Kejadian hari Ahad. Kesian tengok budak-budak terperap kat rumah jomlah kita ajak Papa jalan-jalan jap.. Tak tau nak gi mana tapi kita masuk je kereta dulu nanti pepandailah papa hehehe..
Tak tau nak pakai apa, jom pakai sweater je.. kata jerebu dah macam kat Cameron Highlands hahaha..
Sebelum gerak bagi chance papa nak belai-belai pokok tanaman dia dulu ;)
Bila fikir balik jomlah kita makan best sikit kita celebrate birthday Kasih awal-awal supaya nanti 30hb kita buat tak tau je hahaha...
Lama tak makan Tony Roma's jomlah.. kalau gi sini jangan lupa order Onion Loaf.. sedap ;)
Papa layan budak-budak colour dulu sebelum food sampai..
Tak tau nak makan apa.. Tengok menu bahagian pasta.. ni apa tah nama dia.. seafood linguine kot.. shrimp pasta kot... udang berlambak sampai nak muntah makan tak habis hahah
Favourite Pak Radie.. Roma Rack.. daging lembut gila.. pastu sikit tak pelawa, sekali aku toleh dah togel tinggal tulang.. sentap mak..
Acih makan fish and chips. pon portion gila babeng besar dia..
Leecha and Amaani dapat free kids meal sebab ada order main dish.. punyalah banyak kids meal dia.. amik chicken fingers and fish and chips.
kemain lagi kamcing.. lakonan semata-mata hahaha
Rasanya aku dengan Kasih ni cemana yek? aku paling rapat dengan dia, tapi selalu gaduh tak tahan perangai masing-masing.. cemana tu? hheeheh.. kalau kitorang tengah kamcing, boleh borak macam-macam boleh gelak-gelak share cerita.. tapi kalau datang perangai dia yang bagi haku angin.. rasa nak tebalikkan meja je hahahaha..
Tapi mama sayang kasih sama macam mama sayang adik-adik..
Leecha? ni paling terror berlakon ni.. ni dia buat muka kelakar tapi dalam gambar tak nampak kelakar... dengan mata tebalik ke atas.. mulut senget-senget..
Aleesya memang suka benda masam.. lemon ni pon selamba je dia sedut-sedut..
Lepas makan gi jalan-jalan jap dalam Pavi tu..
Fitting room pon boleh laaaa..
3 anak dara buah hati mama
Tetiba dalam gambar ni nampak Kasih besar sangat.. padahal baru darjah 4 je.. nangis lah camni, naper cepat sangat besar ni????
gegirl sangat ni dressing hehehehe...
Kasih lagi nak malu-malu amik gambar depan pavi haha.. aku cakap apa nak malu? semua orang pon amik gambar... kita kan pelancong? muahahahah
Tengok Aleesya dah buat perangai dia.. tolak-tolak amaani sebab tanak amik gambar bertiga.. sukati dia jeeee nak buli orang.
Sampai haus tekak berjalan, budak-budak nak makan ice cream.. jomlah jomlah... beli ice cream pastu sambung kopi kat dome sebelum balik..
buah hati ai.. dia ni paling licik ni.. dia boleh tahan gak buat perangai tapi dia pandai gila amik hati.. so nak marah pon macam pikir 2,3 kali hahaha.. dia selalu ajak Aleesya lompat katil mama.. aku ni pantang sikit orang lompat-lompat katil.. nanti aku jerit "Amaaaaaniiii, Aleesya, jangan lompat!!!!" nanti dua-dua stop lompat.. Amaani dengan muka manis macam gambar kat atas tu akan jawab "Ok mama" pastu aku solat.. ngam-ngam je aku start solat dia punya melompat fuyooooo... tebakar je dada ni nak solat pun jadi tak khusyuk.. elok habis je aku solat aku jerit "Amaani, stopppppp it!!!! nanti terus duduk.. tekulat-kulat "Sorry mama, Amaani tak buat lagi ok?"
Eh urut dada lah camni. Pastu pandai bodek.. Nanti kalau aku marah Kasih dia perati je.. bila kasih dah blah.. dia datang slow je.. "Mama, macam tu lah yang Amaani cakap tu.. Kakak suka menjawab kalau mama marah, Amaani tak suka kakak buat macam tu kat mama, Amaani tak de jawab mama pun kan mama?"
Adoi urut dada lagi sekali..
Betullah macam orang selalu cakap.. Jaga anak perempuan sorang lebih susah dari jaga lembu sekandang. eh betul ke peribahasa? ehhehee.. tapi ni belum mencabar lagi ni.. aku tengah nak membayangkan kalau diorang ni dah belasan tahun.. 3 orang sekali aku nak ngadap perangai.. masa tu tak tau lah siapa yang selalu menaikkan darah, siapa yang selalu jaga hati, siapa yang selalu rajin menolong... selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.. jangan nakal-nakal, jadi anak solehah.. jangan menderhaka kepada orang lebih tua.. jadi anak yang berjaya, dunia dan akhirat biar balance..
Eh tetiba syahdu pulak.
Love,
Filla.
4 comments:
sweet sgt. adoi pandai btl amani membodek ye.
filla, kalau nak pasang cctv or alarm system boleh contact husband sy.
sorry promote siket.. jgn mare. hehee
Jaga anak perempuan lebih rumit berbanding anak lelaki..tapi tak kiralah anak perempuan ke anak laki ke, semuanya sama. perlukan penjagaan yang sebaiknya..
haah mmg dah nmpak besar dah kasih. ingat dah darjah 6..
semoga mereka membesar dengan sempurna.. dan sentiasa membahagiakan kedua ibubapanya... geram jer tengok si kecik tu. tapi serius.. Pilla ngan Kasih samalah mcm akk dgn anak.. ada jer yg tak kena tapi bila time gelak tak ingat dunia.. hohoho
Post a Comment