Friday, July 01, 2016

Aku dan Kasih.

Pejam celik dah nak raya dah kita.. Lagi 5 hari je puasa termasuk hari ni if raya jatuh 6 July 2016.

Alhamdulilah Kasih masih penuh lagi puasa dan dah takde merengek nak air atau mengadu lapar.. Kalau letih pun dia tertidur on the way balik dari


sekolah.. Betul-betul rasa dia dah besar dan takde buat perangai sentap macam dulu-dulu tu.  Setiap orang akan berubah mengikut umur.. Yang budak, yang orang tua.. hehehe.. 


Kasih ni dia ada pelik sikit perangai dia.. Dulu dia kuat sentap, sensitif tak tentu pasal.. emo je memanjang.. Pastu aku dengan dia selalu 'panas'.. Orang kata anak pertama selalu macam tu? tak pasti pulak.. maybe gap umur dia dengan Amaani jauh (5 tahun) sebab tu dia jadi emo sikit.. Manja dan tak independent.. Masa dia kecik dulu dia tak reti nak buat semua benda sendiri.. contoh suruh dia colour.. dia akan termenung je tapi excited tapi tak nak colour.. macamana pulak tu? aku suspect confident dia kurang dan terlalu berhati-hati takut silap.  Eh aku tak leh.. memang aku selalu cakap "colour je lah? takut apa? takde sapa nak marah pun kalau salah".. contoh lain.. dia tak boleh orang lebih pantas dari dia.. nanti dia sentap.. hahahah.. padahal Kasih ni dia ada slow sikit segala benda.. tu yang kadang aku selalu menyinga.. sebab aku jenis terbalik dengan dia.. Aku jalan pun kelam kelibut.. kalau masak aku nak pantas.. aku tak suka orang buat kerja lembab-lembab ni.. Aku jenis punctual tak suka lewat.. Kalau aku dah plan aku akan keluar dari rumah pukul 8, memang tepat pukul 8 aku akan keluar.. tu kalau sorang lah.. kalau dengan askar-askar wataniah ni, dengan apak dia lagi.. memang akan drag ke 8:30.. rasa nak keluar asap je kat idung sebab bangsa tehegeh-hegeh je semua.

Pastu selalunya time balik sekolah aku selalu lah tegur apa yang aku tak berkenan.. tapi dia takde perasaan ok.. kalau dia tengah makan dia akan keep on makan.. padahal aku dah mengamuk macam sakai dah ni.. walaupun mata dia berkaca tapi dia tak pedulik.. makan tetap makan.. eh berani sangat ni?  Ada sekali aku mengamuk dalam kereta.. penat aku membebel sampai aku emo nak menangis dah.. sekali aku tengok dia bantai tido kat sebelah.. omggggggg.. aku mengamuk sorang-sorang ke??? *urutdada*

Pastu kepelikkan kasih lagi satu ialah home tuition.  Aku tau kelemahan Kasih dan aku tak kisah kalau dia dah cuba.. Selalu aku naik hangin sebab dia tak cuba.. kadang suruh baca buku dia malas.  Matematik dia lemah sangat.. so aku amik home tuition supaya cikgu boleh concentrate dengan dia dan dia boleh tanya apa dia tak faham.. Masa 3 bulan pertama tuition tu aku jadi stress sebab cikgu panggil nak jumpa.  Cikgu tu Indian tapi setakat ni dia memang bagus.. tak lembik dan tak terlalu garang terpekik-pekik.. dia strict je sikit.. Dia panggil sebab dia tak tau apa masalah Kasih.. dia cakap Kasih memberontak.. aku dah tertelan ailio dah.. memberontak????? contoh??  Dia cakap Kasih langsung tak nak bertanya.. Kasih takde respons kalau tak paham.. kalau cikgu tanya dia akan diam.. langsung takde communication.  kadang dia buat cari eraser dia kibas buku sana sini.. kadang dia akan tekan pensil dia kuat-kuat masa tulis.. tulisan dia jadi besar-besar gila.. Walaupun aku tak belajar psikologi tapi aku tau dia memberontak.  Cikgu pun syak benda yang sama.. "It's hard for me to teach her, i don't know she understand or not because dia tak response soalan i.  Tapi the next day i datang ajar Sains and English, dia totally berubah.. dia ok.. dia tanya soalan kalau dia tak faham"  

Ok aku buntu.  Cikgu cakap satu je aku kena buat.. masa maths.. kalau boleh cikgu nak aku or Pak Radie ada dekat-dekat situ supaya Kasih tak berani buat hal.  Malam tu aku slow talk dengan Kasih.. 

"Mama nak tau apa masalah Kasih masa tuition matematik"

*senyap*

"Kasih tak suka cikgu atau Kasih tak suka maths?"

*senyap*

So aku brainwash dia.. tapi kali ni aku tak garang langsung.. masa nasihat dia pun aku tahan air mata aku keluar.. banyak yang aku cakap.. aku tak nak Pak Radie campur langsung.. biar aku je settlekan hal Kasih.  Antara yang aku cakap kat dia.. "mama tak paksa Kasih sebab mama tau tahap kasih.. mama tak nak push Kasih sampai Kasih jadi benci dekat cikgu, benci subject maths.. mama bukan orang yang cerdik pandai so mama tak expect Kasih akan jadi cerdik pandai macam anak orang lain.. cuma tolong kesian sikit kat mama papa usaha nak bagi Kasih pandai.. carikan Kasih cikgu yang siap datang rumah.. Semua benda mama dah buat untuk Kasih.. kalau Kasih usaha.. mama nampak Kasih bukak buku belajar.. tapi lepas tu Kasih gagal, mama tak kecewa langsung.. sebab mama tau Kasih dah usaha.. Mama marah sebab mama tak nampak usaha Kasih.. maknanya Kasih sikit pun tak kesian kat mama.. penat lelah cari duit nak bagi Kasih pandai"

Well biasalah, aku kan emo bila part-part macam ni.. Seriously zaman social media sekarang ni semua orang akan share result anak-anak.. UPSR yang lepas aku dok tengok sorang-sorang share result.. Bangga kalau anak dapat straight As.. Gila tak bangga? Kalau aku pun bangga ye.. Cuma aku jadi sedih bila parents yang anak dia tak dapat result cemerlang.. tengok fb semua orang update result bagus-bagus.. Ko ingat aku tak stress mengenangkan Kasih nak upsr next year?  Aku jadi down seharian masa upsr last year tu hahah.. gila ke apa.. tapi lepas tu bila aku fikir-fikir balik.. Kenapa nak down? result upsr je, result bagus alhamdulilah.. tapi kalau tak bagus pun bukan result tu penentu siapa kita bila dewasa nanti.. Aku dengan Pak Radie pun biasa je bukan otak genius sangat.. alhamdulilah rezeki ada.. Aku sentiasa doa anak-anak akan cemerlang dunia dan akhirat.. tak nak cemerlang kat dunia je sebab dunia ni apa lah sangat? berapa lama je kau hidup pun untuk mendabik dada.. akhirat cemerlang tak.. huwaaa takut... sebab akhiratlah yang abadi.. forever orang putih kata.  Aku orang yang lalai.. tapi Wan selalu tazkirah tiap kali aku call mesti ada tazkirah hahahah.. selalu dia ingatkan suruh didik anak dari kecik jangan tinggal solat.. jangan jadi ibu bapa yang gagal.. 

Ok berbalik kat Kasih tadi.. lepas aku cakap elok-elok sambil emo air mata berkaca-kaca (akulah) yang dia pulak dah melimpah-limpah air mata.. sejak dari tu dia totally berubah.. Tuition Matematik dia dah takde memberontak lagi.. habis tuition senyum je.. semalam siap naik atas kat bilik aku, selak curtain and lambai cikgu masa cikgu nak balik.. Eh pelik sangat dia ni.. Tetiba je cakap dia paling suka Cikgu yang ni.. Eh???? Dia suka berubah-ubah dan sometimes dia moody.. tapi banyak gila dah improve dari dulu... Dia boleh jugak buat tapi very slow.. tu yang aku tak leh mengajar.. nanti darah aku ni mendidih je.. 

Kasih ni suka kacau adik-adik dia.. suka menyakat macam tu.. Aku ni rimas sikit bunyi menjerit melalak-lalak.. so memang dia selalu kena marah hahaha.. Tapi aku perasan kalau mood dia ok.. dia rajin layan Aleesya tu macam dah kakak-kakak sangat.. Haritu aku kat Mood Republik berapa hari tak balik rumah.. and ada sekali Pak Radie tak balik sebab closing kat MR tu.. aku dah risau sebab dia kata 3 beradik tu tidur kat bilik aku.. Aleesya tu kadang suka melalak kul 4 pagi macam tu.. nak milk.. rupanya Kasih bangun sebab Aleesya memekak.. memekak yang kau tak tau apa dia nak.. Terus je dia buatkan milk Aleesya sumbat kat mulut adik.. terus diam.. waaaa amazing boleh harap dah Kasih ni..

Kasih pun jenis close dengan aku.. Aleesya je tanak kat ai.. sentap ahkak tau.. Macam Kasih dia rapat dengan aku sebab dari dia kecik aku selalu uruskan dia.. pegi keje bawak dia drop kat nursery..balik aku yang ambik dia.. so dia rapat sikit dengan aku kot.. Sekarang ni kalau gi mall mana-mana.. Kasih kelam kabut nak jalan genggam tangan.. aku yang kekok hahaha.. makan kat luar kelam kabut nak duduk sebelah aku.. tak yah nak kelam kabut sangat Kasih.. takde orang lain pun berebut nak duduk sebelah mama ni.. 

So itulah Kasih.. macamana buruk dan baik pun, Kasih tetap lain dari yang lain.. dia yang pertama pernah ada dalam hati aku.  Lima tahun dia yang ada di hati aku.  So dia tetap istimewa bagi aku.. Semoga Allah lindungi dia selalu dan lembutkan hati Kasih supaya selalu dengar cakap mama.. Sebab apa pun yang keluar dari mulut mama, semua untuk kebaikan Kasih nanti.  


I love u Kasih.

Eh tetiba emo.

Kbye.



Love, 
Filla.

20 comments:

Umi Harraz said...

Dah kenapa byk sgt kupas bawang dalam n3 ni kak pilla...adeh, emo jugak nieh acaner

rina said...

tetibe mata rasa berkaca2 baca entry kak filla arini

Chekgu Azrine said...

sebak baca entry ni...
hmm..anak sulong memang ada prangai camni kot pilla...hahhaa

ummisara said...

PILLAAAAAAA...

ahkak pulak emo baca huawaaaaaaaa
inshallah...semuanya okay

hello kasih :)

SaraGurL said...

Perenggan last tu...sebakkk bacaaaa...

Norliana Abdul Rahman said...

Tetiba nak emo jugak mengenangkan firstborn aku. Dah besar Kasih. Moga jadi anak solehah!

Anni Zurina said...

berkaca2.. sebak2 ai baca cerita kak Pilla ni.. uuwaaaa... sbb ai dgn anak sulung pun panas...kita mak2 ni mulut je kuat... tp dlm hati Allah jer yg tahu kan...

yasmine said...

Filla..cerita u yg ni sedih...sama cam anak 1 yg first..manja..sentap. .tak suka maths..I nak pinjam ayat nasihat u utk kasih tu na..risau tul peksa aritu result dia

anne said...

Tetiba kita apun emo.....

Sebab kita macam kasih, jarak umur 5 tahun dengan adik kedua..
macam-macam jenis memberontak, sampai kdg2 mak abah kita nangis.
sampai la one day i did something, berlanjutan lamanya...and after that incident hubungan dengan mak abah terus baik sebab perkara ni membuatkan kita belajar banyak abt this life. Lucky that among my siblings kita sorang je berperangai camni. And now kita memang a bit sensitive when it comes to parents, dengan adik2 pun kita tegas so that takkan jadi macamana kita pernah lalui.

kite doakan semuanya ok between u and kasih ok. Insyaallah she will be fine.

:)

wanie said...

Apa kak pilla niiii, emo pulak baca entry ni. Dok la terbayang muka anak2. Semoga kita jadi ibu yang terbaik utk anak-anak. Hehe.

Hani said...

Ok sedih baca.
kita serupa.
Alya beza 5 tahun dengan Aryan.
Tak suka adik dia. omg urut dada.

sensitif. kuat sentap.
ok sambung sedih.

akish ali said...

alaaaa touching sgt niii...kasih same peel dgn anak bujang aku yg baru 7 tahun tu...
suke memberontak..
dia suke kite yg slow talk..bg semangat kt dia....
dan dia suke org ckp slo2 dgn dia....
emmm muge anak2 kite bijak berguna dunia & akhirat

CikGu KiNa said...

Sedih...betul la.. anak sulung mmg manja... teringt last year pregnant anak ke2... yg sulung umur 8y.. time tu asyik kena marahhhhh je...ada je yg dia buat suruh kita marah....

Anonymous said...

Air mata mencurah-curah baca entry ni.
Sbb memang sama mcm anak sulung saya.
Dia perempuan jugak & setahun muda dari Kasih.Jarak dgn anak ke2 pun 5 tahun.
Saya dah byk kali give up dlm mendidik dia..cara keras tak jalan..cara lembut pun tak jalan.
Terima kasih sgt k.filla sbb memberi saya semangat bila baca entry ni.
& Saya harap nanti k.filla boleh share cara k.filla didik anak utk solat & mengaji
Tq
-sha-

Anonymous said...

sama la dengan anak sulung saya..baru2 ni amek repot kad die teruk sgt..last dlm kelas..cikgu die ckp die tak boleh kena tegur..kalau tegur terus tak nak buat keje...sampai cikgu tu ckp suruh bwk pegi jumpa pakar..sbb die tak berapa bergaul dgn kwn2 die...tp saya positifkan diri dgn ckp 'dia budak..tak faham lagi..baru darjah satu'...harap2 die berubah la nnt...

Anonymous said...

TERBIT AIRMATA MATA I AWAK. HAISHHH. SAYA DOAKAN AWAK SELALU YE BERJAYA DLM SEMUA YG AWAK BUAT. JUGA DIREDHAI OLEH-NYA AMEEN.

Anonymous said...

kak pila..
saya ada baca itu hari.. :)

kalau adik beradik gaduh, jangan dimarah si kakak tu depan adik2 dia. tapi marah dekat adik2 dia. sebab kakak tu kan lagi besar, bila kita marah dia depan adik, dia rasa macam maruah dia dimalukan depan adik2, yang lagi muda dari dia. sebaliknya marah la si adik. memang la adik tu lagi kecik, tapi bila kita marah si adik depan kakak, nanti automatik si kakak akan rasa kesian sebab adiknya yang kena marah, bukannya dia. so dia akan fikir banyak kali next time kalau buat something yang mama dia marah. sebab dia taknak adik dia kena marah dahh, sebab dia kesian kat adik dia. insyaAllah gaduh2 tu akan kurang pasni :)

Anonymous said...

mencurah lak air mata ni..bila bc sma yg saya lalui dgn amak dara sulung saya..br umur 6y tp dia nye ragam tu kdg umi boleh nagis2...
tapi tu la dia tetap syg umi wlaupin umie garang n kuat bebel..
bila bc entry leh jdi panduan utk saya

-wawa

Liyana said...

sedih. teringat ank sulong.selalu gak jadi singa :(

Puteri Satu said...

ANAK PERTAma memang macam ni... anak akak pun lebih kurang perangai kasih... sebab dia yg pertama dengan kita.. dia mcm mintak attention kita lebih... rezeki bukan terletak pada result exam anak2... cemerlang bukan pada kertas.... insyallah kasih pasti cemerlang di hati mama n papa dia insyallah....