Tuesday, February 24, 2015

RESEPI DAGING MASAK KICAP PEDAS.

Kat rumah memang jarang beli daging sebab selalu fail nanti daging liat.. Kadang tu beli batang pinang pon ada masa liat.. samada Kak Pilla telah ditipu penjual daging atau Kak Pilla yang salah siang daging.. Daging kan ada cara nak potong.. kita kene lawan urat daging tu.. Masalahnya mata Kak Pilla ni kadang rabun.. so main belasah je potong janji cepat hehehe..

Daging masak kicap bukanlah favourite Kak Pilla, tapi sebab dah lama tak makan so masak jugaklah.. Kat rumah tu yang gila kicap is Pak Radie.. makan je mesti kene ada kicap ;)

Tapi terbayang lauk ni makan dengan nasi.. Nasi tu pulak kene letak dalam mangkuk dan makan dengan chopstick hahaha.. ni pengaruh tahun baru cina ke pengaruh baru balik jepun? diorang kalau makan memang kene angkat mangkuk letak dekat dengan mulut.. pastu ketip-ketip je lauk letak dalam mangkuk pastu ngap.. Korang tak tau.. Kak Pilla masa kecik-kecik suka berangan.. makan nasi pakai chopstick.. walaupun orang makan 10 minit dah siap, Kak Pilla makan 1/2 jam baru siap.. I don't care.. janji macam kewl hahah.. pastu suka makan kacang buncis yang Wan masak tu.. Kak Pilla akan anggap kacang buncis tu cili padi.. pastu buat-buat lah berlakon sorang-sorang sambil makan tu sambil kepedasan.. *tumbukmukasendirisebabkodahkenapasaikosangat*

Jom tengok cara paling senang nak mampos masak daging masak kicap ;) 

Tak kuasa nak tulis bahan-bahan satu-satu ye.. tu pegi google resepi orang lain hahaha.. 

Apa yang ada dalam fridge boleh kita campakkan sekali.. Lebih kurang jugak macam masak paprik.. hentam je.. bawang putih tu hentak-hentak je.. 

daging agak-agak ler yaaa.. 

Panaskan minyak sesenduk.. pastu tumiskan bawang putih.. Kak Pilla memang ada bawang merah blend so campak je sesudu.. 

dah nak garing tu letak satu sudu cili kering blend.. Kalau takde budak nak makan.. letak je 4 sudu hahaha.. 

Kalau tumis cili, kene makesure garing ye.. oh kalau suka halia boleh hiriskan halia jugak.. tapi kali ni Kak Pilla tak letak halia ;)

Selepas tu boleh letakkan kicap manis, ikut suka nak letak berapa banyak.. serbuk lada hitam 1 sudu kecil, dan kicap soya pekat (boleh letak ikut tahap kehitaman yang kita nak) kicap pekat memang Kak Pilla sentiasa ada kat rumah.. sebab kicap pekat tak masin, dia cuma nak bagi warna dalam masakan ;)

Then masukkan daging.. kalau korang beli daging biasa, better rebus dulu daging tu siap-siap sampai empuk.. dah empuk baru masuk dalam masakan macam ni.. curah je dengan air-air rebusan tu yang sodap ;) Kalau pakai daging je terus camni.. sila tuang air panas bagi dia berkuah sikit.. pastu masuk garam agak-agak lah banyak mana ye.. pastu kecikkan api, tutup kuali tu bagi dia empuk.. 

masukkan segala sayuran yang ada.. lastttt sekali baru campak daung bawang.. terus tutup api.. kalau takde budak nak makan.. boleh hentak-hentak cili padi tu dalam 7-8 bijik.. fuhhh lagi sedap.. ni budak kecik ramai.. so siapa nak cili padi tu.. kene kutip dalam lauk ni pastu gigit lah sendiri hahaha.. 

*gambar ulang tayang*

pastu saja masak petola sebab dah lama tak masak petola.. Pastu cakap dengan bibik..

"Bik keluarkan petola saya nak masak"
"Petola tu apa? Tak ada dibeli semalam"
"Eh ada lah kita beli semalam, dia tak masukkan ke?"
*bibik selongkar petiais*
"Tak ada"
"Adaaaaa"
"Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, petola tu Gambas ya puan?"

apa-apalah bik, Gambas ke Gambus ke.. mano lah den ghoti... den tau petola yooo.. 



Love, 
Filla.

8 comments:

ieyka dinda said...

aah gambas hehe

dedulu arwah ayah sebut gambas. masak simple je kan gambas ni tp sedap yakmat hehe

farae al-farafisya said...

Bibik kak filla Jawa eh?
Gambas tu untuk bahasa Jawa kak filla..hehehe..

sharon m.q. said...

"Kak Pilla akan anggap kacang buncis tu cili padi.. pastu buat-buat lah berlakon sorang-sorang sambil makan tu sambil kepedasan."

Muahaha...part yang ni memang tak boleh blah tau.. Gelak sorg2 kite baca.. hahahaha..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Oooo.. sy tahu gambus jer bik... hihihi

Anonymous said...

Kak Pilla...

Jujur sy ckp.. sy mmg suka tgk gambar makanan yg kak Pilla masak..

Semua nampak sedap..

Sayur gambas tu pun nampak mabeles.. siap ada bawang goreng...

Teringin nak rse masakan kak Pilla.... :(

Mrs pink said...

so tempting .. trus rasa nak cuba. thanks for sharing the recipe ;)

JMR said...

apsal tengok gambar daging masak kicap ni pon boleh terbau-bau kat sini..

Unknown said...

Aduhaii..google cari resepi daging kicap. Nampak je gambo ni jd lapar la plak