Gittewwww... Hahhaha.. Akhirnya ada entry khas harini.. Well siapa follow ig stories Kak Pilla kat @fillanie korang taulah yang ai dah start eat healthy food katernyeeee... Lom cukup seminggu lagi kohkohkohh.. doakan sis ya..
Kenapa orang nak kurus ni ada macam-macam sebab.. Tapi antara sebab Kak Pilla nak kurus ialah:
Kesihatan:
Cehhh ayat standard ni hahha.. Tapi itulah kenyataanya.. fyi umur Kak Pilla now 39 tahun.. Tahun depan dah masuk 40 uolls.. So dah mula sakit sana sini.. Badan selalu angin sebab tak semua makanan Kak Pilla boleh makan.. ada certain food buat Kak Pilla angin dan muntah-muntah.. Tapi dalam dunia ni ada banyak makanan lain kita boleh makan hahahha.. Sebab tu lah misi kurus tak pernah berjaya. Baru-baru ni Kak Pilla ada terjatuh kat lantai office sebab lantai tu ada air so licin.. Dahlah kat kaunter huhu.. Malu nyeeee.. Jatuh tu pulak lutut dulu yang jatuh.. Dah sebulan kot.. tapi still terasa lutut kiri ni sakit kadang tu.. Tu lagi satu alasan x nak bersenam dan asyik baring hahhaha macam cedera parah pulak hihi..
Ramai kawan-kawan Kak Pilla yang tetiba sakit mengejut.. padahal gaya hidup dah cukup sihat.. selalu buat medical check up.. badan pun tak gemuk.. tapi sakit ni tak kira siapa.. Selagi kita boleh jaga kesihatan ni jom lah kita jaga..
Anak-anak:
Dah tentu nak lebih kurus dan sihat sebab anak-anak.. Tapi sebenarnya lebih kepada mulut diorang ni..
"Mama omg besarnye paha mama?"
"Mama ni comel, dagu berlapis"
"Mama tak gemuk, tapi besar sikit je"
"Mama tak boleh makan ni, mama dah gemuk"
Dannnnnn banyak lagi ayat diorang... Budak-budak kan jujur tak menipu.. Sakit hati ai tauuuu... So untuk bagi mulut diorang tak mengata mak dia lagi.. kita cuba kurus sikit hahahahha..
Suami:
Of course lah salah satu sebab utama sebab suami.. Dia takdelah kisah pun.. Katanyaaaa lah.. Tapi kitorang kan suka mengutuk sesama sendiri.. nanti dia cakap
"Uihhhhh besarnya kaki"
Kalau letak kaki kat atas kaki dia nanti dia buat-buat aksi macam kayu balak yang hempap dia.. ko rasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Aku takde lah emo pon.. Kang ada je cakap "Eiii apa lah suami dia tu.. macam bagus nak kutuk-kutuk bini dia sendiri.. dia tak tau ke pengorbanan bini dia bla bla bla".. Hellooo chill sudah hahahah.. aku lagi tau laki aku.. Sebab aku pun kutuk dia toyol lah.. badan kurus perot boroi lahh.. Muahahhaha so adil dan saksama lah kan..
Cuma sendiri rasa tak best bila bersuamikan seorang yang badan macam tiang letrik dari sebelum kawin sampai dah anak 3 ni gitulah badan dia.. Now adalah isi sikit tapi jenis makan, perot je naik.. pastu buang.. kempis balik.. kong aja kan jenis badan macam ni? Dia bukan kisah pun makan ke tak.. kadang dia cakap dia lupa makan lunch.. Eh??? ada ya manusia lupa nak makan?
Dia very supportive jugaklah.. Last week dua hari berturut gi jogging kat Cyberjaya.. Dia yang ajak.. Dia pusing 4 round.. Kak Pilla buat 10 round (walaupun tak lari sebenarnya, jalan laju-laju je) complete lah sejam tu 10 round. Pastu kannn.. dia amik video masa Kak Pilla lari tu.. depan Kak Pilla tu ada pompuan slim jogging pakai t-shirt kecik kaler kelabu dengan legging hitam.. Kak Pilla pakai t-shirt besar kelabu dengan seluar hitam.. Pastu dalam video dia cakap
"Itu diaaaaa... hebat berlari.. Eh tu orang lain lahhhh... Haaaa ni baru betul"
Kak Pilla tengok video tu.. selim gilers pompuan depan tu.. pastu sampai part Kak Pilla tu Ya Allah montelnya kau pilla... Kongajo laki aku tu.. Tak kelaka ye banggg..
Lagipun bila ai besar.. husband ai kecik.. rasa macam makcik pulak diri ini.. huhu.. kalau sesama besar maybe ai tak kisah sangat.. Hate uuuu... So mari kurus.
Baju / Kain Ketat:
Ni salah satu faktor penting kenapa nak kurus.. Baju kurung Kak Pilla habis dah semua Kak Pilla lipat and asing nak pass kat anak buah. Part punggung and pinggang tu tak dapat nak ditolong.. Menangis kain tu mintak tolong hahhahahaa.. Sendat uollssss... Banyak gila seluar and baju kurung dah tak muat.. Baju pun dulu muat je.. sekarang ni blouse dulu-dulu semua dah tersekat kat punggung.. Gilo lahhh... Aritu lagi best masa exhibition kat Kedah.. Kak Pilla bawak kemeja jeans.. Tapi tersilap terbawak yang lagi satu tu.. Hamekkk tak leh button okayyyyy... Ini tidak kelakar ya.. Terpaksa pakai t-shirt kat dalam and unbutton kemeja jeans tu.. Ya ampun dah macam minah rempit kau dah kenapa Pilla. Kena gelak dengan Elly and Peej.. Dahlah bawak baju ngam-ngam je.. Balik terus singgah mall kat Kedah tu beli blouse uniqlo 2-3 helai yang besar-besar hahahahhaha..
Sayang tau jeans and seluar-seluar yang dah tak muat tu.. tu kan pembaziran namanya.. So Kak pilla kena kurus supaya tak membazir dan boleh pakai balik jeans kegemaran.. Ni bila nak beli baru pun ngeriiiiii nye tengok tang paha tu... dah macam nangka kau kenapaaaaa huwaaaaaa... berlaga-laga dah paha ya amponnnn..
Tu belum lagi cerita badan berlapis seperti muffin terlebih gebu hahahaha.. Korang cakap "Kak Pilla gemuk tang mana????" Hoiii dia tersembunyi korang mana tau..
Letih dan Lesu:
Sejak gemuk ni rasa lemau je selalu.. Jalan malas.. nak keluar malas.. semua benda jadi slow and malas.. Rasa nak baringgggggg je 24 jam.. Huwaaa tak bagusnya macam tu.. Kak Pilla nak kembali aktif dan cergas.. Ke hulu ke hilir takde masalah keletihan.. gituuu.. So Kak Pilla rasa semua berpunca sebab badan dah berat so pergerakan jadi lambat dan malas. Bila badan ringan confirm rasa nak berlari sambil meloncat-loncat buat kerja kahkahkah.. So mari turunkan berat badan supaya lebih cergas dan aktif.
Rasanya itulah faktor-faktor kenapa Kak Pilla rasa perlu kurus.. Setakat ni baru turun 1 kg kahkahkah.. last week 61kg... Yeeeeeeeeeeeeeee!!! berat saya 61kg ko rasaaaa??? Kak Pilla dapat turun jadi 55kg pun jadiklah.. Hahahahaha berani cakap macam ni sebab ramai yang share kat dm ig tu.. yang turun 15kg, 20kg 7kg ramai gila ok...So terus rasa konpiden nak turun 6 kg hahahhahaha..
Tak taulah akan berjaya atau gagal.. Korang pun tau Kak Pilla ni food lover kan.. Aku kalau makan breakfast tu.. sambil makan otak dah pikir apa nak makan lunch.. Muahhahaha saiko gila.. Pastu tengok makanan sedap terus nak gi makan sana masa tu jugak.. Siapa macam kak pilla angkat tangan hahahhaha..
So sekarang ni kita try diet ni:
Breakfast
Boleh makan wholemeal bread, scramble egg, overnight oats, chicken wraps, telo rebus dan lain-lain yang healthy.. Tapi Kak Pilla terpaksa say good bye to my oldtown white coffee buat sementara waktu.. Kalau tak macam sia-sia je rasanya usaha ai ni.. hhuhuhuuu.. once a week maybe boleh ;)
Lunch
Boleh makan nasi tapi sikit.. segenggam katanya.. or kalau tupperware tu.. 1 petak kecil yang suku tu.. then suku lagi boleh letak buah.. dan yang besar sikit tu boleh letak sayuran.. boleh makan bergrill ayam / ikan.. nanti nak try soft tofu tu..
Dinner
Elakkan carbs.. so tengahari dah makan nasi / roti / wraps kan.. so makan dinner tu awal sikit dan lebihkan protin gitu.. contoh chicken grill, salmon grill wow tanak kalah nak salmon jeeeee... padahal baru lepas makan ikan kembong grill je sebenarnya hahahaha..
Air
Kak Pilla memang jenis susah minum air kosong.. air manis pon takdelah terlalu suka sangat kecuali coffee je huwaaaa.. So ikut perkiraan dia :
25kg = 1 liter air
So agaklah sendiri berat masing-masing berapa liter air sehari badan korang perlukan.
Senaman
Buat masa ni Kak Pilla nak jogging setiap weekend or public holiday.. at least 1 jam.. Kalau tak jogging pun takpe.. kita jalan laju-laju je.. Dan buat masa ni at least workout 20 minit setiap hari.. minggu ni penuh kak Pilla buat kecuali sehari je haritu terlalu tak larat hahahaha.. Ikut suka lah senaman macamana pun janji peluh keluar hahahaha..
Masa jogging haritu terus insof sebab masa tu asyik berselisih dengan orang yang kurus tapi tetap nak jogging.. so jogging itu bukan untuk orang yang gemok sahaja ya... Ramai yang dah tua bertongkat jalan slow-slow.. budak lelaki kurus-kurus je elok berlari beround-round.. kemain dengan earphone.. Akak mana boleh kalah... earphone tak bawak.. akak terus bukak lagu kat youtube Havannahh ohhh nanaaaaaaaaa... letak phone dalam poket seluar.. kemain lagu kauuuu hahahhaa.. Kasih geleng kepala tengok aku ni.. dia cakap "omg mama, download lah aps bla bla bla" Apoooo???? Mak kau tak reti ya.. janji ada lagu ok lah tu..
Pastu masa lari tu, cukup je kat check point kak pilla tu ada makcik sefamily duduk kat playground tu.. Dia boleh bawak bekal pulakkkkk.... Huwaaaaaaa sambil lari tu ekor mata ai tengok diorang makan olio oglio kot.. Huwaaaa bau diaaaa sedapppppppppppppppp!!!! Makcik so rude.. why u do this to me???? Tiap kali nak sampai kat makcik tu aku sedut udara kuat-kuat.. tak dapat makan, dapat amik bau pun jadiklahhhhhhh muahahhahahaha..
Ok berbalik kepada senaman tadi.. boleh buat plank 30 saat tu.. rasa nak mampos 30 saat tu hahahahhaha.. Banyak juga senaman kat youtube tu semua ada.. nak kecikkan paha, nak kecikkan bontot, nak perot berketak.. haaaa kak, pilihhhhhh je... zumba kalau kat youtube Kak Pilla kurang suka sebab ai terlalu lembab nak paham step hahahahha.. dahlah tgk kat phone je, mata rabun hahahhaa.. habis besepah aku menari apa pun aku tak tau.. geleng kepala tengok tarian sendiri kat cermin... No Pillaaaa.. No....
Okaylah sakit tengkuk aku ni.. Nanti kita jumpa lagi ya.. Doakan Kak Pilla istiqomah kali ni.. Korang pun bila lagi nak start.. Jomlah kita start sama-sama...
Ikuti kak Pilla kat igs @fillanie
Bye.
Love,
Filla.