Sorry lama tak blog :(
Mood takde dan busy sikit last week sebab Atok Braim tak sihat.. Now dah ok tapi kadang on off jugak.. Kejap demam kejap tak.. Dah dua kali Atok masuk air (drip) sekali kat Hospital Putrajaya and sekali lagi kat klinik KLIA.
Ni 2nd time kat Klinik KLIA hari Selasa lepas.. Atok jadi lembik dan tak de tenaga.. Tak tau punca apa, maybe letih balik dari Korea.. Tapi balik dari Korea hari khamis.. Hari sabtu ok je sihat gi wedding semua.. balik dari tu dia ada makan honey dew dalam fridge yang Wan potong-potong.. lepas tu dia kata perot dia sebu... start dari tu lah Atok sakit..
Atok memang ada kencing manis dengan darah tinggi.. Tapi bila check ok je.. cuma Atok start muntah-muntah dan tak nak makan.. dia cakap tekak tak leh masuk makanan.. tak selera, nak muntah, lemah dan tekak pahit.
Dari hari Selasa Kak Pilla datang kejap, pastu Rabu amik cuti duk sana.. Start dari Khamis kitorang stay sana sampailah hari Ahad.
Masa ni ajak Atok duduk luar amik angin kejap.. Asyik tebaring je dalam bilik.. jom amik angin luar sikit bagi segar.. Bancuhkan susu Auntie Rabitah belikan haritu.. habis dia paksa minum 1 mug.. tapi macam nak termuntah huhu.. Pastu kelakar masa snap gambar ni Atok tanya nak buat apa.. Eishhh pegang je lah nak snap ni hahahahah..
Aku ada kat sebelah tapi crop lah hahah gambar tak pakai tudung acaner pulak.. Ni muka kena paksa minum susu.. Tunjuk balik gambar ni dia cakap "Eish teruknya.. kurus" Tapi bila tengok gambar ni muka kitorang sama sangat ;)
Bila Atok tak ok masa memula haritu.. kejap-kejap Atok nak solat.. Baru zohor.. baring jap tetiba susah payah nak duduk tegak.. "Nak gi mana pulak?" "Nak solat".. "Solat apa? tadikan dah solat?".. "Nak Asar".. Huwaaaaa Asar lambat lagi.. masa tu baru pukul 2 petang.. Kang suruh dia tenang... nanti dia baring.. pastu 15 minit bangun lagi nak solat.. Dia cakap solat awal, senang apa-apa kita takde hutang... lega hati dia kata.. Ai is sad.
Pastu ada masa Atok jadi lupa.. Atok kata solat subuh baca 1 surah.. Padahal Atok bukan tak tau, tapi dia tak ingat.. Sibuk lah Atok gagahkan diri cari buku panduan solat.. Huwaaaaaaaa nak nangis :(
Tapi agaknya dia terlalu lemah sampai jadi ingat-ngat lupa dan lemah.. Tak nak makan.. Ada sekali tu malam aku belikan bubur McD.. suapkan makan bubur tu.. Anjer angat ni.. Habissss!!! Pastu tanya "Ayah nak lagi?" Slow je angguk "Nak"
Eh aku ni cepat nangis.. tapi suka buat-buat garang.. Sebab kita ni anak.. bila tengok Ayah dah tua, jalan slow-slow je pakai tongkat, rasa macam tak percaya je.. Dulu Ayah muda-muda dia paling gagah.. wakil main takraw.. badan fit gila.. Hari-hari jogging 12km.. kalau tak bersukan nanti dia sakit.. Tapi tu duluuuuuu...
Dan Atok ni pembersih gila dan tak boleh tengok habuk, tak boleh tengok rambut kat lantai.. tak leh tengok toilet kotor.. Dia sakit pun dia nak buat jugak..
Wan hantar gambar ni masa aku kat rumah haritu.. Dia nampak ada sawang kat ceiling rumah.. pastu terjatuh telentang atas katil.. Grrrrrrr suka lawan cakap orang.. Dah pesan lapanploh kali jangan buat kerja rumah!!!!! Tuggu sihat dulu...
Gambar sebelum gambar ni muka masam.. Tapi paksa dia.. SENYUMMMM!!!! Terus dia kasi seyum sikit heheheh
Minum kat luar.. Masa ni sihat sikit..
Pastu kitorang mulakan operasi tebas pokok bunga Atok.. Bagi terang sikit nak lepak kat gazebo tu.. Mesti dia telan ailio je kat dalam.. habis diorang kerjakan pokok aku hahahahah..
Ni lauk tengahari sebelum kitorang balik petang ahad tu.. Ada banyak lagi cerita sedih tapi tak nak cerita :(
Atok dengan Wan tu selalu je bertekak manja.. Tapi Atok tu sayang kat Wan.. Wan pun sayang kat Atok.. memang terbaik Wan jaga Atok masa Atok sakit.. Semua tu aku pandang je.. Kalau aku tua nanti Pak Radie jaga tak aku ni? hehehe.. dan InshaAllah aku akan jaga Pak Radie kalau dia sakit.. Nama pun suami isteri.. siapa tak sayang?
Sebelum balik aku peluk Ayah.. pegang muka dia yang dah susut tu.. cium pipi kiri kanan.. sayang sangat ni...
"Ingat tak apa Ayang pesan?"
"Ingat"
"Apa dia?"
"Jangan buat kerja rumah, jangan sapu, jangan cuci toilet"
"Yes bagus, jangan buat semua tu, kang jatuh siapa susah?"
"Ye, tau, tak buat"
Pastu aku balik dulu sebab aku drive.. Pak Radie balik lambat sikit sebab dia naik motor.. Sampai je rumah Pak Radie ngadu..
"Awak balik je tadi, Ayah menyapu kat laman"
Huwaaaaaaaaaaaa apa nak buat dengan Atok ni????
Terus call Wan.
"Ayah menyapu ke tadi? Napa degil tak nak dengar orang pesan?"
"Degil macam siapa?"
Ok bye.
*terima kasih semua yang concern pasal kesihatan Atok Braim.. InshaAllah semoga atok akan sihat macam biasa ;)
Love,
Filla.
37 comments:
Akak cepat sedih bila tengok orang tua sakit.
semoga Tok Braim cepat sembuh. Mungkin dia jarang sakit.. tu yg tak boleh duduk diam. Selalu orang macam ni, makin dia berehat dia rasa makin sakit dan makin tak sihat.
semoga atok brahim cepat cepat sembuh
huwaaaa nangis baca entry ni... teringat kat Arwah Abah camtu laa.. langsung tak reti duduk diam.. balik kerja kang sapu lantai, trim pokok bunga mak sampai mak bising, basuh kereta.. sampai laa bila dia tak sihat pon camtu jugak.. sedih tengok dia yang sihat, badan besar, perut boroi tapi bila sakit, kurus kering.. pernah masa dia berjalan dari dalam bilik nak pergi makan kat dapur, tengok badan di kurus sampai semua tulang nampak, kita menangis sebab macam tak sangka Abah yang sebesar2 orang sakit sampai tinggal kulit dengan tulang jek.. Filla jaga Ayah leklok yaa.. kta dah tak berpeluang nak jaga Abah kta dah.. tengok Ayah Filla mmg rindu sesangat ngan Abah.. huhuhu
trus teringat kt abah...huwaaaaaaa
semoga atuk braim cpt sembuh..
Salam kak filla. sebaknya saya baca, degil nya buatkan sy teringat dkt arwah bapa mertua.. saya doakan semoga atok Braim cepat sembuh ye.
semoga ayah akak sihat seperti sediakala..
amin
terus sebak.. ayah kite pun da 73.. kerap jgk dah warded.. mslh jantung..
didoakan org2 kesayangan kite dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg lebih baik.. amin..
termenitik pulak airmata lepas baca ni
hari tuh aku dengar nko citer pun aku sedey hokey ....moga atuk Braim cepat sembuh n ley jalan jalan lepak ngan Uwan
kuruihnya amani :O
kak filla sedihnyeeee. takleh bila baca bab2 ayah ni. ayah saya pun degil gak, bila tengok diorang dah beruban, badan dah susut rasa sebak dan sedih sangat :"(((((
Selama ni baca je filla punya entry..tapi hari ni rasa nk komen.akk pun ayh ngan mak tak sht sekrng..tapi jauh di kpg.ajak tinggal ngan anak2 sekejap je ayh mak nak tinggal ngan anak2.sedih sngt tak dapat jaga mak ayh sepenuh masa..kita lak ada keluarga yg nak dijaga.beruntung filla sbb tinggal dekat ngan mak ayh ..semoga Allah pelihara mak ngan ayh kita semua..Aamiin
Salam fillanie. .peritoneal losing jgn teruk minum susu. Lagi banyak acid.beri Akan somtg sekeping biskut at least.
Pleaee give atuk codliver oil omega three and 6. Also min yak kelapa dara capsule.
Help with the loss of memory..give code liver oil n omega 3.6.9 1000 microgram 3-4 daily.
Also elok for heart.
Tell wan to keep an eye to atuk medication. Takut dia in the spiral mode of dimentia
So he wld eat more medication when he has eaten it.
But give olive oil.. omega 3,6, 9 min 3 to 4 capsules daily of 1000mg. He needed it.
https://youtu.be/Dfux-5Z4COo
Filla look on you tube Interview on coconut for alzheimer dementia
Filla it's not the matter of semua but a matter of delaying it. So get the coconut oil and omega 369 tu ok.make sure he takes it daily.
N
Sorry to hear that.
Cuba ambil maid part time yg masuk kerja few hours a day. maybe atok akan stop buat kerja bila ada maid
Semoga atok cepat sihat dan boleh jejalan Happy sesama akak dan family. InsyaAllah Allahumayasirwalatuasir.
sedihnya baca
tp mmg realiti kak.
my dad pon skrg dah ciri2 mcm ni.
moga our parents dalam lindungan ALLAH sentiasa..amin
Sambil baca berjujuran airmata ni.teringat kat ayah kite.semoga ayah filla kembali sihat.
make me cry...get well soon tok berahim..
teringat abah kt kampung..
Filla, Salam
now pakai computer can type better than touch phone.
Camnilah.. since you are using internet, gunakanlah sebaik baiknya untuk buat research pasal Alzheimer - dementia ni. Ni scientific word la ... senile dementia adalan nama penuh.
Hilang ingatan adalah salah satunya. Bila ini terjadi dia akan keliru dan boleh makan ubat berkali kali. Tu yang ada kes yg kena rushed to emergency sebab drug overdose.
sO NI yang wan kena monitor. Belikan bekas kecik with dates. Jangan 7 days but satu bekas individu for one day.
sebab nanti dia keliru.
sO each day keluar satu bekas untuk ubat. different colour untuk pagi petang dan malam. but jangan keluar semua.. only for each time.
Lagi satu jangan biarkan dia berjalan jalan seorang.. tu yang hilang dan merayau...
bagus letak dalam wallet dia dan jam tangan dia engrave alamat dan incase of emergency. contact details.
Since he has heart problem and diabetic - beli hand bracelet for that.
http://universalmedicalid.co.uk/?utm_source=msn&utm_medium=cpc&utm_campaign=umid+-+uk&utm_content=diabetes-bracelet&utm_term=%2Bdiabetes%20%2Bbracelet&utm_creative=b
Bagusnya ditulis stage apa diabetic nya dan masalah jantungnya. Title on the bracelet tu interactive medical report- eg:
MEDIC ALERT: Diabetic class2.Heart patient. Allergic to sulphat, nsaids.
Then Belah dalam engrave next of kin telephone number wan, u and bro.
IN case of emergency please contact:
pila-
a...-
.....-
Lepas tu make sure dia pakai bracelet.
Pakai silver aja beli kat kedai ... lepas tu engrave ..
Jangan beri dia drive lagi ya takut tengah drive dia hilang ingatan tiba tiba..
kemudian panic attack.
Please buy him pil kelapa dara.. suruh dia makan morning and night.
Minyak ikan capsule, omega oil.
Wan pun suruh makan juga dan on top of that wan makan evening primrose oil.sbb menopause need those.
Elakkan makan makan offal ie: internal organ haiwan, galakkan makan ikan dan sayuran.
perut kosong jangan minum susu terus. Kalau nak campurkan sedikit nestum atau oats. dan beri biskut cream crackers sekeping dua.
Bagus bila tak de selerea buat bubur nasi..campurkan daun flat leave parsley, daun bawang, dan lai lain sumber protein berisi ikan, sayur, ayam yang dicincang halus.
Mereka selalunya confuse dan panic. So dia akan lupa makan dan minum sebab susah hati dan lupa minum.
So wan kena la ajak dia minum air suam air the kosong the hijau elok untuk dia banyak anti oxidant.
OH PLEASE GET YOUR MOM AND DAD EPHYRA. BUKAN UNTUK mencantikkan but untuk dia punya connective tissue. please.
mcm tulis smalam, please get the cod liver oil, daily intake of Omega-3 and Omega-6 fatty acids. These essential fatty acids play a vital role in almost every part of our bodies, including the brain.Kalau boleh ambil 6 biji of 1000mg(microgramme ye adaa pagi pagi.
MINYAK KELAPA DARA - CAPSULE.
So benda ni dapat dilengahkan.
NEXT
pILA, SALAM,
bELI KAN JUICER UTK WAN. SO PAGI beri atuk 2-3 stalk celery and carrot sebatang juice and green leaf juice segelas.. It help with antioxidant issue. So help the cells esp in the brain replaced.
So bila buat juice tu letak air sejuk or ice cube dua tiga ketul so rasa tak kuat di tekak dan lidah. minum immediately. Jangan lama..
Buat benda benda ni supaya dia tak cepat sangat... sebab bila dah teruk dia lupa siang dan malam. benda yang basic.
Pilla, sambung,
sebab cuaca panas, suruh wan beri air agak agak lah at least through out the day air tu dalam total dalam 2.2 litre a day.
sikit sikit la dalam sejam dua beri segelas air suam or room temp.
kalau hari biasa 1.9- 2 litre..
Kena beli beras tak berkanji campur sedikit sedikit dengan beras biasa... bila dah tekak dah boleh terima tu ok boleh makan beras tanpa kanji.
Also let him do thinks as normal as he can. ie kalau menyapu tu tak pe. once a day for an hour is ok.
Someone walk with him for daily walk at least an hour in the morning and in the late afternoon, with that oxygen circulation is better and the blood and cell in the brain have blood flow. This will cheer his mood and apetite.
Morning sun pukul 7 am tu elok, vitamin D, so help la
Remember he is now in god's care.semua nya adalah turutan tuhan. So kena lah kita yang ada beri sebaik mungkin bantuan.
So wan kalau jalan jalan dengan atuk pagi pagi dan petang adalah satu langkah yang baik.Bila oxygen flow ada it will help his situation better.
Hopefully all the above steps helps towards delaying his conditions. If ignored, he will deteriorate very fast and boleh lupa nak membaca macam mana. also kalau dia buat tugas rumah biarkan tapi monitor.. jangan cedera.. meaning otak dia dah set nak sesuatu. buat kerja rumah siram pokok sapu lantai adalah terapi actually cuma monitor jangan lepa.
Minyak ikan, omega 6, 9 tu untuk fatty acid chain to link with the brain cell. So the brain can retain better memory and get more electric signal thru. Hence not as what he is suffering now.
So do get this ok. ask your abang to buy some vitamin for your dad. https://www.amazon.co.uk/product-reviews/B0013G6IGA/ref=pd_sim_sbs_121_cr_2?ie=UTF8&refRID=JP85WFB4FXS5Q17TDH1R
or can take equazen biasa tu.. but daily take 7. Helps. I can swore to that..
n
kak pilla, check takut denggi, mulut pahit, nk muntah, lupa2 semua tu mcm simptom denggi. get well soon ayah kak pilla
kak.. berkaca2 mata baca entry ni.. kenape sedih sgt.. teringat ayah sendri
salam Pilla,
at this stage selera makan memang teruk for some. Since they are not moving and using their energy the apetite can be quite low.
Please ajak wan bawa atuk exercise pagi lepas subuh. lepas tu pergi la minum mana mana kedai.
Kadang kala pertukaran tempat ni helps. Macam kita budak budak.. makan kat rumah tak sentuh bila piknik atau ramai orang kita berselera. Sebab kita tak focus pada makanan sangat with all happening around us.
Also sebelah petang pukul 5 suruh wan ajak la atuk pergi jalan jalan exercise.. kalau rajin ajak la wan bawa atuk pergi rumah awak ... bawak atuk an cucu nya pergi jalan kat taman and main main..
kalau tinggal dekat la..
early morning sun lepas subuh helps with vit d which encourage apetite and kemurungan.. bila murung means more risau... risau yang tak menentu.
Pukul 10- 11 am tu dah high in ultra violet dan panas giler.
Kalau dia dapat exercise tiap hari macam ni, insyaallah it helps with his apetite. Jalan perlahan lahan.. tak yah lari. jalan penat duduk 5- 10 minutes sambung balik. mula mula seround keliling padang permainan .. lepas tu cari la mana mana tempat riadah.
buat seround dua.
Since Atuk is diabetic, makan la sedikit alas perut.. lepas tu boleh pergi exercise. Masa pergi jalan jalan riadah tu bawa bekal air minum sebotol. Pisang sebiji.. just incase he is low in his sugar.
Kemudian boleh pergi minum for pukul 10 am teh.
Kalau boleh bawa atuk swimming lagi elok.
Insyallah kalau hari hari dia ada activity structured like these, he will be alright.
Kerja rumah chores its a routine and its a good routine. Cuma kena wan monitor.
Next
..
Salam Pilla, selalunya bila dah bersara, otak kita kurang active, dan pergerakkan kita kurang. Semangat pun dah rendah serta Hormones juga takde.
Menopause bukan berlaku pada perempuan juga pada lelaki men o pause.
Anyway otak kita bila makin tua makin mengecil macam kita baru di lahirkan.
So bila kurang activity to stimulating the brain maka ianya makin la mengecut. So kurang electric stimulating the brain and pass by neurotransmitter.Nerve pun tidur.
Bila kita tak exercise buat riadah muscle kita akan dipenuhi lemak untuk orang gemuk atau dystrophy untuk orang yang kurus. a disorder in which an organ or tissue of the body wastes away. See also muscular dystrophy.
So anggota badan jadi lemah dan waste away lama kelamaan tak boleh jalan.
Bila bersenam ie simple jalan jalan di waktu pagi it helps the reproduction of cells in the body and brain since there are plentiful of oxygen flow in the whole body. our bodies need natural sunlight to synthesize adequate amounts of vitamin D in order to keep our bones strong and healthy, as well as support the immune system.
Morning sun only yea high for vitamin d.
Deficiency or insufficiency of natural sunlight and vitamin D has been associated with the following conditions:
* adrenal insufficiency
* Alzheimer's
* allergies
* autoimmune disorders including multiple sclerosis and rheumatoid arthritis
* cancers of the colon, breast, skin and prostate
* depression, seasonal affective disorder (SAD)
* diabetes, Type 1 and 2
* gluten intolerance, lectin intolerance
* heart disease, hypertension, Syndrome
Parkinson's
Learn more: http://www.naturalnews.com/022889_Vitamin_D_sunlight_supplement.html#ixzz46MThqohE
Bapa angkat saya asyik takde selera sebelum kena totally bed ridden kena stroke.
sebelum masalah ni dia dah mula buat perangai. tidur lewat malam sampai dinihari. Kemudian tidur sampai tengahri.. mana ada exercise. Lepas time makan fussy takde selera. etc.. ikut suka dia ja..
lepas tu makan ubat berkali kali... lama kelamaan body pun suffered.
Lepas tu buat perangai keanak anakkan. toy cucu dia buat main. Lepas perangai jadi anak anak. masa kecik dia manja dgn parent dan nenek dia, jadi dia buat perangai macam dia budak kecik.
towards the end dia tak nak sembahyang... ,masa kecik liat... sampai muda.. so masa dah jadi ke anak anakkan dia mula tabiat lama. So seblum kena stroke etch bed ridden dia buat tak tahu je waktu sembahyang.
So its a life cycle.
any bersabar dgn ayah awak. Set a routine structure.. ok.
Semoga awak semua di rahmati Allah swt.
kak filla saya perasan kat bloglist kak filla sebelah kanan tu mcm ada website yg 'aneh'. cuba kak filla cek. taktau la kalau saya sorang je nampak. takyah publish comment ni. saya cuma nak tegur pasal blog pelik tu je.
moga moga ayah kak filla sihat sentiasa ya. amiin.
Pill one more thing bawa ayah pergi medical check up..thorough incl neuro surgeon. Buat test. U all must be around. Kalau boleh buat brain scan. Incase ada apa 2 ke ..anytg is possible. Bawa Le ..private medical.
semoga atok brahim cepat sembuh..aminn
Pilla,
please bawa atuk ke pakar specialist at private hospital. To have him checked thoroughly everything. Please mentioned the episodes that has happened from the past.
Explain everything. Also have him tested on his motor neuron function and some other tests that needed.
From there they can deduce what stage or conditions that he is suffering now.
Minta tolong your abang to bawakan la...Since you all mampu.
Sebab yr dad only 70s. So he wasn't that old. But at the rate he is deteriorate is not acceptable.
Something to be done to verify and then to find ways to delay it.
Sorry my message is not that what you would have expected but you know you would have the alternative for now.
With all modern scientific sciences we can delay and reduce the suffering.
regards
uwaaaaa sedih...mcm abah sy....thn lps puasa jatuh terus xbleh bgn..akhirnya disahkan parkinson....skrg xbleh drive..alhamdulillah bleh jln...
mcm tula sy rs mcm filla rs...sblem ni tgk abah kuat ggah bila sakit sy rs sedihhhhhh sgt....tgk dia layu kurus xterdaya....umur abah sy dh 75..mgkin Allah kata dh tiba masa, anak2 plak jaga dia....
smg mak abah kita diberikab kesihatan yg sgy baij
Filla vitamin d ada pills version. But you can't beat the benefit from the morning sun and the exercise from walking in the morning. The exercise will burn the energy and made him hungry and thirsty..
Also blood circulate and flush all toxic and cell replace and regenerate
So if walk in the morning lepas fajar..He will use every inch of his muscle. Pakai la tong kat. .jln slow slow
..but must be accompanied by someone ok.
Semoga atok beraim bertambah sihat.
Boleh link tak blog saya
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
semoga sembuh dan sentiasa sihat2
Semoga Atok Braim kembali sihat walafiat..
Post a Comment