Tuesday, February 10, 2015

CNY SHOPPING!!

 Korang mesti ingat lagi Kak Pilla ada share dulu baju-baju yang murah nak pitam tu.. Kalau lupa boleh tengok balik entry tu kat SINI.  

Sempena nak dekat-dekat Chinese New Year ni www.nile.com.my buat sale murah-murah, eh kalau tak sale pon murah.. serious tak paham ni hahahha.. So macam biasalah kan, kali ni Kak Pilla menterjebakkan diri lagi untuk membeli-belah kat situ hahahah.. Serious service dia cepat gila dan very professional.. Yang penting murah tapi nampak mahal.. Korang kene pandai-pandai lah cari yang lawa-lawa.. Kak Pilla suka shopping online sorang-sorang pastu malam-malam sikit bila semua orang kat rumah ni dah tidur.. pelan-pelan turun bawah dan shopping dengan senang hati.. pilih banyak-banyak pon macam tak percaya bila tengok total.. Eh? kenapa murah sangat ni? terus tambah lagi pilih macam-macam hahahaha.. buruk sangat perangai Kak Pilla, sila tiru hahahaha.. 

So far baju-baju yang Kak Pilla pilih semua muat walaupun tak kuasa nak amik tali pengukur pastu nak ukur kat badan hahaha.. main gamble je pilih size refer kat model yang pakai.. Kalau rasa model tu slim sangat.. dia pakai S, so Kak Pilla akan pilih M.. Haaa cenggitu.. bila bukak parcel.. try, fuhhh selamat muat ;)

Jom tengok OOTD Kak Pilla ye.. Harap korang pun suka pilihan Kak Pilla.. Untuk memudahkan korang jugak, Kak Pilla siap-siap letak link dan harga untuk memudahkan korang.. readers i semua manjaaaa.. i paham sangat dah... hahahahahha.. 

OOTD #1

Disebabkan Kak Pilla terpaling suka OOTD ni so kita letak gambar ni paling atas ok? hahah matiklah syok sendiri acaner ni.. Korang mungkin tak percaya harga blouse tu rm28.60 je hahahha bag tu rm12.20 gila betul tu.. nak nangis sebab tak percaya kenapa ada website jual baju and handbag semurah ni.. So mari berjimat dan tetap nampak vogue.. walaupun orang kata perasan, eh lantaklah hahahah janji kita dah amalkan berbelanja sambil berjimat cermat hehehehe.. Kak Pilla padankan dengan long skirt warna hitam dan kasut hitam.. shawl pon hitam, so bila pakai bag sequine gold macam tu terus rasa wowwww sangat walaupun rm12.20 hahahah.. 

OOTD #2
 

Disebabkan Kak Pilla tak banyak blouse polka dots so saja nak try amik polka dots pulak.. Ok kan? Lagipun baju ni agak labuh so kalau korang nak matchkan dengan black long skirt pon cantik.. Blouse ni tak jarang sebab ada lining dalam dia.. selesa sangat.. hujung tangan dia pun jenis bergetah.. boleh tarik sikit ke atas kalau nak.. Bag ni pun Kak Pilla suka sebab besar.. macam-macam boleh sumbat dalam bag.. bukan tu je tau, cuba korang click link bag tu.. bag tu 3 in 1.. beli bag tu pastu dapat lagi 2 bag kecik dalam dia.. baru rm59.50 untuk 3 bag yang lawa.. so apa lagi terus rembat.. bag kecik tu buat bag makeup ;) Ada warna lain jugak kalau korang tak nak black..

OOTD #3

Kak Pilla saja pilih blouse warna pastel ni sebab asyik pakai black je kannn.. Nak tukar selera sikit supaya nampak lebih fresh dan remaja.. hahahahha nak jugak feeling remaja.. Kalau nak gi jalan-jalan petang-petang dengan anak-anak boleh lah pakai camni.. Nampak lebih casual dan lepak-lepak gitu.. Match kan dengan bag kecik yang super comel ni.. harga rm16.10 je.. Kasih suka pulak bag ni.. Huhuuhuuu dia pulak nak, cemana ni? Tapi memang cute bag ni ada colour hitam jugak kalau tak silap.. Kak Pilla saja pakai sling macam tu baru nampak aktif hahaha.. Kasih yang suruh Kak Pilla slingkan macam tu.. dia kan fashion advisor Kak Pilla sekarang ni.. Oh ya, baju ni pun tak jarang so tak perlu risau ;)

OOTD #4

Blouse ni kain dia tebal sikit.. So kalau nak pakai malam pun ok.. Untuk pegi event or jumpa client pon sesuai jugak, korang boleh gantikan dengan skirt hitam atau black long pants.. Baju ni cutting dia kecik sikit so Kak Pilla amik size XL hahah amik kau.. XL dah ke size aku ni??? haha untuk baju ni je sebab dia ada tulis cutting slightly small..

Untuk nampak lebih formal, Kak Pilla gandingkan dengan bag yang lawa ni.. bag ni pun Kak Pilla suka sebab nampak lebih kemas dan formal.. Boleh buat bag pergi pejabat jugak.. Terus feeling-feeling jadi boss.. cemana ni?

OOTD #5

Kak Pilla selalu rasa yang Kak Pilla ni tak berapa sesuai pakai long dress.. Sebab sifat semulajadi yang tak berapa nak lemah lembut dan keperempuanan sangat kot.. Tapi saja tukar selera nak try black jubah ni.. Bila pakai nampak ok pulak kan? Lagipun kain dia jenis chiffon yang siap ada lining kat dalam.. Memang selesa dan tak melekat ikut badan..jubah ni ada belt sekali.. kalau nak pakai boleh, kalau tak nak pon boleh.. So kalau sesekali ada jemputan kat mana-mana boleh lah tukar selera kita pakai jubah kan? pergi office pun nampak kemas je.. tapi korang kene gayakan dengan shawl atau tudung yang ada warna lain sikit supaya baju tu tak tenggelam ok? Nampak bag tu? lawa kan? Sesuai kalau nak nampak lebih elegant :)

OOTD #6

Kak Pilla pikir banyak kali masa nak pilih jubah kat atas ni.. Sebab Kak Pilla perasan yang Kak Pilla ni selalu takut bermain dengan warna.. Kak Pilla selalu prefer plain colour.. Tapi bila tengok jubah ni terus rasa macam takpelah sekali-sekali nak try.. So bila jubah ni sampai dan Kak Pilla try, ok je, not bad.. at least nampak menonjol dan tak de lah plain sangat macam selalu tu.. Kak Pilla saja gayakan dengan shawl hitam untuk matchkan dengan bag yang Kak Pilla pilih tu.. If korang rasa menarik boleh lah try.. ada macam-macam kaler jugak jubah nie ;)


 Jubah ketiga yang Kak Pilla pilih ialah Army Green colour.. Kak Pilla matchkan dengan shawl bercorak yang matching dengan jubah nie.. Ingat ye, if korang pakai baju plain, lebih sesuai matchkan dengan printed shawl.. tapi jika baju dan bercorak, matchkan dengan plain shawl.. Jubah ni sama dengan yang warna hitam tu.. material chiffon dan siap ada lining kat dalam.. for this beautiful jubah or long dress memang murah sangat kot harga dia.. rm45 je.. kain pun selesa.. dan Kak Pilla suka jubah yang jenis tangan bergetah macam tu so bila nak amik wuduk pun senang sebab bila tarik ke siku dia tak terturun takut nanti baju basah.. Handbag kecik comel tu boleh pakai camtu atau nak nampak lebih casual boleh slingkan kalau pakai dengan jeans :)

Harap korang suka dengan OOTD Kak Pilla ya.. Kak Pilla cuma nak share je kat mana korang boleh dapatkan baju dan handbag murah-murah supaya korang still boleh nampak bergaya tapi still boleh berjimat cermat..korang leh beli kat  www.nile.com.my untuk pelbagai pilihan baju dan bag.. eh banyak lagi barang lain, tapi orang pompuan ni biasalah, baju ngan bag je lah paling kegemaran nak shopping hahahha.. bag dia geram-geram sebab lawa-lawa dan murah ;)

 Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba pada 19 Februari 2015 ini, Malaysia Trusted Online Shopping, nile.com.my akan mengadakan FREE DELIVERY promo dari 21 Januari 2015 sehingga 17 Februari 2015.  Cuma pastikan korang berbelanja lebih dari RM48 dan korang boleh enjoy FREE DELIVERY promo!!!!



Love, 
Filla.

10 comments:

namy said...

seronoknya..saya paling minat akak pakai baju pic no3. Nampak manis lebih =)

Unknown said...

wow....comey filla ni...akak your silent reader sblum ni...cantik2 semua baju n bag filla...salam perkenalan

Anonymous said...

ha..ha..nile mmg menggoda sungguhh...melayang rm200 sebab terclick...he..he..

Suraya said...

Nice..
Kak Pilla,
Tumpang tanya..jubah2 tu.. Especially yg merah tu..Material dia apa eik?
Tq..

Diana Kacak said...

kak filla..

baju polkadot tu akak amik size apa?

Unknown said...

bekenan tang jubah tu selera old scholl haha

Filla said...

suraya: yang jubah hitam dengan hijau tu sama material, kaler je lain.. tu chiffon, mmg selesa sebab lembut dan ada lining dalam dia.. yang merah tu macam tebal sikit so tak yah lining tapi dia ada belah tepi so kene pakai seluar kat dalam or kain...

Filla said...

diana kacak: alamak lupa dah rasanya M kot

Anonymous said...

Hanya utk GedEx service n peninsular ja.

Unknown said...

ohh..terjebak ngan kak filla lar nie..terpaksa klik link tue..haha..baju mengancam jiwaaa cantik!!!!