Tuesday, September 22, 2015

CARPET DI NILAI 3.

 Ada satu hari tu aku teman Kak Ti gi rumah baru dia kat Nilai.. Lepak jap rumah Kak Ti pastu tanya Kak Ti kalau dari rumah dia nak ke Nilai 3 dekat tak? Dia cakap dekat je dalam 15 minit.. Ok jom!!! hahahah pantang je aku ni lajuuuu je sampai..

Sebenarnya memang dah lama berhasrat nak beli carpet.. Tak nak lah carpet ribu-ribu, sayang duit hahahaha... Tapi nak jugak carpet ;) 

Jomlah cuci mata sat yer..

 Aku tak suka colour cerah-cerah macam nie.. 

 Suka warna hitam.. tapi hitam ni apasal corak dia kosong tengah-tengah? i don't like nanti kalau ada habuk putih-putih nampak je kat kawasan hitam yang kosong tu.. nanti hati and mata i sakit.. so reject jugak yang nie.

 Berkenan jugak macam kat atas ni.. tapi tengah confuse sebab bila pegang surface dia tak sehalus dan selembut yang ahkak mahukan.. ecewah over.

 Huwaaaa nak niiii... terus whatsapp gambar ni kat Pak Radie.. dia cakap tak nak.. corak ni belambak jual kat giant kata dia.. eh sakit hati ahkak.

 tu tangan kak ti yer.. tangan i muda remaja lagi kahkahkah... ni corak yang sama tapi warna je lain.. Hati dah suka.. tapi tengah confuse sebab tak boleh nak agak size lebar dan panjang dia.. sebab nak letak kat sofa dua bijik tu.. kang kalau pendek and kecik mesti tak lawa dan nampak terbantut pelik je.. tapi kene beli jugak, sebab memang tak laaaa aku nak sampai lagi kat sini.. malassss!

 Punya lama berdiri termenung nak ke tak ni? Last-last tanya kat mamat ni.. nak yang lebih besar dari yang ni ada???

 Ok nasib baik ada.. dan aku suka yang ni jugak sebab memang aku dah bayangkan ni confirm muat.. cuma takut terbesar sangat je hehehe

 Aku send gambar ni kat Pak Radie, dia suka yang atas nie.. Aku suka jugak tapi hati tu berbelah bagi pulak.. Aku rasa macam corak dia bosan pulak.. eishhhh susah betul lah.

 Then nampak yang ni.. Waaaah ni saya suka!!! tapi confuse jugak sebab Pak Radie prefer yang atas tadi tu.. aku macam suka yang nie.. Pastu dia cakap hentam jelah tak yah pening-pening.. 

Pastu aku beli yang aku suka tu.. dalam kereta dia whatsapp tunjuk balik gambar yang dia suka, dia cakap tu lagi lawa.. aku reply "sshhhhhhhhh!!! jangan banyak bunyik, dah beli dah yang ai suka"

 Siapa suka boleh lah datang Nilai 3 carik kedai carpet ni.. Eh tapi belambak kedai carpet sana.. pepandai lah korang nak mana.. picit sikit bagi dia turun harga sampai murah gila hahaha.. mamat ni pening dengan aku.. "kita kawan, kita kawan, saya sudah bagi kakak harga kawan, shhhhhh, kakak saja saya bagi ini harga, jangan kasi tau orang lain tau kakak"

Eh sudahlah.. dia dah hapal ayat tu je dia ulang-ulang.. hahaha semua customer dia akan ulang ayat sama aku rasa... tapi aku picit sampai dapat harga RM420.. berpeluh-peluh ayat. tak tau lah kalau orang lain leh dapat lagi rendah dari tu.. korang try la pujuk rayu nangis golek-golek sikit.. ngan aku pon dia dah geleng kepala.. aku keluar duit, aku cakap aku ada banyak tu je.. hahahahah..

 Yeay dah ada carpet kat sini.. suka thekasihs baring-baring lembut je ;)

Jadi orang pompuan ni memang ini je lah kerja dia.. tengok lawa semua nak.. benda-benda lain aku dah kurang dah.. sekarang suka tengok benda-benda untuk rumah.. tapi cuba ko bawak aku masuk zara ke apa.. akak suka jugak ;)

Inilah dia orang pompuan.  Haih malas nak membebel kat diri sendiri.. Letih.


Love, 
Filla. 

12 comments:

arffaazila rahmat said...

suka tengok deco rumah you. keep posting especially yang DIY.

intan said...

kak pila punye carpet tu cantik... tapi kalo beli carpet yg mcm pak radie pilih tu laaagii cantik.. hihihiiii

intan said...

kak pila punye carpet tu cantik... tapi kalo beli carpet yg mcm pak radie pilih tu laaagii cantik.. hihihiiii

Jan@Afzan said...

cantik kak...sangat cantik..

ummisara said...

salam filla. lawa. tapi nak tanya bila masa pulak buat panelling kat dinding belakang tuh?

cantik....

Lina said...

kak.. karpet kita sama, beli kat sana jugak.. samalah taste kita. high 5 sket..

Azziah Nawawi said...

lawa la kak pillaaaaaaaa... sesuai dgn konsep rumah

noorlizanasikin said...

salam perkenalan...
saya nie silent reader....
mmg tetiap hari mesti nak singgah baca blog nie...

cantik carpet tuh...
dah dekat gak ngan umah saya kat seremban

----------------------------------------------------------------------------------
jom singgah blog saya jom
SETIAP WANITA MESTI NAK CANTIK KAN??? CANTIK DI MATA ORANG TERSAYANG : TIPS : Nak kelihatan Anggun, Cantik Di mata Orang kesayangan???

anez zamri said...

memang lawa kak filla pilih..ngam ngam soi je ha..hehe

Suffiah zee said...

niceeeeeeeeeeeeeeee....sy biase beli kat KL...lg murah...jgn mara kak...uwaaaaaaaaaaaaaaa....larikkkkkkkkkkkkkk...bile free2 mailaa visit blog sy..budak baru bajar je kak..hehehe...http://heaven2104.blogspot.com/

Azura Aziz said...

cantik.. tp kat rumah kita xbole pasang karpet.. anak ada exzema dan hdiung sensitif.. nnt astik terbesin je keje dia..

Anonymous said...

beli karpet mcmni kt jalan tar dpt rm100 je..kt kedai hajrah..mmg tebal dan lembut je