Friday, February 27, 2015

PETUA JIKA TERCEKIK TULANG IKAN

Siapa follow FB mesti dah tau apa yang melanda Kak Pilla dua hari lepas.. Ni kes tercekik tulang ikan!  Ei benci betul bila tercekik tulang ikan ni tau.. rasa macam phobia semacam.

Ni ikan selar ni punya pasal lah nie.. Masa tercekik tu dah suapan terakhir kot.. Tetiba rasa ada tulang kat leher belah kanan.. Tersenyap kejap terus pandang muka Pak Radie.. "Paaa, tecekik tulang!!!!" dia pandang muka aku terus bagi nasi kepal seketul.. "Nah telan" tapi tak jalan yeee...

Cerita pasal tercekik tulang ikan ni aku ada pengalaman ngeri masa umur 7 tahun.. Tak ingat dah pernah share ke belom kat blog.. Masa tu kitorang duduk kat Sabah.. Tiap-tiap weekend kitorang akan pegi rumah Atok sedara kat sana.. Arwah Atok sedara ni adik beradik ngan Tok Braim nyer bapak yang kat Melaka tu.. Tapi sebab dah lama dia duduk sana.. so kitorang masa membesar kat sana, adalah jugak Atok.. takde lah rasa terbuang di negeri orang gitu.. hahah ok dah tersasar cerita.

So masa tu makan nasi lauk ikan.. Tapi serious dah tak ingat ikan apa.. Tapi tercekik tulang masa tu memang paling teruk.. Wan panik jugak.. Kak Pilla dah menangis-nangis.. Last-last Wan tarik pegi sinki.. dia jolok nak carik tulang tu.. Teruk gila kot, Kak Pilla sampai muntah darah sebab luka kot tekak tu.. tulang ikan tu Wan dapat amik.. Ingat sampai sekarang sebab tulang tu jenis macam bola kecik yang berduri tu.. omg, tulang ikan apakah itu?  

Pastu esoknya Wan bancuh air oren letak ais.. tak ingat sebab ada orang datang rumah ke, atau saja-saja je nak minum.. Lepas minum oren letak ais tu, Kak Pilla tak boleh bernafas.. Scary ok.. Sesak nafas ni jangan main-main ye.. Wan ngan Atok tak cakap banyak, terus bawak gi Hospital.. Nama hospital tu Queen Elizabeth Hospital kat KK.. Tak tau lah wujud lagi ke tak hospital tu sekarang.. Masuk kat emergency, terus kene tolak kat stretcher.. Tapi sebenarnya masa on the way tu tetiba Kak Pilla boleh bernafas macam biasa.. hahaha.. pelik sangat tu.. Tapi takut nak cakap ngan Wan.. nanti dia ingat Kak Pilla menipu nak bagi dia panik.. Eh tapi betul lah, kat rumah tak leh napas.. dalam kereta masa on the way tetiba je ok.. Tapi Kak Pilla terpaksa meneruskan lakonan hebat masa tu.. Terus doctor bagi pakai nebulizer dan buat check up..
Eish takut kot, kang doctor tau budak ni menipu hahahahha.. Pastu dah tak ingat apa jadi.. Tapi memang disebabkan tercekik tulang tu, Kak Pilla dapat asthma.. dan disebabkan tu jugak, berapa tahun Kak Pilla tak makan ikan!! nampak ikan pon terus jadi phobia.. Lama-lama Wan marah, Wan suruh belajar makan ikan, jangan takut.. Ingat lagi, ikan pertama yang Kak Pilla cuba makan setelah bertahun tak makan ikan ialah ikan sardin dalam tin.  Hahahahahhaha.. lepas tu start balik makan ikan, tapi bila ada ikan dalam mulut, Kak Pilla akan kunyah lamaaaaa gila, pastu nak telan berdebar-debar.. bila telan takde apa-apa terjadi terus hembus nafas lega.. Saiko sangat.

So dua hari lepas yang masa tercekik tulang tu, Kak Pilla tulis kat status FB mintak pertolongan sebab Kak Pilla diserang panik.. 


Maizatul Amira, hahaha tak tau pun ada saudara yang lahir sonsang.. so tak dapat lah nak cuba petua tu hahaha..

Wan Hazizah/ Mama dan Nhanim : Dah muntah 80x yer.. tulang tak jugak keluar.

Noorul Jannah: Tak sampai hati nak minum minyak masak.. Eh kenapa kak elly? hahahaha

Alida Jalaini: Pisang takde kat rumah huhu

Haikal Hanif: and Syahmien Samsudin: Dah try, tapi tulang masih terlekat kat tekak :(

Klinik? Malassss nak keluar dah malam-malam.. 


Ramona Ramli: Hahahaha ini lawak.

Ok, Kak Pilla try tarik telinga sambil minum air.. sakit telinga ahkak tau. tulang tak keluar.

Annnnnnnnyyyyyyyyy!!!!!! Jom makan nasik goreng.  Lempang baru tau.

Elly ko memang firestone kan.. Lepas ni nak block dua orang.. Anny and Elly.. 

Alhamdulilah dah keluar dah tulang tu.. Eh bukan keluar lah, dah tertelan kot malam tu jugak.. Nak tau petua siapa yang berjaya menyelesaikan masalah Kak Pilla??? 

Orang tu nama dia Ramona Ramli dan Lynn Shuk!!!! Kak Pilla guna sekeping je roti.. sambil buat kerja kat komputer sambil koyak roti.. kepal pastu kunyah sikit-sikit pastu telan.. Pastu tetiba rasa tulang tu dah takde sebab telan ailio dah tak sakit.. 

So kepada sesiapa yang lepas ni bakal tercekik tulang silalah cuba mana-mana petua yang kengkawan FB kita share tu.. mana lah tau, ada yang sesuai untuk u olls :)

Thanks kepada yang share petua tu yer :)


Love, 
Filla.

20 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Hospital tu masi ada lg.. n da tmbh cntik lg...n da ada hospital queen elezabet 2 plk...

Wizana Arbain said...

Hahahahah petua anny paling win! Hadoii gelak sampai kuar aimata hoihhh😂😂

kathy jem said...

Ngeri weii kalau tercekek tulang ni..aku zaman sekolah dulu selalu kena..dekat seminggu baru hilang tulang kat tekak tu..

wani ezryl * said...

haha bila baca ni teringat sy zaman budak-budak dlu sampai teenager memang kerjanya tercekik tulang ikan aje. sampai mama sy xheran dah kalau tercekik. petua yang sangat berkesan adalah makan nasi kepal tu. sekali telan laju2.

tapi paling xboleh lupa adalah tercekik dawai berus sental periuk kat kedai makan.. time tu makan laksa. mmg hazab sungguh la.

Saiful Shaik ~ صيفول اسلام said...

Ikan Selar kecik ni goreng garing macam ni memang sedap. Puan wifey saya baru masak early this week. Bertambah2 nasi. haha. dulu saya tersangkut tulang nenek suh kepal nasi sebesar bola golf dan telan laju2. Memang tercekik nasi lepas tu hahaha... but in the end tulang tu hilanglah.

Soya Bean said...

hospital queen Elizabeth masih ada kak pilla tu hospital paling otai d sabah, n sya kerja ctu hahah

Anonymous said...

Petua mmkan benda bertulang ..jgn bercakap..different saluran di tekak akan menyebabkan tersangkut

Norliney Ghazali said...

hai, akk singgah jalan2. really good info. Nice blog. Jemput singgah umah akak jugak. http://lineyghazali.blogspot.com/

Adliza Azilda said...

Hahahaha. suggestion kak anny and kak elly memang win habissss. mengekek gelak baca sume komen

ADDEANNA WONG said...

masih wujud hosputal tu kak pilla. sekarang dah tambah besar dah, btw, heyyyyyyy kak pilla dari orang Sabah :P lenkali, sebelum makan, picit dulu ikan tu. make sure xda tulang. kekeke. main-main yer kak pilla~

CikFa said...

Ramona ramli tu paling klako.. adeh bole plak terbersin kuat tulang klua. Tak brenti saya gelak

Anonymous said...

ada org ajar klu tercekik tulang...minum jus limau nipis sesudu..nnt tulang tu reput..tp valid klu tulang ikan je la..tulang lain tak valid...hahah

Anonymous said...

Salam kak.. Petua fmily sya plak klau tgah mkn then tba2 trcekik tulang jgn panic. Rilek jp tarkh nafas n sambil tawakal, kita pusing pngang mkan kita tu sambil doa la pusing kejap je dlm 60° n try telan air liur blik. Insyaallah menjdi. Kcik2 zati slalu jd n bt mcm tu la. Skrg alhmdulillah xjd dh. Mgkin sbb jrang mkn ikan sungai yg tulang byak kot. Kta pusing pgan tu smbil niat la agar tulang yg trlekat tu pon trpusing lurus n bleh lpas telan.. Hihi..
Zaty Zaky

Anonymous said...

baru baca..tq la filla betul la kan roti boleh lah hilangkan tulang..

lynn shuk ni..

mum2h said...

Hahahha Filla i baru baca entri u ni

anyway glad that it helps u

XOXO
Ramona Ramli

Anonymous said...

thank you , i dah guna resepi roti u, within 20 second tulang tu keluar sendiri

Firdaus Firzany said...

Sekrang pon saya tu tercekik ni

Anonymous said...

Thx for petua tarik telinga tu..nmpak agak kelakar bila buat tapi menjadi la pulak..tulang dah x ada,telinga merah ada

princessdina644@yahoo.com said...

tolong i punya tak nk keluar

Anonymous said...

Hi Semua.

Saya baru sahaja alami kes ini juga. Saya ada kongsikan dalam blog saya tentang pengalaman saya. Harap tips ini akan berguna untuk anda, silakan baca di sini:
-->> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.my/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html