Assalamualaikum..
Genap 19 hari dah kita berpuasa.. So lauk berbuka semalam ialah mihun sup dan nasi.
Yang teringin mihun sup tu ialah Kak Pilla.. Amaani pun suka noodle dari nasi. Yang nak nasi tu Pak Radie and Kasih.. Nasib baik tak banyak cekadak, masak je apa-apa pun boleh janji ada lauk.
Kak Pilla takut sebenarnya nak makan taugeh sebab takut angin.. Tapi semalam cantik je taugeh tu kat kedai.. muka sadin relax je haku amik plastik sumbat togeh. hehehe.. macam aku cakap, sakit belakang cerita.
Simple je pun..
mihun sup takyah lah resepi yek sebab senang sangat hahaha.. letak fish ball and fish cake banyak-banyak sebab Aleesya suka.. ayam pulak pilih yang tulang-tulang.. masuk sekali kaki ayam :)
tauhu goreng cicah cili kicap permintaan Pak Radie.. tapi always yang first is the best.. Kali kedua Pak Radie cakap tak sesedap semalam *matakeatas*
Dia cakap ni kuning lebih and kurang garing.. ko ghaserrrrr?? mengalahkan chef wan kalau komen.
Buat cencaru sumbat bakar.. Saja nak test shogun magic pan tu.. Tapi goreng lagi sedap hahahahah.. tapi untuk kesihatan eloklah masak yang bakar-bakar tanpa minyak macam ni..
Pagi tadi sahur makan nasik dengan ikan ni.. aku sorang je lah..yang lain makan cereal.. licin pinggan.. sumbat dia tu tumbuk bawang besar sebijik, belacan, cili padi, cili merah, garam gula. Tumis dulu dengan minyak sikit.. pastu baru sumbat kat ikan, pastu boleh bakar atau goreng ikan tu.. sambal sumbat dia tu yang sedap gaul dengan nasi panas-panas..
Hoi pagi lagi kot dah citer makan hahahha
Semalam Pak Radie balik bawak balik roti-rotian satu plastik.. Dia memang suka beli roti-roti ni.. tapi aku cakap agak-agaklah.. ni untuk seminggu ke apa? Dia cakap biarlahhh..
Rupanya habis ya hahahah.. pagi tadi last dia sahur roti cheese dengan kopi.. so tiada pembaziran.. good job Radi Hamid.
Seram takut lepas ni 3 hari berturut-turut dia beli roti untuk menggantikan keobsesan kepada yong tow foo hahah.. now dah move on dari yong tow foo, syukurlah.
Love,
Filla.
1 comment:
puasa ni tetiba nampak sedap pulak roti tu haha. nak buat bihun sup mcm tu jugak la ;)
Post a Comment