Monday, May 23, 2016

Ncha and ABC.

Lama tak cerita pasal anak-anak..

Hari ni kita cerita pasal budak Aleesya ni pulak lah.. Orang kata anak no 3 ni perangai dia cemana yeh?  Aleesya ni independent macam Amaani jugak, maybe sebab dia last, selalu tengok kakak-kakak buat sendiri so dia pun rasa dia macam orang besar jugak.. 

Kalau dia tengah pakai baju atau seluar, jangan pakaikan dia.. walaupun 30 minit dia gigih nak pakai baju tapi tetap terbalik.. sila jangan tolong.. Pandang pun tak boleh!! nanti dia pandang kita "Jangan tengok Nchaaaaa!!!!"  ek eleh, tengok pun tak boleh?

Macam aku selalu cerita, Aleesya ni lebih ke Pak Radie sikit.. Nak kata kesayangan tu taklah.. tapi sebab dia paling kecik, Pak Radie suka buli dia.. tapi dia tetap pilih Pak Radie walaupun selalu dibuli.. Aku ni tak boleh kalau budak menjerit menangis memekak, ai cepat stress.  Yelah, budak tu elok je duduk dia gi kacau sampai budak tu melalak-lalak.. Eh bising.  Tapi kecik ni pulak menangis mengada buat-buat je.. pastu lompat atas apak dia.. seronok betul bergusti.. 

Aleesya dah 3 tahun.  Dia ni paling suka gadget.. Dari kecik tangan dia laju je bukak macam-macam.. aku pun pelik budak ni.. Kasih dia kurang sikit gadget-gadget nie.. Tapi bila kita bukakkan you tube cerita omputeh ke apa.. dia tak nak.. Eh cemana nak pandai??? 

So aku ni dah risau sebab Aleesya ni dia tak suka orang ajar dia.. Nanti muka dia masam pastu jeling dari tepi terus jalan pegi tempat lain.. Eh???? Orang nak ajarrrrr bagi pandai.. Bebalik ayat dia "mama ni!!!" Ni sudah lebih.. Aku dah risau so haritu gi MPH belikan dia flash cards ABC.. At least kitorang boleh ajar dia kat rumah.. kenal A-Z.. 


So balik rumah malam tu aku orang paling excited sekali... Come Aleesya kita baca ABC..  Dia pun excited lompat atas katil.. Pastu aku amik flash card pertama.. Aku tanya ni apa?

"A"

Wow very good!!!!!! Pastu next aku tunjuk huruf B.. "Ni apa?"

Dia diam jeling hujung mata je tengok aku.. "Ni apa Cha?".. 

Diam lagi.

Then aku pun cakap "B"

Pastu dia menjawab "Mama jangan cakap"

Jangan cakap???? Hello????? 

Pastu aku amik hati dia lagi.. Ok Icha jom kita baca sama-sama.. 

"A"
"B"

Krik krik krikkkkk.... muka dia masam.. "Ncha cakap jangan ikut.  Mama tak payah"

Eh????? Dah kau tak reti, aku nak ajar pon tak boleh?



Huwaaaa i cannot.. Dia amik semua flash cards dia, pastu dia simpan.  Aku ketap bibir pandang Pak Radie.. 

"Awak ajar dia sampai dapat, dia suka awak kan?"

Eh anak-anak ni memacam ragam.. urut dada mak kau.  Tapi now Aleesya dah ok.. Aku ajar, Pak Radie ajar.. bagi kata-kata pujian.. kemain suka dia.. Eh rasa nak siku je.. kalau dia tak reti, aku buat-buat bisik.. pastu dia bajet dia terror lah.. dia sebut betul je.. aku punya tepuk tangan bergegar rumah. 

"Wowwwwww!!! very good!!! Clever girl!!!!!"

Merah padam muka dia.. bercahaya mata dia.. kahkahkah.. pantang dibodek.. Kasih dah nak muntah dah kat sebelah.. siap mata pusing-pusing naik atas tengok Aleesya hahahahahaha...  

Rasanya kalau korang ada menghadapi masalah yang sama macam Kak Pilla dan Aleesya.. boleh cuba cara pujuk dan puji.. bukan pujian biasa, tapi pujian luar biasa.. dia punya terkejut kalau anak boleh jawab tu.. korang kene buat over gila.. lakonan biar mantap.. hahahahhah.. 

Tapi flash card memang bagus sangat.. Kalau korang tak nak beli, boleh buat sendiri jugak.. sebab beli boleh tahan mahal dia.. haritu beli yang ABC dekat RM50.. Tapi lawa lah siap ada box keras boleh simpan :)

Ok itu sahaja cerita hari ini.

Jumpa lagi.




Love, 
Filla.

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

garang Ncha ni.. akutttttt auntie

NUNU EERA said...

akk.. dayyan yg 3 thun ni pun youtube 24/7 ni.. bka buku mmg die tutup blik.
flashcard je xpnh bli lgi sbb die tkut koyak nnti.. huhu..
kalo tgk apak die mmg leh kot gna puji mmuji pny tips tu.. haha

Anonymous said...

kak filla, no 3 is api...so mostly diaorang ni garang sikit. no 1 - tanah, 2nd - air, 4th - angin...tu je yang i tau :)

Aida Najwa Abdul Ghani said...

Cara kak pilla ajar tu betul dah kak.. boleh jadi cikgu...

ni salah satu prinsip yang cikgu-cikgu kena guna sewaktu pnp... prinsip behaviorism...prinsip ni paling sesuai kita guna untuk anak/pelajar bawah 10 tahun... prinsip ni gunakan cara dengan memberi ganjaran kepada mereka tak kiralah ganjaran dari segi puji2an ataupun benda.. macam kalau kat tadika sape betul semua dapat sticker bintang, teacher tulis good, dapat hadiah... itu semua prinsip behaviorism.

[lap peluh...cewahhh komen mcm dan jadi cikgu =P]

Anonymous said...

saya pon excited beli flashcard untuk anak.. anak 1y2m.. main sekejap je pastu kad nye masok mulut.. uwaaaaaaaaaaa

-thia-