Hari Jumaat 18 Sept haritu kitorang ke Avillion PD. Dah lama booked kutip duit bertiga pastu dah siap-siap book hotel dan lebih tu memang khas untuk makan je dan lain-lain aktiviti.. Kitorang pegi kejap je 2 malam je..
Sebelum tu Elly and Peej dah request nak makan kat rumah aku dulu sebelum gerak.. Peej bawak kereta tapi from rumah aku dia suruh aku drive sampai PD.. Aku bangun pagi tu siap-siaplah masak.. Peej nak ayam berlada, Elly nak sup suhun. Macam melayan permintaan anak-anak pulak, terus rasa diri dah tua hahaha..
Masa nak makan panaskan balik.. Elly tak makan pun carrot tu,, sentap hati ai.. penat aku buat corak bunga-bunga ko tak makan kannn.. hehehehe
Ayam berlado.
Buat gak sambal belacan ngan goreng ikan masin.. Pas makan aku naik atas mandi.. Tinggal Elly ngan Peej melayan Leecha ngan Kasih.. Amaani takde sebab gi sekolah.. Baru dorang tengok perangai sebenar Aleesya hahahah.. asyik jeling mata tepi je takut kasih amik album kat tangan dia.. ntah apa dia berjawab-jawab dengan Auntie Elly masa tu.. lupa dah.. Diorang siap tengok album gambar aku dukung Kasih masa Kasih baby.. Semua terkejut tengok Kak Pilla gemok gila hahahahaha..
Dah siap sedia nak gerak masa ni..
Alhamdulilah sampai dengan selamat.. Memula ingat nak kopi-kopi dulu kat PD Waterfront, tapi tak jadi sebab Elly ajak makan cendol ngan rojak.. Menarik jugak tu.. let's go.
Sedap, cendol dia kontot-kontot je.. dan tak terlalu manis.. kacang merah pon jenis kecik-kecik tu.. aku tak suka kacang merah yang besar-besar tu..
Rojak share ramai-ramai.
Eh Peej tunjuk penumbuk.. serammmm... hehehe.. Makan laju-laju sebab tengok ada burung lalu lalang atas tu.. kang tak pasal makan taik burung pulak..
Sampai je terus check in dan melepak macam starfish dalam bilik.. Of course kitorang campak Peej tido katil tepi tingkap hahahah... Aku dengan Elly share satu katil.. Tapi tempat Peej lagi best luas kotttt siap bantal peluk..
Tapi tetap aku nak bermanja tetiba Peej pusing aku dah ada kat sebelah dia.. Peej jerit Noooooooooooooo Filla.. kenapa kau ada sebelah aku ni? Goooo...
Pemandangan yang indah.. Elly sempat tido petang tu.. Aku dengan Peej tiarap tepi tingkap sambil tengok air pasang.. Laju je dah tinggi air tu kat tiang-tiang tu.. Wow macam pakwe-makwe hahahahah..
Takde buat apa sangat rehat-rehat je sambil tunggu nak dinner.. Kitorang decide dinner buffet je kat hotel..
Untuk dinner choices of food agak limited.. Tapi kari ikan tongkol dia sedapppp... kitorang merepeat nasi tambah hahahah.. macam kat rumah pulak.. Elly siap amik kari untuk cicah roti.. nyammm sangat.
Omey angat iyer tu..
Tinggal tunggu masa nak terkam makanan depan tu.. hehehe
Elly ni jenis tak makan banyak untuk satu menu.. dia suka makan banyak benda tapi sana sikit, sini sikit... sebab tu kalau dia order benda yang banyak confirm tak habis.. pastu dia akan usha muka aku.. Filla tak habis, nah tolong habiskan.. Kak Pilla terus buat muka marah sebab dia suka makan tak habis.. tapi haku tetap akan habiskan makanan dia.. Nanti diorang panggil Pilla DBKL.. kongajo sangat, patut aku drive kereta Peej tinggalkan je diorang jalan kaki haritu hahahha..
Tu diaaaaaa... dah macam chef Pija. Sodap ni makan dengan butter or corn soup.
Banyak gila kot kitorang makan malam tu.. sampai sesak napas nak jalan hahahah..
Tak cukup, kita makan lagi ;)
Kitorang dah book karaoke 2 jam siap-siap.. sana bilik karaoke tak banyak.. ada bilik besar dan kecik.. Bilik kecik pon boleh muat 7 orang kot.. RM50 sejam.
Seleso.. sejuk pulak tu menggigil.. aku siap baring melunjur kat sofa hehehe
Aku just nyanyi lagu Tegar Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, duluku miskin sekarang alhamdulilah hahaha.. masa aku nyanyi diorang diam je.. aku rasa dalam hati diorang sedih kot sebab nyanyi lagu senang pun tune lari hahahaha.. i kenot, i is panic u know... kemana-mana ntah aku nyanyi hahahaha..
Elly dan lagu Bang Toyib tak dapat dipisahkan hahaha
Aku request diorang nyanyikan lagu ni untuk aku.. Aku suka kalau orang nyanyi lagu yang aku suka hahahah.. nak nyanyi sendiri agak sedih sikit hehehehe..
Aku rasa ni gambar petang semalam kot.. hahaha nak tau tak perangai tido masing-masing? Elly memang suka tido.. dari kat Redang lagi.. ko bagi katil je dia confirm tido hahaha.. Pastu malam tu dia tido aku ngan Peej borak sampai 3 pagi.. Peej kata Elly macam jilake tido cepat hahaha.. pastu tido senyap je mengereng.. tapi ko tak tau sekali dia nak pusing mengereng belah sini.. dia punya mengganas.. macam orang menggelupur ingatkan apa benda.. rupanya nak alih posisi je.. dia pusing je aku ngan Peej tengok je.. "Elly ni marah ke apa?" hahahahahha
Ni lagi sorang... Peej kalau dah dengkur aku dah risau dah.. siapa nak teman Pilla? Peej lah harapan aku ajak sembang, tido plakkkkkk!!! Aku akan jerit-jerit "wakeee upppp wakeee uppp.. hallooo looo looo loooo looooooooooo".. Pastu diorang jerit.. "Diammmmm fillaaaaaaa!!!" terus ai bawak diri duduk kat balcony hehehehe..
Kak Pilla? i lah paling sopan sekali tido... hahahahah... matiklah aku kene hentam kat blog diorang lepas ni hahhahahaha...
Pagi sabtu tu plan nak breakfast kat hotel je.. so jalan pelan-pelan gi breakfast.
Pagi banyak makanan.. dan sedap jugak..
Comel sangat epal dia...
Best ni nanti nak bawak thekasihs gi sini pulak... boleh bagi rabbit makan.. comelllll..
Sampai bilik rehat jap pastu terus salin baju gi swimming pulak.. Kat sini ada 2 swimming pool rasanya.. 1 kat restaurant tu.. budak-budak swim situ.. lagi 1 kat bilik kitorang Adults swimming pool.
Huwaaa siap ada peacock lalu ni..
Swim kejap je.. pastu ada lah mat salleh ala-ala richard gere masuk swimming pool... kitorang bertiga diam je tengok.. Pastu elly buat lawak, ok bye aku nak swim kat sana nak buat-buat lemas... helpp helppp nanti richard gere datang selamatkan ai.. hahaha aku cakap sekali mamat hujung sana yang selamatkan kau.. padan muka! yang hujung sana agak boroi hahahahahaha..
Balik swim mandi kat bilik.. best gila kot shower dia macam air terjun.. semua berangan nak buat bilik air macam kat avillion hahahaha.. rehat jap.. pastu lapar kita call je lah room service. Memasing kemain tamak lagi order..
Jeng jeng..
Ko tengok tuuu.. Aku cakap tak payah order pizza... nakkkk jugak... pastu aku tengok pizza tak luak.. aku sound.. diorang simpan kata petang-petang boleh makan...
Ni jelah kerja kitorang kat sana.. makan, amik gambar makanan.. tu je hahaha.. duit semua Kak Pilla pegang.. so kalau diorang nak melebih-lebih laju je kak pilla bantah.. memula dah plan nak gi spa.. nak massage, pastu tengok 1 jam RM260 sorang.. dah tak payah.. kita urut lah badan sendiri hahahah..
Lepas makan semua macam badak sumbu tertidur... Pastu dengar bunyi Peej sorang-sorang.. aku bukak mata nampak Peej tengah lipat pizza ngap masuk mulut.. comel sangat.. dia ingat orang tak nampak senyap-senyap je dia makan hahahah..
Petang tu gi minum petang... dah kata duit dah jimat tak gi massage.. so baik kita makan je hahaha.. pastu gemok memekak masing-masing hehehe..
Elly cakap nak order ABC... rm18.. tapi ok lah sebab food kat hotel standard lah harga macam tu.. sekali sampai hambekkkkk kau... besar gila siap senduk ye.. ini boleh makan 5 orang kot... pitam.
Aku ngan Peej order pisang goreng siap ada vanilla ice cream.. pon sama besar gilaaaa...
Nah makanlah kau sampai muntah hehehe..
Macam biasa semua gila amik gambar makanan. termasuklah aku hahahahha.
tekejut tengok abc besar sangat.. hehe
Petang tu plan asal nak minum pastu nak gerak ke Melaka untuk festival.. tapi hujan tetiba lebat siap guruh petir.. terus lari masuk dalam... ni tak leh jadi ni memang tak boleh nak pegi Melaka sebab hujan lebat.. mata aku ni dah lah rabun.. nak drive dengan jalan basah kang malam kalau hujan jugak lagi susah.. so demi keselamatan kitorang decide tak dapat pegi.. sorry kat readers and customers yang kata nak datang malam tu... nanti kalau ada karnival lagi kita join and turun sana ok?
Malam tu kitorang decide makan kat luar je... so gi lah makan kat kedai halal food kat PD.
sedap gilaaaaa.. tepukan gemuruh untuk Elly sebab pandai carik tempat makan... ikan tu kuah dia masam-macam, manis sikit, pastu ada rasa pedas dan rasa halia... balik tu tekentut-kentut memasing hahahahahahhahaahha...
Balik tu karaoke kejap.. diorang nyanyi aku tido tebongkang.. tau-tau diorang kejut ajak balik.. nasib tak ditinggalkan hahahha...
Tidur awal malam tu...
Esoknya bangun pagi breakfast kat hotel..
Masa ni dah ingat anak kat rumah... Peej ingat kat Ben.. amboi hehehe...
Pun sama.. tetiba tengahari hujan lebat pulak.. duduk lagi kat bilik sampai hujan berhenti baru check-out.
aku order chicken grill
ni Peej punya.
Elly makan nasi ayam..
Pastu terus blah, macam biasa aku drive... amik kau slow gila hahahaha.. nasiblah diorang semua hahahahah... aku memang suka drive slow dan relaks.. buat apa nak kelam kabut... sampai rumah nampak Leecha.. huwaaa rindu..
peluk dia kuat-kuatttttt...
Itu je lah percutian yang penuh dengan makanan hahahaha...
Tata selamat Hari Raya AidilAdha ;)
Love,
Filla.