Thursday, July 21, 2016

ASTRO Circle Kid's Club

Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang bawa Aleesya ke acara Disney Dream Big, Princess Academy anjuran Astro Circle dan Disney di DoubleTree Hilton.  Silap tak sempat nak belikan Aleesya gown princess nasib baik dapat crown dalam goodie bags tu ;)

Seronok tengok semua kanak-kanak sporting habis dengan gown ala-ala princess.  Rata-rata yang hadir ialah keluarga yang melanggan Pek Astro Kids.. Kagum sebab semua ibu-bapa sporting habis dan teruja bersama anak-anak datang event tu..

Nak tau apa yang menarik perhatian adik-adik kecik ni? Dah tentulah kehadiran Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.  Characters ni semua datang untuk menceriakan kanak-kanak dan memberikan inspirasi serta membimbing kanak-kanak yang hadir untuk percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing-masing supaya mereka juga boleh menjadi seorang princess ;)

Cinderella tampil menawan dan lemah lembut sesuai sebagai seorang puteri ;)

Excited Aleesya dapat bergambar dengan Cinderella.. Nasib baik dia nak naik atas stage dan tak rasa malu pun.. 

Rapunzel ni cheeky sangat.. sempat betulkan crown Aleesya hehe

Tengok riak muka Aleesya teruja tak boleh nak control hahah

Sambil tu kita buat decoration menghias tanglung bersama papa..

Antara Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.. ini yang paling Aleesya teruja..

Sebelum naik stage dia asyik tanya je Sofia nak balik ke? nak balik ke? Takut sangat dia tak sempat amik gambar dengan Sofia the First.. Nah siap hug tak nak lepas hahahahaha.. Sukanya dia impian menjadi nyata.. bukan alam fantasi, tapi in real life dapat jumpa Sofia the First ni.. 

Puas hati Aleesya dapat bergambar dengan semua characters Disney yang dia suka..

Antara bloggers yang hadir event best ni Kathy and Audrey.. Semua anak-anak happy hehehe
 
Kak Pilla and Kathy pon enjoy sangat attend event ni sebab ibu-ibu ni apa lagi yang menggembirakan kita selain tengok anak happy ;)

Aleesya terus jadi lemah lembut macam princess hahaha..


Ni Kak Pilla nak bagitau korang yang ada anak-anak kecik yang suka princess-princess ni.. Jom register Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids ni.. Nak tau apa benefit kalau you all register?


 Kelebihan mendaftar dengan Disney Kids Club:

- VIP event passes
-Meet and Greet with your favourite Disney Characters
-Disney movie screening tickets
-Disney giveaways 

Eh sapa tak suka kan? Jom kita register bersama-sama.. Untuk maklumat lanjut jom layari 



Love, 
Filla.

7 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...

bestnya aleesya dapat jumpa semua princesses tu!!
selamat hari raya... Blogwalking di sini, jemput ke 'rumah'...tqvm

arzmoha said...

wah seronok habis kanak-kanak perempuan kalau jumpa 3 watak ni


arzmoha said...

excited dan pandai aleeya posing

Rizziela said...

bestnya

Jocelyn Lum said...

Such a cute post.

"Tak nak lepaskan Sofia" :)

Eeiou_ said...

Bestnyaaaaaaa!

Mrs. A said...

Waa... excitednya princes Aleesya tu ya dapat jumpa dengan princesses impian di alam nyata.