Hello, Assalamualaikum, Selamat Pagi Rabu ;)
Hari ni Kak Pilla bawak bekal ke office. Seriously dah tak lalu dan tak tau nak makan apa kat foodcourt office ni. Semalam masak lauk berlebih so mari tapau jimat belanja.
Telan ailio bukan sebab sendiri perasan masak sedap sangat.. Tapi memang favourite Kak Pilla ialah Asam Pedas heheheh..
Apa nak cerita hari ni? Kehidupan berlalu macam biasa, eh tak biasa sangat sebab now sibuk dengan Fame yang dah mula mendapat tempat di hati semua.. Amboi.. Ye, kitorang sendiri tak sangka secepat ni Fame berkembang.. Kitorang selalu je terkejut-terkejut bila stock susut.. terlampau pantas sedangkan untuk order and run kat kilang bukan cepat sebab banyak procedure and kilang bagi deadline.. tak boleh main order harini esok dapat.
Now kita dah ada 12 Stokis.. InshaAllah harini kita akan dapat 1 lagi stokis dari Negeri Sembilan. Total akan jadi 13 stokis. So now kita cuma ada kekosongan untuk:
Sabah
Sarawak
Perlis
Johor
Johor tu kita dah ada sorang stokis tapi sebab memang dari mula-mula Fame beroperasi kita memang plan dan inform akan amik 2 stokis dari Johor sebab Johor tu besar.. So orang Johor yang berminat boleh sertai kami dengan menjadi Stokis. Orang Sabah dengan Sarawak pun sangat dialu-alukan sebab memang ramai buyer dari sana..
Tugas aku jaga stokis dan Agent fame. So apa-apa yang berkaitan dengan stokis, kalau ada masalah, nak order, nak itu nak ini semua boleh refer dengan Kak Pilla je.. Peej and Elly busy kat HQ so tak boleh ganggu diorang.. Diorang cuma tau Kak Pilla serahkan order je..Korang boleh tengok agents dan stokis kita ada kat instagram @agentfame untuk memudahkan korang yang nak COD atau pos.
Oh ya, cakap pasal COD ni ada jugak agents yang mengadu kat Kak Pilla.. customer nak beli, jumpa kat satu tempat which is tak dekat sangat ya.. Tapi bila dah jumpa tak nak pulak bayar charge RM6.. Sebab syarat kita beli 1-4 batang kena tambah RM6.. Beli 5 ke atas barulah free postage/cod..
Bukan Kak Pilla nak marah customer.. Tapi kesian kat agent-agent tu ha.. diorang nak cari duit tambahan.. berusaha gigih untuk jual Fame tu.. Fame pun murahkan? cuma RM29 je sebatang.. so faham-faham lah komisyen untuk sebatang tu berapa je diorang dapat.. kalau nak COD boleh, tapi janganlah bekira RM6.. Agent pun sama macam kita.. nak isi minyak motor/kereta, meluangkan masa dia, tenaga dia.. RM6 tu apa lah sangat.. Kalau korang nak jimat tanak bayar RM6 tu, korang je yang pergi collect kat office or rumah agent tu.. hahahahha.. Korang gi makan kat kedai, air kosong pun restoran charge.. dengan GST lagi.. tapi korang bayar je kan? Ada tak korang sound owner restoran tu.. Saya nak bayar harga makan je, GST, service tax bagai saya tak nak bayar.. Tak kan?
So anggap jelah sedekah kat agent.. which is bukan sedekah pun sebenarnya sebab kos diorang kot bayar minyak, tol bagai.. hahha
Tapi hakak bangga dengan stokis and agents kita yang kemain rancak berniaga. Diorang punya rancak tu Kak Pilla yang seram ya.. Actually syarat stokis kena restock in 3 months.. kalau tak restock kita berhak gugurkan dari list stokis. Tapi tapi tapiiiii ada stokis yang restock selang 4 hari.. Muahahahahhaha dia sendiri tak percaya dan Kak Pilla pun hampir melopong.. Stokis sekali restock ialah 500pcs ya.. Hambikkk.. Selamba buat duit more than 10k a month. Ya sila percaya.
Agents pun ramai yang aktif sebab stokis akan report dekat Kak Pilla jugak tentang agents diorang.. Kejap-kejap restock.. Stokis pitam, Kak Pilla lebih pitam sebab diorang luahan perasaan kat Kak Pilla.. Kak please, nak restockkkkkkkkkk!! krikk kriikkkkk barang kat kilang lagi.. ko ingat aku, Peej and Elly tak berpeluh? Tapi alhamdulilah rezeki dikongsi bersama. Ada sorang stokis dulu Kak Pilla ingat lagi memula dia nak cuba jadi stokis.. dia ragu-ragu sangat.. Kak Pilla tak paksa, tapi Kak Pilla kata InshaAllah jangan risau.. banyakkan doa, tawakal, cuba, kerja keras, inshaAllah.. dari pengalaman Kak Pilla sendiri tengok agents Ellfie yang tak tau apa tu instagram? Kak Pilla salah menilai orang, rasa nak hantuk kepala kat dinding.. sebab dia belajar dari bawah.. belajar buat instagram sebab tak pernah ada langsung instagram.. now dia jadi apa??? Dia top 3 best Agent for Ellfie.. Tabik spring dan menyedarkan Kak Pilla.. Tapi dia punya usaha tu memang tip top.. kerja office, balik rumah laju-laju masak untuk suami and anak.. malam lepas makan maghrib semua dia drive gi cod kat customer.. hampir setiap malam ya.. Ni dia baru restock lagi Set Ellfie dia amik 24 set.. tak sampai seminggu dia cakap dah half jalan.. Korang nampak tak apa Kak Pilla nak sampaikan kat sini? Dia takde pengalaman! Dia tak tau social media tu apa! Tapi now dia lebih hebat dari orang lain.
Itu yang Kak Pilla boleh bagi semangat kat you all yang takut-takut nak berniaga ni.. Kak Pilla tak paksa korang nak jadi agent produk mana pun.. bukan Fame, bukan Ellfie pun takpe.. Tapi korang kena ada hati yang kebal, kena tak boleh patah semangat dan hangat tahi ayam.. Buat betul-betul... Stokis Kak Pilla sorang tu tak pernah berniaga.. dia bermula dengan jadi agent Ellfie.. Masa memula menggigil kot nak jadi stokis Fame, takutttt... Now?????? Sebulan 5 kali restock Fame.. keuntungan dia is RM XX.XXX.00.. Kenapa dia boleh berjaya??? Laju gila kot dia reply customer kat IG/FB fame.. sentiasa follow up.. sentiasa tawarkan agent-agent dia.. so Kak Pilla nampak usaha dia.. Hoi siapa nak kasi duit.. betul tak?
Sempat lah Kak Pilla screenshot hahaha.. Sorry stokis identiti anda of course Kak Pilla rahsiakan ;)
Ada sorang lagi stokis ni.. Kak Pilla tak confident jugak masa memula dia nak jadi stokis.. sebab dia dah berhenti kerja dan nak cuba rezeki dengan jadi stokis Fame. Huwaaa takut sebab ini periuk nasi dia dan dengan Fame dia berharap.. Dahlah Fame pun baru je mula Februari kalau tak silap.. Seram ye nak bagi orang lain harapan yang kita pun tak pasti.. Tapi team Fame kena yakin dengan diri kami sendiri yang Fame boleh berjaya. Kalau kita tak yakin dengan produk kita, macamana orang lain nak yakin???
Kak Pilla bagi kata semangat.. Now dia cakap, syukur sangat dia sendiri tak sangka dia buat pilihan yang tepat.. Allahuakbar, sedih, terharu betul Kak Pilla.. Korang tak tau, aku, Elly and Peej jenis penyedih.. kitorang cepat kesian, cepat tersentuh.. apa ada semua kitorang kalau boleh nak bagi.. Lantak lah lambat untung ke apa.. ada duit lebih rasa nak bagi je kat staff-staff semua.. Nanti kitorang duduk borak, kesian staff kita yang tu.. bagi bagi.. takpe kita tolong.. Tapi keseronokan dapat bantu orang tu Allah je yang tau.. Biarlah kitorang bertiga macam ni.. ada rezeki sikit alhamdulilah.. kalau tak kaya pun takpe.. janji usaha cari rezeki tu dan share kesenangan dengan orang lain jugak.
Syukur sangat dari 5 warna sekarang kita ada total 7 warna..
Now fame dah semakin dikenali lagi lah senang nak jual.. Kita decide turunkan harga modal untuk menjadi agent Fame. So semua orang pun mampu jual. Korang kalau ada rasa nak mencuba nasib boleh whatsapp 013-3760466 kat situ boleh tanya cemana nak jadi agent / stokis and berapa modal. Good luck pipol (bak kata peej) hahah..
Fame Cosmetics
Facebook : https://www.facebook.com/famecosmeticsHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/fame_cosmetics/
Whatsapp : 013-376 0466
Email : famecosmetics.my@gmail.com
Agent : https://www.instagram.com/agentfame/
Facebook : https://www.facebook.com/famecosmeticsHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/fame_cosmetics/
Whatsapp : 013-376 0466
Email : famecosmetics.my@gmail.com
Agent : https://www.instagram.com/agentfame/
Love,
Filla.
5 comments:
kecur tgk asam pedas..
rasa semangat berkobar2 bila baca entry kak pilla ni. bagusnyaaa stokis2 kak pilla. ada semangat and berani walaupon zero dalam media social kann. Inspired sangattt
sgt menarik bila baca and salute kat agent stokis yang aktif.teringin gak nak join jd agen stokis tp belum sampai konfiden lagi dpt spend masa ngan keje full time lg ni pun dah penat huhu.Insya Allah akan datang :)
wuii nampak pekat dan menggoda sungguh kuah Asam Pedas tu
terliurrr saya tengok lauk akak ni..semoga diberi kerajinan memasak mcm akak hehehe mkn laa kt mne pon kt rumah jgk laa yg best kann :)
Post a Comment