habis.. Kenapa pulak cool habis??? Giler tak cool kalau Grand Prize dia ialah hadiah percutian ke Universal Studio, Hollywood?  Huwaaaa nak nak nak!! 

Cara nak menang mudah sangat.. Kena main games je.. Ek elehhhh.. Itu anak Kak Pilla pon bolehhhh... Jom Kak Pilla ajar korang cara-cara nak main game OreoTransformers nie.. Kat phone pon boleh main game nie.. Mana lah tau ada rezeki u olls untuk menang ;)

Langkah pertama ialah beli Oreo Cookie Pack.. Contoh macam Kak Pilla beli ni ye..


dalam tu ada Free sticker dan Unique Code.. Unique Code ni yang diperlukan untuk korang nak mulakan games Oreo Transformers nie.. 

Now korang click www.oreotransformers4.com/my/en/ dan anda akan nampak gambar ibu dan anak ni.. 

Kemudian dah boleh Sign Up.

Tutorial how to play this game

Ok ni code yang korang kene masukkan kat sini ok? Senang kannnn..

Then dah boleh start main game.. Game ni ada timing.. So kena cepat-cepat collect Oreo Cookies tu.. Kumpul seberapa banyak Oreo Cookie tu untuk dapatkan markah tertinggi ye.. Tapi kalau boleh sila elakkan electrical bugs tu.. sebab kalau terkena kat bugs tu korang akan BEKU kejap.. hahahah tu akan melambatkan masa.. 

Berebut-rebut Kasih ngan Pak Radie nak main game nie.. Lepas ni beli Oreo banyak-banyak, amik code masing-masing.. main terror-terror.. nak tengok siapa yang boleh bawak mama gi Universal Studio, Hollywood.. hahahah 


Jangan nak serious sangat muka Papa tu boleh tak? Bagi Kak Pilla sebagai ibu pulak, family bonding moment tu yang paling penting.. nampaknya family bonding are better together with Oreo.. Sampai licin Oreo budak-budak ni makan.. 

Dapatkan seberapa banyak Oreo Vanilla Cookie masa main game ni.. Jika korang salah seorang peminat setia Transformers, memang untunglahhhhh... Korang akan memenangi hadiah seperti Ipad Mini, Transformers Merchandise seperti backpack, travel luggage, tumblers, t-shirts dan movie tickets.  Hadiah terhad kepada 10 orang pemenang sehari..disamping tu korang boleh kumpulkan sehingga 30 stickers untuk melengkapkan map.

Untuk memenangi Grand Prize pulak, korang kene kumpul markah terbanyak dengan mengumpul seberapa banyak Oreo Cookies semasa main game nie.. Markah tertinggi di akhir pertandingan akan memenangi percutian bersama keluarga seramai 4 orang ke Universal Studio, Hollywood secara PERCUMA!!

Contest ni berlangsung dari 1 Jun - 20 Ogos 2014.  Banyak lagi masa, jom kita tengok siapa yang dapat high score!!

visit http://oreotransformers4.com/my/en/ atau download app Oreo untuk mengalahkan Kak Pilla.

Good Luck!!

Love, 
Filla.

Wednesday, May 14, 2014

BETTER TOGETHER.

Aku mula-mula pakai handphone masa belajar kat UiTM dulu.. tu pun yang terpaling tak canggih sekali.. Aku pakai handphone supaya mak aku senang nak cari aku.. Al-maklumlah dulu duduk sendiri.. masa tu cuma boleh receive calls dan buat call je.. camera pun takde.. yang ada SMS je.. Tapi tu zaman dulu.. 15 tahun yang lalu... 

Sekarang canggih.. Kasih pun ada handhone.. boleh call, boleh MMS, SMS, boleh snap picture, ada FB ada Instagram, ada whatsapp.. omg! anak aku baru 9 tahun kot? Dalam dilema.. Kalau tak belikan, kesian pulak sebab semua kawan-kawan dia ada handphone.. at least aku boleh contact dia kalau dia takde ngan aku.. Aku selalu kawal penggunaan handphone dia.. weekend aku bagi.. at least dia boleh whatsapp dengan cousins dia.. 

Amaani yang baru nak masuk 4 tahun memang tak berlekang dengan ipad.. pun aku kawal jugak.. dia boleh tengok ipad selepas aku balik dari kerja.. siang no ipad! kadang asyik bergaduh ngan Kasih berebutkan ipad.. 

Bila dapat ipad, diorang dah tak peduli apa jadi kat sekeliling.. mama ada ke takde ke, takde siapa yang kisah :(

Pak Radie???? kat rumah pun sama.. makan kat luar pun sama.. bila tegur dia tak mengaku.. padahal handphone sentiasa melekat kat tangan..

hahahah.. dari tadi membebel.. rupanya mak dia pun sama.. erk... hahahaha.. i'm a blogger.  social media sangat penting bagi saya.. hahahah.. itu bukan alasan untuk mengabaikan keluarga.. Ok ok ok.. aku salah! omg, apakah yang telah berlaku kepada kita semua rakyat Malaysia ni? sebelum makan amik gambar food dulu.. dah snap gambar nak update pulak kat fb, instagram and twitter.. dah tu bila nak makan? bila nak berbual dengan ahli keluarga.. 

Ini yang aku rasa macam tak best.. "Together But Alone" itu lah hakikat yang mesti kita ubah.  Selalunya pukul 8 malam adalah waktu aku sekeluarga berkumpul untuk makan malam.. Tapi semua diam.. sibuk melayan gadget masing-masing.. sambil makan pun kadang-kadang boleh berwhatsapp.. boleh check facebook.. omg! tak bagus ok.. family moment sangat penting bagi aku.. so kita tak boleh biarkan perkara macam ni berterusan sampai merenggangkan hubungan kekeluargaan kita.. setuju? 

Kalau makan kat luar pun sama jugak.. borak sikit je.. mata masing-masing mengadap handphone.. pernah sekali handphone dah tak de battery.. wahhh masa tu best je boleh berborak-borak.. ok lepas ni kita off telefon sementara.. dah habis makan baru on ;) 

Aku rasa nak buat peraturan baru untuk keluarga aku.. 

No gadgets at dinner table. at house or at restaurant. 

Setuju? Aku rasa kita patut buat macam tu.. tak lama pun.. kita makan lama sangat ke? setengah jam je kot?  
Sempena International Family Day, Oreo mempunyai satu misi hebat untuk menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang selama ini sering terganggu dengan masalah-masalah macam yang aku sebut tadi..

Cara-caranya:

Singgah di selected Secret Recipe outlets bermula 15-18 May.  Bersetuju untuk menjauhkan diri anda dari gadget-gadget anda sehinggalah selesai menikmati hidangan.  Izinkan Oreo untuk membawa keluarga anda lebih rapat dan mesra tanpa sebarang gangguan.  dan yang terakhir sekali, hadiahkan diri anda dengan special surprise dari Oreo!! 

Nak tahu apa dan bagaimana.. layari www.oreo.com.my untuk maklumat lanjut.

Jumpa di sana!!!!!


*terms and conditions apply*


Love,
Filla.