Showing posts with label UMobile. Show all posts
Showing posts with label UMobile. Show all posts

Friday, November 13, 2015

DATASTRONGNETWORK

 U-Mobile ni antara Telco yang tengah top kat Malaysia di mana U-Mobile menawarkan data, voice dan messaging services kepada pengguna melalui prepaid, postpaid dan broadband plans.  Boleh nampak peningkatan dia sangat pantas dan meluas.. Even kita boleh beli kat mana-mana 7-Eleven, 99 Speedmart, Giant, Tesco, Sen Heng dan lain-lain.. Mudah nak dapatkan sebab merata-rata ada jual plans nie.  

U-Mobile menawarkan high-speed 3G dan 4G LTE mobile internet kepada pengguna.  Harga pun sangat affordable especially untuk students.. Eh bukan students je.. kalau parents yang rasa macam nak dapatkan phone dan nak cari Telco termurah pun boleh consider U-Mobile sebab murah gila kot.. Korang dah baca kan pasal HERO Postpaid P70 yang 7GB dengan harga RM70 tu.. tambah lagi RM10 boleh share untuk dua orang... kalau ada anak dua orang, boleh bagi anak pakai telefon sorang satu sambil share 7GB.. masing-masing dapat internet.. RM80 untuk dua orang anak.. woww hahaha... bab murah-murah dan jimat ni Ahkak memang suka ;)

 Haritu Kak Pilla dijemput untuk mendengar sendiri kehebatan U-Mobile ni.. Apa lagi laju je dah sampai hehehe... Kagum dengan penerangan yang diberikan dan pencapaian U Mobile Sdn. Bhd.  Walaupun masih baru tetapi semangat mereka untuk memastikan U Mobile menjadi peneraju Telco di Malaysia harus diberi pujian.

Kak Pilla dapat rasakan cara mereka yang menawarkan internet termurah dan mesra pengguna antara salah satu sebab yang menyebabkan mereka semakin terkenal hanya dengan masa yang singkat.  

U Mobile dah announce yang kini mereka telah menambah new 4G LTE sites di seluruh negara.  New sites ni ada banyak location di seluruh Klang Valley, Putrajaya, Seremban, Port Dickson dan Johor Bahru.  Kita boleh enjoy high-speed connectivity dengan kelajuan data sehingga 75Mbps di banyak lokasi dari yang ditawarkan sebelum ni.

 Itulah yang sedang direalisasikan oleh U Mobile! High Speed Internet dan 4G LTE di seluruh lokasi di Malaysia.

 Antara bloggers yang turut hadir untuk sesi briefing :)

 Take a break kejap.. Nah jom jilat screen hahahaha... sedapnyaaaa.. share dengan Kathy licinnnn... 

 Sebelum datang sini dah breakfast dengan Elly, tapi tak boleh tahan.. makan jugak hahaha

Ok meh sambung balik cerita.. Siapa tau pasal Open Signal Apps nie?  Kak Pilla baru tau huahahahaha.. eh tapi i dah download u olls... siapa pakai smartphone silalah download jugak sebab senang nak check Speed Test dan nak check coverage ;)

 Tu hah rupa dia.. sila download.

 Dengan Open Signal korang boleh sentiasa check coverage, boleh find nearest WiFi dan boleh buat speed test.

Apa lagi kelebihan Open Signal? Setiap kali kita gunakan app Open Signal ni, kita akan menyumbang kepada world's biggest coverage crowdsourcing project.  Mereka akan gunakan data yang kita share tu untuk improve kan lagi coverage maps.. Maksudnya setiap kali kita gunakan Open Signal app ni kita juga yang membantu untuk memperbaiki lagi coverage di lokasi tersebut.

 Contoh haritu Kak Pilla lepak kat Starbucks GE Mall dan buka Open Signal app ni.. Dia boleh bagi tau mana lagi tempat yang ada WiFi dan tempat mana yang ada coverage paling bagus ;)

Ni buat speed test kat Danau Kota.. best sangat sebab mana-mana kita pegi pon boleh check dulu kelajuan internet :)

Maksudnya semakin ramai orang guna Open Signal app ni lagi bagus.. Diorang akan collect data setiap kali kita buat speed test tu dan diorang akan perbaiki lagi kelemahan yang ada di lokasi tu..

Pengalaman Kak Pilla menggunakan UMobile ni memang ok sangat.. haritu test 10 hari je.. tapi Kak Pilla decide untuk teruskan pakai sebab takde pulak sangkut-sangkut internet kalau keluar pegi mana-mana... semua tempat Kak Pilla pergi ada je coverage.. Kelajuan internet dengan UMobile pun takde masalah.. Kalau tengah google pun laju je.. FB, IG pun pantas takde loading-loading ;)

Kak Pilla kalau comparekan dengan plan dengan satu lagi Telco yang Kak Pilla tengah guna ni takde perbezaan dari segi kelajuan internet dan coverage.. Cuma telco satu lagi tu under contract dan monthly mahal heheheh... UMobile ni yang termurah lah of course.. So kalau korang boleh consider UMobile sebab harga yang ditawarkan murah dan coverage dan kelajuan internet setanding dengan telco-telco lain.. so why not kita buat pilihan bjak untuk kualiti yang sama?

Visit http://www.u.com.my/4g untuk UMobile 4G LTE coverage ;)




Love, 
Filla.

Friday, September 25, 2015

HANYA RM70 UNTUK 7GB SEBULAN.

 Harini nak share lagi info yang berguna buat abang-abang, adik-adik, akak-akak, makcik dan pakcik.  Plan ni takkan kita dapat di mana-mana sebab ni plan termurah setakat ni.. 

Postpaid Plan from uMobile ni nama dia Hero P70.. Nama pon Hero dah tentulah maksudnya 'penyelamat' hehehe.. 

Waktu memula tengok plan ni rasa nak tersedak.. What??? 7GB per/month for only RM70?  Biar betul nie.. Phone Kak Pilla pon bayar monthly lebih dari RM100 bangga ai sebab guna 5GB.. Ingat dah cukup besar lah tu hahahah.. Haih terus tensi..

 Dari dulu dah tau dah uMobile ni Plan dia memang termurah.. Kalau amik yang 5GB pon baru RM50 je.. memang mampu sangat ni.. Tapi tetiba terus tamak bila tengok 7GB pun baru RM70, affordable sangat untuk 7GB.. 


 Dahlah Panggilan tanpa had untuk semua rangkaian.. dapat pulak 7GB Data.. so memang takde masalah dah sekarang ni.. Nak call pun tak yah pikir bil, nak layari internet pun takde masalah.. 7GB kottt.. sebulan memang terlebih cukup, Confirm!!!

Teruja sangat, tapi tambah teruja bila tengok pulak bawah ni ;)

 Rupanya uMobile ada sediakan Plan untuk Talian Ahli.. Apa tu? tadi kan 7GB tu RM70? So korang tambah lagi RM10 korang dah boleh share internet dengan nombor tersendiri dan dengan bayaran bulanan terendah.. Eh cukup bagus ni.. cari sorang lagi partner (contoh abang dan adik) pastu RM80 bahagi je dua.. Kira nya sorang bayar RM40 je tapi dapat internet 7GB.

Ishhhhhhh melampau sangat murah dia macam tak percaya.

 Korang boleh semak sendiri perbezaan U Mobile dan Telko lain.. Dahlah U Mobile offer 7GB, Telko lain offer 5GB je.. tapi jauh lebih murah.. 

Sekarang ekonomi tak menentu ni kita kene pandai berjimat cermat.. Cari the best plan yang offer good deal.. Contohnya uMobile P70 Hero Plan ni.  Mengapa bayar lebih dapat kurang sedangkan anda boleh bayar kurang tapi dapat lebih? Wow ingat ayat Kak Pilla tu, jom kita try U Mobile P70 Hero Plan, cuma RM70 sebulan.

For more details boleh visit http://www.u.com.my/postpaid

Love, 
Filla.

Friday, June 27, 2014

TOP UP DAN FREE MEAL.

*scroll down for new entry*

Kak Pilla tiap-tiap hari Sabtu hantar Kasih tuition.. Kadang sampai awal sangat.. jarang lah nak sampai lambat.. sebab aku kan ala-ala urusetia.. punctual gitu.. kalau lambat nanti perot aku senak hahaha.. 

So biasanya kalau sampai awal, perkara wajib yang aku ngan Kasih akan buat ialah makan.. Sebab dia tuition 3 jam.. nanti lapar kesian pulak.. Tapi perkara baru yang kitorang buat sekarang ialah melawat 7E.  Aku suka 7E kat sini sebab dia macam cafe.. lawa sangat.. boleh lepak minum dan makan dalam tu.. Balik tuition pon kewajipan jugak Kasih nak singgah 7E.. nak collect sticker la apa lah.. Haih memacam budak-budak kan..

Nampak tu? Pek Sim U Mobile.. Anak aku memang Pak Radie belikan top-up U Mobile.. Memang bertahan lah sebab Kasih bukan gila gadget sangat.. Kalau kat rumah pon dah ada free wi-fi kan.. So memang berbaloi lah guna U Mobile nie.

Kak Pilla ada good news untuk u all.. Selama ni korang beli top up U Mobile dekat mana? Jom beli kat 7ELEVEN terpilih kalau nak dapat FREE MEAL.. 


Top Up RM30 boleh dapat Free Revive Isotonic Original 500ml

Top Up RM50 boleh dapat Free Mamee Express Cup Curry Flavour + Revive Isotonic Original 500ml

Official Hashtag #TheBestFree

Siapa nak bagi makan minum free kan.. Beli kat tempat lain tak dapat apa pun.. So mari beli di 7Eleven ok? Korang boleh redeem sehingga 31 Ogos 2014.

Kak Pilla dah beli dah..


dapat Free Meal (Mamee Express Cup Curry Flavour dan Revive Isotonic Original 500ml), lepak makan ngan Kasih heheheeeee.. 

Jom tengok bagaimana cara untuk Top Up di SINI.



Love, 
Filla.