Tuesday, June 07, 2016

DAY 1 PUASA BUAT KASIH AMAANI.

Selamat berupuasa semua.. Hari ni hari kedua kita berpuasa.. so acaner? ok tak semua?

Gambar takde kena mengena dengan bulan puasa mahupun rabbit hahah..

Saja nak sembang pasal Amaani sebab dah lama tak borak pasal dia kat sini.. Now Ani dah 6 tahun.. Kalau dulu Amaani popular kat Keek hahaha aku pun dah tak tengok keek dah lupa password heheh.. Dulu dia kecik-kecik kemain montel and petah bercakap.. Sekarang dah besar dia jarang bercakap..

Badan pun dah kurus.. Bab makan tak susah sangat nak jaga dia.. Dia nak makan dia makan, kalau dia tak nak dia tak nak.. gitu je cerita dia.. Tapi boleh tahan kuat bergaduh.  Dia jenis menentang habis-habisan, tapi cepat maafkan.. Hoih 3 anak, macam-macam pe'el.

Kasih dah 10 tahun senang je puasa ni.. Dia ok je bangun sahur takde nak sentap-sentap macam dulu.. Petang pun tengok dia relax je sampai lah berbuka.. Kasih makan 3 pinggan nasi semalam.. Syabas Kasih.. 

Ni kisah Amaani semalam.. pukul 10 pagi dia dah call aku yer.. berturut-turut asyik bunyi je phone.. Oih dah lah tengah busy dia boleh bantai asyik call sebab nak makan.. tak boleh tahan dah lapar.. nak buka puasa.. Aku angin jugaklah, bukan nak bajet dera anak.. tapi agak-agak lah.. bangun tido terus lapa??? At least cuba lah sampai tengahari ke apa.. Takkan last year boleh sampai tengahari, this year kul 10 pagi nak makan? aku memang susah nak tolak ansur sikit.. malas nak layan.. "gi call papa, mama busy".

Laju dia jawab "ok amaani call papa sekarang" eh?? takde takut pun kat aku.. tetiba dia call lagi "hello papa".. dah kenapa call aku lagi ni?? "Ni mama lah".. "Eh kenapa mama yang jawab? Amaani call papa"

Manalah aku tauuuuuuu.. huwaaaaaaaaa..

Pastu Pak Radie whatsapp "Sian Amaani tu, bagi je lah dia buka, budak lagi.. tak yah nak ye ye sangat"

Noooo!!! baru pukul 10 kot????

Pastu aku biar, pak radie biar je.. adalah 5 kali kot dia call semalam.. Bila cakap je menangisssssss.. lapar lapar lapar.. Masalahnya aku call Kasih kul 1 tengahari macam tu.. tanya kasih..

Mama: Kasih, Amaani dah buka puasa ke blom?

Kasih: Blom

Mama: Dia buat apa tu?

Kasih: Tengah main..

Aku boleh dengar dia menjerit-jerit siap package ketawa gembira.. Pastu dia amik phone kat Kasih dia cakap "Mamaaaaa, Amaani nak makan... amaani laparrrrr" menangis sedih gila ok.. Wow lakonan mantap sangat ni.

Kasih pulak cerita yang Amaani tarik-tarik baju bibik, seluar bibik.. selagi tak bagi makan dia buat hal.  Last-last tewas.. sila makan.. aku tak kisah pun sebenarnya, alahai baru 6 tahun.. cuma kena belajar-belajar dari kecik.. of course kena makin better dari last year.. takkan makin teruk pulak? so dia tak rasa puasa tu ialah benda suka-suka.. rasa lapar je bak sini nak makan. biar tau kepayahan tu dari kecik.

Tupun dah pesan kat Kasih, bila solat ajak Amaani sekali.. tak guna kita puasa if kita tak solat kerana solat ialah tiang agama.  Selalu aku pesan kat Kasih macam tu.. Kita tak tinggalkan solat, insyaAllah kita takkan tinggalkan puasa..  tak nak puasa kita takde dapat apa selain lapar dan dahaga saja. 

Amaani sampai pukul 12 tengahari ni senyap belum ada call lagi.. Huahahahha aku serba salah nak call umah.. kalau call confirm dia drama swasta lagi ni.. Siapa yang ada anak-anak membesar silalah bertabah hehehehe.. Aku mungkin garang sikit, tapi diorang bernasib baik sebab bapak dia rajin melayan dan selalu lemah lembut.. dan jugaaaaak selalu menjadi rebutan di meja makan.. berebut-rebut menangis-nangis berpukul-pukul cuma sebab nak duduk sebelah papa.. 

Pak Radie time ni selalu angkat kening muka eksyen konon dia jadi rebutan.  OMG mak kau relaks je sorang-sorang takde sapa pon nak duduk sebelah i.  Tapi i tak kisah.. gaduh lah korang.. haku dah masak duduk diam-diam jangan nak bergaduh depan rezeki.  kang sekali aku tempik, habis kang.

Ingat balik ni nak lari gi pasar jap.. Ikan dah habis, serai habis..

Tata..

Love, 
Filla

9 comments:

Chekgu Azrine said...

suka sgt baca kisah pilla dengan anak2...syiok!!!
kelakar pun ye

Unknown said...

takde share gambar lauk ke tahun ni kak..share laaa mcm tahun tahun sebelum ni..
selalu terinspirasi bila tgk lauk akak.terus rasa nak masak jugak hiks

Anonymous said...

mana lauk2 bulan puasa mcm dulu Fila? hehehhe

Nadz said...

Entry kak Pilla ni terus rasa nak balik kampung sekarang jugak buka puasa dengan mama abah. Btw, kitorang 5 beradik sampai dah suku abad umur ni pun berebut lagi nak duduk sebelah abah time makan. Hahaha

Carleed Danial said...

tergelak sekejap bila entry sis ni...biasalah tu sis dah namanya budak-budak mcm-mcm peragai, masa dia orang kecik ni lah kita kena didik dia orang..selamat berpuasa sis..

EZAN IDMA said...

ahahahah comel je kannn amaani bangun tidur terus lapar.

dalila said...

alhamdulillah..wlupun br 6thn amaani dh bole puasa..bdk2 mmg mcm2 karenah kan..tp tu yg klakor..

tehwee said...

terhibur ngan entri ni....atas tajuk lain bawah lain

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehehe.. kelakar baca keletah anak2 Pilla. Akk yg sorang tu pun boleh tahan jugakalah snetap tak habis2.