Wednesday, April 27, 2016

SHOPPING.

Rasanya lama sangat tak shopping untuk diri sendiri.. Maksud shopping untuk diri sendiri tu, shopping dalam keadaan aman, tak kelam kabut dan bukan sehelai macam tu hahahaha.. So tetiba plan dengan Elly and Peej sesama.. Sebab kitorang bertiga dah lama gila tak keluar sama dalam keadaan tenang yang tak rushing.. Nak breakfast aman-aman.. tak perlu makan gelojoh sebab takut tak sempat kerja banyak.. best nyeee ;)

Lagipun selalunya aku akan letak perbelanjaan untuk diri aku paling last sekali.. selalunya utamakan anak-anak, keluarga.. untuk diri sendiri je terus rasa macam pembaziran dan tak tau nak beli apa.. So kali ni dah set nak beli barang makeup yang dah 'haus' hahah.. lipstick dah tak beli sebab i pakai Fame Matte Lip Cream sahaja.. hahahaha.. Baru aku perasan aku ada satu sifat setia yang melampau.. kalau aku dah berkenaan aku takkan let go.. nak tukar kepada benda baru aku rasa guilty dan tak boleh terima hahaha.. Ada kot yang maybe kata aku ni teruja dengan produk sndiri.. Eh, ai tak kisah hahaha.. katalah apa saja.. Aku memang pakai Ellfie and pakai Fame.  Sekian terima kasih.

Wow macam kat London kahkahkah..

Pagi tu kitorang ke Pavi nak breakfast dulu baru kita serang kat dalam ;)

Lakonan hahahah

Big Breakfast.. Memang konyang.

Dik Peej.

Haritulah masa jumpa sebab kerja.. tetiba rasa macam lamaaaaaanya tak shopping.. lamanya tak makan sambil lepak.. selalu kitorang kelam kabut.. jenis ok lepas makan sambung kerja.. Rasa rindu pulak nak rehat, nak jalani hidup normal yang tak terkejar-kejar hahaha..saiko sangat ni..

Ok, Elly sila dengar sini.. Mascara ni very good, u should buy.. Ok buy buy buy.. semua orang amik mascara.. Pastu lagi sekali, Elly blusher ni very good, very nice.. i buy.. ok ok ok i want also, take 3.. hahaha keluar masa ni rasa happy and kelakar je..

Nah beria-ia try mascara hehehe

Kak Elly.

Masuk Zara pulak.

Diorang kata baju ni lawa.. Noooooo i cannot.. dia macam labuh sampai lutut.. tapi serabut kepala otak tengok corak dia.. aku prefer plain je.. 

Teman Peej kat Flow.. Very good habis dia borong :)

Sebab Peej pun jenis jarang sempat nak gi shopping.. so kali ni senang sebab semua perempuan.. kalau gi dengan laki nanti dia bosan.. kita pun jadi takde mood nak beli..


I temankan u.. pilih sila pilih.. 

Dah settle Peej kitorang gi tengok lingerie pulak.. ok ni lawak.. tapi citer ong pompuan tak leh citer kat blog hahaha

Diorang nak tengok fitflop pulak.. Cantik and comfy tapi harga tak agak-agak.. sepasang RM400.. Tapi memang tahan dan selesa.. untuk kaki takpe.. kena cari yang betul-betul selesa.. Haku dah terkeruk-keruk hahahahha

Cepat! nak ke tak? Come on sis.. 

Last ke MNG.. Peej dah penat.. sila jaga barang.. Shopping dengan Elly and Peej senang sebab dia jenis laju.. dia cepat je jumpa apa dia berkenan.. Kak Pilla jenis slow sikit.. fikir berkali-kali.. takut kalau setakat suka gitu-gitu nanti memang takkan pakai.. kena yang betul-betul berkenan di jiwa baru akan beli.. pastu stress bila orang dah dapat byk baju aku baru 2 lai.. Stressssssssssssssss!!! Tapi lagi stress sebab Elly pandai menghasut aku and Peej.. Pitam kalau dia dah ayat lawa lawa lawaaaaaaa.. beli beli beliiiiii.. 

Ok last sekali kita makan dulu sebelum balik.. Walaupun cuba gunakan masa untuk shopping dan tak nak ada gangguan, tapi still whatsapp agent Ellfie and Fame taklah dibiarkan.. email-email pon kena reply.. so tang mananya yang betul-betul spend quality time hahahaha..

Tapi takpe, rasa gembira je dapat makan dan shopping walaupun sekejap..

Tata, jumpa lagi di lain entry..




Love, 
Filla.

7 comments:

ZaridaIshak said...

Bestnye dapat shopping... sambil makan-makan lepak-lepak... rindu masa tu :D

Pengedar Shaklee Klang said...

best!!! shopping memang best. masa muda remaja dulu pergi pagi malam baru sampai rumah, shopping punya pasal. hiii rindunya nak ke zaman remaja..

sweet lolipop said...

kak pilaaa..awat ada blog lucah kat sidebar tu? serammmmmmmmm

Anonymous said...

kak pilla.. handbaf oren tu jenama apa... hehe cantik...

Myalycia said...

betul kak pila, bila dah jadi mak2 ni perbelanjaan utk diri sndiri tu item paling last.. kadang2 celak dah tinggal 1 inci jer pun tak dapat nak beli kan hehe.. lama tak buat mcm ni shoping time ;)

Unknown said...

betsnyaaa shoppingg dengan member2. lama tak shopping niii hehe

Unknown said...

Kak filla, nak tnya baju n shawl beli kat mana? cantikkkk