Thursday, June 16, 2016

Indahnya Ramadhan

Assalamualaikum...

Macamana puasa hari ni?  Tetiba Kak Pilla emo pulak mengenangkan bulan puasa ni.. Banyak kot kenangan kita berpuasa di bulan Ramadhan ni.. Dari Kak Pilla kecik, remaja, dewasa, berkahwin, beranak-pinak.. Dulu kecik-kecik time puasa Kak Pilla suka duduk depan tv kalau waktu petang.. Sebab masa tu ada rancangan masak-masak.. Ingat lagi masa tu suka tengok Chef Wan.. Tiap-tiap petang dia dengan resepi dia siap ramai pulak penonton makcik-makcik dalam studio tu.. Tertelan-telan ailio Kak Pilla mengadap dia masak.. Pastu Wan masak confirm lah sedap meletop untuk berbuka.. Lagi sepuluh minit duduk mengadap nasi.. termenung je tengok lauk hahahah.. Air dah standby sebelah pinggan.. Nasi semua dah siap letak lauk.. tinggal nak ngap je.  Tu lah pengalaman masa kecik bila bulan puasa.. 

Bila dah kahwin lain pulak.. sempat lah Kak Pilla merasa berpuasa berdua je.. anak takde lagi masa tu baru sangat kahwin.. Kemain romantik hahahha.. ada sekali Kak Pilla kena berbuka kat hotel ada function office.. Fuyooo dia punya rasa bersalah biarkan suami berbuka sorang tu kemain lagi.. Sedih siap send gambar and text each other.. Makan apa? Oloololoo siannya.. Tu dulu lah.. sekarang kalau tak buka sama pun biasa je rasa hahahahahahahah..

 Berbuka kat rumah Wan bulan puasa tahun lepas.. Anak cucu semua balik, tonggang tebalik kat dapur hahahaha..

Nasi Lemak adalah menu yang takde siapa pun kat rumah tu yang tak suka :)

Sekarang ni dah lain.. Anak dah 3 orang.. berbuka puasa dan bersahur bila dah ada anak-anak lain pulak cerita dia.. Ini yang paling mencabar bagi Kak Pilla sepanjang hidup.. Dulu tak kisah apa pun.. makan apa yang ada untuk perut sendiri.. dulu masa bujang, tapau je kat pasar ramadhan.. nasi tomato, air.. cukup!! janji kenyang.. Sekarang ni tak boleh dah.. Pukul 12 tengahari dah sibuk fikir apa nak masak untuk berbuka ni.. Laju-laju search resepi dan blog-blog yang ada share lauk berbuka.. salin resepi hahaha.. Pastu terkenang lauk favourite Kasih.. mesti dia suka kalau Kak Pilla masak sambal ikan bilis kentang.. dia suka telur mata.. tumis bawang dan cili padi.. pastu letak kicap..  

Pastu teringat kat laki pulak.. Dia suka ayam berlada.. Ayam goreng kunyit.. cendawan goreng.. Asyik fikir apa yang ahli keluarga suka.. Diri sendiri? Tak fikir langsung!!!! sebab mak dia ni semua pun boleh telan hahahaha..  Balik je rumah, sinsing lengan baju tung tang tung tang masak kat dapur.. Letih? Ye letih sangat.. Kak Pilla kerja, pastu rushing amik anak balik sekolah, pastu mengadap jalan jam.. sampai rumah dah tinggal 1 jam sebelum berbuka.. Apa lagi bersilat kat dapur.. sampaikan ngam-ngam azan berkumandang baru Kak Pilla siap bancuh air kat dapur.. baru dapat duduk dan lepaskan lelah.

Tapi tulah indahnya Ramadan bagi Kak Pilla.. dapat sediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga.. Tengok muka diorang makan dengan penuh selera.. Masa ni lah kita para ibu ni mengumpul pahala menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.. dapat berkumpul setiap kali berbuka dan sahur makan bersama.. Solat tarawikh sama-sama.. Bawak Amaani and Kasih jugak.. Rasa hubungan kekeluargaan tu lebih terjalin erat di bulan Ramadhan.  

Biasanya sahur pulak kitorang akan makan yang simple-simple je.. Kak Pilla ok je makan nasi.. Tapi Pak Radie, Kasih dan Amaani lebih selera benda yang simple..

Haritu kitorang makan Mc Donald's je time berbuka puasa hahahaha.. Lagi best tak yah masak ;)  Tapi kitorang suka pergi weekend sebab esoknya tak kerja.. Kadang-kadang drive-thru je senang... Of courselah untuk berbuka puasa kitorang pilih Foldover Lazeez (ayam) untuk Kak Pilla, Foldover Mashwi (daging) untuk Pak Radie.  anak-anak jenis apa-apa pun ok.. dah kenyang boleh lah tidur sambil usap perut.



Aleesya paling happy lah kalau ajak gi Mc Donald's.  Sebab nak order happy meal dia heheh

Bulan Ramadhan ni datang sekali setahun je.. Bulan ni kita berlumba-lumba mengejar pahala kerana ganjaran lebih dari bulan yang lain.. Pejam celik habis dah Ramadhan.. Terus rindu lagi nak tunggu Ramadhan tahun depan kalau dipanjangkan umur.  Rindu jugak berkejaran kat dapur memasak.. Rindu bangun sahur sambil mata tertutup tapi pegang sudip nak goreng telur hahahah..

Semoga bulan Ramadhan ni kita semua dapat mengejar ganjaran dari Allah SWT dan menikmati keindahan Ramadan tu sendiri.  




Love,
Filla.

2 comments:

Anonymous said...

Kak pilla. Iklan ellfie dgn fame dah keluar kt mingguan wanita.
-Ema-

Myalycia said...

kak pila, touching bc entry ni. betul2, kadang2 nk masak kita fikir menu suami dan anak2. yg kita ni semua pun boleh telan kan hehe...