Wednesday, June 08, 2016

Lauk Puasa Day 1 and 2

Selamat berpuasa dah hari ke 3 dah harini kan... Cepatnya masa berlalu.. Ada yang request Kak Pilla nak mcm dulu-dulu entry Lauk berbuka Day 1 sampai Last Day puasa hahaha.. Wowww gigih tul zaman tu.  Ada yang nak jadikan idea untuk lauk berbuka katanya.. Kak Pilla faham sbb kita sama je.. Pening nak fikir apa nak masak.  Tu mmg forever lah masalah mak-mak ni hehheeh

Now kat opis cpu ni ngong sikit.. cucuk kabel iphone tp x leh read.. so tak dapatkah nak save pic. Balik rumah dah sibuk mmg malas nak bukak komputer.

Bukan tu je, kat opis block blog.. syabas.  Bukak during lunch time je dan pagi-pagi buta.. tu pun nasib... kadang x leh jugak.

So now update guna blogger apps kat phone je.  Nasib la aku gigih type kat phone sebab tu tulisan dah x centre semua dah ke kiri pulak.. Lantaklah janji boleh baca kan?

Dan gigih aku watermark gamba mcm kan org nak curik lauk ko padahal gamba je kot.. Eh x de ya zaman skrg ramai suka amik gamba food dan claim masak sendiri.. Agak2 der, ahkak peluh keti masak ngko sedap claim lauk ko pulak.  tu takpe, tp kalau ko guna gamba lauk ahkak pastu buat cerita saiko nak pikat jantan acaner.. wah yg jantan ni pulak terpedaya, elok buat calon isteri ni, pandai masak.  Amboiiiiii short cut sangat.  Tapi lantak korang la xde apa pun aku masak lauk bodoh je :)

Ek eleh Kak Pilla, agak-agak sikit lah... takat lauk telo mata letak kicap pon takut org curi gamba.  muahahhahahha.. ni sahur first day punya pemalas hahaha.  Daging dendeng beli dgn ig @meknonskitchen haritu ada lagi.. sedap nye sahur simple camni..
Ni lauk berbuka Day 1.  Kari tenggiri slurppppp.. Ada lagi buat sambal belacan dengan kobis goreng tapi tak snap hahahhaha.. ai tahun ni makin pemalas.

Ni sahur kedua.  Buat nasi goreng bodoh je.  tumbuk cili padi dgn ikan bilis je.

Ni lauk buka puasa day 2.  Paling win setakat ni hahhaha.. balik pasar ada bli daging batang pinang.. buat sambal daging resepi peejburhan.  Ada plak dapat belacan bintulu haritu.. bakar belacan wowwww harum semerbak... tumbuk skit campak dlm sambal tu.. mabeles.  Kalau suka kering sikit boleh tunggu lama sikit.. aku buat tu basah sikit tp bila panaskan nak buka tu dia kering sikit tp jgn campur lauk lain.. makan tu je dengan nasi panas. tik tik tik. slurpp.

Sebenarnya memang plan nak masak lomak cili api ayam lotak kontang ni ha.. gi pasar bli santan segar.. habis aku curah semua hahhaa so hasilnya agak pekat the way i like it ahak ahak. 

Semalam g pasar last sekali aku beli telur masin.  5 biji rm4.80.  Bayar pastu blah.. Sampai rumah penat cari telur dah takde.. Adakah aku cuma bayar pastu blah?  Sedih x de rezeki tekur masin.. sedap tu buka puasa ada telur masin.  tik tik tik.

Ok itu je gambar yang ada hahahaha.. ok pasni akan gigih update entry buka puasa.  Oh ya semalam Amaani berjaya buka puasa pukul 4:30ptg tanpa paksaan hahah.. Betul lah Amaani tu ada perangai pelik sikit.. Kalau dia cakap tak boleh memang tak boleh.. Kalau dia boleh ko takyah paksa2 pun.. aku plak asyik tanya.. nak buka tak? nak minum tak? mesti Amaani rasa mama ni saiko.. semalam org nak buka dia marah2.. ni org nak puasa dia sibuk tanya nak buka ke tak.. 

Bertabahlah nak, mak kau selalu celaru.

Love,
Filla.

4 comments:

Nana Sharia a said...

akak i dunno akak pakai watermark apps apa tapi kita pakai yg collage aps tu then pakai yg classic punya pastu just letak wording. sbb ingat dulu akak penah buat tutorial watermark kan. sbb nowadays mmg update blog pakai hp je.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alahai.. ayam lemak cili padi tu pekat2 memang mengancammmmm!!

Mamak Celup Tepung said...

tik tik tik tu ailio menitik ke Kak Pilla? hahahahaha

Cik Puan Eka said...

tik tik tik tu air liur ke kka pilla. ALamak rasa sedap lak gulai lemak ayam tuuu