*please scroll down for new entry*
Kak Pilla dan masakan tidak dapat dipisahkan. Mungkin kerana minat atau tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.. Tak tau mana satu yang betul hahahahaa... Kak Pilla kerja pagi sampai ke petang.. balik sekolah amik anak.. Sampai rumah campak bag, campak tudung, sinsing lengan baju terus tung tang tung tang masak.. Memang jangan harap lah nak lauk penuh satu meja.. satu lauk pun dah kira ok hahaha.. Nasib keluarga sangat memahami. Makan je apa yang mak kau sediakan ni, jangan banyak komplen ye.. Banyak komplen sila masak sendiri..
Kengkadang tu berkejar-kejar balik nak masak sebab nanti nak Maghrib lagi, Kasih pukul 8.00 mlm ada tuition kat luar sana lagi.. so before 8.00 semua orang dah siap makan.. Keluarga Kak Pilla pulak dah biasa makan mesti duduk sekali.. Semua kena berkumpul time makan walaupun tak makan kene duduk jugak.. Itulah masa yang ada untuk berborak sesama kitorang.. borak dengan suami, borak dengan anak.. Penat jangan cakap lah kan.. Kerja pejabat, masak, tengok buku sekolah anak-anak, cuci bilik air, mengemas bilik tidur, urusan anak tuition lagi, urusan business Ellfie lagi..
Bila dah sibuk macam tak cukup tangan, dah tentu Kak Pilla akan pilih menu yang sedap, ringkas dan pantas. Tapi kat rumah ni semua jenis ada lauk kegemaran masing-masing.. Kasih suka asam pedas, Pak Radie suka makan yang kering-kering macam sambal berlada, Amaani dan Aleesya suka sup-sup. Mak dia je takde banyak cerewet, apa ada telan je hahaha.. Tapi bila Kak Pilla masak sup ayam semua orang suka, takde orang complaint pun.. Semua hirup-hirup dan cakap sedapnya mama masak ;) Wow sup ayam je kot? hahahah kembang kempis hidung mama hahahahah..
Sup Ayam adalah menu paling sedap dan paling mudah!! Tutup mata pon boleh masak lah! Amboi eksyen kemain lagi kannnn...
Tiap kali masak Sup Ayam mesti Kak Pilla akan letak kiub ayam Knorr supaya masakan bertambah lazat.. Stok kiub Ayam Knorr dan kiub Ikan Bilis Knorr ni memang sentiasa ada dalam fridge.. memang best kalau guna kiub ayam Knorr ni sebab rasa seperti dimasak dengan ayam sebenar..senang kalau nak guna semua dah ada kan.. boleh dikatakan kiub Knorr ni lah penyelamat Kak Pilla ;) Bila masak dengan Knorr ni rasa macam Penuh Rasa, Penuh Kasih Sayang.. maksudnya masakan sedap, keluarga pon makan berselera dah tentu lah penuh dengan kasih sayang gituuu..
Lagi-lagi Kak Pilla jenis orang yang suka buat kerja laju-laju.. Kalau masak tu memang laju sebab nak siap cepat tapi nak hidangan tu sedap.. Al-maklumlah, mulut semua pandai complaint kat rumah ni.. so kene hati-hati hahahhahah.. dengan adanya kiub Ayam Knorr ni memang terima kasihlah.. lagi pantas Kak Pilla di dapur ;)
Tadaaaaaa dah siap.. Sup Ayam Kak Pilla sempoi je.. benda wajib ialah kentang dan carrot.. pastu tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.. kalau takde budak kecik, pecahkan je cili padi bagi pedas baru powerrrr.. tapi ni ada budak kecik, so campak je 5-6 biji cili.. sapa nak pedas boleh gigit je cili padi tu nanti ;)
Suka buat carrot bentuk bunga heheheh.. macam comellll je.. macam comelll jeeee...
Kak Pilla nak ucapkan terima kasih kepada Knorr kerana selama ni telah membantu para ibu seperti Kak Pilla untuk membuatkan makanan kami bertambah lazat, menjimatkan masa kami para ibu kerana makanan pasti enak dengan menggunakan Knorr..
You all boleh tengok video Puan Farah dan family.. Wah seronok tengok family Puan Farah ni happening sangat.. semua bekerjasama bekerja bagai satu kumpulan untuk makan bersama..
Sebagai langkah untuk menghargai para ibu seperti Kak Pilla dan readers-readers Kak Pilla yang bergelar ibu, Knorr telah mengadakan kempen khas untuk menghargai para ibu di Malaysia dan hadiahnya memang menarikkk!! tu nanti Kak Pilla share.. Now nak share dulu cemana cara nak join kempen menarik ni :)
Langkah-langkah untuk menyertai kempen #KnorrPenuhRasaSayang
1. Ambil gambar sajian kegemaran suami dan anak. macam yang Kak Pilla punya kat bawah ni:
(Gambar anda dan masakan serta produk Knorr yang anda gunakan dalam masakan anda)
2. Muat naik ke laman Facebook Knorr dengan #KnorrPenuhRasaSayang berserta cerita menarik (Kongsi kenapa sajian ini menjadi pilihan kegemaran suami dan anak dengan tidak melebihi 20 patah perkataan)
3. Gambar dengan paling banyak "LIKE" berserta cerita menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Peraduan bermula dari 4 April 2015 dan berakhir pada 15 Jun 2015.
Juadah anda mestilah menggunakan mana-mana kiub Knorr atau perisa Knorr Pasti Sedap Knorr.. Contoh macam gambar Kak Pilla dengan hidangan tu lah.. kene tunjuk knorr apa yang kita guna.. Huishhh dan confirm Kak Pilla menang ni.. Sila LIKE gambar Kak Pilla banyak-banyak yer.. Oh ye, penyertaan (gambar hidangan) boleh dihantar lebih dari sekali ye.. tapi lauk lain ler jangan lah guna lauk sama.. hehehe
Juadah anda mestilah menggunakan mana-mana kiub Knorr atau perisa Knorr Pasti Sedap Knorr.. Contoh macam gambar Kak Pilla dengan hidangan tu lah.. kene tunjuk knorr apa yang kita guna.. Huishhh dan confirm Kak Pilla menang ni.. Sila LIKE gambar Kak Pilla banyak-banyak yer.. Oh ye, penyertaan (gambar hidangan) boleh dihantar lebih dari sekali ye.. tapi lauk lain ler jangan lah guna lauk sama.. hehehe
Pemenang akan diumumkan di Facebook Knorr Malaysia Jadi jangan lupa untuk ke Facebook Knorr Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kempen ini ;)
Love,
Filla.