Thursday, February 12, 2015

I'M BACK PEOPLE.

Assalamualaikum..

Merenung ke celah jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku..

Dan bila fajar menjelma, itu permulaan hari baru, dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu.

Dalam perjalanan banyak persimpangan, di mana kita bertukar arah, kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan, di mana kita tersilap langkah.

Kadang kala waktu berhenti, ku toleh ke sisi, engkau tiada di sampingku, tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi semuka dengan sahabatku.

Lirik lagu yang cukup dalam dan indah.. kalau korang hayati betul-betul lirik lagu ni penuh makna dan dalam sangat untuk kita terjemah ikut pemahaman masing-masing..  

Dalam perjalanan banyak persimpangan, di mana kita bertukar arah.. terbayang masa kat Jepun tengok map, bersimpang siur banyak warna, ada berapa banyak Line tak tau lah nak cakap.. itu perjalanan yang kita boleh rancang.. di mana kalau tersilap amik Line kita boleh cari balik jalan untuk ke tempat yang betul.. dalam hidup?? kita merancang dan tuhan yang menentukan.. kita tak tau jalan yang kita pilih tu betul atau salah.. tapi selagi tak cuba cemana nak tau betul ke salah, betul tak? jangan takut untuk gagal, jangan takut untuk cuba.. at least bila kita cuba, kita ada dua kemungkinan, berjaya atau gagal.. tapi selagi kita tak cuba, dah terang-terang takkan ada kejayaan kat situ, yang ada cuma kegagalan dan terus duduk di takuk yang sama.. kalau jalan yang kita pilih menuju kegagalan takpe, bangkit dan belajar dari kesilapan.

Ok gambar takde kene mengena hahahaha.. Ohoi banyak gila gambar tolonglahhh tolongggg hahaha.. kalau korang nak Kak Pilla update cepat-cepat entry Japan, sila doakan Kak Pilla tabah dan rajin untuk edit gambar, utk tulis betul-betul info nak share ngan korang semua k.. bukan kerja mudah ye.. kang salah info matiklah.. 

Sekian saja lirik lagu untuk kita renung-renungkan. 

Tata.


Love, 
Filla.

9 comments:

As nur hidayah said...

bestnyer dapat jalan2

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Thanks for the words kak filla.... :)

-farah azila- said...

Xsabar tunggu next entry kak pilla....💖

fina.S said...

welcome back kak Filla.. hehe, ok ok x sabar nk baca kisah kamu di Japan, semoga tabah edit entri and gambar =)

Anonymous said...

thanks kakpilla...your entry buatkan sy lebih smngt tuk hbskan stdy.. =)

namy said...

tak sabar nak tgk picture kak Pilla di Japan.. cepat2 update Kak..

Afiqah Azmee said...

japan kak pilla jalan mana! mesti ramai nak tau nii hehe saya dok japan! tapi dah nak balik dah huwaa. anyway memang pening bab train dia haha T___T

Mrs Little Voice said...

Cepat pilla...tak sabar ni

Anonymous said...

Entry japun ni plg kt tggu2!;))