Monday, April 04, 2016

EMOSI.

Lunch time.  Malas keluar.

So mari tengok blog Kak Pilla gambar makanan :)

Sesekali kalau tekak rasa nak makan omputih sikit, Elly and Peej yang confirm akan setuju.  Sabtu lepas ada kerja nak kena settlekan kat office Ellfie.. So mari breakfast sebelum buat kerja.

 Paling suka menu ni.. Aku takkan ubah menu lain.. dari dulu ini je walaupun egg dia tu tak berapa best sebab keras.. tak sure memang menu dia kena buat egg tu keras ke atau dia yang terover cooked.  

But it's ok, aku still suka.  Coffee dia paling aku suka, tak 'keras' sangat.. tapi sedap.. 

 Ni pun Fame Matte Lip Cream baru yang belum release lagi.. Sila hafal.. Code dia ialah :

Gossip
Gossip
Gossip
Gossip
Gossip

Cukup 5 kali taip.. Yang haritu Violet.. InshaAllah akan siapkan secepat mungkin sebab korang kurang sikit tahap penyabar dia, sama macam Kak Pilla. Erk.

Dah siap kerja, Kak Pilla pon drive balik ke rumah.. Tahap pemalas dia dasyat jugak.. Nasib tak mengantuk on the way balik tu.  

Hari Ahad kitorang ke Shah Alam.. Pagi sikit dah gerak sebab tak leh stay lama, Pak Radie ada hal sikit petang tu.. 

Singgah McD jap.. diorang pandai demand sekarang.. Kalau ajak breakfast laju je nak McD... 

 Sometimes aku ni emo.. Kasih dengan Amaani nak duduk tempat lain.  So duduklah dia dua beradik kat situ.. Aku, Pak Radie and Aleesya duduk meja lain.. Aku perati je dari jauh tengok.. dalam hati berdetik "dah besar anak-anak aku"  Nanti sorang-sorang tinggalkan mama.. Nanti semua dah tanak sembang dengan mama.. Nanti dah besar mesti lagi banyak berkurung dalam bilik.. 

Eh takde ye.. Bekurung lah, tak nak bercakap dengan mama? Memang aku paksa jugak supaya bercakap dengan aku.. muahahahhahaahah

Balik Shah Alam celebrate birthday anak buahku Sofea.  Yang ke 18 tahun.  Gulp.

Sekali lagi rasa macam pantasnya masa berlalu.. sambil meraba seluruh wajahku dengan jari-jemari.. terasa ada kedutan halus di tepi mata... Puiiii Pilla jangan over plis.

Anak buah aku Sofea and Sabrina dah 18 tahun.. Sabrina dah gi short course for 3 months kat Melaka.  Bila dia send gambar lepak makan dengan kakak-kakak senior, omg i cannot accept hahahaha.. Aku rasa dia kecik lagi, mana boleh keluar makan dengan kawan-kawan? Hahahah anak orang pun aku sibuk.. kalau anak aku, tak taulah.  Sebab dari kecik kot aku dengan diorang nie.. Ntah bila tetiba dah remaja, i kenot.

Sofea pulak dah gi amik driving test semua.. Wah dah bawak kereta.. Hoi bila masa korang besar ni? hahahah .. Syasya pulak dah form 4, pandai sangat result hampir straight A's.. Semua dah lagi tinggi dari Mokcu diorang nie.. yang Azhar dah form 1 ke form 2? aku pun dah lupa.. tetiba suara dah garau.. pastu suka ngusik.. dulu dia kecik aku selalu sound kalau dia tak bangun salam kalau aku sampai.. So tiap kali aku datang dia selalu buat-buat busy.. pastu dia cakap "Jap ye.. Sabar ye Mokcu".. saja dia lambat-lambat baru nak datang salam.. yang Syasya datang salam tangan pastu dia genggam yang stok bontot ko ternaik sebab sakit nak mam.. Omg.. I'm your mokcu ok.. kenapa buli ai????? 

Neway itulah kehidupan kita.. pusingan kehidupan.. aku pun pernah melalui apa yang budak-budak ni lalui.. Now diorang pulak.. and soon anak-anak aku pulak.. semoga semua kita ni takkan tergelincir.. meniti kehidupan dengan baik... mencorak masa hadapan kita dengan baik, memohon semoga kita sentiasa di jalan yang lurus.

Ok aku ni dah kenapa? Nak P ke apa?

KBye.


Love, 
Filla.

1 comment:

zeera lily said...

how time flies...