Monday, February 02, 2015

AWAK NAK PEGI MANA KAK PILLA?

*Ehem*
Few days lagi Kak Pilla akan gi travel lagi.. Macam biasalah kalau gi travel je malas nak fikir apa nak bawak.. Malas nak kemas bag... Memula ingat nak cabar diri sendiri untuk travel alone.. Tapi bila pikir balik, tak yah nak menggelabah sangat nak alone-alone konon.. Pastu bila memikirkan aku tak sanggup duduk bercakap dengan dinding sorang-sorang, dan aku takut tido dalam bilik hotel sorang.. takut nanti tetiba dengar bunyi orang renyuk-renyuk plastik, check kat bilik air takde apa-apa.. pastu rasa nak nangis, kenapa hantu ni kacau aku????? rupanya orang hantar suratkhabar masuk dalam plastik sangkut kat luar pintu bilik.. saiko sangat pilla nie.. eh takuttttt...so adalah lebih baik paksa Pak Radie ikut sekali.

Padahal aku tau Pak Radie tu cemana.. dia bukannya tak risau, tapi aku tau dia percaya aku boleh buat.. dan aku sendiri percaya aku boleh travel alone.. dia dah suruh aku gi sendiri dah, tapi make sure semua smooth dan teratur so dia takkan risau pasal aku.. aku rasa aku akan ok, tapi semakin dekat hari nak pergi, aku dah berbelah bagi dan berpeluh-peluh.. hahahaha.. mungkin kalau aku bujang aku gamble.. tapi bila dah kahwin ni kita dah biasa berdua.. so rasa tak sedap hati pegi sendiri.. lagipun parents aku kalau boleh tak bagi aku pergi sendiri.. hahahah aku kan kesayangan Wan? ye ke???? hahahaha.. dari remaja kot Wan takut nak lepas aku ke mana-mana sebab dia risau.. tapi aku masa remaja kan eksyen.. lagi Wan takut, lagi aku buat hahaha.. konon nak buktikan, well i'm fine, don't worry much about me, i'll be ok.  tapi rupanya Atok Braim lagi teruk.. hahahah siap call aku cakap tak boleh pergi kalau Pak Radie tak pergi temankan.. Ayo Apaaa Amaaa.. why like this.. lagi hati aku berbelah bagi.. 

Kesimpulannya, Pa jom!  dah Pak Radie pulak "kena ke? eishh malas.. eishh.. kene ke?".. macam tulah kitorang ni.. ntah apa-apa ntah.. aku kan selalu busy.. kadang aku terpaksa gi rumah Peej sebab ada benda nak discuss dengan Peej pasal shawl, atau kadang kene jumpa elly sekali sebab ada discussion sikit pasal Ellfie Skincare.. sampai aku terpaksa balik malam.. Pak Radie bukan jenis kejap-kejap call, kejap-kejap whatsapp.. ramai pelik, laki ko ni tak sayang ke apa? sebenarnya itulah jodoh kita.. sebenarnya aku suka Pak Radie jenis macam tu.. sebab aku jenis rimas orang call-call, whatsapp tanya awak kat mana awak kat mana? bila nak balik? jumpa sapa? betul ke? Hoii boleh buat naik angin tu.. hahahahha... aku pun jarang nak tanya-tanya dia awak kat mana? awak kat mana? eii rasa nak lempang diri sendiri je.. janji dia cakap dia balik lambat.. so aku dah tak risau kenapa dia balik lambat.. macam tu jelah.. so hidup lebih aman dan damai.. sebab tu mungkin serasi bersama walaupun bila gurau-gurau depan anak pun ada adegan hampir bertumbuk.. Kasih geleng kepala je tengok mak apak dia.. kadang siap marah papa dia lagi.. "Papa, kenapa buat mama macam tu?" itu kalau Pak Radie kelepet tangan aku pastu pulas sampai aku terpekik-pekik.. Amaani kalau tengok adegan tu confirm menangis.. hahahah dia kan berhati kaca.. Aleesya kalau tengok memang dia gi serang apak dia.. mungkin dalam hati dia berkata "Berani buat mama macam tu? Nahhhh hamek pukulan maut ni, rasakan!" yang aku pulak depan anak-anak confirm lah "tolonggggg.. tolonggggg.. papa buat mama.. sakittt sakittt sakitttt" hahahaha.. mak dia memang drama terlebih sikit ;)

Eh aku ni nak type lain jadik lain dah kenapa ni.. Mana nak pergi kali ni terpaksa dirahsiakan.. Tak surprise lah bagitau hahahahaha.... Tapi InshaAllah tempat yang Kak Pilla nak pergi kali ni best gila kot.. Kak Pilla janji bawak pen dengan buku dan Kak Pilla akan cuba kumpul seberapa banyak info yang berguna untuk you all nanti.. mana lah tau, suatu hari esok korang pulak pegi sana.. boleh lah amik info dari Kak Pilla sikit kan? kata sharing is caring.. 

Oklah nak nyanyi sikit "Menghitung hariiiiiii, detik demi detikkkkkkkkkk"



Love, 
Filla.

4 comments:

aleen afifi said...

kalau akk terfikir fikir nak g travel sorg kan pastu rasa takot then ajak pakradie dia xmo ikot...kak pilla ajak kita pon xpe...kita bole je teman...



ekekkekekek

Anonymous said...

Pegi india kannn

mel said...

apa pen dengan buku niiii. kelakar pls, kak Pilla!

Liyana said...

lawak ler kak pilla. tergelak membaca nye haha