Friday, May 27, 2016

TIPS BERNIAGA.



Salam sejahtera semoga semua diberkati pagi ini.. amboi serious pulak.

Actually aku bukan orang yang sesuai untuk share tips berniaga semua ni.. Tapi aku just share pengalaman sahaja.  Sebab ada juga yang email nak minta pandangan, nak minta tips, nasihat semua tu walaupun tau aku tak selayak mana untuk berkata-kata.

Mungkin korang dah pernah dengar cerita dari Peej dan Elly tentang pengalaman diorang berniaga.. Dari Kak Pilla dah ke belum yek? hahahah.. Kalau belum jom dengar i sembang, mana lah tau boleh memberi sedikit motivasi dan semangat ;)

Pertama.  Korang jenis berhati cekal atau jelly?  Kalau jelly, mungkin boleh berjaya tapi lambat sikit.  Kalau cekal je pun tak cukup, strategi ada? 

Mula-mula sekali aku bersetuju untuk bersama-sama terjun dengan Elly and Peej untuk memiliki skincare sendiri (Ellfie Beauty) kitorang just sembang-sembang sambil minum-minum.  Nothing serious.  Dan dan dannn aku jenis suka berfikir sampai tak boleh tidur malam.  Aku tau diri aku sendiri.. Yes kena tahu diri sendiri dulu.. Ini bagi yang nak buat business bersama orang lain.  Bukan senang sebab ada 3 kepala.  Kalau ada satu kepala yang dari awal kau tak suka.. memang bye bye.. sila JANGAN mengada nak business bersama.  Aku tau aku boleh bekerja dengan siapa, dan aku tak boleh bekerja dengan siapa.  Itu penting sebab ini untuk long term bukan short term.  Aku mungkin boleh baik dengan orang as sahabat, tapi aku tau aku tak boleh ada business bersama sebab cara kami berbeza.  Paham? Sebelum business Ellfie pun ada few projects aku buat dengan Elly so aku dah tau cara dia macamana.. 


Bukanlah nak kata Elly and Peej tu aku boleh 'masuk' sangat kepala sampai sanggup business bersama hahahaha.. Kalau korang bercadang untuk buat business bersama (joint partner) korang kena kaji dan fikir masak-masak.  Saling sentapkah? Atau sepanjang berkawan tak pernah ada perselisihan faham.. tak pernah gaduh, tak pernah merajuk, tak pernah berasa hati.  Kalau semua yang aku sebut kat atas tu tak pernah terjadi, yes korang boleh consider untuk business bersama.  Sebab dalam business dan persahabatan, takde masa untuk semua tu.. semua tu akan meruntuhkan persahabatan dan perniagaan.


Katalah korang buat business berdua, bertiga atau berempat sekali pun.  Masing-masing kena tahu tugas dan tanggungjawab kerja masing-masing.  Boleh lantik seorang untuk jadi ketua.. Istilah ketua kat sini ialah dia yang akan buat keputusan selepas perbincangan bersama.  Sebab kadang-kadang masalah terjadi.. susah sangat nak cari kata putus dan penyelesaian, masa ni korang perlukan seorang untuk jadi leader supaya dia boleh lead sepanjang perjalanan.  Sebab tu kena bincang sebab dia boleh lead tapi dia perlukan pendapat dan pandangan majoriti.  Kalau partner korang jenis buat keputusan sendiri, tiada perbincangan, dia act like a boss sedangkan duit labur sama banyak.. Baik blah. Suruh dia buat business sorang-sorang kalau dia anggap ko patung bernyawa hanya di tepi sudut.  Paham?


Ada partner tapi dia pembuli.  Apa tu??? Maksudnya dia hanya pandai beri arahan.. Kerja dan beban semua dia hempuk kat kepala ko sorang.  Dia act like banyak kerja konon handle semua padahal dia relaks.  Ko lah kuli ko jugaklah balaci dia.. Hati sakit so apa pun tak guna.  Benda ni dari awal ko dah boleh nampak sebelum buat keputusan untuk business bersama.  So kalau ciri-ciri tu macam ada kat bakal business partner korang tu.. Sila jangan setuju untuk business bersama.  Anda bakal dibuli.


Saling hormat-menghormati.. Actually ni kena tau dari awal sebelum decide untuk bergabung.  Ada tak limit dalam bersahabat?  Ada limit tak korang bergurau.. Mungkin best sebab satu kepala, tapi limit dan hormat kena ada.. Aku tak kata yang Peej and Elly tu the best ever.. Tapi dari mula kenal sampai hari ni, masing-masing tahu batas.  Masih hormat dan jaga hati each other, saling support.. Jangan sesekali merendah-rendahkan sahabat korang sendiri sebab hati orang lain-lain.. Korang maybe nampak dia very strong, jenis tak ambik hati.. Mana kau tau???? kot dia telan je ke apa.. Itulah pentingnya hormat.. Hormat mak bapak, hormat mertua, hormat suami, hormat sahabat.  Tau limit bercakap dan bergurau.  Bukan hentam kromo je harap orang paham kau.. Hidup biar matang sikit.  Bila rasa hormat ada, inshaAllah senang business bersama.


Sedia terima makian, hinaan, cacian, umpatan.  Bukan dari business partner.. tapi dari customers dan orang-orang sekeliling yang sentiasa mendoakan korang jatuh tersungkur.  Jadikan semua tu untuk jadikan kita lebih kuat dan berjaya.  Jangan baca benda-benda negatif tentang kita.  Macam aku, Peej and Elly blogger.. Ada suka ada tak suka kitorang ni.  So kenapa nak membodohkan diri cari / baca bahan / komen yang menjatuhkan?  Kita kata kita tabah kuat boleh hadapi cercaan orang.. Yes memang boleh, tapi aura negatif tu akan sampai jugak kat korang.. korang akan rasa down, benci, geram.. so how to focus? IGNORE negative people.  Orang macam ni memang tak sabar nak tepuk tangan tunggu kita tersungkur.. Biarkan je.. 


Selalu tengok orang-orang yang berjaya.  Apa strategi dia? Macamana dia buat? Macamana nak bertahan?  Semua tu penting.. marketing cemana? Sendiri buatlahhhh!!!!! Kita ni once dah masuk dalam business, kena belajar hidup susah.  Kena keluar modal? FB ads?? Yes keluarlah modal.. macamana pulak untung nak, modal tak nak keluar.. business sendiri ke, jadi agent or stokis ke, belajar melabur kalau nak pulangan.  Nak amik model? Bayar.  Try and Error orang cakap.  Kalau tak macamana kita nak tau strategi apa yang paling bagus dan berkesan?


Cari ilmu, keluar duit sikit pergi kelas.  Belajar dari orang-orang yang berpengalaman dalam perniagaan.  Mana yang silap langkah kita betulkan.. Ikut budget yang ada.. ada duit lebih sikit boleh amik kelas yang mahal sikit.. duit sikit join kelas yang murah sikit tapi still bermanfaat.. Jangan belajar dari seorang guru je.. cuba jugak dengan cikgu-cikgu lain sebab cara dan strategi setiap guru berlainan.


Jangan kedekut bantu orang yang memerlukan.. Jaga staff kalau anda dah ada staff.. Bantu kalau dia memerlukan.. Tapi jangan lah asyik bantu sampai kerja pun nak tanak dia buat sebab dah sedap.. Make sure kerja tip top.  so boss tak berkira.  Create suasana ceria dengan pekerja atau team korang.. Tapi macam aku cakap, hormat respect kena ada.. Kalau kat Ellfie sana, Peej jenis tak kisah.. Elly jenis staff segan sikit dengan dia.. Aku kalau sesekali turun sana aku akan siasat jugak dengan Elly and Peej.. budak tu ok? budak yang sorang tu camne? hahahaha.. Pastu boleh borak tapi bukan tepuk tampar gurau senda.  Aku selamba tegur, "dik yang ni kalau tampal kena lurus, tak boleh senget macam ni".. Ok kak sorry kak. 


Peej and Elly cakap aku garang.  hahahhaha tapi ye kot sebab mak aku pun cakap aku garang.  Bila Wan tanya kat bibik "Puan tu garang ke dengan kamu?"  Bibik cakap "Taklah, kalau marah pun sekejap je, hati dia tak simpan".  Yes benda tak betul aku akan tegur and marah masa tu je.  Lepas sejam aku jumpa dia balik kat dapur, aku boleh borak macam biasa takde apa terjadi.  Sebab benda aku tak suka aku akan tegur, dan aku tak nak benda tu terjadi lagi.  Kalau buat jugak memang kena.  


Follow-up.  Pernah ke follow up customers? Customers ni suka bila kita concern dan ambik berat.  Ramai je jenis tanya macam-macam pastu senyap krikkk kriikk.. biarkan dia senyap dulu.. nanti sila follow up.. sayang ye, maybe 60% hati dia dah nak beli haritu.. tapi budget lari kot kena bawak anak gi klinik pulak.. Hah gitu.. so lepas 2 minggu boleh follow up.. "Sis saya nak bagi harga special sikit ni.. untuk sis.. rugi sis tak amik.. lusa dah harga normal dah sis" Eh pepandai lah ko ayat dia.. maybe dah jadi 80% hati dia nak beli.. Paham? Usaha tangga kejayaan.. Tapi JANGAN PAKSA.  Annoying ok..


Jangan kacau produk orang lain.  Business cara bersih.  Buat kerja masing-masing.  Jangan sesekali buat perbandingan.. contoh macam ni "Kalau guna produk A, maybe dalam 3 hari boleh nampak kesan, tapi produk A dah tentu ada guna bahan terlarang sebab tu cepat nampak kesan dia.. bahaya ya hati-hati.. Produk kami dijamin tiada bahan terlarang, ada KKM bagai bla bla bla".. Walaupun kau tak sebut Produk A tu produk apa.. Tapi perlu ke bandingkan dengan produk kau sendiri????? No jangan buat camntu ye.. Terus je bentangkan hujah-hujah kenapa produk kau bagus.. bukan kenapa produk kau lebih bagus dari produk A.  itu salah.  kau rasa kau tak menjatuhkan orang lain sebab kau tak sebut nama pun.. tapi keji sangat kot cakap produk kau bagus dari produk orang lain.. walaupun hakikatnya betul, tapi biar orang lain yang menilai, bukan kau yang buat penilaian.  Paham?


Jangan putus asa.  Teruskan perjuangan walaupun sales kurang memberansangkan.  Lagi-lagi orang yang baru nak mula bertapak.  Nak mendapat tempat di hati customers bukan senang ye.. Kena build trust dan spreadkan product kita supaya ramai tau.  Cara? Oklah aku bagi contoh ye.. Katalah korang ni stokis kepada satu produk ni.. Korang ada persaingan sesama stokis yang jual produk yang sama, betul? Salah satu cara dia ialah tonjolkan diri.  Buat sampai orang notice kewujudan korang.. Pantas bertindak.. Biarlah orang nak tengok, eh balik-balik muka dia ni je, takde muka orang lain ke??? Bila orang selalu nampak korang, baru orang percaya sales kau bagus.  Orang komen kat FB Page.. "sis cemana nak pakai ni? macam berminatlah".. apa lagiiii serang lahhh.. takkan nak biarkan customer tanya dekat sejam ko buat bodoh je.. kalau boleh x sampai seminit terus jawab "senang je sis, saya boleh ajar sis.. saya dah pm sis" Kemain kembang customer sebab pertanyaan dilayan mesra gitew.


Jangan tunggu customer.  Pegi carik customer.  Ni aku tengok ramai jenis tunggu je customer cari dia.. Pastu merungut.. takde orang nak beli.. produk tak jalan.. Meniaga ni korang kene agresif tak leh lemauuuu dudukkkk je.. Dah lah lemau, pastu merungut takde customer, sales kurang.. Dah tu acaner? Salah siapa?


So itu jelah tips sikit-sikit dari Kak Pilla.. Tulis ni pun dah letih je rasa hahahahahah.

Harap perkongsian pengalaman dari Kak Pilla ada yang boleh diterima pakai ya.. 

Bye.





Love, 
Filla.

Wednesday, May 25, 2016

REZEKI DIKONGSI BERSAMA.

Hello, Assalamualaikum, Selamat Pagi Rabu ;)

Hari ni Kak Pilla bawak bekal ke office.  Seriously dah tak lalu dan tak tau nak makan apa kat foodcourt office ni.  Semalam masak lauk berlebih so mari tapau jimat belanja.

Telan ailio bukan sebab sendiri perasan masak sedap sangat.. Tapi memang favourite Kak Pilla ialah Asam Pedas heheheh.. 

Apa nak cerita hari ni?  Kehidupan berlalu macam biasa, eh tak biasa sangat sebab now sibuk dengan Fame yang dah mula mendapat tempat di hati semua.. Amboi.. Ye, kitorang sendiri tak sangka secepat ni Fame berkembang.. Kitorang selalu je terkejut-terkejut bila stock susut.. terlampau pantas sedangkan untuk order and run kat kilang bukan cepat sebab banyak procedure and kilang bagi deadline.. tak boleh main order harini esok dapat.  

Now kita dah ada 12 Stokis.. InshaAllah harini kita akan dapat 1 lagi stokis dari Negeri Sembilan.  Total akan jadi 13 stokis.  So now kita cuma ada kekosongan untuk:

Sabah 
Sarawak
Perlis 
Johor

Johor tu kita dah ada sorang stokis tapi sebab memang dari mula-mula Fame beroperasi kita memang plan dan inform akan amik 2 stokis dari Johor sebab Johor tu besar.. So orang Johor yang berminat boleh sertai kami dengan menjadi Stokis.  Orang Sabah dengan Sarawak pun sangat dialu-alukan sebab memang ramai buyer dari sana..

Tugas aku jaga stokis dan Agent fame.  So apa-apa yang berkaitan dengan stokis, kalau ada masalah, nak order, nak itu nak ini semua boleh refer dengan Kak Pilla je.. Peej and Elly busy kat HQ so tak boleh ganggu diorang.. Diorang cuma tau Kak Pilla serahkan order je..Korang boleh tengok agents dan stokis kita ada kat instagram @agentfame untuk memudahkan korang yang nak COD atau pos.

Oh ya, cakap pasal COD ni ada jugak agents yang mengadu kat Kak Pilla.. customer nak beli, jumpa kat satu tempat which is tak dekat sangat ya.. Tapi bila dah jumpa tak nak pulak bayar charge RM6.. Sebab syarat kita beli 1-4 batang kena tambah RM6.. Beli 5 ke atas barulah free postage/cod.. 

Bukan Kak Pilla nak marah customer.. Tapi kesian kat agent-agent tu ha.. diorang nak cari duit tambahan.. berusaha gigih untuk jual Fame tu.. Fame pun murahkan? cuma RM29 je sebatang.. so faham-faham lah komisyen untuk sebatang tu berapa je diorang dapat.. kalau nak COD boleh, tapi janganlah bekira RM6.. Agent pun sama macam kita.. nak isi minyak motor/kereta, meluangkan masa dia, tenaga dia.. RM6 tu apa lah sangat.. Kalau korang nak jimat tanak bayar RM6 tu, korang je yang pergi collect kat office or rumah agent tu.. hahahahha.. Korang gi makan kat kedai, air kosong pun restoran charge.. dengan GST lagi.. tapi korang bayar je kan? Ada tak korang sound owner restoran tu.. Saya nak bayar harga makan je, GST, service tax bagai saya tak nak bayar.. Tak kan?

So anggap jelah sedekah kat agent.. which is bukan sedekah pun sebenarnya sebab kos diorang kot bayar minyak, tol bagai.. hahha 

Tapi hakak bangga dengan stokis and agents kita yang kemain rancak berniaga.  Diorang punya rancak tu Kak Pilla yang seram ya.. Actually syarat stokis kena restock in 3 months.. kalau tak restock kita berhak gugurkan dari list stokis.  Tapi tapi tapiiiii ada stokis yang restock selang 4 hari.. Muahahahahhaha dia sendiri tak percaya dan Kak Pilla pun hampir melopong.. Stokis sekali restock ialah 500pcs ya.. Hambikkk.. Selamba buat duit more than 10k a month.  Ya sila percaya.  

Agents pun ramai yang aktif sebab stokis akan report dekat Kak Pilla jugak tentang agents diorang.. Kejap-kejap restock.. Stokis pitam, Kak Pilla lebih pitam sebab diorang luahan perasaan kat Kak Pilla.. Kak please, nak restockkkkkkkkkk!! krikk kriikkkkk barang kat kilang lagi.. ko ingat aku, Peej and Elly tak berpeluh? Tapi alhamdulilah rezeki dikongsi bersama.  Ada sorang stokis dulu Kak Pilla ingat lagi memula dia nak cuba jadi stokis.. dia ragu-ragu sangat.. Kak Pilla tak paksa, tapi Kak Pilla kata InshaAllah jangan risau.. banyakkan doa, tawakal, cuba, kerja keras, inshaAllah.. dari pengalaman Kak Pilla sendiri tengok agents Ellfie yang tak tau apa tu instagram? Kak Pilla salah menilai orang, rasa nak hantuk kepala kat dinding.. sebab dia belajar dari bawah.. belajar buat instagram sebab tak pernah ada langsung instagram.. now dia jadi apa??? Dia top 3 best Agent for Ellfie.. Tabik spring dan menyedarkan Kak Pilla.. Tapi dia punya usaha tu memang tip top.. kerja office, balik rumah laju-laju masak untuk suami and anak.. malam lepas makan maghrib semua dia drive gi cod kat customer.. hampir setiap malam ya.. Ni dia baru restock lagi Set Ellfie dia amik 24 set.. tak sampai seminggu dia cakap dah half jalan.. Korang nampak tak apa Kak Pilla nak sampaikan kat sini? Dia takde pengalaman! Dia tak tau social media tu apa! Tapi now dia lebih hebat dari orang lain.

Itu yang Kak Pilla boleh bagi semangat kat you all yang takut-takut nak berniaga ni.. Kak Pilla tak paksa korang nak jadi agent produk mana pun.. bukan Fame, bukan Ellfie pun takpe.. Tapi korang kena ada hati yang kebal, kena tak boleh patah semangat dan hangat tahi ayam.. Buat betul-betul... Stokis Kak Pilla sorang tu tak pernah berniaga.. dia bermula dengan jadi agent Ellfie.. Masa memula menggigil kot nak jadi stokis Fame, takutttt... Now?????? Sebulan 5 kali restock Fame.. keuntungan dia is RM XX.XXX.00.. Kenapa dia boleh berjaya??? Laju gila kot dia reply customer kat IG/FB fame.. sentiasa follow up.. sentiasa tawarkan agent-agent dia.. so Kak Pilla nampak usaha dia.. Hoi siapa nak kasi duit.. betul tak?  

Sempat lah Kak Pilla screenshot hahaha.. Sorry stokis identiti anda of course Kak Pilla rahsiakan ;)





Ada sorang lagi stokis ni.. Kak Pilla tak confident jugak masa memula dia nak jadi stokis.. sebab dia dah berhenti kerja dan nak cuba rezeki dengan jadi stokis Fame.  Huwaaa takut sebab ini periuk nasi dia dan dengan Fame dia berharap.. Dahlah Fame pun baru je mula Februari kalau tak silap.. Seram ye nak bagi orang lain harapan yang kita pun tak pasti.. Tapi team Fame kena yakin dengan diri kami sendiri yang Fame boleh berjaya.  Kalau kita tak yakin dengan produk kita, macamana orang lain nak yakin??? 

Kak Pilla bagi kata semangat.. Now dia cakap, syukur sangat dia sendiri tak sangka dia buat pilihan yang tepat.. Allahuakbar, sedih, terharu betul Kak Pilla.. Korang tak tau, aku, Elly and Peej jenis penyedih.. kitorang cepat kesian, cepat tersentuh.. apa ada semua kitorang kalau boleh nak bagi.. Lantak lah lambat untung ke apa.. ada duit lebih rasa nak bagi je kat staff-staff semua.. Nanti kitorang duduk borak, kesian staff kita yang tu.. bagi bagi.. takpe kita tolong.. Tapi keseronokan dapat bantu orang tu Allah je yang tau.. Biarlah kitorang bertiga macam ni.. ada rezeki sikit alhamdulilah.. kalau tak kaya pun takpe.. janji usaha cari rezeki tu dan share kesenangan dengan orang lain jugak.

Syukur sangat dari 5 warna sekarang kita ada total 7 warna..

Now fame dah semakin dikenali lagi lah senang nak jual.. Kita decide turunkan harga modal untuk menjadi agent Fame. So semua orang pun mampu jual.  Korang kalau ada rasa nak mencuba nasib boleh whatsapp 013-3760466 kat situ boleh tanya cemana nak jadi agent / stokis and berapa modal.  Good luck pipol (bak kata peej) hahah.. 



Fame Cosmetics

Facebook : https://www.facebook.com/famecosmeticsHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/fame_cosmetics/
Whatsapp : 013-376 0466
Email : famecosmetics.my@gmail.com
Agent : https://www.instagram.com/agentfame/




Love, 
Filla.

Monday, May 23, 2016

Ncha and ABC.

Lama tak cerita pasal anak-anak..

Hari ni kita cerita pasal budak Aleesya ni pulak lah.. Orang kata anak no 3 ni perangai dia cemana yeh?  Aleesya ni independent macam Amaani jugak, maybe sebab dia last, selalu tengok kakak-kakak buat sendiri so dia pun rasa dia macam orang besar jugak.. 

Kalau dia tengah pakai baju atau seluar, jangan pakaikan dia.. walaupun 30 minit dia gigih nak pakai baju tapi tetap terbalik.. sila jangan tolong.. Pandang pun tak boleh!! nanti dia pandang kita "Jangan tengok Nchaaaaa!!!!"  ek eleh, tengok pun tak boleh?

Macam aku selalu cerita, Aleesya ni lebih ke Pak Radie sikit.. Nak kata kesayangan tu taklah.. tapi sebab dia paling kecik, Pak Radie suka buli dia.. tapi dia tetap pilih Pak Radie walaupun selalu dibuli.. Aku ni tak boleh kalau budak menjerit menangis memekak, ai cepat stress.  Yelah, budak tu elok je duduk dia gi kacau sampai budak tu melalak-lalak.. Eh bising.  Tapi kecik ni pulak menangis mengada buat-buat je.. pastu lompat atas apak dia.. seronok betul bergusti.. 

Aleesya dah 3 tahun.  Dia ni paling suka gadget.. Dari kecik tangan dia laju je bukak macam-macam.. aku pun pelik budak ni.. Kasih dia kurang sikit gadget-gadget nie.. Tapi bila kita bukakkan you tube cerita omputeh ke apa.. dia tak nak.. Eh cemana nak pandai??? 

So aku ni dah risau sebab Aleesya ni dia tak suka orang ajar dia.. Nanti muka dia masam pastu jeling dari tepi terus jalan pegi tempat lain.. Eh???? Orang nak ajarrrrr bagi pandai.. Bebalik ayat dia "mama ni!!!" Ni sudah lebih.. Aku dah risau so haritu gi MPH belikan dia flash cards ABC.. At least kitorang boleh ajar dia kat rumah.. kenal A-Z.. 


So balik rumah malam tu aku orang paling excited sekali... Come Aleesya kita baca ABC..  Dia pun excited lompat atas katil.. Pastu aku amik flash card pertama.. Aku tanya ni apa?

"A"

Wow very good!!!!!! Pastu next aku tunjuk huruf B.. "Ni apa?"

Dia diam jeling hujung mata je tengok aku.. "Ni apa Cha?".. 

Diam lagi.

Then aku pun cakap "B"

Pastu dia menjawab "Mama jangan cakap"

Jangan cakap???? Hello????? 

Pastu aku amik hati dia lagi.. Ok Icha jom kita baca sama-sama.. 

"A"
"B"

Krik krik krikkkkk.... muka dia masam.. "Ncha cakap jangan ikut.  Mama tak payah"

Eh????? Dah kau tak reti, aku nak ajar pon tak boleh?



Huwaaaa i cannot.. Dia amik semua flash cards dia, pastu dia simpan.  Aku ketap bibir pandang Pak Radie.. 

"Awak ajar dia sampai dapat, dia suka awak kan?"

Eh anak-anak ni memacam ragam.. urut dada mak kau.  Tapi now Aleesya dah ok.. Aku ajar, Pak Radie ajar.. bagi kata-kata pujian.. kemain suka dia.. Eh rasa nak siku je.. kalau dia tak reti, aku buat-buat bisik.. pastu dia bajet dia terror lah.. dia sebut betul je.. aku punya tepuk tangan bergegar rumah. 

"Wowwwwww!!! very good!!! Clever girl!!!!!"

Merah padam muka dia.. bercahaya mata dia.. kahkahkah.. pantang dibodek.. Kasih dah nak muntah dah kat sebelah.. siap mata pusing-pusing naik atas tengok Aleesya hahahahahaha...  

Rasanya kalau korang ada menghadapi masalah yang sama macam Kak Pilla dan Aleesya.. boleh cuba cara pujuk dan puji.. bukan pujian biasa, tapi pujian luar biasa.. dia punya terkejut kalau anak boleh jawab tu.. korang kene buat over gila.. lakonan biar mantap.. hahahahhah.. 

Tapi flash card memang bagus sangat.. Kalau korang tak nak beli, boleh buat sendiri jugak.. sebab beli boleh tahan mahal dia.. haritu beli yang ABC dekat RM50.. Tapi lawa lah siap ada box keras boleh simpan :)

Ok itu sahaja cerita hari ini.

Jumpa lagi.




Love, 
Filla.

Thursday, May 19, 2016

POCKET PERFUME.

Memula nak habaq, ni bukan paid advert hahahah.. risau kang ramai pulak email tanya charges apa semua hahahahah.. Kak Pilla very the busy so Kak Pilla tak dapat nak tolong untuk review product you all dalam blog ;)  Kat instagram inshaAllah boleh... 

Cuma harini Kak Pilla nak share ada benda baru yang Kak Pilla beli dan rasa best dan rasa happy nak share with you all ;)

Kalau korang nak tau, Kak Pilla dari dulu ada masalah dengan perfume ni sebab selalu sakit hati nak bawak dalam bag.. Handbag Kak Pilla tu siapa bawak boleh senget bahu hahahah.. Ntahlah segala mak apak atok nenek nak campak dalam bag.. Before this perfume yang berat tu haku campak dalam bag ye.. dah lah kaca, hazab nak angkut jugak.. Nak wat camne? i suka berbau wangi.. hehehehe.. 

Kadang beli perfume kan dapat miniature kecik-kecik kurus tu.. Itu pun hampeh.. campak bag pastu tengok eh??? dah habis??? dia tumpah ye.. omg nyampah.

normally macamana lasting pun perfume tu.. kalau pakai pagi nak gi kerja.. kejap je dah hilang bau.. So now Kak Pilla buat camni.. Pagi nak gi kerja pakai perfume botol kaca kat rumah tu.. tengahari / petang atau bila ada kat luar pakai exsprae ni je.. 

 Tadaaaaaaaa!!!! Akhirnya jumpa benda yang Kak Pilla suka ;) 

Perfume ni ada 8 jenis.. No ganjil untuk lelaki, dan no. genap untuk perempuan ;)

Kenapa Kak Pilla suka?  Perfume ni yang pertama sekali mestilah bau dia.. Semua perfume by exsprae ni inspire branded perfume and lasting.. Itu ahkak suke..

Kedua sebab dia ni perfume pintar.  hahahah.. pintar lah sangat.. senang ok nipis dan ringan dan tak pecah.. Lepas ni kalau gi travel tak payah nak hangkut perfume botol kaca masuk luggage.. kalau handcarry tak lepas pulak bawak 100ml camtu.. so bawak ni je campak handbag.. selesai masalah ;)

 Berapa lama boleh tahan?  Exsprae ni nampak dia tulis kat bawah kanan tu.. Up to 360 sprays.. Banyak kali ke idok?

 So haritu Kak Pilla beli 3.. No 7 untuk Pak Radie.. Wangi sangat yang for men tu.. Bau jantan gitew.. kalau tak Pak Radie tu selamba badak je pakai Kak Pilla punya perfume.. Gilo ke apa lelaki pakai perfume pompuan.. rasa nak tumbuk muka dia.

 Lelaki lagi senang, masuk poket seluar je..


Ultra thin dah macam iphone size kecik.. 

Berapa harga ni Kak Pilla?  Murah je you olls.. satu ni RM25 je.. Kalau tak harga dia RM29.. Dia bagi harga RM25 hingga 15 Julai 2016.

Kalau nak baik beli cepat.. Boleh beli untuk laki memasing yang suka share perfume dengan kita.. pastu dia comel kan? untuk birthday present kengkawan ke.. father's day ke.. macam affordable lah RM25 je hihihih.. Pastu korang boleh custom and buat private label korang jugak.. maybe untuk wedding ke.. atau gift for company occasion ke.. 

Ok penat bebel, siap package batuk lagi ni..

Boleh check instagram @exsprae 

Nak beli boleh whatsapp : 019-6690877 / 019-6690045





Love, 
Filla.

Monday, May 16, 2016

iPHONE SE LATEST UNTUK KORANG.

Eh ingatkan susah sangat nak beli iPhone nie.. Merana nak kumpul duit.. Bila duit ada, banyak pulak hal lain yang lagi penting.. So mari menangis tak dapat-dapat juga iPhone idaman hati.

Tup tup dengar khabar  U Mobile nak bagi iPhone SE.. Eh bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal ni.  

Caranya mudah je, isi borang U MicroCredit secara online atau offline, terima appoval dan terus dah boleh collet iPhone SE anda.

Kak Pilla rasa kalau you all ni muda-muda baru je start kerja memang sesuai sangat sebab nak apply senang sangat, tak perlu credit card, pembayaran bulanan serendah RM58, pembayaran sehingga 36 bulan, tidak memerlukan pembayaran pendahuluan, interest menarik dan cuma perlu isi secara online atau offline.

Dah settle subscribe tu then cuma perlu sediakan IC, satu bulan slip gaji terkini, 3 bulan epf statement terkini atau bank statement dengan account details.  

Mudah sangat kan?  Ajak kengkawan yang mengimpikan iPhone SE latest untuk subscribe UMC dan lepas ni bolehlah tidur lena sebab impian memiliki iPhone dah tercapai ;)


So marilah apply UMC sekarang dan jadilah yang pertama untuk dapatkan iPhone SE yang latest.  

Layari website U Mobile untuk mengetahui cara-cara nya ;)



Love, 
Filla.

NEW COLOURS FROM FAME.

Assalamualaikum, selamat pagi semua ;)

Pagi ni pagi yang dinantikan oleh Team Fame dan peminat-peminat Fame Cosmetics.  Hari ni 16 May 2016 pasti sekali lagi melakar sejarah bagi kami kerana lahirnya dua lagi warna baru untuk 5 warna koleksi sedia ada.. menjadikan semuanya 7 warna. 

Bukan senang untuk menarik customers, menjadikan mereka setia, membina kepercayaan mereka.. Semua tu perlukan usaha yang gigih.  Alhamdulilah tak sampai setengah tahun kami sendiri pun tak sangka Fame Matte Lip Cream menjadi kesukaan ramai.. syukur sekali lagi.

Bukan takde halangan dan kepayahan selama wujudnya brand Fame Cosmetics ni.. Macam-macam masalah yang timbul tapi kami cuba atasi sebaik mungkin kerana pelanggan adalah keutamaan kami.. 

Now kami lancarkan dua lagi warna baru iaitu Gossip dan Violet yang mula dipasarkan hari ini 16 May 2016.

Gambar ni jelas sangat untuk gambarkan warna-warna menarik dari Fame Cosmetics.. Kalau ada yang belum pernah cuba dan ragu-ragu jom cuba satu dulu.. Lip cream kita ada bau seperti bubble gum.. rasa nak telan je hahahha.. Sapuan sangat mudah dan licin.. Biarkan beberapa saat sebelum ia menjadi 'matte'.  Lip Cream Fame juga mesra solat dan sangat mudah dibersihkan ;)

Kami terima positive feedback dari stokis dan agent-agent kami.. Produk hangat di pasaran, mudah dijual dan kebanyakan customer yang cuba sekali pasti akan kembali untuk membeli warna-warna lain.. Alhamdulilah and thank you.

Dua warna baru kat bawah ni, kami ambil masa yang agak lama untuk mencari warna yang betul-betul sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur.  Violet dan Gossip warna baru yang pasti semua suka ;)

Code : 06 Gossip

 Code : 07 Violet 






So dah nampak jelas kan 2 warna baru ni?  Kita tetap mengekalkan harga mampu milik kita iaitu:

RM29/each.

Alhamdulilah dalam masa kurang dari setengah tahun kita dah berjaya melebarkan sayap kita hingga ke Brunei dan Singapore.  Dan kita juga mempunyai lebih dari 100 orang agents.  Bukan nak membangga diri atau nak riak, tapi kami bersyukur sebab kejayaan Fame Cosmetics ni bukan kejayaan kami bertiga, tapi kami dapat memberi peluang untuk orang kat luar sana menjana pendapatan.. Dekat office pun dah ada 4 orang staff part time yang dapat kami bantu share pendapatan kepada mereka juga.  Semoga ramai lagi orang yang dapat kami bantu dan kongsi rezeki ini.. Semua pun berkat doa dan sesungguhnya rezeki ni bukan datang dari kami, bukan kami pemberi rezeki, melainkan Allah S.W.T.  Syukur..


Matlamat kami nak kembangkan lagi Fame Cosmetics dan InsyaAllah nak tambah lagi bilangan agents supaya sama-sama kami kongsi rezeki. 

Jika anda berminat dengan Fame Cosmetics ni sila dapatkan dari Agents dan Stockist kami.. Mostly dah restock kaler baru Violet and Gossip juga.. Colour lama of course sentiasa available.. Untuk jimatkan duit postage sila beli 5 atau lebih ok? beli 5 anda dapat free postage ;)


Macamana nak beli?  Cari agent terdekat dengan anda di :

instagram : @agentfame




Untuk permohonan sebagai Agent dan Dropship boleh whatsapp atau email kami.


Instagram : https://www.instagram.com/fame_cosmetics/
Whatsapp : 013-376 0466
Email : famecosmetics.my@gmail.com




Love, 
Filla.

Thursday, May 12, 2016

PASAR IKAN.

Nak borak makcik-makcik sikit harini..

Siapa pernah pergi pasar yang baru kat Putrajaya tu? Nama dia MyFarm kat Presint 7.. dekat-dekat dah dengan hospital, bomba semua tu.. Adalah kawan bagitau haritu kat sana macam best.. so semalam Kak Pilla pegi lah jenguk masa lunch time.. Banyak barang basah dah habis kat rumah.. Kalau harap muka aku nak bangun awal hari Ahad nak gi Pasar Borong tu sorry.. hahahahah

Aku suka pulak MyFarm tu sebab dia tak besar pun.. yang jual ikan/udang/sotong semua ada satu tempat.. pastu sebelah-sebelah jugaklah jual sayur semua.. pastu hujung sikit barang kering macam kentang, bawang, cili kering.. Kalau pegi Pasar P8 tu nyampah.. nak beli bawang, kentang semua tu kena panjat tangga kat tingkat atas.. Eh duduk bawah je tak leh? Harga kat Pasar P8 tu dah lah mencekik darah.. udang size besar sikit now dah RM34-RM35/kg kat sana.. Choiiii.. 

Kat pasar borong pulak aku suka sebab murah dan banyak pilihan ikan-ikan dia.. Bab ikan memang murah banyak lah.. Tapi udang dengan sotong aku tak suka kat pasar borong sebab dah lah tak leh pilih.. Haritu kena marah sebab amik bakul tu pilih udang.. "Miss tak leh pilih-pilih" dia tarik balik bakul dia.. Eh sentap ahkak.. manalah aku tau, kat Pasar P8 boleh je pilih? hahahah.. dah lah udang sendu and tak fresh.. poyo pulak.. sotong pon tak berapa fresh.. dan paling nyampah sebab pasar borong tu lantai dia becak.. Aku baru ingat nak beli boots pua chu kang tu tapi mengenangkan bukan aku rajin sangat pun nak pegi, tak yah nak poyo beli boots bagai.  Bukan lah nak poyo kang korang kutuk pulak "Eleh Kak Pilla tu poyo, gi pasar memang lah becak, becak sikit pun tak leh, gi supermarket jelah Kak, jangan poyo".  Amboi mengutuk je korang ni kan? Aku bukan apa.. nanti kita kan pakai seluar panjang pastu bila jalan kecepek-kecepek habis merecik kat kaki seluar tu.. pastu pakai selipar jepun.. habis becak kena kaki.. pastu angkut barang masuk kereta.. tetiba tapak kaki dengan selipar tu dah jadi melekit-lekit macam gam.. tengok kaki habis dah hitam-hitam.. euuuuwww.. lupa pulak bawak air nak basuh kaki sebelum drive.. hahahahahaha lantak lah dah ai memang cerewet nak buat camno?  Aku tengah kaji kenapa pasar borong kena becak? tak leh ke jadikan pasar tu jual ikan tapi lantai tu kering je macam pasar kat Thailand? Eh tetiba Thailand.

Ok berbalik kepada MyFarm tadi.. Meh Acik nak citer.. semalam beli ikan tenggiri setengah ekor (bahagian ekor) RM33/kg.. pastu tambah kepala tenggiri seketul suruh dia belah dua.. pastu amik ikan merah saiz sedang tu sekor.. amik udang size XL tu.. udang dia RM28/kg.. fresh pulak tu.. amik dah banyak suruh timbang dia cakap RM14 kak.. Oiiii banyak kot baru RM14?? Ok jap nak tambah lagi hahahahahahah.. Pastu amik sotong 4 ketul size besar dan fresh.. pastu amik lagi ikan kembung 6 ekor.. Total semua RM86 which aku rasa murah banyak kot??? yelah kalau kat Pasar P8 confirm dah RM110 macam tu kot.  Bagus Kak Pilla berbelanja dengan bijak.

Pastu tengok bahagian sayur pulak.. nampak pulak pucuk paku.. huwaaaa sedapnya!!! pastu tengok pucuk paku dia memang betul-betul pucuk.. haritu beli kat P8 tu bukan pucuk paku, bapak paku dia bagi.  sebab geram, so mari beli.  Oklah beli sayur tak banyak pun, carrot 2 batang, broccoli, bunga kubis, pucuk paku, terung 2, petola.. semua dalam RM14.  Haritu gi Pasar P8 beli sayur RM40 macam tu.. OMG gila ke apa sayur sampai RM40.. Sorry pasar P8 walaupun haku selalu kutuk ko mahal, tapi aku pegi jugak sebab dekat dengan sekolah anak hahahahahha.. 

Balik laju-laju masak.. Pastu ada kirim dengan Elly dia beli Acar Ikan Masin dia tanya nak beli sekali tak? Ok lah beli je walaupun seumur hidup tak pernah rasa.

Kalau orang tanya sedap ke tak, tak tau nak jawab.. Kalau korang suka makan acar buah then aku rasa memang bagi korang sedap.. dia ni still ada buah tapi ada potongan ikan masin dalam tu.. manis-manis pedas masin gitu.. Tapi sebab aku kalau gi rumah orang kawin pun biasanya tak amik acar buah sebab tak pandai sangat makan hahahaha.. tapi oklah rasa dia.. siapa nak cuba sila ke ig @dapoq_maklong

Eh semalam makan pucuk paku tu dalam pukul 7:30malam.. Pastu dalam pukul 10malam tu perut aku sakit gila.. Angin terus rasa bloated and keras.. urut tengkuk asyik sendawa kecik-kecik tu.. pastu ada satu masa tu macam cramp tak leh gerak.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pucuk paku tu dasyat ke angin dia? Mana aku tau, ingat pucuk ubi je teruk.. so sesiapa yang jenis badan banyak angin sila elakkan makan pucuk ubi walaupun sedapnya laaa pucuk paku huhuhu.. sebelum tidur sapu lotion mustajab xtrahot tu.. dan tidur lena sambil terkentut-kentuk.  hehehe

Ok habis cerita untuk hari ini.

Bye.



Love, 
Filla.

Wednesday, May 11, 2016

PARADOX CATTERY.

Baru-baru ni, eh tak berapa baru hahaha.. sempat lah ke Cat House kat Sunway Montana, Desa Melawati.  Actually ni Cat House yang diusahakan bersama oleh Abang aku and Partner dia.. Aku sukaaaaaaa!!!! tapi nak bela tu macam fikir beratus kali sebab kalau dah sayang nanti susah.. 

Aku pernah seminggu melalak tak habis-habis sebab kucing kitorang mati.. I kenot bengkak-bengkak mata datang office.. pastu bermonolog dengan diri sendiri "kenapa Ya Allah, kenapa kucing aku? kenapa bukan kucing orang lain? dia dah jadi part of our family".. tau tak perasaan dia cemana? tidur malam pegang gambar dia sambil kesat air mata yang meleleh.. pastu siap package tersedu-sedu siap sumbat hidung sebab rindu.. Eh malas!

So better aku tak amik risiko nak sayang-sayang lagi.. nanti merana :(

 Masa aku datang tu tak banyak lagi kucing.. Tak banyak??? hahahaha aku rasa dah banyak, tapi abang aku cakap malam tu akan datang lagi nak gi amik kat KLIA ada berbelas ekor lagi.. 

 Ni jenis Bengal Cat.. Tolonglah lawa sangat corak dia.. ni baby lagi.. kalau dah besar dah macam corak rimau dah ;)

 Wan pun suka kucing.. Dulu masa Clinton mati.. aku dengan Wan lah paling sedih.. menangis sama-sama.. Masa Clinton hidup aku suka makan telinga dia.. hahahahah.. dia duduk diam-diam tu aku kemam-kemam telinga dia.. nasib tak tertelan kutu kucing erk..

 Tapi Bengal jenis lincah sikit.. susah nak dipegang sebab dia tak manja.. asyik berlari je, eh sakit hati.

 Masa datang sana, aku suka dia ni.. Hoi comel gila.. pastu asyik datang jenguk-jenguk je hahahah.. ni jenis Mainecoon.. dia boleh jadi besar gila ye.. tu pun pening apa benda kucing besar gila.. kecik-kecik comel.. besar aku takut hahahaha

 Ni Mainecoon jugak ke apa dah tak ingat.. tapi muka garang dan macam pemalas hahaha

 Atok tak sihat masa ni.. pastu dia terlantar baring tengah-tengah alam kat Cat House ni.. sian Atok..

 PakLong

 Pak Radie memang suka kucing.. dari dulu dia cakap jom bela kucing? Noooooo aku tak nak.. sebab-sebab kene refer balik ayat di atas heheh

 mainecoon

 Baby Bengal

 Ok ni mainecoon jantan.  Berat dia 10kg.  Aku seram tengok muka dia besar macam singa.. 

 Nak angkat macam ni berat huhuhu.. Ko tengok tengkuk ngan muka dia.. dah sama besar dengan kepala laki ai hahahahahha

 Hah mengah angkat dia hahaha.. masa nak angkat siap kira.. 1,2,3 hiarghhhhhhh.. nasib dia muka takde perasaan je.. 

dan Kak Pilla allergy dengan bulu kucing.. Ada masa boleh demam sebab bersin.. Untunglah siapa yang takde masalah kesihatan boleh bela and tido dengan kucing satu selimut..

Ni semua gambar Kak Pilla amik from ig diorang..

 Nora Danish pon beli ;)

 Sphynx pon ada.. Eh ada ke orang nak bela kucing togel hahahahahha.. yelah kan kecantikan ni dari mata yang berbeza.. aku tengok dia togel.. maybe ada yang rasa togel itu seksi hahahah

 Serval pon ada.. Ni serammmmmm... 

 Tak tahan tengok dia ni.. dah kenapa bulu-bulu dia camtu.. telinga dah tenggelam.. muka innocent.

Huwaaaaa comel to the max, baby jom ikut mama balik?

Ni aku tak leh tahan hahahahha.. Korang ni semua kenapa muka sepesen je.. sakit hati kan tengok muka diorang.. bulu sontot-sontot pastu mulut macam sengih je hahahahhaa so cuteeeee.. kalau aku dapat ni mampos aku kerjakan.. aku picit muka dia bagi lagi penyek. 

Ada banyak jenis kucing kat Cat House ni.. tapi konsep dia bukan kedai.. Semua kucing kat sini imported with certificate.  So kalau berminat korang kena buat appointment dan boleh lah datang tengok-tengok kalau ada yang berkenan ;)

Follow instagram paradox_cattery kalau nak merisik :)

Sebarang pertanyaan tentang paradox_cattery boleh whatsapp:

Boy: 018-2060636 / 019-3871187

Aza: 019-2740809



Love, 
Filla.

Tuesday, May 10, 2016

MAKAN-MAKAN DAN LIPTIK.

 Haritu ada beli daging batang pinang.  So mari masak daging kicap.  Aku suka letak macam-macam benda so nampak meriah dan tak rasa bersalah kalau tak de lauk lain seperti sayur heheh.. semua lambak je dalam tu sonang ;)

 Pak Radie suka jeling kalau Kak Pilla snap gambar food.. Tak leh yeh? hehehe

 Pastu tambah jelah sikit ikan goreng.. 

Eh kadang sampai dah buntu tak reti nak masak apa lagi dah.. Balik-balik itu je pun lauk.. Ingat Kak Pilla ni rajin sangat? Nasib dah ada laki and anak-anak.. Kalau aku ni bujang memang tak makan kot hahahaha..

Ahad pagi tengah tegolek-golek atas katil tetiba dengar orang bagi salam "Assalamualaikummmmmmmm"

Eh??? Wan??? Lari turun tangga tengok Atok dengan Wan ada kat bawah.. Eh tak bagitau pun.. Wan datang bawak breakfast.. Nasi Impit, Rendang Ayam Kampung, Pulut kuning... rajinnya Wan masak... Bancuh Kopi O.. Sedap gila sampai tak sempat snap gambar hahahaha.. 

Pastu golek-golek lagi dalam kul 11 ajak gi beli Durian.. Jommmmmm!! Nah makan lah kita semua puas-puas heheheheeh.. Harga durian boleh tahan.. Wan cakap macam boli omeh. (beli emas)

Tengahari Wan dengan Atok pun balik.... Tinggal lah kitorang tergolek sampai petang.. Pastu Pak Radie sound lapar.. Tekejut tau sebab betul gak dah petang tak makan apa.. makan durian je hahahahaha.. Sorry suami.  Laju-laju siap gi Boat Noodle.

 Kasih dah dekat 2 minggu asyik cakap teringin nak makan Boat Noodle.. So bila free hari Ahad haritu bawak jugaklah kat Cyberjaya tu.. Kasih 4 mangkuk, Amaani 4 mangkuk noodle.. Dasyat sangat ni.

So acaner? Happening tak weekend Kak Pilla? Tergolek kat rumah memang best sangat kan... 

Sebelum tu nak share dengan you all semua.. Now FAME Matte Lip Cream kan ada 5 colour?


Soonnnnnnnnnnnnnnn ada tambahan 2 lagi warna baru, which Kak Pilla suka sangat..  Kenapa suka? Sebab dua kaler baru tu sesuai untuk semua.. Warna dia sangat kewl dan tak over, but still cantik.. Sebab kadang orang dah berusia agak segan sikit pakai warna yang vibrant sangat.. So kali ni kita bawa kan warna yang lebih selamat dan cantik ;)  Sesuai pakai gi office sebab ramai rupanya yang malu nak pakai warna terang gi office.. Okay i admit i muka tak malu hahahahahha..

Ni Code GOSSIP.

Matte dan tak over langsung.. But still bagi muka berseri tak pucat.. Sebab ada sesetengah orang tak suka merah terang.. tapi bila pakai Nude nampak pucat pulak katanya.. so GOSSIP sesuai untuk anda ;)


Ni fresh from oven.. Ni gambar pagi ni heheheheheh... Yang ni code VIOLET.

Amacam suka tak? Dalam gambar dia tak 'keluar' sangat kaler tu.. kalau tengok live lagi lawa.. Eh bukan Kak Pilla yang lawa hahahaha.. kaler tu yang lawa hahahahah.. Violet ni dia tak merah.. dia nak ke purple sikit.. tapi bukan purple.. Eh tak reti nak explain hahahahah.. korang kene try sendiri.

Ni lebih jelas :)

Violet dan Gossip kita akan berada di pasaran pada 16 May 2016.  Boleh book siap-siap dari Agent-agent / stokis Fame Cosmetics ya.. Boleh beli sekali dengan warna-warna lama jugak.. 

Harga RM29 sahaja sebatang.  
Beli 1-4 add postage RM6 
beli 5 free postage.

Boleh check agent mana paling hampir dengan you all semua ok.

Instagram : @agentfame



Love, 
Filla.