Friday, September 11, 2015

MATA BESAR DAGU RUNCING. WEOWWWW HEBAT SANGAT NIE.

 Sekarang ni kita update entry hari-hari yang kulalui je lah.. Baru feeling novel 3 inci sikit hehe

Semalam balik lambat lagi sebab macam biasalah Kasih dan netball nya yang tiada kesudahan.. Terpaksalah aku menunggu sampai cramp kat dalam kereta.

 Cikgu kata nak pilih berapa belas students darjah 4 kot dari 33 orang ke apa.. tak dengar sangat.. sebab kepala dok pikir pukul berapa nak sampai rumah? mak kau nak masak.. ko nak makan kul 7:30 pastu nak tuition.. Haih kelam kabut hidup pasal netball dia nie.

Sib baik sekarang Kasih ni dah takde moody-moody macam dulu.. Aku pun tak tau sejak bila dia start tak moody.. Balik sekolah kadang muka ceria.. kadang muka penat.. tu je.. takde dah muka sentap.. bagus. kipidap Nak, dongibab.. hahahah dongibab tu aku rasa macam makanan korea tak tau apasal.

 Dah lama tak masak asam pedas.. Kasih nak asam pedas cair.. mengada sangat nie.. dia cakap mama masak asam pedas tak berapa sedap sebab pekat.. Kasih suka cair.. macam-macam perangai kan.. aku suka pekat, camne????

 Main terjun-terjun je masak.. semalam aku tengah risau pasal Amaani so aku teh fokus.. masak pun terlupa masuk ini, lupa masuk itu.. stress otak ai.

Bibik mengadu Amaani muntah berdarah.. Gila aku tak risau?  Sebab dia batuk dan kahak.. Tapi Amaani memang jenis kalau selsema atau batuk memang berpanjangan.. habis kadang botol besar Hurix tu tak jugak baik.. Muntah tu dah perkara biasa bagi dia.. bila rasa nak muntah dia akan lari sendiri gi toilet dan muntah.. pastu dia keluar toilet relax je.. takde adegan nangis or drama.. dia memang kewl je..

Tapi since last week.. Memula tu bibik dengan Pak Radie yang bagitau aku.. cakap pekat jugak tapi dekat kahak.. bukanlah darah yang betul-betul macam menitik-nitik tu tak.. so ok biarkan dulu.. 2nd time jadi, aku bawak gi klinik area Sri Kembangan.. Doktor cakap mungkin kat tekak dia luka.. sebab nampak ada bengkak sikit.. Doctor cakap tengok dalam 5 hari kalau tak ok dia boleh buat surat refer ke hospital.. Then ok lah.. Semalam aku balik kerja masa tengah masak bibik bagitau..

"Puan tadi masa puan baru je balik tu.. Amaani baru lepas muntah tu"
"Ada darah lagi tak?"
"Ada!! Puan bawaklah pegi hospital, saya takut jugak.. Lepas tu Amaani cakap dia kalau lari nanti dia rasa sakit jantung"
"Sakit jantung???? sakit dada ke???"

Terus aku tak tentu arah buat kerja.. so malam tadi siap-siap kitorang hantar Kasih gi tuition dulu pastu terus gi Klinik Kerajaan kat Presint 9 Putrajaya sebab klinik sana bukak kul 8 malam - 9:30malam..

Masa jumpa doktor aku cerita lah kat doktor.. Pastu doctor check dada, tengok perut dia.. Doctor cakap normally kalau berkaitan dengan paru-paru, bahagian perut tu akan melengkung kedalam dan bahagian bawah tekak (antara tengah-tengah tulang bahu tu) akan nampak berlubang ke dalam.. Tapi amaani nampak normal.. dan dia dah check depan belakang semua takde masalah.. pastu doktor tanya if Amaani ada Eczema atau resdung ke? Aku cakap ye masa umur 1 tahun ke bawah.. pastu dah makin ok.. cuma kulit dia very dry sampai sekarang.. Doktor cakap selalunya kanak-kanak ada eczema ni penjagaan dia lebih sikit.. contohnya pakaian, tempat tidur semua kene bersih.. sebab dia lambat baik kalau selsema.. senang alah.. dan kadang boleh kene asma/lelah jugak.

So doktor bagi ubat batuk alahan untuk gantikan ubat batuk dari klinik swasta tu.. Ubat kahak dan antibiotik aku boleh teruskan swasta punya.. Lepas ni nak pegi klinik kerajaan je sebab lebih detail dan aku suka sebab doktor dia buat kerja bersungguh-sungguh :) Selama ni aku tak pegi sebab tak tau ada klinik malam hahahhaa.. Ok terus hati gembira sebab Amaani ok je sebenarnya.. 

 Cuma now Amaani kurang makan.. Balik tu gi kedai mamak paksa dia makan something.. 

Wow kenapa muka runcing sangat ni kahkah.. Aku tak tau apa Kasih dah buat dengan camera phone Samsung ni.. Muka licin macam kek icing hahahahaha.. dagu runcing.. Terus hati ahkak ceria rasa nak makan 3 pinggan nasik lemak lepas nie.. kongajo sangat phone nie mempermainkan perasaan Kak Pilla.

 Ni dia snap gambar dia sendiri semalam.. Aku sibuk drive dia sibuk main phone.. Pastu mengekek gelak sorang-sorang.. pastu sibukkkkk "mama, kenapa phone mama ni buat mata kasih jadi besar?" Eh aku sibuk nak drive dia sibuk dengan soalan bertalu-talu siap suruh tengok.. I'm driving, don't disturb me.

 Tapi bila pegi opis sibuk nak try gak.. Eh Kasih, apasal mata mama pun besar ni????? hahahahahah first time dalam hidup merasa dapat mata besar.. Bangga ai, jangan jeles..

Entry saja suka-suka.. Nak hiburkan hati sendiri dan hati korang.. Harap korang terhibur di pagi hari Jumaat ni..  Lama dah tak promote shawl.. Tapi ramai lagi yang terkenang-kenang TheKasihsShawl hehehe.. email dok tanya apa shawl yang ada.. Haih korang ni anjer angat... Ada lagi jenis lain tapi tunggulah ai rajin sikit.. Ni musim malas.. so kita tunjuk yang kita pakai ni dulu.. Nama dia Chiffon Rainbow.

Nak kaler apa? Semua 5 warna ni ada lagi.. Shawl ni paling best sebab tak yah iron sangat.. ko renyuk-renyuk pon dia steady.. Siapa dasar pemalas macam Kak Pilla sila lah beli.. Sesuai bawak gi travel ;)

RM45 sahaja.

Email: framekasih@yahoo.com

Sorry perniagaan old school sebab takde whatsapp.. boleh email je.. 

Tata, ahkak mata besar, dagu runcing lapar ni, nak gi makan nasik lemak 3 pinggan jap. Bye.



Love, 
Filla.

11 comments:

Anonymous said...

Assalam fila akk nk tanya produk skincare fila tu kalau nk try ada sample trial tak? Hehe

Filla said...

salam, set Ellfie Essence tu mmg untuk 1 bulan (cream lebih lama 2-4 bulan) sebab kesannya ambil masa lebih kurang 3 minggu.. akak whatsapp 0132755197 ya..

inibelogmamarayyan said...

cantiknye cik pilla. mcm barbie doll.

eima said...

nasib baik tak de pepe ... risau jugak kan bila bibik ckp cam tu kan

mila said...

wowwwwww......floles nye mukaaaa

Anonymous said...

Pilla. I'm your silent reader.Untuk makluman kalau nak kurangkan batuk dan alahan kanak kanak sila amalkan scott emulsion putih setiap hari. Ini untuk mengurangkan risiko batuk dan penyakit berkaitan paru paru. Boleh cuba dulu ya.

peej said...

hoii seram la.

nanonano said...

hahhahahha tolonggg kembalikan kak filla sy yg lamaaaa,
kehkehh, annoying lak muke lonjong benar ngn mata pelik tu, :p

~farah~ said...

ingat sy sorg je rs perkataan dongibap tu sejenis makanan korea...haha
memula tak tau, rupenye don't give up ropenye..haha

mrs kayrul said...

dah macam retis korea..mata besar2

Anonymous said...

Assalamu'alaykum,saya Nur Mardiyanahani. Saya peminat tulisan Kak Filla. Dah lama saya baca blog akak. Jadi,saya pun teringin nak ada blog sendiri. Tapi,saya takda komputer peribadi. Cuma ada telefon je. Boleh tak siapa-siapa yang baca blog Kak Filla dan jugak Kak Filla sendiri tolong tinggalkan dekat kotak komen akak cara untuk nak buat blog guna telefon. Tolong ye. Terima Kasih. Saya doakan yang baik-baik untuk akak sekeluarga.