Sunday, September 06, 2015

SATURDAY NIGHT FEVER THE MUSICAL

 Jumaat malam 4 September 2015 haritu Kak Pilla dan Kak Elly berpeluang ke Istana Budaya untuk menonton Saturyday Night Fever The Musical.

Gerak dari rumah Kak Elly tetiba hujan pulak huwaaa jalan jammed nak ke sana.. Tapi nasib baik sempat jugak sampai ;)

Rasanya pernah ke Istana Budaya ni tengok teater masa tu umur 19 tahun kot.. Cerita apa pun dah lupa dah masa tu.. Kali ni tak lepaskan peluang nak tengok Saturday Night Fever The Musical pulak.. Expectation mestilah tinggi.

 We all dapat VIP pass untuk menonton kat dalam ni.. Thanks Nuffnang and Milestone Production.

dua orang ni actually senior aku masa kat ARGS dulu.. tapi yang sebelah Elly tu kawan dengan Elly since anak diorang sama-sama masuk Gymnas.

Berapa kali delete gambar sebab ingat nak tiru aksi macam kat sebelah tu.. tapi buruk nau kaki cenggitu.. ni versi sopan sikit hahhahaha.

Antara lagu-lagu evergreen malam tu:
Stayin' Alive
If I Can't Have You
How Deep Is Your Love

Wow media pass.. rasa macam wartawan gitu..heheh.. 

with Jack, Mel, Kak Elly, Baby Sumo and husband.

 Masuk dalam ni kene duduk elok-elok, ada few songs je yang dibenarkan snap pictures.. Pastu guna camera phone sahaja.. Since dalam Istana Budaya ni memang protokol sikit.. so kita kene ikut lah ;) Maaf if gambar tak berapa clear..

 Malam tu show memang kebabommmmm!! Hebat betul diorang ni semua.. Siapa memang dari zaman-zaman 70's tu memang seronok lah.. Ternampak pulak Dato' Jalaludin Hassan dalam ni hehehehe.. aku yang bukan dari zaman 70's pon rasa enjoy tengok show nie.. Bab tarian dia tu.. kalau zumba memang kurus lah.. lembut sangat badan semua ikut rentak lagu.. Suara sedap dan lakonan pun mantap.  Tapi aku selalu tak sabar tunggu lagu dia hahaha.. sebab diorang menari ikut rentak.. bila tengok macam senang.. kalau kita buat memang pitam hahaha..

 
 Saturday Night Fever The Musical ni bermula dari 4 Sept sehingga 13 Sept 2015.. Ada banyak masa lagi.. Kalau korang tak pernah tengok Teater Musical boleh lah try.. Fun sangat ;) Lepas show sebenarnya kitorang dapat ke back stage untuk meet and greet session tapi terpaksa balik sebab dah tengah malam oiiiiii.. nak balik drive sorang jauh.. 

Ni details kalau nak pergi.. Confirm puas hati :)

 
Venue
Istana Budaya, Kuala Lumpur


Show Dates
4 - 13 September 2015

Show Information

Ticket Price
VVIP : RM568.00
VIP: RM398.00
CAT: RM338.00
CAT B: RM268.00
CAT C: RM138.00
(Inclusive of 6% GST, exclude RM4.00 ticketing fee)


Show Information
 
Sila click link di atas untuk details dan pembelian ticket secara online.

Love, 
Filla.

2 comments:

Unknown said...

cantiknya akak.
JOM FOLLOW SAYA

ain said...

wah bestnya