Lupa pulak nak cerita masa kitorang ada exhibition Ellfie kat JB haritu..
So harini Kak Pilla nak payung you all dengan gambar makanan sahaja.. Tolong jangan jilat screen ya, tak senonoh sangat tu.
Hari pertama sampai tu kitorang gerak from KL dalam kul 4.00 pagi.. Pak Radie drive macam pelesit ke apa aku tak pasti.. Kul 7.00 pagi kot dah sampai.. siap rehat jap subuh kat RnR.. Aku rasa boleh tahan laju dia bawak.
Sampai je pagi muka memasing sememeh gila.. so mari touch up sikit dalam kereta sebelum Pak Radie park tepi jalan betul-betul kat building kitorang punya exhibition tu.
Sedap walaupun makan di tepi jalan je.. Tengah menikmati breakfast tetiba bunyi bedentum.. Aku tekejut, semua pun terkejut.. Lori langgar kereta yang parking tepi jalan.. Kereta aku kot!!!!! OMG..
Pak Radie terus melompat capai kunci kereta lari masuk kereta, Ben pun melompat masuk kereta.. Tinggal aku dengan Peej terkebil-kebil.. Makcik kedai ni pun leh tahan gangsternya.. Dia jerit "Kejarrr dik kejarrrr!"
Aku bangun kutip casing side mirror.. Kongajo tul orang bawak lori tu.. Bawak lori tu India muda, didapati mabuk dan tiada lesen.
Pak Radie dapat rupanya kejar.. Dasyat sangat ni, aku tau perangai dia tu, kalau sampai lubang cacing pun dia akan carik.. Eii seram.. Gila kot sampai kul 2.00 petang kes tak habis.. Aku dengan Peej dah lunyai dan keletihan.. Masuk tempat exhibition, organizer pon tak set up lagi.. what???? apa pun tak ada.. ada bingkai tapak je.. lain semua belum buat.. Ciss kitorang ingat nak settle awal leh balik rehat cepat..
Akhirnya Pak Radie and Ben sampai.. terus Pak Radie settlekan booth..Sian dia kepenatan.. Eh tapi kitorang pon penat ye.. Dah settle terus cari makan.
Tak ingat kat mana.. Singgah Selalu ke?
Paling win yang ni.. Pisang goreng cicah cili kicap hanya di Johor hahahaha..
Malam tu kitorang ke Stulang.. Aku kemain belagak sebab dulu biasa pegi Stulang ni masa zaman-zaman study.. dari Shah Alam sampai ke Stulang.. dasyat sangat perangai.. Tapi puas cari kat area kastam tu rasanya.. dah takde yeh? tempat happening boleh makan macam-macam tu? segala pesemboq, otak-otak, mee rebus.. dia bukan van, tapi memang stall-stall banyak tu.. mana ntah dah takde.. Berbulu je diorang dengan Kak Pilla hahahaha
Last-last makan Mee Rebus ni kat restoran apa ntah nama dia.. macam kedai mamak tapi sedap!! licin kitorang bedal ;)
Kedai makcik garang ni lah jadi tempat kitorang breakfast and lunch sepanjang exhibition.
not bad rasa dia.. pastu murah pulak tu.
Malam ktorang berempat makan kat Restoran Bawah Tangga, area Stulang jugak.. Elly and Win sampai esok pagi waktu subuh camtu.. sebab Elly handle wedding saudara rapat dia.. tak leh nak elak dah.. It's ok kitorang berempat boleh handle.. tapi boring lah Elly and Win takde masa tu..
Eh sedap gilerssssss... Huwaaaaa nak makan lagi kat sini please.. Eksyen kitorang post gambar kat Elly.. Pastu kelam kabut dia cakap dia tak kira.. dia sampai nanti dinner paksa kitorang makan ni lagi sebab dia nak..
Kalau namanya Elly dah sampai, dia memang serba tau pasal makan.. Dia ajak makan kat Hua Mui dia cakap restoran lama.. halal jangan risau.
Ok mee hailam ni sedap slurppp..
Tapi makcik garang kedai tepi jalan ni lagi sedap hahahaha
Malam repeat lagi Kedai Bawah Tangga, area Stulang..
Sebelum balik singgah makan Mee Rebus dan Sup Tulang kat sini.. sorry lupa nama tempat ni hahaha
Bergetar perot huwaaa lapar.. banyak gila kot aku makan ni.. siap sedut ketuk-ketuk semua lemak dalam tulang tu..
Ok ni pun sedap..
Eh dasyat betullah team Ellfie ni satu je aku risau.. Asal ada exhibition kat negeri-negeri lain, terus semua menggila listkan restoran dan makanan apa the best..
Nasib exhibition kat Penang cancel.. kalau tak lagi pitam.
Ok 9-10hb April (10pagi - 10malam) sila turun ramai-ramai ke MAEPS, Serdang ok? Boleh dapatkan Set Ellfie dengan harga murah.. dan lagi satu berita baik.. masa Exhibition di MAEPS tu nanti, kitorang akan jual Fame Matte Lip Cream!!!! Harga exhibition menanti anda.. siap ada tester 5 warna.. dengan meja solek bagai kitorang bawak khas untuk you all.. Datang jangan tak datang ;)
Love,
Filla.
11 comments:
oittt.. semua pon aku tengok memang nampak sedap. merecik!
ok...nak pegi yang kat maeps serdang ni....filla plis bagi diskaun bebanyak...aku aim lipstik ni...
hahhaah kak fila yg second mee rebus tulang tu ZZ kita leave comment kat ig akak suh try that time. plus nasi lemak wak kentut. ni ada lagi port baek belakanb thistle hotel seafood ong soon halal dan murah berbaloi2. salam from singapore
Ye. Mee rebus tulang yang pondok2 tu restoran ZZ. Sedapppp
sedapnya sup gear box yum2 mencis baca entry pila ari ni adoiii...balik nak cari sup kat paso mlm ha2....
Kak pilla 3 jam kl-jb tu normal takde la laju pon haha sy org jb dh biasa drive mmg 3jam :D kal 2jam haa tu mmg level rempit haha
Saya org johor mmg makanan JB sungguh OHSEMM :)
Saya org johor mmg makanan JB sungguh OHSEMM :)
Saya org johor Fila. Makanan kat sana mmg sunnguh OHSEMM
ohh lamanya tak makan mee rebus tulang ZZ huhu.. bestnya bestnya..
Kak Pilla, utk lipstik fame dah dapat KKM belum ? nak jadi dropsip boleh tak ?
Post a Comment