Friday, April 29, 2016

HANG OUT.

Wow Kak Pilla update blog lagi muahahahah..

Tak pasti tahap kerajinan ni boleh bertahan ke tak ;)

Lunch dengan sahabat lama kat Putrajaya.. Diorang tanya aku kat mana nak lunch? Saiko sangat ni lunch terkejar-kejar.. tapi tak kira, kena jugak jumpa sebab dah bertahun aku tak jumpa Fara ni..

Orang diet memang kena makan portion macam tu.. carbonara tu untuk i yang tengah diet kahkahkahh

Pastu brownies yang memula tu dah habis.. pastu muka aku tekulat-kulat pandang moon.. Moon, kita order cake lagi yeh? tapi janji share ramai-ramai.. kita gemok bersama..

Fara ni kawan lama aku masa zaman anak kecik.. berapa lama aku kenal Moon, macam tulah jugak lamanya aku kenal Fara.. Fara dok Kuantan, tapi bila ada short course kat Putrajaya kitorang akan jumpa.. Dulu masa aku duduk kat Putrajaya, Fara lepak tido rumah aku jugak.. 

Fara kalau duduk rumah Moon, rumah Ila dia relaks je masak.. duduk umah aku dia jadi kekok hahaha.. dia cakap ingat lagi masa tu dia siang sayur bayam.. pastu aku sound "kenapa ko potong bayam pakai pisau? aku pakai tangan".. muahahah terus Fara down.. hahahahah.. diorang cakap Pilla garang manja hahaha.. 

Moon jenis rajin layan aku.. kadang kalau rasa lama sangat tak jumpa.. terus whatsapp ajak makan hari jumaat ;)

Semoga persahabatan ini kekal selamanya.. Nanti kalau turun Putrajaya lagi calling-calling ok? I gi amik you muhahahaha.. 

______________________________________________



Bersambung ke kisah lain pulak heheheh.. 

Talent Meeting with Talent Manager from NN... At least setahun sekali kena jumpa sebab nak revise balik tahap kecemerlangan sepanjang tahun hahahahahah.. Alhamdulilah sepanjang 2015 dah lepas target ;)

So mana ada kelemahan kita cuba improve lagi.. 

OOTD.  Kagum dengan orang yang boleh buat OOTD selamba dan gambar nampak cantik dan tak over.. Aku pemalas.  dan rasa kelakar nak berdiri sorang-sorang orang lalu lalang tengok.. no i kenot. hahahha

Ok meeting kali ni banyak kali postpone sebab dua-dua pihak pon very the busy.. Nasib baik akhirnya jumpa jugak..


Manager kitew pemalu.. Nama dia YY.. 

Kebetulan YY pun manager Elly jugak.. Lagi senang hahahaha.. boleh lah meeting sekali..  Kak Pilla dah bertukar manager banyak kali.. YY ni yang ke 5 hahahahha.. bukan sebab tak larat jaga Kak Pilla, tapi sebab diorang selalu rotate task and kadang ada yang berhenti kerja.. so i redho siapa pun nak jaga silalah jaga.. hahahaha

Alhamdulilah semuanya dipermudahkan dan bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepadaku.  

Bertemu lagi di next entry ye..

Tata Titi Tutu.



Love, 
Filla.

1 comment:

Mama Naaila said...

kak pilla....

dekat mane beli shawl gold tu? satin kan tu? :)