Thursday, June 15, 2017

HOME DECO FILLANIE - FEATURE WALL

Bajetttttt hahaha... Well deco-deco ni antara kesukaan Kak Pilla jugak so sila redholah korang ya.. Jangan hencap kata ai poyo plis.

Rumah ni aku dah duduk masa aku sarat mengandung Aleesya.. Now Aleesya dah 4 tahun.. maknanya dah lebih dari 4 tahun aku duduk kat sini.. Rumah ku Syurga ku.. Walaupun kecil tapi aku tetap rasa rumah ni comel dan sesuai untuk aku sekeluarga.. Cuma rasa tak best bila Atok and Wan datang takde bilik yang lebih selesa untuk diorang.. 

So nak cerita pasal pengalaman aku dari dulu sampai sekarang boleh tahan lah panjang cerita dia hahahah.. Alhamdulilah ada rezeki untuk memiliki rumah sendiri.. Laki bini duduk bincang dan share sama-sama untuk beli rumah masa tu.. Aku nekad aku kena ada rumah sendiri.. 

Ingat lagi masa beli rumah ni ada, show unit betul-betul sebelah rumah aku hahahaha.. Tapi mana lah mampu nak amik show unit.. so masa dah confirm amik rumah ni kitorang kumpul duit sikit-sikit.. Ada satu kedai perabot betul-betul sebelah Ampang Point tu, sekarang dah takde dah.. Pegi sana berkenan kat arm chair dua ketul, sofa coklat kat gambar bawah tu and meja makan 6 seater.. Eh tak ingat meja makan tu beli situ ke tak hahaha.. 

Tapi duit takde nak bayar.. So borak dengan orang yang jual tu boleh tak bayar sikit-sikit? Dah settle baru arrange untuk hantar? Dia cakap bolehhhh no problem.. So ada rezeki bayar lah sikit-sikit.. Berbulan kot hahahah ada dekat 8 bulan kot kerusi je dua bijik kot.. hahahaha.. Kenangan manis sangat masa tu.. Bila sampai tu omg, kembang-kembang hidung aku laki bini.. Oh masa tu hantar ke kuarters kat Putrajaya.

Masa duduk Putrajaya paling sedih hahaha.. kitorang bukan jenis masuk rumah semua dah complete.. Sikit-sikit kitorang beli.. meja tv yang panjang tu beli kat TESCO je tak sampai RM100 hahahah.. kalau tak kitorang letak tv atas kotak hahahahah.. Tapi aku bersyukur sebab aku susah dan senang bersama Pak Radie tu.. Taklah susah mana kehidupan tu hahaha.. tapi bukanlah jenis senang nak membazir sana sini.. Contoh kalau nak gi bercuti (aku kan ratu percutian satu masa dulu)  Aku akan beli flight 6-7 bulan awal.. Simpan elok-elok dalam satu "kotak hijau" aku namakan kotak tu.. kejap-kejap aku tengok bila date flight padahal gi Bali je pun hahahah.. dapat tiket murah dalam RM400 return.  Korek sikit dividen ASB buat belanja hahahha.. Buat business sikit-sikit ada lah jugak duit nak berjalan ;)

Eh merepek banyak pulak.. Ok pastu aku pindah rumah sendiri pun sama.. sikit-sikit kitorang buat.. Dari dulu aku cakap berkali-kali kat bibik, paling penting bagi aku ialah DAPUR.  Aku tak boleh terima dapur lantai melekit, tempat masak melekit berkecah.. i cannot.  So aku cakap tolong jaga dapur elok-elok.  Aku jarang marah, tapi sekali kalau aku marah, aku akan diam tak bercakap, dan aku akan buat semua sendiri.. Nasiblah kalau bibik ternampak aku pulak yang berpeluh-peluh bersihkan segala tempat sudu sampai dah tak muat berasak-asak dalam tu.. macamkan 20 orang duduk dalam rumah ni.. sampai bekarat bontot sudu.  Kemut-kemut lah situ.. memang ngeri muka aku masa tu hahahhaha.. So lepas seminggu aku tengok dia takde, aku akan guna jari and rasa melekit ke tak.. lepas dia tengok aku berangin memang berkilauan dapur hahah.. takut lettew.

Jangan risau, Kak Pilla tak garang sangat pun, cuma kena tau je apa aku nak, jangan bagi aku cakap benda sama dekat doploh kali.. dan rumah aku bukan rumah banglo 10 bilik.. kocik yo.. kalau aku masih menegur maksudnya sis masih sabar dan tabah.. kalau sis dah diam dan buat semua sendiri, itu kene hati-hati sikit hahahha

Ok meh tengok hall rumah aku yang comel ni

Ni gambar before hahaha.. tengok atas tv tu.. sakit jiwa aku tengok wire berjuntai dah 4 tahun kat situ hahahha.. dah macam-macam gambar feature wall kat pinterest tu aku screenshot and bagi kat Pak Radie.. tapi sebenarnya aku nak yang rata je macam timber flooring tu.. 

 So inilah hall yang kurang seri tu hahahhaa




dan akhirnya siap jugak feature wall makkk ;)


 Masa Pak Radie bagitau dia dah design jenis kayu terkeluar-keluar tu aku dah berdebar and buat muka tak suka.. "Terkeluar???? Terkeluar macamana? Kayu tu kayu buruk ke apa??? Elok ke??"

Nasib Pak Radie tak bertukar menjadi Airil citer Andainya Takdir lalu menampar muka aku.. hahahha

Masa buat ni aku kerja so takde kat rumah.. Balik tu tengok dah siap.. tak berapa gembira sebab masa tu aku tengah tak happy.  Kesian Pak Radie mesti dia expect aku melonjak kegembiraan hahaha... Dah malam sikit baru aku ada masa dan belek betul-betul ;)



Aku memang suka design yang cozy dan banyak 'main' dengan kayu.. aku suka earth colour dan ala resort.. tapi tak suka terlampau resort sampai jadi seram hahaha.. kiranya kena ada element modern jugak untuk balancekan balik.

Aku dengan Pak Radie ada persamaan dan banyak jugak berbeza pendapat kalau bab deco ni.. Dia pulak tak leh terima pandangan aku sebab dia rasa dia best la kot hahahahah.. Aku pulak tak boleh kalau dia tak nak terima pendapat aku.. Tapi takpe, give and take jelah.. at least dia pun suka wood-wood ni, kira oklah tu.. Oh painting kiri yang gambar cafe tu eksyen je.. tak letak situ.. yang kosong tu nanti kita fikir nak hang frame apa.. 

Semoga tak ambil masa 4 tahun untuk gantung frame kat situ.

Kak Pilla nak pesan, pasangan muda-muda tu kena bincang bersama kumpul duit sikit-sikit at least ada down payment sikit untuk beli rumah.. share sama-sama.. biarlah kita bersusah-senang bersama ada duit jangan boros, ketepikan sikit untuk rumah dan lain-lain.. rumah tu aset, so kalau boleh belilah walaupun murah dan kecil ikut kemampuan masing-masing.  Beli rumah bukan macam beli kereta, rumah tiada susut nilai, makin lama makin berharga.. cari location yang strategik dan mudah untuk kedua-dua pasangan.  Jangan suka bertangguh-tangguh ok? Tangguh deco takpe.. hahahahah.. Ok bye semoga bermanfaat untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Rumahku Syurgaku.







Love, 
Filla.

13 comments:

Iela Fazielah said...

nice n cantik...

Aty Fared said...

cantik.. saya suka gaya deko umah akak..memang cosy kayu2.. asben saya suka la macam ni.. :)

ajumohit said...

Cantik serius terus nampak elegant giteww

Unknown said...

kak filla cantik nyaaaa.. suka sangat.. n same with kami husband n wife pn suke concept ala2 resort sebab bila balik rumah memang nak rasa tenang macam bercuti je

irmaputri said...

deco ala resort ni.. pernah nampak gak kat depan pintu masuk MR DIY..cantik

Anonymous said...

idea 3D ni mmg unik tapi lebih sesuai klu ruang tamu besar. bila ruang kecik, mmg tak sesuailah kesan 3D, nampak crowded, kalau boleh ratakan permukaan, mungkin lebih cantik. sorry saje nak bagi komen.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

HAHA.. YANG ILA NIE PULAK LANGSIR ENTAH BILA NAK BAGI ELOK..ENTAH BERAPA RATUS KALI DAH JATUH HAHA

missalongwani said...

kak pilla..blh xshare...part hiasan2 tu...camne kak pilla cuci...biar xder habuk nak dekat..kite xdaya la..harap hr mggu j dpt bersihkan habuk2kat hiasan semua tu...ntah datang dr mana la...hari ni lap...luse dah penuh dah habuk tu bawak geng....
:(

Anonymous said...

Cantik nyer feature wall tu...Pak Radie buat sendiri ker? Or beli di kedai?

Anonymous said...

Cantik nyer feature wall tu...Pak Radie buat sendiri ker? Or beli di kedai?

Myalycia said...

cantik jugak mcm tu kak fila. i like ;)

nini said...

Warghhhh kakak.
Cantik gile...teruja kita...
Serius nampak cool =)

Liyana said...

cantik la feature wall tu kak :)