Friday, February 27, 2015

OSAKA - KYOTO JAPAN TRIP - PART 2

Assalamualaikumm.. Hari ni semua sihat? Dah ready ke nak baca part 2 pasal Japan Trip Kak Pilla? Kalau dah ready jom ;)

Haritu janji nak share pasal Hotel kan? Ok sepanjang kat Jepun, Kak Pilla stay kat dua hotel.. ni first hotel Sheraton Miyako Hotel Osaka.  If korang nak stay kat sini pun highly recommended sebab location dia strategic.. keluar je dari hotel ada bus stand dan sebelah dia station untuk naik tren.. Hotel ni juga termasuk dalam list hotel yang Muslim Friendly.  Kak Pilla ada buat rujukan sikit.. antara hotel lain yang Muslim Friendly di Osaka ialah:

Namba Oriental Hotel 
Cross Hotel Osaka
Swissotel Nankai, Osaka
Hotel Ichiei
Hotel Nikko Osaka

Ok ni hotel yang Kak Pilla stay kat Osaka untuk 2 malam tu.. semua ok takde complaint at all :) Kalau nak iron boleh call mintak dia hantar kan.. lepas guna boleh call dia balik untuk dia amik balik iron tu.. 

Bilik boleh tahan luas untuk 2 orang..

Bangun awal pagi untuk solat subuh.. then terus siap-siap sebab harini kitorang akan ke Kyoto sepanjang hari.. Confirm kaki bakal tercabut ni.. hahahah.. Ok jomlah kita breakfast dulu ye.. 

kat sana mesti ada ikan and vege.. so itu menu wajib Kak Pilla setiap hari ;) .. Kak Pilla memang jenis makan breakfast awal sebab kalau tak dapat makanan pagi, Kak Pilla boleh jadi macam budak kecik merengek kelaparan hahaha.. 

First time jumpa nie.. Idham kata ni makanan tradisional diorang, kalau kat Malaysia kita kan ada budu, sambal belacan, cincalok.. so kat sana dia panggil ni natto.. benda ni ialah soya yang sticky sikit sebab fermentation process (peram) bila makan ada tali temali tu so kene gulung-gulung dengan chopstick. Idham kata kadang diorang makan dgn raw egg.. gaul pastu makan.. bezanya telur kat sana fresh dan takde bau hanyir so mungkin ok lah boleh ditelan lagi hehehehe.. ni eksyen je, Kak Pilla rasa 2 suap je kot.. Idham boleh makan habis semangkuk.. hebat dia, yelah dah 6 tahun dia kat Jepun.. 

Ok perut dah kenyang, bersemangat nak explore Kyoto.. Kak Pilla selalu baca dan dengar orang kata kalau pegi Jepun wajib ke Kyoto sebab kat sana best gila.. 

Kalau korang ikut betul-betul perjalanan ni, InshaAllah tak sesat ;)

Dari hotel terus ke Osaka Uehommachi Station dan naik Nara Line Platform 1 untuk ke Yamato Saidaiji.  Then tukar ke Line Keina ke Kyoto.. Harga ialah 1450 yen dan perjalanan memakan masa 1 jam 6 minit.. Post gambar ni kat IG pastu Wan tanya memang kerusi dia kecik ke macam tu? Kalau Wan duduk muat dia sorang je ni hahaha.. Kak Pilla cakap, orang Jepun kurus-kurus ye takde yang montel-montel sangat.. maybe pemakanan dan life style diorang yang suka berjalan menyebabkan badan susah nak naik.. Jom kita contohi ;)

Kat station memang banyak family mart macam ni.. Sangat memudahkan kita nak beli apa-apa.. sementara train nak sampai pon sempat lagi nak membeli.. 

Pagi tu cuaca agak mendung macam nak hujan.. So kitorang beli transparent umbrella ni hahah.. sebenarnya memang dari dulu berangan nak pakai payung transparent kat Jepun macam kewl kot? mari kita berdoa semoga hari hujan di Kyoto.  Pak Radie bising jugak nak beli payung ni sebab nanti nak bawak balik cemana? Eh ni impian i okkkk.. hahahah.. last-last dia yang banyak tolong pegangkan payung hahahah.. Oh jangan risau, payung ni boleh bawak naik kapalterbang.. letak je kat tempat letak barang atas kepala tu.. takde masalah ;)

tunggu train.. eh tapi payung ni bagus sebab berjasa jadi tongkat Kak Pilla masa kat Kyoto.. kan banyak tempat menarik nak pegi.. ingat tak penat jalan kaki? sib baik ada tongkat hehehe

Sepanjang perjalanan Kak Pilla lebih banyak tengok luar tren.. suka tengok rumah-rumah, kedai, mall.. rumah sepanjang nak sampai ke Kyoto ni nampak lebih tradisional dan tak de modern sangat.. building kat Osaka dengan Kyoto ni kebanyakannya dinding dia guna macam tiles yang licin tu warna light brown.. Ahh suka sangat sebab nampak cantik sesuai dengan weather yang sejuk tu.. 

bestnya tu tanam salad yeh? eish kalau dapat tinggal sini memang dah tanam broccoli, bunga rose.. bestnyaaa.. 

cantik sangat pemandangan pokok-pokok yang tak berdaun ni kan? 

Akhirnya kitorang pon sampai di Station Kyoto.. Laju-laju jalan nak ke Tourist Information Center.

Kat dalam ni korang boleh dapatkan macam-macam info.. ada sewa kereta, ada package hotel, ada tour jugak.. ada map, dan tempat menarik nak dilawati sekitar Kyoto.. 

Ni wajib beli kalau korang plan nak naik bas je kat Kyoto.. Nama dia Kyoto One Day Pass, harga cuma 500 yen.

Kat luar station tu je untuk beli One Day Pas tuu.. simpan pass elok-elok ye jangan hilang.. 

Kat Kyoto ni sejukkkkkk nye lah hai pepagi tu.. sebab mendung hujan renyai-renyai.. tapi masa kitorang sampai tu hujan dah berhenti.. Ciss tak dapat pakai payung transparent :(

Tempat pertama yang kita akan pergi ialah Kiyomizu-dera Temple.. Salah satu temple paling terkenal di Kyoto.. Ok sila beratur ye.. ni kat Jepun ye semua kene beratur, takde main redah ok.. Ni Bus Stop untuk naik bas no. 100.. 

Bas kat sini pon cantik bersih.. banyak loceng macam kat gambar ni.. boleh tekan kalau nampak kat screen tempat kita nak pegi tu is the next destination.

Nak turun dari bas, insert pass dulu untuk bayar tambang.. kat Japan ni.. turun je dari bas atau taxi, mesti driver dia cakap Arigatou Gozaimasu.. dengan tunduknya lagi.. untuk setiap orang ye.. diorang memang penuh dengan senyuman dan takde terpancar muka letih atau marah.. 

Temple tu kene jalan kaki jauh ke dalam sikit.. Aaaaa ni lah tempat paling Kak Pilla suka sebab boleh tengok macam-macam.. sambil jalan tu jumpa Halal restaurant ni.. 

Kat Kyoto ni nampak macam banyak sangat jual ceramic macam-macam.. rasa macam nak beli, tapi dalam hati kata nantilah, kang berat nak angkut ni baru tempat pertama nie.. last-last tak beli.. rasa nak tumbuk diri sendiri.. 

Ada jugak tempat-tempat yang jual kimono.. Ramai jugak pelancong luar yang jalan-jalan kat Temple dengan memakai kimono dan terompah kayu tu.. Comelll.. tapi kalau Kak Pilla pakai cemana nak jalan laju-laju? Ada yang tersadung tersungkur hahaha.. 

ni lorong nak ke temple.. diorang pon ada beca ye.. wow, siap ada selimut untuk kaki.. takut sejuk.. 

sepanjang jalan, kiri kanan penuh dengan souvenir shops... Nasihat Kak Pilla, if korang dah jumpa souvenir yang berkenan, terus je beli.. kalau fikir "eh balik kang lah beli" confirm tak beli hahaha last-last menangis lah beli souvenir kat airport.. 

Korang suka tak macam ni? Jalan-jalan tempat sejuk, tengok pokok, tengok bunga, tengok kedai.. tengok orang.. 

Jauh lagi ye.. jangan nak eksyen sangat.. sampai malam rasa nak seret kaki hahah.. jalan ni bukan mendatar.. macam mendaki sikit.. wowwww turun berapa kg dah ni hahahah.. 


Tu hah kene naik tangga nak ke temple ;)

Kiyomizu-dera Temple
Muka kesejukan.. tangan asyik masuk dalam pocket je, dah tak tahan baru pakai glove.. 

Tak kira tua atau muda, semua berpusu-pusu untuk naik ke atas.. nampak sihat-sihat je orang kat sini.. 

Boleh juga beli kimono dan pakai masa jalan-jalan kat temple.. mungkin diorang nak bergambar kenangan sebab banyak tempat cantik untuk bergambar.

Nanti turun dari temple ni kita akan lalu kat jalan yang ramai orang tu.. bestttt!

ini pelancong-pelancong boleh gantung kat sini untuk kenangan.. nak baca, Kak Pilla tak paham hahaha.. 


Ini tempat beli tiket masuk ke temple. 

300 yen / person.

Kiyomizu Temple ni terletak berdekatan dengan Mt. Otowa and this temple was founded by Yenchin, the great priest, in the 8th century.. lepas tu dibina semula pada 17th century (1633).

Senibina halus dan unik.

banyak guna kayu untuk senibina dia dan masih utuh lagi.. 


Ada jugak souvenir yang dijual kat sini.


Nampak tu? Uncle ni tulis pastu gantungkan.


Kak Pilla tanya jugak agent.. ni apa benda diorang ikat putih-putih ni? Dia kata ni kira macam masa tilik tu dia dapat bad luck.. so diorang boleh ikat dan tinggalkan bad luck tu kat sini.. tak yah bawak balik ;)


Temple ni ialah Buddhist Temple so adalah upacara cuci muka kumur-kumur dan sebagainya.. kitorang jalan sambil tengok-tengok je.. 

Best kan? Dulu selalu tengok cerita Jepun kat tv diorang makan mee panas-panas pastu tempat tu sebijik macam ni.. ada plastik keliling.. Kak Pilla sepanjang kat sana, obses tengok lampu macam tanglung tu.. diorang suka gantung tu kat pintu kedai.. pastu gantung kain-kain untuk tulis nama restoran.. 

Kalau korang jenis suka travel untuk tengok culture, scenery dan lifestyle, memang korang kene consider Kyoto Japan!  Kak Pilla memang sukaaa gila kot tengok semua tu.. sebab lain negara lain budaya dia.. Jepun ni masih penuh dengan tradisi dia.. so memang pengalaman yang best bila dapat perhatikan semua tu ;)

Belakang Kak Pilla tu ada banyak shops yang jual souvenir dan makanan.. Tapi makanan tak berani lah nak beli hahaha..

Dalam kepala cuma ingat anak-anak je.. Apa nak beli untuk TheKasihs nie? terus tarik tangan Pak Radie nak belikan patung kecik yang pakai kimono pastu kepala dia goyang-goyang kiri kanan tu hahah cutenya! Belikan spoon kecik yang ada tulis Japan untuk Atok Braim sebab dia collect spoon kecik-kecik tu.. 

1000 yen.. kipas-kipas ni boleh bagi orang untuk souvenir from Japan.

Singgah beli soft ice cream!!! Huwaaaaa geram-geram tengok ice cream dia ok.. 

OMG teringat pulak kesedapan dia.. rasa nak jilat screen computer ni hahahahahha

Pak Radie macam makin putih duduk Jepun hahahah.. sampai merah-merah telinga dia kesejukan.. Sebelum pegi kemain eksyen lagi.. "mana ada sejuk? pa nak pakai t-shirt je kat sana".. kejap-kejap Kak Pilla tanya dia "Sejuk ke?" hahah saja nak usik dia.. kalau tak gaduh tak sah.

Hahaha dengan ice cream plak tu.. dah macam kanak-kanak riang.. Idham, sabar yeeee hahaha.. 

Bersih kan Kyoto nie? padahal orang ramai sangat tapi memang susah lah nak jumpa sampah.. 

Kat Kyoto memang terkenal dengan Temple.. Ini salah satu temple yang ada di Kyoto.. ni nama dia Yasaka Tower.  Bila tengok ni tetiba teringat kat bungkusan kacang pagoda tu hahah.. 

Sepanjang jalan kat sini korang akan teruja nak amik gambar sebab semua tempat pon cantik dan bersih.. 

Kat Jepun memang basikal merupakan salah satu pengangkutan yang biasa kita lihat.. tak kira sejuk pon diorang kayuh jugak.. Ok, dari Yasaka Tower yang macam pagoda tu, cuma perlu jalan ke depan sikit nanti leh jumpa Yasaka Shrine

Yasaka Shrine
Kat sini best sebab Free Entrance!! hehehe.. Amboi suka je kan.. Jom naik tangga kita masuk dalam tengok apa yang best kat sini..

Oh kat sini ada banyak stalls yang jual food.. Kak Pilla tak reti nak baca tulisan Jepun, nasib ada Idham.. dia tukang translate ;)


Wah kemain gedabak lagi Crab Stick dia.. 


Masa sampai sini, Kak Pilla pelik, ni apa benda ni? Sotong ke??? rupanya Grilled Bamboo Shoots.. Tapi tengok je tak beli pon heheheh.. 

Macam biasa, bila melawat temple, Kak Pilla akan perhatikan senibina dia..

kat sini pon ada tilik nasib jugak.. 

Fuyooo ramai pulak dapat bad luck! hahahah so diorang ikat dan tinggalkan bad luck di sini.. 

Ni lebih kurang upacara sembahyang dia.. goyang loceng pastu tepuk tangan dan berdoa.. 

Comel kan? kimono dia pastu pakai bulu-bulu kat leher.. 

Ni makanan tradisi kot? macam karipap giant je.. 

complete ada jual satu set kimono dan terompah.. 

Ok now nak cari tempat nak solat.. Korang boleh solat kat Islamic Cultural Center kat Kyoto.. Dari Yasaka Shrein tu naik je bas dari Gion Platform B, Bas nombor 207 ke Shijo Kawaramachi.. Dari situ amik Bas 205 di Platform H dan turun di Koujinguchi.. Masa korang turun tu betul-betul depan shop yang jual comforter, bantal selimut semua tu.. hahahah.. dari situ tengok kiri depan sikit boleh nampak dah signboard macam gambar kat bawah ni.. 

Islamic Cultural Center

Nampak tak ada sign board hujung sekali tu warna biru? Satu jalan dengan Rose Cafe ni.. Oh nanti kitorang lunch kat Rose Cafe ni.. Senang lah, lepas solat terus makan ;)

Idham kata mostly yang solat kat sini students Islam yang study kat Kyoto ni.. 

Gambar tak leh snap kat dalam nie.. tapi tempat ni luas dan selesa, sama je macam prayer room lain yang Kak Pilla pegi kat Osaka tu.. 

Dah lapar dah time ni.. Jom kita lunch kat Rose Cafe, restoran Halal di Kyoto.


Menu dia ikut selera diorang lah yer.. Takde lah nak berangan makan nasi ngan masak lomak cili api kat sini hahahah.. 

Kak Pilla pilih ni.. yang bulat-bulat tu kentang, siap ada bendi, tomato, carrot, bunga kobis.. kuah dia tu macam kuah spaghetti masam-masam sikit.. nasi dia dah macam rupa nasi dagang pon ada.. nasi kat Jepun kan sticky.. so macam makan pulut rasa dia.. 

Idham makan lamb (gambar atas kiri) dan Pak Radie makan apa tah.. macam nasi dengan ayam kebab kot?

Dalam perjalanan nampak vending machine jual battery.. Wow battery pon jual macam ni? Idham kata kat Jepun memang banyak benda yang jual guna sistem vending machine untuk memudahkan diorang.. kadang tengah malam kita perlukan battery dan kedai dah tutup kan? Bukan tu je.. ada sekali tu pagi-pagi tengok ramai orang beratur ingat beli apa.. rupanya beli breakfast bento kat vending maching.. Wahhh macam best kan? Terus Kak Pilla terbayang, why not kita guna sistem vending machine untuk jual nasi lemak? masuk duit, bergolek nasi lemak keluar bawah tu.. 

Kali ni kitorang nak ke Kinkakuji (Golden Pavilion) pulak.. Perut dah kenyang langkah slow sikit hahahaha.. Dari Rose Cafe tu lintas je balik depan tu pegi balik bus stop yang depan dia ada kedai comforter tu.. Naik bas no. 205 dan turun di Kinkaku-ji Michi Station.

Kinkakuji (Golden Pavilion)

Macam biasa kene beli ticket dulu ya.. 

Harga tiket ialah 400 yen / person.  Open daily from 9.00am - 5.00pm.

Selalu tengok kat internet je.. Ini dapat tengok depan mata rasa wow temple emas ke apa nie? Katanya top two floors ni memang covered in gold leaf.  For details korang boleh baca kat http://www.jnto.go.jp/eng/location/spot/shritemp/kinkakuji.html

Setiap musim persekitaran di temple ni berubah-ubah.. Tapi paling cantik bila tengok keliling dilitupi salji putih tu.. 

Ok kita letak gambar je lah ye hehehehe.. 

Kat sini orang baling coins for luck.. Hehe.. kalau kutip coins ni kayo Kak Pilla hahahah.. 

Wow berseni Kak Pilla amik gambar *nakjugak*

Kat sini pun sama jugak.. boleh berkunjung kat souvenir shops untuk beli buah tangan.. Dah puas bergambar kat Kinkakuji Temple jom kita keluar dari sini.. Ada tempat lain kita nak gi tengok lagi ni :)

Keluar dari temple tu korang jalan ke kanan.. tepi tu ada bus stop.. Kitorang nak gi tengok Kimono Show kat Nishijin Textile Center.. nak ke situ korang kene naik bas no. 59 dan turun di Horikawa Imadegawa.

Kalau kat kawasan pelancongan camni.. ramai orang sibuk tengok map.. Kak Pilla tak pandai baca map.. baca map pon sesat hahah.. 

Mana pulak bas tak sampei-sampei lagi nie.. I sejuk okeh.

Tadaaa tetiba je dah dalam bas hehehe.. See? senang kannn.. ada screen dalam bas.. Bab tekan loceng Kak Pilla terror hahaha.. 

Nishijin Textile Center (Kimono Show)

Kalau korang teringin nak tengok-tengok boleh lah datang ke sini.. Dan kalau bernasib baik korang boleh tengok Kimono Show.. kalau tak silap show tu 6 kali dalam sehari.. Tapi show dia sekejap je.. dalam 15 minit je :)

Ni kat pintu masuk.. 

Ni lah dia kimono show yang sempat kitorang tengok.. Lemah lembut je dia catwalk sambil pusing-pusing.. Perempuan Jepun memang terkenal lemah-lembut dia.. Especially bila tengah pakai kimono..

Kat bahagian atas tu boleh tengok macam kilang kain kalau tak silap :)

Ok ni paling best.. Kitorang akan menuju ke Nishiki Market!! Ada jual apa kat situ? Nanti Kak Pilla bawak korang ye.. 

Tengok ni.. dalam plastik tu ada kotak tissue.. pastu masa jalan kotak tissue dia jatuh.. Kak Pilla nak tolong tapi dia lagi laju amik sendiri.. dia jalan sorang-sorang je lintas jalan.. rasa nak pimpin tapi serba salah sebab walaupun dia dah berumur macam tu.. tapi boleh nampak tenaga dia kuat dan tak memerlukan pertolongan.  Harap kita jugak boleh jadi sihat, kuat dan berdikari macam dia bila dah tua nanti.. 

Kemudian perjalanan diteruskan ke Nishiki Market.. Petang tu hujan renyai-renyai.. Yeay tercapai hasrat nak pakai transparent umbrella ;)

Untuk ke Nishiki Market kita kene naik bas di bus stop yang sama masa nak gi tengok Kimono Show tu.. pastu boleh naik bas no.59 ke Higashiyama Sanjo dan tukar bas 46 dan turun ke Shijo Karasuma.

Kyoto ni modern jugak.. sepanjang jalan ada designer boutique jugak.. dan ada jugak Takashimaya dan H&M.. Cuma tak sempat singgah sebab kitorang ada banyak lagi tempat nak visit..

Nishiki Market

Nishiki Market atau dalam bahasa Jepun Nishiki Ichiba sangat terkenal di Kyoto.  Ada 5 block shopping street dan ada hampir 100 shops dan restaurants.. Nishiki Market juga dikenali sebagai "Kyoto's Kitchen".. Kalau korang ke sini korang boleh tengok macam-macam dijual kat sini.. Ada jual fresh seafood, ada setengah tempat tu kat bahagian luar jual seafood, dalam dia restoran.. so boleh pilih-pilih dan masak terus.. Ada jugak jual segala barang dapur seperti pisau, senduk dan cookware.  Tempat ni jugak terkenal dengan Japanese sweets, pickles, dried seafood dan sushi.


  Kat sini korang boleh tengok cara diorang bersihkan fresh oyster dan cara hidangkan oyster ;)

Tengah jalan-jalan nampak kedai 100 yen shop.. Basically semua dalam ni berharga 100 yen (RM3) so mari serbu.. 

Biskut-biskut dan chocolate Kak Pilla belikan untuk my chinese friends... Comel-comel pulak tu.. Jepun memang suka comel-comel kan?  Selepas membeli belah kat sini kita sambung lagi jalan..

Ni kedai sushi..


Bahan-bahan kering boleh dibeli kat sini.. Nishiki Market memang popular di kalangan pelancong dan orang Kyoto untuk membeli-belah..


Tengok tu.. kemas sangat sushi dia susun.. pastu macam-macam bentuk ada.. geram je tengok..

Wah tetiba jumpa sotong hehehe.. Kak Pilla memang suka makan ni.. Tapi ni macam gerun sikit sebab kepala dia besar hahahah.. Pak Radie tanak makan ni.. dia cakap dah macam fear factor haha..

Uncle yang jual tu siap bagi Kak Pilla sticker sotong.. hahah..

Kedai mostly dah nak tutup bila kitorang dah sampai ke penghujung jalan.. Satu experience paling berharga buat Kak Pilla bila dapat berjalan-jalan dan melihat sendiri kedai-kedai dan cara diorang bekerja di Nishiki Market.. 

Hari dah makin gelap dan sejuk.. masa ni dah sejuk gila yer.. dan terketar-ketar dah kitorang.. Next destination ialah ke Gion sebab nak makan malam.. Kitorang naik taxi je sebab tak jauh sangat dari Nishiki Market nak ke tempat makan.. Dalam taxi tetiba phone Pak Radie berbunyi.. Rupanya TheKasihs lagi nak ajak 'facetime' hahaha..

Hehehe.. seronok anak-anak sebab sambil jalan kitorang tunjuk tempat-tempat ni semua.. cakap kat dia "Ok, mama ngan papa nak makan kat sini".. 

Kat sini lah kitorang makan malam tu.. Restoran yang menjual makanan berasaskan tofu.  Nama restoran ni ialah Tousuirou.  Masa ni suhu kurang dari -1 celcius... nak masuk ni tetiba hujan ais halus-halus turun.. berlari masuk dalam sebab sejuk ooooo..

Kali ni kita makan duduk kat kerusi pendek pulak hehehe.. tempat makan dia privacy siap ada bilik-bilik macam ni... Tak sabar nak rasa makanan kat sini pulak..

Kali ni kita amik set Higashiyama.. 

Memula pelik gak tengok bekas ni dah macam yang kita berendam dalam spa haha.. tapi ni keciklah.. rupanya dia guna untuk cedok tauhu dan masuk dalam air panas tu.. pastu dia biarkan je dalam tu mendidih.. 

Ini cara nak makan tofu tu.. amik tofu letak dalam mangkuk, pastu tuangkan sos/kuah yang macam kicap tu.. pastu makan lah.. Yang ni Kak Pilla makan banyak sebab tengah sejuk-sejuk memang sedap makan panas-panas camni.. 

Makanan dia semua healthy.. mana ada minyak.. yang dia cucuk tu sebenarnya tauhu bakar.. siap ada salmon lagi.. nyammmsss


ini macam ikan mackarel kot? letak sekali dengan radish dan kuah putih ni ntah lah santan kot hahah

Next ada nasi goreng dan miso soup.

Dessert pulak dia hidangkan sorbet.. kenyang rasa nak terlentang hahaha..

Ok dah sudah makan jom kita ke Shijo-kawaramachi..

Masa ni memang sejuk sangat.. Senyap je jalan sambil berasap-asap mulut.. tak boleh cakap sebab nanti bila angin kene kat gigi rasa ngilu sebab gigi sejuk hahahah.. amik muffler tutup mulut, yang tinggal mata je hahah.. 

Ini tempat last yang kitorang singgah di Kyoto.. Tempat ni dipanggil Hanami-koji dimana kalau bernasib baik kita berpeluang untuk melihat Geisha.. Tapi masa Kak Pilla sampai hari baru lepas hujan dan dah gelap.. tak jumpa pon Geisha huhu.. Tapi kat sini kita kene respect, tak boleh simply nak amik gambar dengan geisha ye.. mungkin juga boleh minta izin kalau terjumpa tapi cara elok-elok lah.. tak boleh la kalau pelancong lelaki nak bergambar pastu nak pegang-pegang nak rapat-rapat tak boleh ye.. 

Disebabkan geisha takde malam tu.. so marilah kita pulang ke Osaka.. Jauh lagi perjalanan nak balik ni.. amik masa 1 jam jugak nie.. 

Untuk balik tu sama lah jugak train macam kita datang tadi.. Sila tidur dalam train hahah.. Kesimpulannya seharian di Kyoto memang banyak beri kenangan manis buat Kak Pilla.. So sesiapa yang datang ke Jepun, kene makesure korang visit Kyoto ye.. bandar yang cantik, tenang dan penuh dengan kebudayaan dan sejarah :)

Jangan lupa layari laman web  http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/ untuk maklumat lanjut..





Love, 
Filla.

21 comments:

Unknown said...

Ni yang rasa macam nak terbang ke Japan lagi. Btw yang macam kicap tu 'shoyu'. Hemmm... terus ngidam Japanese food pulak nih!

A.I said...

Bestnyerrr!! 2 kali aku ulang tengok entry ni. tempat yg paling2 aku tingin nk pegi dlm dunia ni. dpt gi dlm mimpi jelah kot aku ni. huhu..

tp sronok tengok tmpt2 kt sana. kalau aku, mau jalan kejap..stop mkn, jalan kejap..stop lagi makan :P

catatan i am nieta said...

Kalau x keberatan Boleh share iti tak? Kitorg akan pegi april ni... email nieta2010@gmail dot com ya

wanamo said...

Filla...masa spring tmpt2 tu...tersgt cantik penuh ngan sakura...wajib pi masa sakura tau...masa akak g sakura ...cantik sgttt...rasa nk g lagi....

Filla said...

fayreen mizan, A.I : Best Jepun, silalah pegi hahaha.. rasa tenang je kat sana eventhough diorang kejar masa tapi tempat-tempat dia tu macam tenang ;)

I am nieta: inshaAllah nanti saya email.

wanamo: kan? teringin nak tgk sakura pulak.. inshaAllah ada rezeki nak gi sana lagi ;)

Unknown said...

Bestnyer akak... rasa cam nak pergi lagi nih. Rindu suasana kat sana..

Ease Elias said...

kak pilla..help...agak2..jepun ni mesra stroller tak..cth mcm nak naik train ada lift ke turun ke terminal? sy ada anak kecik 2 org..mcm aritu pi london n paris pun hanya certain train station je ada lift utk turun naik..yg lain escalator..

Filla said...

ila mohd: hehe harus pergi lagi ;)

ease elias: sama jugak, ada certain station ada lif, ada yang kene naik tangga.. kene tanya kat staff yang duduk kat counter station tu nanti diorang bg tau kot ada lif ke tak ;)

Alip~Ya~Alip said...

Tengok pila punye cerita dgn gambar2 tu rasa dah x payah pegi pon takpe. Sebab rasa mcm dah berada kat sana ewahh. Seronoknye dpt rasa pengalaman lain dari yang lain.

Mrs. A said...

User friendlynyerrr... bas-bas kat jepun nih!

Unknown said...

Slm k.pilla, nak tya yg bas2 k.pilla nek tu seme da trmasuk lam 500 yen tu yer?means boleh nek seme bas ker?

Filla said...

salam mazura, 500 yen for one day pass kat kyoto tu unlimited :) x yah topup..

Eray Majid said...

baca entry ni rasa macam terbang ke Kyoto sekejap. boleh masuk dalam wishlist ni.

Anonymous said...

Tips dan jadula yang baik.
Kita dah salim satu per satu jadual perjalanan akak..Semoga dapat membantu kita nanti..hukhuk..

upload image said...

bestnye pegi osaka, kite pn nak pegi tokyo jugak hujung bulan ni :)

Anonymous said...

Hai.. boleh share itenary tak? email shevjafferysin@yahoo.com.. saya pun akan pergi sana 1st time august ni..

aevy said...

hai.. boleh share itenary ke email saya? shevjafferysin@yahoo.com sebab saya pun akan pergi bulan august ni..tq

Kesihatan+Kemewahan said...

Waaaoww...mcm x sabar nak terbang ke Kyoto..menghitung hari jee..hujung bln Feb ni.:rasa separuh jiwa dah kat sana

Unknown said...

hi kak Pila, yang pass tu mmg free utk bus ride saja ye? tak include tickets masuk shrines?

Filla said...

AzuraO Omar: pass tu for 1 day bus ride sahaja.. ada few temples memang kene bayar.. tapi shrine tu free je tak yah bayar ;)

Saiful Izwan said...

Salam,

Sangat Menarik itinerary ni.

Waktu saya di Osaka, saya gunakan 2 day pass. Dapat masuk banyak tempat menarik dan x perlu bayar fees. Untuk transportation saya gunakan pass yang sama dan boleh naik subway unlimited selama pass tersebut aktif.

Saya konsikan sedikit itinerary saya semasa melawat Osaka, Kobe dan Ikoma di blog saya.