Thursday, February 05, 2015

MAKAN DI CYBERJAYA WITH MOON AND ANNY.

Ini cerita hari Jumaat lepas.. Amboi dah dekat seminggu baru nak update.. tu pun nasib baik rajin nak update, kalau tak memang berkubur gitu je lah hahahha.. Kali ni kitorang pilih untuk lunch kat Cyberjaya je.. 
Try makan kat restoran arab ni ntah apa nama, aku tak tengok pon terus masuk je dalam ni dan terpersona tengok ID dalam ni.. 

Yes, Anny dah pakai tudung.. pastu paksa-paksa Kak Pilla dia nak shawl plain yang warna dulu-dulu suruh restock.. Hoi aku busy gila kot sekarang.. nak melayan dia ni je nak itu nak ini.. tumbuk nak? Nipun dia pakai plain chiffon shawl by thekasihsshawl in ivory.. dan if korang nak printed shawl macam Kak Pilla pakai boleh order ya.. ada 5 warna.. nanti kat end of entry Kak Pilla letakkan link.. sebab Kak Pilla penat nak send gambo kat email bila orang tanya shawl apa yang available.. Anjer sangat korang ni tau.. habis tu Kak Pilla nak bermanja dengan siapa??? 

Amacam? Macam gangster tak posing? hahahahah.. Kak Pilla dah marah Anny dah sebab dia suka buat muka pelik-pelik pastu tutup-tutup muka.. 

Tujuan perjumpaan hari tu ialah sebab nak pass kan Ellfie Essence ni kat Anny and Moon.. Dulu diorang pakai untuk test so cuma bertahan untuk 2-3 minggu je.. Pastu semua memekak kat telinga Kak Pilla sebab dah habis, so bila nak dapat the real set.. Hoiiiii terpaksa Kak Pilla tebalkan gegendang telinga ni.. Ye sabar, sabarrrrr.. bila dah dapat baru reti senyap.. kat belakang kotak Ellfie Essence ni ada instruction cara pemakaian cleanser, toner, day and night cream.. 

Anny paling suka night cream Ellfie Essence sebab dia kata very moist so sebelum tidur tu cuci muka dulu dengan cleanser.. lap lembut-lembut dengan towel bersih.. then terus pakai toner.. lepas toner terus pakai night cream, pastu sila tidur.  Esok bangun pagi mesti muka rasa lembut je.. Hari-hari kot Anny bagitau perkembangan dia.. 



Jumaat lepas birthday Moon!!! So kitorang belanja Moon makan kat sini.. dah lah tak plan nak makan mana, main terjah je.. Ni lagi sorang yang kitorang bagi produk Ellfie untuk test dulu.. Moon suka tapi Moon tak puas hati sebab dapat pakai 2 minggu lebih je.. so ni dah ada sekotak sila jangan malas ok? Moon kata day cream dia sedap pakai pastu ada bau macam bunga melor lembut je bau dia.. so hari-hari tak sabar tunggu esok untuk sapu day cream.. 

Satu kelebihan Ellfie Essence ni, korang tak perlu risau untuk pakai make up.. Lepas pakai day cream, suka hati korang nak pakai foundation or just pakai bedak je.. Anny lagi bagus, dia pakai day cream je tak pakai bedak.. dia tu pelik, jangan diikut hahahahah... Ada yang tanya Ellfie Essence ni akan buat muka peeling / mengelupas tak? jawapan dia depends on kulit.. Ada orang tak peeling langsung, ada orang akan peeling halus sangat kat bahagian hidung (area lubang hidung) hehehehe.. Jangan expect pakai 3-4 hari terus nak meletop ye.. produk yang bagi jaminan terlalu cepat dah nampak hasil, bimbang akan merbahaya untuk kulit.. Biar slow tapi consistent pakai ni.. Elly tu kulit dah cantik meletop lepas berapa bulan pakai.. bila kitorang tanya dia asyik suruh sabarrr sabarrrrr.. sekarang dia yang happy sebab berkat kesabaran dan ketekunan dia kulit dah sekata dan tak kusam.. Jom kita jadi lebih sabar macam Elly ;)

Moon malu sebab dia tak expect nak keluar makan ni.. dia tak kerja so dia pakai baju duduk rumah hahahha.. Eh lawa je moon pakai baju duduk rumah ke luar rumah ke.. So kitorang order apa nama roti giant ni? lupa dah.. 

cicah dengan lamb apa tah.. ok sedap masa memula makan.. bila dah lama macam tak berapa sedap.. serious tak leh lawan sedap makan kat Marhaba Publika dulu ;) 

dan haku konpius kenapa nasi moon ni ada mee macam spaghetti?? aku siap tanya moon lagi "Moon ni memang ada mee ke, atau dia tercapak mee orang lain kat nasi ko ni?" hahahahah 

pastu order chicken apa tah nie.. dalam mangkuk tu ada chicken dia tutup setepek atas tu dengan roti macam roti nan.

pun biasa-biasa je.. chicken dia too dry..

Ah rindunya zaman muda-muda remaja dengan Anny.. Eh Anny ada share gambar kitorang masa study dulu.. OMG tak sanggup dan tak percaya ok.. hahahah.. aku tunjuk gambar tu kat Elly and Peej diorang pon tak terkata dan tak percaya hahahahah.. hitam berkilat-kilat ok... dah diorang panggil Dayang Senandung pulak hahah.. Rasanya time tu aku baru balik dari pulau tioman.. pastu aku memang jenis kalau berpanas kulit cepat makan matahari pastu amik masa lamaaaaaa gilaaaaaa nak cerah balik.. 

cantiknya Annynie pakai tudung.. suka tengok dia.. tapi perangai tetap Anny yang kukenal dulu.. takde perubahan ya.. tetap saiko.. hahahahha

Sebelum balik order coffee dulu.. 

kopi ni je paling sedap aku rasa hahah.. tapi service adoi apasal lama sangat, buat kopi je ponnnnn.. ai dah lah rushing nak balik office.. 

Ok tak amik dia ni jadi model Ellfie? hahahaha... 

So sila dapatkan stock Ellfie Essence sementara harga masih lagi harga promosi ni ye.. 

Harga Pengenalan (4 Feb - 18 Feb 2015)
Semenanjung : RM110.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM120.00 (Free Postage)

Harga Asal
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  

Info Ellfie Essence
Facebook : Ellfie Beauty

Hubungi kami melalui:
Whatsapp / Sms : 0132755197
(9.00 pagi - 4.00 petang)
________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi shawl-shawl menarik yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE


Love, 
Filla.

13 comments:

kehidupan sihat said...

hihi..haah la,mee tu nampak macam termasuk dalam nasi arab tu la..

salam perkenalan sis
jemput ke blog nana :)

Syikin Maarop said...

very happening friend. hehe :)

laila latif said...

akak sama macam saya! kalau sunburn memang berabad nak baik balik. huhuhu

NeenaAnuar said...

congrats kak pilla and the geng on your new baby! :)

Anonymous said...

Hi Filla kalau oramg Singapura nak order Ellfie Essence macam mana ada hantaran terus tak kesini?

Miss Moon said...

tuh la kan ...ni 2nd time aku mkn kat sini ...aku lagi suka saba tak tahu kenapa hahahah

tapi utk lepak mmg cozy la kan

tq pillanie n annynie belanja moonie makan ...

moonie selekeh je sebab cuti tapi kena anta laki gie kije ...hahahah

Kak Vit said...

nice entry! :))

Hasif said...

Ada satu kedai Arab dkt bulatan kg pandan tepi jalan nak ke maluri tu...
Betul2 lepas bulatan kg pandan tu dia belah kiri..
Makann boleh tahan..

Singgah sini

Belajar SEO

Kain Cotton Cantik2

Jemput Singgah yer..

Unknown said...

Salam perkenalan kak Filla. Selama ni jd silent reader blog akak je. Suka sgt baca blog ni macam2 ade. Nnt jemput la ke blog sy ye

http://mommasuci.blogspot.com

Unknown said...

Salam. Saya berminat untuk membeli produk ellfie. Boleh saya terus dapatkan dari puan. Saya akan bayar tunai. Tq.

Unknown said...

Salam. Saya berminat untuk membeli produk ellfie. Boleh saya terus dapatkan dari puan. Saya akan bayar tunai. Tq.

Filla said...

anonymous: kalau pos ke singapore agak mahal.. so better kalau ada kawan yang duduk jb, kita pos ke sana then u amik.. lebih jimat ;)

Filla said...

mila abdullah: boleh whatsapp 0132755197 sebab stok semua akan dipos dan saya tak pegang stock