Wednesday, June 29, 2016

ILHAM LAUK BERBUKA PUASA..

Hi korang.. hehehe.. tetiba je muncul.. check balik rupanya last entry pasal lauk berbuka ialah Buka Puasa Day 10.. hahahaha ni dah day berapa dah?  So marilah Kak Pilla korek balik folder tengok mana yang ada kita lambakkan kat sini.. manalah tau boleh jadi idea untuk you all balik memasak :)

 Sambal ketam pecah telur.. Kegemaran ni.. Haritu nampak ketam kat pasar.. macam gemok je ketam dia.. terus amik 5 ekor.

 Masak lauk ketam je hahaha.. amaani nak spaghetti so mari buatkan untuk dia ;)

 Haritu birthday Amaani. so bagi dia peluang pilih nak makan kat mana? dia nak sushi king.. huwaaaa i kenot bukak puasa makan sushi? Nooooo i nak nasik dengan lauk-lauk.. tapi kesian birthday girl pun puasa.. biarlah dia yang buat decision mana nak makan.. so aku, Kasih and Amaani makan noodle ni sebab favourite ktorang bertiga heheh

 Jenahak letak peria masak lomak.. dan Aglio Olio sebab teringin.. Amaani makan pasta 3 pinggan hahaha..

 Ayam berlada jugak best ;)

 Lawan dengan sup cendawan suhun

 Lawan dengan ikan goreng.. ko nak terbang ke apa?

 Sabar tunggu waktu buka ye..

 Dah dua kali sahur buat nasi goreng yang sama.. sebab Amaani request sahur nak makan nasi goreng macam haritu.. tapi mama janji mama kena suap.  Yelah mama suap.

 Daging masak kicap pedas.

 Siakap memacam rasa.. heheh cuma ada bawang dengan tomato je.. nasib lah kau labu.. ni pon berebut makan licinnn.. 


 Balik dari exhibition ajak budak-budak semua makan kat IOI Mall putrajaya.. aku memang tak suka buka kat luar.. sebab terkejar-kejar rasa.. sebelum pukul 6 gi tony romas tanya ada kosong tak.. dia cakap fully booked.. orang dah booked dari semalam..huhu.. dia cakap leh datang balik dalam kul 8:30pm.. so kitorang gi shopping dulu.. Pak Radie beli roti ngan air.. azan je rebut-rebut makan roti hahaha.. buat alas perot dulu.. pastu gi solat.. tengok awal lagi.. so mari gi ToysRus belikan birthday girl Amaani tu takde belikan apa-apa haritu.. dia nak patung baby.. amiklah suh papa bayar hahahahaha.. si kenit Aleesya pun nak.. kemain sardin muka amik lagi satu.. siapa tah nak belikan?

Pastu tengok dah kul 8:30 jom gi balik.. rupanya ramai lagi beratur.. huwaaaa ahkak lapaaaa tau tak?.. so menunggu lah turn.. dapat duduk dalam pukul 9mlm.. makanan aku sampai paling lambat dekat 9:30 kot? kalau makan kat rumah 7:30 dah dapat makan.. mogok tanak makan luar lagi :(

Dahlah order shrimp linguine muak gila.. ahkak nak nasik ngan lauk masak lomak.. baru puas hati makan.. 

Ok ni lauk semalam.. Ayam masak lomak cili api.. bertambah-tambah Kasih dengan Amaani makan.. tahu goreng cicah kicap cili padi, goreng ikan masin perghhhhh.. 

Harini dah plan dari malam tadi lagi apa nak masak.. hahaha aku suka dalam keadaan bersiap sedia.. penat kalau last minute nak pikir.. 

Harap korang dapat ilham.. walaupun masakan bodoh je hahahaha



Love, 
Filla.

Tuesday, June 28, 2016

Berbuka Puasa umah Mak kiter..

Bulan puasa kali ni aku sibuk sangat.. Punya lah nak cari masa supaya dapat berbuka rumah Wan and Atok.. Tup-tup ada sehari cuti Nuzul Quran hari rabu.. Ingat nak gerak awal pun tak boleh sebab Fame Lip Cream stok sampai lagi hari selasa petang.. Nak tak nak kena pegi settlekan hal Fame dulu.. semua turun.. aku angkut sekali budak-budak ni hahahaha.. Ada faedah gak diorang tolong kira and pack.. Kasih tolong setup kan kotak lip cream kosong untuk display kat booth masa exhibition nanti.

Ngam-ngam pukul 3 je aku kena gerak dulu.. by that time almost settle dah kerja semua.. Balik rumah Wan tengok dah siap dah Wan masak.. Sian Wan masak sorang-sorang.. Abang aku pun balik juga nak berbuka.. dia tu memang suka nak berkepit je.. aku balik baru sibuk nak balik.. mesti akan tanya-tanya dulu.. Eh suka ikut orang.. gi jelah balik hahaha.. 

Wan buat nasi lemak, ayam goreng yang diperap, sambal udang.

Bukan setakat tu je.. siapa ada pulak pilihan siapa nak makan nasi putih, Wan buat Jenahak berlada, sayur campur dengna daging rusa masak kicap.

Cendawan goreng Pak Radie beli kat bazar ramadhan.


Betul bila orang kata masakan ibu paling sedap dalam dunia.  Thank you ma, walaupun penat tetap masak penuh satu meja.. Dah lah sedap.. Semua orang makan 3 kali tambah kot hahaha.. aku first round makan nasi lemak dulu.. pastu makan nasi putih.. 

Raya ni tukar turn.. patut balik Shah Alam tapi tak jadi sebab orang Shah Alam semua balik rumah mertua masing-masing.. Mak and Bapak mertua pun balik rumah adik beradik mak kat Kg. Pasir Ulu Klang tu.. So Pak Radie cakap kita tukar lah balik Enstek, next year baru balik Shah Alam raya pertama. 

Boleh lah nak tolong Wan masak berbuka sebelum raya tu.. Nak buat nasi tomato dengan ayam masak merah lah untuk Atok ngan Wan.. lagipun budak-budak ni pun suka.. 

Well badan masih penat gara-gara exhibition kat Matrade lepas tu bersambung dengan exhibition kat Mood Republik Jumaat-Isnin.. 72 jam tanpa henti.. So bersambung-sambung shift aku, Peej and Elly..  Sampai sakit betis aku jauh nak mam pulak tu dari hotel.. sebab Mood Republik ni lah.. tetiba last minute tukar pulak buat kat Dewan Tun Razak tu.. menapak jauh, meredah lautan manusia berhimpit-himpit kat Hall tu.. Bau keti i don't like.  Aku satu apa pun tak beli walau pun ada lebih 600 booth kat sana.. Sebab aku memang tak boleh tempat bersesak-sesak ni rasa nak jalan laju-laju keluar dari situ. cemana orang boleh shopping aku pelik sangat hahahaha.. Ramai gila manusia bershopping tak kira dah pukul 3-4 pagi pon Peej kata ramai sangat.. 

Kesian tengok orang tido bergelimpangan tepi-tepi sudut.. dengan anak kecik pon tido sekali.. bapak dia pun terbaring situ.. maybe tunggu para isteri bershopping.  Ada tu dengan baby macam baru umur 3 bulan.. Huwaaa i cannot.. aku dulu selagi anak tak umur setahun jangan harap aku bawak keluar berjalan tengah malam camtu.. buka puasa duduk tepi-tepi sudut macam piknik.. Hebat orang Malaysia ni kalau bershopping.. Aku? dah duduk kat exhibition pun tak beli apa hahahahaha.. Aku suka suasana tenang, pelan-pelan jalan and belek kalau ada berkenan.. i tak suka rushing dan sesak.  Oh aku ada beli biskut nestum je dengan Peej tolong belikan kuih gunting kegemaran hahaha.. itu je aku beli heheheh.. Nasib kat Matrade haritu adalah beli 2-3 helai ;)

Sorry panjang borak tapi gambar takde.. Ada banyak nak cerita tapi kabel ni tak leh export gambar ke computer.. benci... Ramai reader yang datang booth ajak bergambar and beli Fame and Ellfie.. happy sangat melayan korang semua.. Ada yang tak dapat jumpa sebab time tu bukan shift Kak Pilla.. Ntah-ntah ada yang nampak Kak Pilla tersandar kat kerusi sambil mata juling-juling tahan ngantuk.. Tapi kesimpulannya memang berbaloi penat lelah kat booth ni.  Alhamdulilah achieve target. Next exhibition ialah di Mood Republic Perak pulak bulan 8 kalau tak silap.  Banyak sangat yang aku Elly dan Peej belajar dalam mengharungi dunia business yang penuh cabaran ni.. Semua kami belajar satu-satu.. bukan senang, tapi pengalaman tu yang mematangkan kita.  Ada banyak lagi future plan dan kitorang akan usaha untuk capai dan laksanakan plan tu seperti dirancang.  

Kitorang kerja keras untuk diri sendiri, keluarga dan share rezeki dengan orang lain.  Takde siapa kerja lebih kerja kurang semua sama.  Ada kerja lebih semua turun buat bersama.. Kat exhibition semua kerja sama rata.  Lagi satu kitorang suka celebrate penat lelah dengan makan.. hahahahah.. Soon ada makan-makan buka puasa pulak.. Uish tak sabar nya hahahha.. 

Oklah nanti kita sembang lagi ye.. 



Love,
Filla

Thursday, June 23, 2016

SALES 72 JAM NON-STOP.

Korangggggg jom jumpa di PWTC Hall 1... 

Kali ni Team Fame / Ellfie akan berada di PWTC sempena jualan gila-gila tak tidur by Mood Republic.  

 Kami bersedia melayan anda semua.. All 7 colours ada dijual di Booth 1278, Hall 1.  Tester Fame Matte Lip Cream dan BB Cushion ada disediakan.. so boleh tengok sendiri sesuai tak dengan warna kulit you alls.  
Kalau nampak booth yang gempak pakai pallet and gadis-gadis jelita pakai Apron silalah singgah :) 

Ada potongan harga ke beli Fame kat booth? Yes of course lah ada.. Lagi banyak korang beli lagi murah kita bagi.. Experience buka booth dia Vendeur Festival, kelam kelibut sebab orang non-stop.. Kitorang baru bajet nak tutup booth pukul 12 malam kalau orang dah kurang sebab sana sampai kul 2pagi.. Tapi sampai kul 1:30 orang berpusu-pusu huwaaa.. kitorang pandang each other sambil telan ailio.  Sampai hotel kat area Hartamas dah pukul 3:30 pagi.. Semua macam orang tak betul sebab dah high tak cukup tido and terlalu penat.. semua gelakkk tak sudah ntah apa yang kelakar tah.. 

Itu pukul 10pagi hingga 2.00 pagi.. Tapi event Mood Republic ni lagi pengsan sebab Non Stop 72 jam!!!! So kitorang bertiga akan bertukar shift.. Jumaat 10 pagi tu Kak Pilla and team akan start hahahaha.. #TeamKakPilla #TeamKakElly dan #TeamKakPeej.. siapa nak jumpa team Kak Peej silalah gang burung hantu hahahah.. Kitorang terpaksa berpecah-pecah so masing-masing ada staff masing-masing ;)

Jom jumpa di sana.. booth banyak gila so sila take note Booth Ellfie / Fame ialah:

Booth 1278

Bermula 10pagi hari Jumaat hingga 10pagi hari Isnin.

Selamat berjuang ;)


Love, 
Filla.

Monday, June 20, 2016

RIBENA MOMENTS DI BULAN RAMADAN

 Alhamdulilah dah berminggu kita puasa.. So far ok tak semua orang? heheheheh.. Anak-anak puasa penuh tak?  Kalau anak kecik-kecik sangat lagi tu tak perlu paksa dia puasa.. cuma selalu terapkan puasa tu untuk apa? kenapa kita mesti berpuasa? Bila berbuka puasa ajak makan bersama bagitau dia tunggu Azan Maghrib masudnya kita dah boleh berbuka puasa.. Biar dia faham dan biasa.. dan rasa seronoknya berpuasa ;)

Biasalah bila bulan puasa ni, selain dari terbayang bermacam-macam jenis makanan, paling penting ialah minuman hehehehe.. Kalau dapat yang berais-ais lagi sedap hahahahahah... Tapi Kak Pilla tak galakkan minum ais, nanti perut kembung dengan air je hahahaha... Salah satu yang wajib Kak Pilla bancuh dah tentu lah Ribena.  

Selalunya Kak Pilla paling risau kat Amaani dengan Kasih.. hahahah kesian tengok diorang lembik je heheheh.. tapi tulah dugaan berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga.  Untuk menguji tahap kesabaran kita, mengawal nafsu.. Berpuasa ni pun bagus untuk sistem perut kita.. Kalau tak puasa, kerja kita asyik makannnnnn je kesian sistem tubuh kita non-stop bekerja.. sesekali kena bagi juga dia rehat hahahahahaha...

 Macam biasa, lauk buka puasa Kak Pilla takde lah meriah sangat.  Janji kenyang pun dah syukur hehehehe...

 Kak Pilla memang paling suka time berbuka puasa.. Masa ni lah semua duduk tunggu waktu berbuka.. Kasih tengok Ribena tu dah telan-telan airliur hahaha.. Sabar Kasih... Bila makan sekeluarga macam ni rasa seronok.. Tak sama macam makan malam selalu tu.. Bulan puasa ni semua duduk renung makanan hahahahah..

Kak Pilla bersyukur sebab bulan puasa ni dapat luangkan masa berharga bersama keluarga.  Kita semua rasa bertuah masih dapat duduk bersama di meja makan sebagai satu keluarga bahagia.  Semua ni mengingatkan Kak Pilla apakah maksud Ramadhan yang sebenar.  Bulan Ramadhan bukan saja tentang puasa, tetapi lebih kepada berpuasa sekeluarga dan inilah moment yang Kak Pilla selalu nantikan setiap kali Ramadhan menjelma.  Selaras la dengan #30DaysOfGoodness yang Ribena tengah jalankan ni, memang sesuai betul timingnya sebab dia ni macam reminder kat kita tentang tanggungjawab yang selalu kita abaikan.


 Eh si kecik pun sibuk.. Mengalahkan orang puasa plak heheheh... 

 Kak Pilla actually ada kenangan bersama Ribena since Ribena ni memang dari zaman kita kecik-kecik pun dah ada.  Wan dari dulu sangat particular apa yang kitorang makan dan minum..  Wan mesti akan masak dan bancuh air minuman.. Wan kata paling berkhasiat dan boleh diminum hari-hari ialah Ribena.. Hari Raya pun sama, itulah hidangan untuk tetamu yang datang.  So Kak Pilla membesar bersama Ribena dan sekarang dah biasa hidang kat keluarga sendiri.. tak kira bulan puasa atau masa Raya.  Rasa macam tak lengkap hari raya tanpa Ribena.

By the way, Ribena telah bergabung dengan Chef Anis untuk mengeluarkan resepi untuk bulan Ramadhan!  Tak sabar nak try hehehe and if korang interested nak try jugak macam Kak Pilla jom kita try sama-sama dan masak makanan sedap-sedap untuk family ;)

Sekian saja bebelan dari Kak Pilla

Selamat Berbuka Puasa dan Bersahur dengan Ribena!! Cipta moment yang indah sepanjang 30 hari Ramadhan bersama Ribena ;) 

Jom layari www.facebook.com/RibenaMalaysia/ untuk maklumat lanjut ;)




Love, 
Filla.

Saturday, June 18, 2016

BAJU RAYA.

Raya dah nak dekat ni.. Korang dah tempah ke baju raya? Apa? tak sempat tempah??? So dah beli ke ready made?  Jangan risauuuuuuu meh Kak Pilla tunjuk kat korang yang masih belum beli baju raya.. Ni baekkk punya, cantik dan murah.. Dia punya murah macam tak berapa masuk akal pun ada.. Dah lah delivery pantas gila, itu i like ;)

Kak Pilla dah biasa beli dari Nile.com.my ni, so far takde masalah.. senang je nak purchase online.. Dia siap ada size chart so korang tak perlu risau.. Pegi amik tali ukur tu.. ukur siap-siap shoulder, chest, waist, hip.. InshaAllah muat ;) dia sampai size XXL pun ada hehehe...  Kak Pilla lagi terror tak de tali pengukur pun... just main agak-agak tengok model muat, confirm i muat.. Eh? model tu kurus memang lah pakai size S.. so Kak Pilla akan amik size L untuk jubah.. dah kata jubah takkan nak ketat-ketat pulakkk kannnnn..

Before : RM157.90
Now : RM69.90

Paling suka kurung modern atas ni, ada few colours jugak.. dan tak expect harga semurah tu kualiti dia sebagus tu.. Baju ni Kak Pilla pilih size M.. Sib baik muat hehehehe.. kain selesa dan tak jarang..  

Before : RM97.31
Now : RM45.90

Blouse atas ni jenis labuh.. korang pakai dengan black pants pun boleh, long skirt pon okay jugak.

Before : RM73.99
Now : RM34.90
Flare skirt ni comfortable sebab pinggang dia getah.. kalau labuh sangat just gulung je pinggang hahaha.. 

Before : RM76.11
Now : RM34.90
 Ok suka jugak blouse tribal printed ni.. Hoi apa murah sangat ni? Beli 3 terus lah.. ada kaler-kaler lain jugak ;)  Pergelangan tangan dia jenis getah.. so memang selesa senang nak amik wudhu tarik je ke atas ;)

Before : RM94.59
Now: RM40.60
 Kat Nile.com.my ni belambak handbag.. siap 6in1 pon ada.. berderet-deret dengan harga tak sampai pun RM100.. Pergilah korang cuci mata ;)

Before : RM19.08
Now: RM9.90
 Bracelet ni datang in one set macam tu.. sarung je sebab dia jenis getah ;)

  Before : RM78.23
Now: RM36.90
 Cardigan ni pun ada few colours.. Tapi biasalah Kak Pilla kan cenderung warna-warna gelap dengan harapan boleh nampak kurus hehehe.. selesa kain tak tebal dan tak nipis.. sederhana gitu.. cardigan ni takde button kat depan so pepandailah pakai baju lain kat dalam ye ;)

 Before : RM97.31
Now: RM45.90
 Stripe Palazzo Pants ni pon pinggang selesa.. Jenis getah je.. depan dia ada design sikit ala-ala skirt gitu.. gi kerja pon sesuai sebab nampak formal jugak.. Kalau korang jenis tinggi akan nampak lampai dan langsing.. aku je tak berapa nak langsing cissss.. hehehe

 Before : RM94.59
Now: RM40.60
 Bag tu ada lagi satu colour merah.. Tapi hitam warna lebih selamat dan senang match ;)
 Before : RM84.59
Now: RM39.90
 Blouse ni ada corak actually depan dia.. tapi kalau pakai tudung memang akan tertutup sikit.. Kain jeans tapi jeans yang nipis dan selesa.. still tak jarang ;)

 Before : RM127.20
Now: RM75.90
 Okay jubah ni pun ada banyak warna-warna lain.. so far ni jubah terpaling selesa.. fabrik dia lembut dan tak panas.  Mostly jubah kat Nile.com.my ni semua jenis breastfeeding friendly sebab zip depan.. Kak Pilla amik ni size L nampak besar sikit, tapi takpe i suka besar-besar rasa berangin dan tak melekap di badan..

Before : RM32.12
Now: RM13.80
 Bag comel tu actually ada tali.. tapi rasa remaja sangat pulak pakai tali.. so kita pegang je.

 Before : RM169.39
Now: RM79.90
 Memula rasa takut-takut nak pilih jubah jenis denim sebab takut kain dia jegang dan keras.. Tapi ni denim jenis lembut dan sedap pakai.. 

  Before : RM11.77
Now: RM4.40
Apa ni bracelet RM4.40 haahhaa.. getah rambut anak aku lagi mahal kahkahkah.. Boleh lah feeling sikit pakai bracelet ;)

 Before : RM127.20
Now: RM75.90
Ok ni last sekali.. Jubah berdesign di bahagian bawah.. kain dia pon selesa dan sedap dipakai.. so kalau korang mencari-cari jubah atau blouse yang murah tapi kain sedap pakai boleh lah tengok-tengok kat Nile.com.my

Oh korang nak tau tak? sekarang ni diorang tengah buat Free Postage untuk seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembelian minimum RM48 sahaja by Poslaju Courier sahaja.. Bermula 30 Mei 2016 - 19 Julai 2016.

Masih belum terlewat lagi nak shopping.. Takyah meredah jalan jam, panas, haus tekak, peluh ketiak.. duduk depan pc je cuci mata click-click di hujung jari je gitu.. 

Ok i busy sekarang ni, korang gi tengok-tengok dulu ya..

Tata ;)






Love,
Filla.

Friday, June 17, 2016

ELLFIE DAN FAME COSMETICS DI VENDEUR FESTIVAL, SABTU DAN AHAD INI.

Orang-orang KL, Selangor dan orang luar KL yang turun KL jom kita serbu Vendeur Festival.. Beratus booth menjual segala macam benda.. Korang datang sini shopping raya, lepas tu duduk diam-diam kat rumah sampai hari raya hahaha..

Date
 18-19 June 2016 (Sabtu dan Ahad)

Time
10.00 pagi - 2.00 pagi

Venue
Vendeur Festival, MATRADE KL.

Booth No
B116 (Hall B)

Boleh dapatkan produk Fame Cosmetics (tester disediakan) dan Ellfie Beauty.. dengan harga pom pom pom.. Bukan harga kasih sayang dah ni.. harga letop-letop terus kita bagi.. Kata nak rayaaaaa khennnnn..

Belambak retis juga akan datang memeriahkan suasana di Vendeur Festival.. Kalau korang nak beli jubah / baju raya / shawl raya.. sila lah datang sini, boleh pitam ye.. sambil tu meh singgah booth B116 bli lip cream sebatang dua.. baju je cantik, muka kena cantek jugak hehehehe... 

So jumpa anda di sana.. Berbuka siap-siap kat rumah datang lambat pun takpe... Kata booth buka sampai 2 pagi, tak yah terkejar-kejar banyak masa lagi tu.. Tapi kalau nampak Kak Pilla duduk kat booth menyandar kat dinding mata juling-juling sebab ngantuk, jangan tegur.. diam je ye..  Jom jumpa di sana ;) 


Love, 
Filla.

Thursday, June 16, 2016

Indahnya Ramadhan

Assalamualaikum...

Macamana puasa hari ni?  Tetiba Kak Pilla emo pulak mengenangkan bulan puasa ni.. Banyak kot kenangan kita berpuasa di bulan Ramadhan ni.. Dari Kak Pilla kecik, remaja, dewasa, berkahwin, beranak-pinak.. Dulu kecik-kecik time puasa Kak Pilla suka duduk depan tv kalau waktu petang.. Sebab masa tu ada rancangan masak-masak.. Ingat lagi masa tu suka tengok Chef Wan.. Tiap-tiap petang dia dengan resepi dia siap ramai pulak penonton makcik-makcik dalam studio tu.. Tertelan-telan ailio Kak Pilla mengadap dia masak.. Pastu Wan masak confirm lah sedap meletop untuk berbuka.. Lagi sepuluh minit duduk mengadap nasi.. termenung je tengok lauk hahahah.. Air dah standby sebelah pinggan.. Nasi semua dah siap letak lauk.. tinggal nak ngap je.  Tu lah pengalaman masa kecik bila bulan puasa.. 

Bila dah kahwin lain pulak.. sempat lah Kak Pilla merasa berpuasa berdua je.. anak takde lagi masa tu baru sangat kahwin.. Kemain romantik hahahha.. ada sekali Kak Pilla kena berbuka kat hotel ada function office.. Fuyooo dia punya rasa bersalah biarkan suami berbuka sorang tu kemain lagi.. Sedih siap send gambar and text each other.. Makan apa? Oloololoo siannya.. Tu dulu lah.. sekarang kalau tak buka sama pun biasa je rasa hahahahahahahah..

 Berbuka kat rumah Wan bulan puasa tahun lepas.. Anak cucu semua balik, tonggang tebalik kat dapur hahahaha..

Nasi Lemak adalah menu yang takde siapa pun kat rumah tu yang tak suka :)

Sekarang ni dah lain.. Anak dah 3 orang.. berbuka puasa dan bersahur bila dah ada anak-anak lain pulak cerita dia.. Ini yang paling mencabar bagi Kak Pilla sepanjang hidup.. Dulu tak kisah apa pun.. makan apa yang ada untuk perut sendiri.. dulu masa bujang, tapau je kat pasar ramadhan.. nasi tomato, air.. cukup!! janji kenyang.. Sekarang ni tak boleh dah.. Pukul 12 tengahari dah sibuk fikir apa nak masak untuk berbuka ni.. Laju-laju search resepi dan blog-blog yang ada share lauk berbuka.. salin resepi hahaha.. Pastu terkenang lauk favourite Kasih.. mesti dia suka kalau Kak Pilla masak sambal ikan bilis kentang.. dia suka telur mata.. tumis bawang dan cili padi.. pastu letak kicap..  

Pastu teringat kat laki pulak.. Dia suka ayam berlada.. Ayam goreng kunyit.. cendawan goreng.. Asyik fikir apa yang ahli keluarga suka.. Diri sendiri? Tak fikir langsung!!!! sebab mak dia ni semua pun boleh telan hahahaha..  Balik je rumah, sinsing lengan baju tung tang tung tang masak kat dapur.. Letih? Ye letih sangat.. Kak Pilla kerja, pastu rushing amik anak balik sekolah, pastu mengadap jalan jam.. sampai rumah dah tinggal 1 jam sebelum berbuka.. Apa lagi bersilat kat dapur.. sampaikan ngam-ngam azan berkumandang baru Kak Pilla siap bancuh air kat dapur.. baru dapat duduk dan lepaskan lelah.

Tapi tulah indahnya Ramadan bagi Kak Pilla.. dapat sediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga.. Tengok muka diorang makan dengan penuh selera.. Masa ni lah kita para ibu ni mengumpul pahala menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.. dapat berkumpul setiap kali berbuka dan sahur makan bersama.. Solat tarawikh sama-sama.. Bawak Amaani and Kasih jugak.. Rasa hubungan kekeluargaan tu lebih terjalin erat di bulan Ramadhan.  

Biasanya sahur pulak kitorang akan makan yang simple-simple je.. Kak Pilla ok je makan nasi.. Tapi Pak Radie, Kasih dan Amaani lebih selera benda yang simple..

Haritu kitorang makan Mc Donald's je time berbuka puasa hahahaha.. Lagi best tak yah masak ;)  Tapi kitorang suka pergi weekend sebab esoknya tak kerja.. Kadang-kadang drive-thru je senang... Of courselah untuk berbuka puasa kitorang pilih Foldover Lazeez (ayam) untuk Kak Pilla, Foldover Mashwi (daging) untuk Pak Radie.  anak-anak jenis apa-apa pun ok.. dah kenyang boleh lah tidur sambil usap perut.



Aleesya paling happy lah kalau ajak gi Mc Donald's.  Sebab nak order happy meal dia heheh

Bulan Ramadhan ni datang sekali setahun je.. Bulan ni kita berlumba-lumba mengejar pahala kerana ganjaran lebih dari bulan yang lain.. Pejam celik habis dah Ramadhan.. Terus rindu lagi nak tunggu Ramadhan tahun depan kalau dipanjangkan umur.  Rindu jugak berkejaran kat dapur memasak.. Rindu bangun sahur sambil mata tertutup tapi pegang sudip nak goreng telur hahahah..

Semoga bulan Ramadhan ni kita semua dapat mengejar ganjaran dari Allah SWT dan menikmati keindahan Ramadan tu sendiri.  




Love,
Filla.

Buka Puasa Day 10

 Kak Pilla perasan sekarang ni dah kurang dah bloggers share entry buka puasa.. Tak macam tahun-tahun sebelum ni.. Whyyyy???? hahahah tetiba ai emo tekanan perasaan.  

Nampak sangat aku ni setia orangnya dan tak berubah... wow giteww.. Bukan apa, dulu best.. tgk kat thumnail sidebar tu.. belambak gambar makanan semua tajuk "Ramadhan Day 3,4 10,20.. gitu.. Now sepi krik krik krikkkkk..

Takpelah.. selagi Kak Pilla disini korang hadaplah.. walaupun aku dah share certain pic tu kat ig and fb.. aku tetap akan share kat blog.. sebab blog tetap dihatiku.. kesan dia lain sebab kat blog aku boleh membebel menceceh apa aku suka ;)

 Asam pedas ikan tenggiri menu berbuka Day 10.  Slurppp kalau dulu selamba je hirup hahah.. now tak boleh.. kang perot rasa panas..

 Kailan ikan masin.. Eh korang belilah ikan masin jeruk ke nama dia? Yang dalam botol cantik bersusun tu.. tak nak lah beli yang dalam paket plastik susah nak simpan.. ni comel je botol kecik.. ikan masin dia pun kecik-kecik tu.. kalau goreng perghhhhh melekat bau satu rumah hahaha.. 

 Merajinkan diri tambah satu menu ayam goreng kunyit.. sebab Pak Radie suka.. dia kurang suka asam pedas.. dia cakap boring.. ek eleh.. tak adventurous langsung.

 Sekarang Pak RAdie tengah mood rajin nak buat benda-benda macam ni.. macam biasa aku bukan pemakan benda-benda manis macam ni.. rasa secuit boleh.. tapi dah laki buat dengan anak-anak.. so kene support.. habis seketul ai makan hahaha.. Pastu dari start berbuka sampai habis makan dia tak puas hati kenapa kek batik dia keras tak lembut.. bagi aku bukanlah keras, tapi chewy gitu.. tapi aku suka chewy macam tu.. asyikkkk je makan hahahahah.. (saja amik hati)

Tapi good job bro! thumbs up to the kids.. semua happy dapat tolong papa.. Pak Radie dia mandor je.. anak-anak yang buat.. Tapi kagum sikitlah sebab excited dia siap berkobar-kobar balik kerja secepat mungkin nak bawak budak-budak gi carik coklat nak buat nie.. haritu buat puding roti pon sama.. berkobar-kobar.. aku jeling ikut hujung mata je hahaha

Patut lah papa is the best.. menangis kalau tak dapat duduk sebelah papa.. Habis tu? mak kau ni masak asam pedas tak best? Selalu diabaikan takde orang rebut-rebut nangis-nangis pun nak duduk sebelah kittew *sobsob*

 Lauk berbuka puasa untuk keluarga kecil saya..

Anda bagaimana? Ecewah Ecewah... Chiachiachiaaaa apa tu chia chia chia?? I kenot accept.




Love, 
Filla.

Wednesday, June 15, 2016

Buka Puasa Day 9

Orang kata lauk paling pemalas ialah sup ayam.. Kak Pilla pun akui jugak.. dah lah tak payah nak selalu kacau.. tenggek je campak semua kacau sekali dua.. siap ;)  Tapi tak dinafikan sup ayam pun sedap je makan dengan nasi putih.. So tekak teringin dan buntu nak masak benda lain.. ini pun boleh ;)

 Kak Pilla kalau masak sup ayam wajib letak kentang dengan carrot.. baru dia berseri-seri.. kalau ada daun sup dgn daun bawang tu memang syukurlah hahaha kalau ada bawang goreng of course lagi sedap... slurrrppp

 Ada orang jual sambal ikan bilis kering ni.. Saja try.. bagus tak mengecewakan sebab sedap dan tak manis.. Aku kureng manis-manis ni.. ni pedas berdesing wowwww pekena dengan sup ayam memang ngammmm..

 Kerabu mangga ni jual kat restoran kelantan area rumah.. Pak Radie memang suka kerabu mangga.. so dia gi beli.. Aku suka tapi tak reti makan dengan nasi.. Aku akan ratah gitu je.. 

 Last buat sayur campur.. Aku cakap dengan bibik.. Kalau saya sorang.. sayur-sayur ni terus campak dalam sup ayam tak yah asing-asing.. hahahah dasar pemalas punya Kak Pilla.

 Nampak macam banyak.. yang aku masak dua je pun hahaha.. pastu tumbuk sikit cili padi kicap tu perghhh gaul dekat nasi tuang sup ayam.. nyammm nyammm.. campur sambal bilis kering sekali.. 

Ok nak sambung masak lauk berbuka hari ni pulak.. Tata ;)





Love, 
Filla.