Friday, May 27, 2016

TIPS BERNIAGA.



Salam sejahtera semoga semua diberkati pagi ini.. amboi serious pulak.

Actually aku bukan orang yang sesuai untuk share tips berniaga semua ni.. Tapi aku just share pengalaman sahaja.  Sebab ada juga yang email nak minta pandangan, nak minta tips, nasihat semua tu walaupun tau aku tak selayak mana untuk berkata-kata.

Mungkin korang dah pernah dengar cerita dari Peej dan Elly tentang pengalaman diorang berniaga.. Dari Kak Pilla dah ke belum yek? hahahah.. Kalau belum jom dengar i sembang, mana lah tau boleh memberi sedikit motivasi dan semangat ;)

Pertama.  Korang jenis berhati cekal atau jelly?  Kalau jelly, mungkin boleh berjaya tapi lambat sikit.  Kalau cekal je pun tak cukup, strategi ada? 

Mula-mula sekali aku bersetuju untuk bersama-sama terjun dengan Elly and Peej untuk memiliki skincare sendiri (Ellfie Beauty) kitorang just sembang-sembang sambil minum-minum.  Nothing serious.  Dan dan dannn aku jenis suka berfikir sampai tak boleh tidur malam.  Aku tau diri aku sendiri.. Yes kena tahu diri sendiri dulu.. Ini bagi yang nak buat business bersama orang lain.  Bukan senang sebab ada 3 kepala.  Kalau ada satu kepala yang dari awal kau tak suka.. memang bye bye.. sila JANGAN mengada nak business bersama.  Aku tau aku boleh bekerja dengan siapa, dan aku tak boleh bekerja dengan siapa.  Itu penting sebab ini untuk long term bukan short term.  Aku mungkin boleh baik dengan orang as sahabat, tapi aku tau aku tak boleh ada business bersama sebab cara kami berbeza.  Paham? Sebelum business Ellfie pun ada few projects aku buat dengan Elly so aku dah tau cara dia macamana.. 


Bukanlah nak kata Elly and Peej tu aku boleh 'masuk' sangat kepala sampai sanggup business bersama hahahaha.. Kalau korang bercadang untuk buat business bersama (joint partner) korang kena kaji dan fikir masak-masak.  Saling sentapkah? Atau sepanjang berkawan tak pernah ada perselisihan faham.. tak pernah gaduh, tak pernah merajuk, tak pernah berasa hati.  Kalau semua yang aku sebut kat atas tu tak pernah terjadi, yes korang boleh consider untuk business bersama.  Sebab dalam business dan persahabatan, takde masa untuk semua tu.. semua tu akan meruntuhkan persahabatan dan perniagaan.


Katalah korang buat business berdua, bertiga atau berempat sekali pun.  Masing-masing kena tahu tugas dan tanggungjawab kerja masing-masing.  Boleh lantik seorang untuk jadi ketua.. Istilah ketua kat sini ialah dia yang akan buat keputusan selepas perbincangan bersama.  Sebab kadang-kadang masalah terjadi.. susah sangat nak cari kata putus dan penyelesaian, masa ni korang perlukan seorang untuk jadi leader supaya dia boleh lead sepanjang perjalanan.  Sebab tu kena bincang sebab dia boleh lead tapi dia perlukan pendapat dan pandangan majoriti.  Kalau partner korang jenis buat keputusan sendiri, tiada perbincangan, dia act like a boss sedangkan duit labur sama banyak.. Baik blah. Suruh dia buat business sorang-sorang kalau dia anggap ko patung bernyawa hanya di tepi sudut.  Paham?


Ada partner tapi dia pembuli.  Apa tu??? Maksudnya dia hanya pandai beri arahan.. Kerja dan beban semua dia hempuk kat kepala ko sorang.  Dia act like banyak kerja konon handle semua padahal dia relaks.  Ko lah kuli ko jugaklah balaci dia.. Hati sakit so apa pun tak guna.  Benda ni dari awal ko dah boleh nampak sebelum buat keputusan untuk business bersama.  So kalau ciri-ciri tu macam ada kat bakal business partner korang tu.. Sila jangan setuju untuk business bersama.  Anda bakal dibuli.


Saling hormat-menghormati.. Actually ni kena tau dari awal sebelum decide untuk bergabung.  Ada tak limit dalam bersahabat?  Ada limit tak korang bergurau.. Mungkin best sebab satu kepala, tapi limit dan hormat kena ada.. Aku tak kata yang Peej and Elly tu the best ever.. Tapi dari mula kenal sampai hari ni, masing-masing tahu batas.  Masih hormat dan jaga hati each other, saling support.. Jangan sesekali merendah-rendahkan sahabat korang sendiri sebab hati orang lain-lain.. Korang maybe nampak dia very strong, jenis tak ambik hati.. Mana kau tau???? kot dia telan je ke apa.. Itulah pentingnya hormat.. Hormat mak bapak, hormat mertua, hormat suami, hormat sahabat.  Tau limit bercakap dan bergurau.  Bukan hentam kromo je harap orang paham kau.. Hidup biar matang sikit.  Bila rasa hormat ada, inshaAllah senang business bersama.


Sedia terima makian, hinaan, cacian, umpatan.  Bukan dari business partner.. tapi dari customers dan orang-orang sekeliling yang sentiasa mendoakan korang jatuh tersungkur.  Jadikan semua tu untuk jadikan kita lebih kuat dan berjaya.  Jangan baca benda-benda negatif tentang kita.  Macam aku, Peej and Elly blogger.. Ada suka ada tak suka kitorang ni.  So kenapa nak membodohkan diri cari / baca bahan / komen yang menjatuhkan?  Kita kata kita tabah kuat boleh hadapi cercaan orang.. Yes memang boleh, tapi aura negatif tu akan sampai jugak kat korang.. korang akan rasa down, benci, geram.. so how to focus? IGNORE negative people.  Orang macam ni memang tak sabar nak tepuk tangan tunggu kita tersungkur.. Biarkan je.. 


Selalu tengok orang-orang yang berjaya.  Apa strategi dia? Macamana dia buat? Macamana nak bertahan?  Semua tu penting.. marketing cemana? Sendiri buatlahhhh!!!!! Kita ni once dah masuk dalam business, kena belajar hidup susah.  Kena keluar modal? FB ads?? Yes keluarlah modal.. macamana pulak untung nak, modal tak nak keluar.. business sendiri ke, jadi agent or stokis ke, belajar melabur kalau nak pulangan.  Nak amik model? Bayar.  Try and Error orang cakap.  Kalau tak macamana kita nak tau strategi apa yang paling bagus dan berkesan?


Cari ilmu, keluar duit sikit pergi kelas.  Belajar dari orang-orang yang berpengalaman dalam perniagaan.  Mana yang silap langkah kita betulkan.. Ikut budget yang ada.. ada duit lebih sikit boleh amik kelas yang mahal sikit.. duit sikit join kelas yang murah sikit tapi still bermanfaat.. Jangan belajar dari seorang guru je.. cuba jugak dengan cikgu-cikgu lain sebab cara dan strategi setiap guru berlainan.


Jangan kedekut bantu orang yang memerlukan.. Jaga staff kalau anda dah ada staff.. Bantu kalau dia memerlukan.. Tapi jangan lah asyik bantu sampai kerja pun nak tanak dia buat sebab dah sedap.. Make sure kerja tip top.  so boss tak berkira.  Create suasana ceria dengan pekerja atau team korang.. Tapi macam aku cakap, hormat respect kena ada.. Kalau kat Ellfie sana, Peej jenis tak kisah.. Elly jenis staff segan sikit dengan dia.. Aku kalau sesekali turun sana aku akan siasat jugak dengan Elly and Peej.. budak tu ok? budak yang sorang tu camne? hahahaha.. Pastu boleh borak tapi bukan tepuk tampar gurau senda.  Aku selamba tegur, "dik yang ni kalau tampal kena lurus, tak boleh senget macam ni".. Ok kak sorry kak. 


Peej and Elly cakap aku garang.  hahahhaha tapi ye kot sebab mak aku pun cakap aku garang.  Bila Wan tanya kat bibik "Puan tu garang ke dengan kamu?"  Bibik cakap "Taklah, kalau marah pun sekejap je, hati dia tak simpan".  Yes benda tak betul aku akan tegur and marah masa tu je.  Lepas sejam aku jumpa dia balik kat dapur, aku boleh borak macam biasa takde apa terjadi.  Sebab benda aku tak suka aku akan tegur, dan aku tak nak benda tu terjadi lagi.  Kalau buat jugak memang kena.  


Follow-up.  Pernah ke follow up customers? Customers ni suka bila kita concern dan ambik berat.  Ramai je jenis tanya macam-macam pastu senyap krikkk kriikk.. biarkan dia senyap dulu.. nanti sila follow up.. sayang ye, maybe 60% hati dia dah nak beli haritu.. tapi budget lari kot kena bawak anak gi klinik pulak.. Hah gitu.. so lepas 2 minggu boleh follow up.. "Sis saya nak bagi harga special sikit ni.. untuk sis.. rugi sis tak amik.. lusa dah harga normal dah sis" Eh pepandai lah ko ayat dia.. maybe dah jadi 80% hati dia nak beli.. Paham? Usaha tangga kejayaan.. Tapi JANGAN PAKSA.  Annoying ok..


Jangan kacau produk orang lain.  Business cara bersih.  Buat kerja masing-masing.  Jangan sesekali buat perbandingan.. contoh macam ni "Kalau guna produk A, maybe dalam 3 hari boleh nampak kesan, tapi produk A dah tentu ada guna bahan terlarang sebab tu cepat nampak kesan dia.. bahaya ya hati-hati.. Produk kami dijamin tiada bahan terlarang, ada KKM bagai bla bla bla".. Walaupun kau tak sebut Produk A tu produk apa.. Tapi perlu ke bandingkan dengan produk kau sendiri????? No jangan buat camntu ye.. Terus je bentangkan hujah-hujah kenapa produk kau bagus.. bukan kenapa produk kau lebih bagus dari produk A.  itu salah.  kau rasa kau tak menjatuhkan orang lain sebab kau tak sebut nama pun.. tapi keji sangat kot cakap produk kau bagus dari produk orang lain.. walaupun hakikatnya betul, tapi biar orang lain yang menilai, bukan kau yang buat penilaian.  Paham?


Jangan putus asa.  Teruskan perjuangan walaupun sales kurang memberansangkan.  Lagi-lagi orang yang baru nak mula bertapak.  Nak mendapat tempat di hati customers bukan senang ye.. Kena build trust dan spreadkan product kita supaya ramai tau.  Cara? Oklah aku bagi contoh ye.. Katalah korang ni stokis kepada satu produk ni.. Korang ada persaingan sesama stokis yang jual produk yang sama, betul? Salah satu cara dia ialah tonjolkan diri.  Buat sampai orang notice kewujudan korang.. Pantas bertindak.. Biarlah orang nak tengok, eh balik-balik muka dia ni je, takde muka orang lain ke??? Bila orang selalu nampak korang, baru orang percaya sales kau bagus.  Orang komen kat FB Page.. "sis cemana nak pakai ni? macam berminatlah".. apa lagiiii serang lahhh.. takkan nak biarkan customer tanya dekat sejam ko buat bodoh je.. kalau boleh x sampai seminit terus jawab "senang je sis, saya boleh ajar sis.. saya dah pm sis" Kemain kembang customer sebab pertanyaan dilayan mesra gitew.


Jangan tunggu customer.  Pegi carik customer.  Ni aku tengok ramai jenis tunggu je customer cari dia.. Pastu merungut.. takde orang nak beli.. produk tak jalan.. Meniaga ni korang kene agresif tak leh lemauuuu dudukkkk je.. Dah lah lemau, pastu merungut takde customer, sales kurang.. Dah tu acaner? Salah siapa?


So itu jelah tips sikit-sikit dari Kak Pilla.. Tulis ni pun dah letih je rasa hahahahahah.

Harap perkongsian pengalaman dari Kak Pilla ada yang boleh diterima pakai ya.. 

Bye.





Love, 
Filla.

8 comments:

Dilla Delaila said...

thankyou kak pilla share tips ni. i like :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak suka part jgn memburukkan produk org lain krn nak naikkan produk sndiri. Tu dipanggil propaganda perniagaan.. dlm bisnes bsr pun byk jadi mcm ni

Shima Shaari said...

Assalammualaikum filla, boleh saya pos hair parfume utk filla? Nnti filla tlg bg testimoni in ur blog.

Nisa said...

Klau bisnes je teruss kena sis..sis..sisss....
Hehe

Kak Vit said...

tq kak pilla for the nice tips.. sangat memberi motivasi 😘😘😘

Tips berpuasa untuk keluarga

Suzaini Ismail said...

Terima kasih kak pilla. So inspired..Nak buang jap hati jelly..nak install hati cekal.

Unknown said...

Thank you so much filla...very motivating tips, baca pun santai jer...keep up ye bagi tips2 lain pulak nanti, suka baca...

dalila said...

woww..great tips..tq sis..