Wednesday, June 29, 2016

ILHAM LAUK BERBUKA PUASA..

Hi korang.. hehehe.. tetiba je muncul.. check balik rupanya last entry pasal lauk berbuka ialah Buka Puasa Day 10.. hahahaha ni dah day berapa dah?  So marilah Kak Pilla korek balik folder tengok mana yang ada kita lambakkan kat sini.. manalah tau boleh jadi idea untuk you all balik memasak :)

 Sambal ketam pecah telur.. Kegemaran ni.. Haritu nampak ketam kat pasar.. macam gemok je ketam dia.. terus amik 5 ekor.

 Masak lauk ketam je hahaha.. amaani nak spaghetti so mari buatkan untuk dia ;)

 Haritu birthday Amaani. so bagi dia peluang pilih nak makan kat mana? dia nak sushi king.. huwaaaa i kenot bukak puasa makan sushi? Nooooo i nak nasik dengan lauk-lauk.. tapi kesian birthday girl pun puasa.. biarlah dia yang buat decision mana nak makan.. so aku, Kasih and Amaani makan noodle ni sebab favourite ktorang bertiga heheh

 Jenahak letak peria masak lomak.. dan Aglio Olio sebab teringin.. Amaani makan pasta 3 pinggan hahaha..

 Ayam berlada jugak best ;)

 Lawan dengan sup cendawan suhun

 Lawan dengan ikan goreng.. ko nak terbang ke apa?

 Sabar tunggu waktu buka ye..

 Dah dua kali sahur buat nasi goreng yang sama.. sebab Amaani request sahur nak makan nasi goreng macam haritu.. tapi mama janji mama kena suap.  Yelah mama suap.

 Daging masak kicap pedas.

 Siakap memacam rasa.. heheh cuma ada bawang dengan tomato je.. nasib lah kau labu.. ni pon berebut makan licinnn.. 


 Balik dari exhibition ajak budak-budak semua makan kat IOI Mall putrajaya.. aku memang tak suka buka kat luar.. sebab terkejar-kejar rasa.. sebelum pukul 6 gi tony romas tanya ada kosong tak.. dia cakap fully booked.. orang dah booked dari semalam..huhu.. dia cakap leh datang balik dalam kul 8:30pm.. so kitorang gi shopping dulu.. Pak Radie beli roti ngan air.. azan je rebut-rebut makan roti hahaha.. buat alas perot dulu.. pastu gi solat.. tengok awal lagi.. so mari gi ToysRus belikan birthday girl Amaani tu takde belikan apa-apa haritu.. dia nak patung baby.. amiklah suh papa bayar hahahahaha.. si kenit Aleesya pun nak.. kemain sardin muka amik lagi satu.. siapa tah nak belikan?

Pastu tengok dah kul 8:30 jom gi balik.. rupanya ramai lagi beratur.. huwaaaa ahkak lapaaaa tau tak?.. so menunggu lah turn.. dapat duduk dalam pukul 9mlm.. makanan aku sampai paling lambat dekat 9:30 kot? kalau makan kat rumah 7:30 dah dapat makan.. mogok tanak makan luar lagi :(

Dahlah order shrimp linguine muak gila.. ahkak nak nasik ngan lauk masak lomak.. baru puas hati makan.. 

Ok ni lauk semalam.. Ayam masak lomak cili api.. bertambah-tambah Kasih dengan Amaani makan.. tahu goreng cicah kicap cili padi, goreng ikan masin perghhhhh.. 

Harini dah plan dari malam tadi lagi apa nak masak.. hahaha aku suka dalam keadaan bersiap sedia.. penat kalau last minute nak pikir.. 

Harap korang dapat ilham.. walaupun masakan bodoh je hahahaha



Love, 
Filla.

4 comments:

Azura Aziz said...

alamak, nmpk menu kak pila ni dh dpt mcm2 ilham dah.. tp dah declare gantung periuk.. camno??

Mommy Muhaimin said...

Wah ketam. My favourite. Diari Mommy Muhaimin

JMR said...

nyesal lak tgk gmbr makan pagi2 ni hahaha

Fatina said...

sedapnyaa nampak ketam tuh! favourite tuh hehe :)
anyway, singgah sini dan follow :D
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)