Thursday, February 26, 2015

RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI PAKU PAKIS

Haritu teman Kak Ti kat office ni gi pasar.. Tapi malas nak turun, so tunggu dalam kereta je lah.. Tetiba masuk kereta Kak Ti cakap dia beli pucuk paku pakis dua ikat.. seikat RM1 je.. "Ko nak La? amik la seikat ni".. Wah terus terbayang masak lomak cili api ;)

Balik rumah campak bag, bukak tudung, sinsing lengan baju, terus melangkah ke dapur siang pucuk paku.. Bahan-bahan untuk lauk ni senang jer..

 Siapa suka pedas, boleh tambah lgi cili padi tu.. tumbuk kunyit hidup, cili padi sampai lumat.. lepas tu hentak-hentak sikit ikan bilis tu.. 

campak dalam periuk, letak air sikit.. Kemudian boleh masuk santan.. sukahati nak pakai santan kotak (1 kotak kecik) pon boleh, nak pakai santan segar pon boleh.. biar menggelegak, api kecik ye.. kacau jangan sampai pecah minyak.. campakkan asam keping tu (size kecik) dan letak garam sikit..

Last sekali masukkan pucuk paku dan kacau hingga pukuk paku menjadi lembut dan empuk.

senang giler kan? heheheh.. Kak Pilla tekak kampung so suka makan lauk kampung.. Pak Radie tak pandai sangat makan nie.. tapi dia tak nak mengaku heheheh

Masa ajak orang rumah ni makan kemain lagi eksyen macam masak 10 jenis lauk.. "Paaaa, Kasih, Amaani, Aleesya, jom makan, cepat kang sejuk tak sedap".. 

Pastu Pak Radie datang muka macam terkejut pastu macam dalam hati berkata "Laaa ni je? ingatkan lauk 8 jenis tadi"

Pegi amik bantal, tido luar!


Love, 
Filla.

4 comments:

Faizah Azmi said...

the best lauk ever kot !

Norhayati Shamsudin said...

Ayat yg last tu mmg champion.. Hahahaa

Eppiey Milo said...

kenapa x de bawnag besar bawnag putih.. apa rasa tanpa bawang?

Kisah Cikgu ieta said...

Masak lemak memang tak yah letak bawang putih. Macam yanh Pn. Aleeya masak ni pun, sodapppp...

Fuhh dasat nih... Duduk 1st page google rank ke 2 entri Puan ni. Mudah difahami. Tahniah Puan. Keep up writing & blogging ^__^