Tuesday, February 17, 2015

AKTIVITI HARI AHAD.

Selamat Malam dari Ahkak Mata Lebam.. Siapa? siapa lagiiii grrrr... 

 Dari last week dah berjanji nak jumpa Team Ellfie sebab ada banyak benda nak discuss.. now tengah plan untuk restock lagi Ellfie skincare sebab sambutan sangat-sangat menggalakkan.. Dapat banyak good reviews jugak pasal produk jadi kita tak nak pulak terjadi kes, customer order baru terhegeh-hegeh nak restock.. kita nak, customer order je, barang dah ready dah untuk dipos.. 

Kene rancang betul-betul sebab apa kita plan kadang bertukar-tukar.. kita tak nak sekadar berjanji tapi tak tepati.. seboleh-boleh kita nak cepat, dan so far, takde customer yang terima lambat, semua sampai on time.. ada lah sorang dua yang tetiba kitorang tak bagi nama kat Peej hahaha..  rasa macam dah bagi, rupanya belum.. saiko sangat tu.. Alhamdulilah order masuk non stop so kengkadang ada lah terlepas pandang.. kalau dah whatsapp tapi senyap, tolong whatsapp lagi sampai kitorang jawab jer.. 

 Ahad pagi haritu Kak Pilla bangun awal.. mandi terus subuh pastu siap-siap nak tolong hantar Pak Radie gi berbasikal kat Putrajaya.. Lepak dengan dia jap pastu terus gerak gi umah Peej.. Elly dah pesan 10 pagi sharp dia sampai umah Peej.. merasalah duduk luar kejap sebab call Peej tak jawab.. sib baik ada gang lain nak berwhatsapp ;)

Sampai lepak jap tunggu Elly then terus ke Coffe Bean Ampang Point sebab nak breakfast omputih..

Settle breakfast, terus balik umah Peej meeting.. kalau nama dia meeting dengan Elly awas ye.. dia siap dengan file, buku cheque, photocopy benda penting utk setiap orang.. pitam aku ngan Peej.. hahaha.. Kak Pilla memang dari dulu kalau meeting ke, dalam kelas ke memang akan gembira untuk tidur hahaha.. Tapi jelingan Elly tu maut sangat. terpaksa kitorang menahan gelak.. gelak dalam hati je... tapi korang tak dengar Elly kalau ketawa yang stok, ko ni ketawa ke nangis Elly? hahahaha.. ketawa sampai nangis memang favourite Elly hehehe.. 

Antara yang dibincangkan ialah pasal restock Ellfie Skincare dan plan untuk buat loose item.. day and night cream kita akan remain the size as dalam set tu.. tapi for cleanser and toner insyaAllah kita akan buat botol besar sikit untuk loose sahaja ye.. senang lah sikit untuk orang yang kehabisan stok cleanser and toner untuk membeli secara berasingan ;)

Ramai yang ingat set Ellfie ni trial pack.. No, ni memang set dia, bukan trial.. Set Ellfie insyaAllah boleh bertahan untuk sebulan atau lebih bergantung kepada cara pemakaian.. day and night cream jimat lah sebab kita pakai sikit-sikit je kan.. tapi cleanser ni amboi memasing pump kemain lagi kannn.. Tapi Kak Pilla sendiri suka ngan cleanser Ellfie, so biasanya akan pakai 3-4 kali sehari ikut suka hahahah.. 

Settle meeting kitorang pon start bekerja.. rasa dah macam kilang.. ko check kotak, ko gunting bubble wrap, aku masukkan dalam sampul poslaju.. berpeluh-peluh buat kerja ye.. berlengas-lengas memasing.. tapi tanggungjawab ni, semua yang dah ready untuk pos hari isnin tu, kene lah jugak kitorang siapkan.. kesian Peej nak mengadap sengsorang.. bak kata dia, mengalir peluh dari dahi turun sampai ke pusat.. hahaha

 yang sorang menjawab whatsapp dari customer.. kalau rajin dan ada masa, weekend pon kitorang akan jawab whatsapp ;) Alhamdulilah Ellfie dah sampai ke luar negara jugak.. if semua berjalan lancar, yang duduk di luar negara dah mintak nak jadi agent untuk Ellfie Skincare.. 

Ramai yang dah tanya nak jadi agent.. InshaAllah memang kita akan lantik agent, tapi kita nak buat betul-betul, tak nak tergesa-gesa.. kita dah plan untuk bantu agent-agent ni nanti..kita tak nak janji dah tolak kat agent, so kita goyang kaki.. no kita tak nak tu terjadi.. kita kene work as a team.. so doakan perjalanan kami yang masih jauh ni ye.. 

Ramai jugak yang dah whatsapp good feedback pakai Ellfie Skincare, tapi kita kumpul lah dulu ya untuk jadikan testimoni.. ni Kak Pilla nak bukak mata pon tak larat.. rasa nak letak mancis je..

 Peej tak bagi amik gambar dia sebab dia dah macam gaya basketball player dengan singlet dia.. tak kuasa nak tukar baju kata dia.. berani melawan peej? iya kan ajer.. 

Ko tengok Elly dia main sauk je cardigan dia sampai terangkat kat blakang hahaha.. tu plastik hitam bukan plastik sampah ye.. tu plastik isi envelope poslaju.. 

 Jom pakai Ellfie Skincare. 

Harga Pengenalan
Semenanjung : RM110.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM120.00 (Free Postage)
 Ok nak tido, kang tertangkup pulak kepala depan pc ni..  autopublish esok pagi lah.. so jangan ingat i dah tertangkup dpn pc bila baca ni ye.. i dah fresh segar dah ni ;)

Tata korang ;)
_________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi shawl-shawl menarik yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE




Love, 
Filla.

No comments: