Tuesday, June 28, 2016

Berbuka Puasa umah Mak kiter..

Bulan puasa kali ni aku sibuk sangat.. Punya lah nak cari masa supaya dapat berbuka rumah Wan and Atok.. Tup-tup ada sehari cuti Nuzul Quran hari rabu.. Ingat nak gerak awal pun tak boleh sebab Fame Lip Cream stok sampai lagi hari selasa petang.. Nak tak nak kena pegi settlekan hal Fame dulu.. semua turun.. aku angkut sekali budak-budak ni hahahaha.. Ada faedah gak diorang tolong kira and pack.. Kasih tolong setup kan kotak lip cream kosong untuk display kat booth masa exhibition nanti.

Ngam-ngam pukul 3 je aku kena gerak dulu.. by that time almost settle dah kerja semua.. Balik rumah Wan tengok dah siap dah Wan masak.. Sian Wan masak sorang-sorang.. Abang aku pun balik juga nak berbuka.. dia tu memang suka nak berkepit je.. aku balik baru sibuk nak balik.. mesti akan tanya-tanya dulu.. Eh suka ikut orang.. gi jelah balik hahaha.. 

Wan buat nasi lemak, ayam goreng yang diperap, sambal udang.

Bukan setakat tu je.. siapa ada pulak pilihan siapa nak makan nasi putih, Wan buat Jenahak berlada, sayur campur dengna daging rusa masak kicap.

Cendawan goreng Pak Radie beli kat bazar ramadhan.


Betul bila orang kata masakan ibu paling sedap dalam dunia.  Thank you ma, walaupun penat tetap masak penuh satu meja.. Dah lah sedap.. Semua orang makan 3 kali tambah kot hahaha.. aku first round makan nasi lemak dulu.. pastu makan nasi putih.. 

Raya ni tukar turn.. patut balik Shah Alam tapi tak jadi sebab orang Shah Alam semua balik rumah mertua masing-masing.. Mak and Bapak mertua pun balik rumah adik beradik mak kat Kg. Pasir Ulu Klang tu.. So Pak Radie cakap kita tukar lah balik Enstek, next year baru balik Shah Alam raya pertama. 

Boleh lah nak tolong Wan masak berbuka sebelum raya tu.. Nak buat nasi tomato dengan ayam masak merah lah untuk Atok ngan Wan.. lagipun budak-budak ni pun suka.. 

Well badan masih penat gara-gara exhibition kat Matrade lepas tu bersambung dengan exhibition kat Mood Republik Jumaat-Isnin.. 72 jam tanpa henti.. So bersambung-sambung shift aku, Peej and Elly..  Sampai sakit betis aku jauh nak mam pulak tu dari hotel.. sebab Mood Republik ni lah.. tetiba last minute tukar pulak buat kat Dewan Tun Razak tu.. menapak jauh, meredah lautan manusia berhimpit-himpit kat Hall tu.. Bau keti i don't like.  Aku satu apa pun tak beli walau pun ada lebih 600 booth kat sana.. Sebab aku memang tak boleh tempat bersesak-sesak ni rasa nak jalan laju-laju keluar dari situ. cemana orang boleh shopping aku pelik sangat hahahaha.. Ramai gila manusia bershopping tak kira dah pukul 3-4 pagi pon Peej kata ramai sangat.. 

Kesian tengok orang tido bergelimpangan tepi-tepi sudut.. dengan anak kecik pon tido sekali.. bapak dia pun terbaring situ.. maybe tunggu para isteri bershopping.  Ada tu dengan baby macam baru umur 3 bulan.. Huwaaa i cannot.. aku dulu selagi anak tak umur setahun jangan harap aku bawak keluar berjalan tengah malam camtu.. buka puasa duduk tepi-tepi sudut macam piknik.. Hebat orang Malaysia ni kalau bershopping.. Aku? dah duduk kat exhibition pun tak beli apa hahahahaha.. Aku suka suasana tenang, pelan-pelan jalan and belek kalau ada berkenan.. i tak suka rushing dan sesak.  Oh aku ada beli biskut nestum je dengan Peej tolong belikan kuih gunting kegemaran hahaha.. itu je aku beli heheheh.. Nasib kat Matrade haritu adalah beli 2-3 helai ;)

Sorry panjang borak tapi gambar takde.. Ada banyak nak cerita tapi kabel ni tak leh export gambar ke computer.. benci... Ramai reader yang datang booth ajak bergambar and beli Fame and Ellfie.. happy sangat melayan korang semua.. Ada yang tak dapat jumpa sebab time tu bukan shift Kak Pilla.. Ntah-ntah ada yang nampak Kak Pilla tersandar kat kerusi sambil mata juling-juling tahan ngantuk.. Tapi kesimpulannya memang berbaloi penat lelah kat booth ni.  Alhamdulilah achieve target. Next exhibition ialah di Mood Republic Perak pulak bulan 8 kalau tak silap.  Banyak sangat yang aku Elly dan Peej belajar dalam mengharungi dunia business yang penuh cabaran ni.. Semua kami belajar satu-satu.. bukan senang, tapi pengalaman tu yang mematangkan kita.  Ada banyak lagi future plan dan kitorang akan usaha untuk capai dan laksanakan plan tu seperti dirancang.  

Kitorang kerja keras untuk diri sendiri, keluarga dan share rezeki dengan orang lain.  Takde siapa kerja lebih kerja kurang semua sama.  Ada kerja lebih semua turun buat bersama.. Kat exhibition semua kerja sama rata.  Lagi satu kitorang suka celebrate penat lelah dengan makan.. hahahahah.. Soon ada makan-makan buka puasa pulak.. Uish tak sabar nya hahahha.. 

Oklah nanti kita sembang lagi ye.. 



Love,
Filla

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Chekgu Azrine said...

all the best pilla!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul tu.. tiada siapa yg dapat menandingi masakan seorang ibu.

p/s masa mood republik kat jb smpi 12 mlm jer.. pun akk tak snggup gi shopping kul 11. bagi akak keluar rumah selepas kul 8 pun rasa mcm dah malam sgt kecuali utk keluar mkn. kdg kalau pegi shopping kat mana2.. pukul 10 mlm pun masih ada kete masuk parking pun rasa pelik, hehehe