Saturday, February 14, 2015

TEMPAT MENARIK UNTUK BERKELAH DI KL

Rasanya dah 2 weeks ago kot pegi sini.. Kalau follow blog ni dah lama dah tau kot tempat ni kat mana kan? Actually ni kat Kemensah.. Tau tak? Alaaa yang masuk dari zoo negara tu.. Memang sesuai sangat kalau nak sewa kat sini weekend untuk buat makan-makan dengan family.. Tapi kene ramai lah sebab kalau tak ramai tak meriah dan tak berbaloi lah nak sewa.. 

So picnic kali ni bersama keluarga mentua.. Kampung Pak Radie dekat Kg. Pasir Ulu Klang tu je.. ni pun actually tempat Atok sedara Pak Radie yang dia sewakan untuk orang nak datang picnic kat sini.. Masa ni ajak Wan ngan Atok sekali dah lama Atok ngan Wan tak jumpa Nenek ngan Atok Shah Alam.. so mari kita lepak mandi manda.. Ni pun first time untuk Aleesya jugak, Kasih dah pernah dah mandi kat sini.. Amaani masa tu dalam perot kot? hehehe dah tak ingat dah ;)

Leecha dah geram dah tu nak terjun..

Sampai je terus salin baju dah tak sabar nak terjun ni.. Tempat ni best sebab air dia sejuk pastu ada kolam untuk budak yang tak dalam sangat.. Masa ni ada kejadian kelakar.. Kak Pilla ngan Wan lepak tepi tu dengan Aleesya.. pastu borak-borak.. Amaani dengan Nurin mandi kat kolam ni jugak.. pastu tetiba Wan jerit "Aleesya Aleesya".. Kak Pilla toleh tengok Aleesya dah takde duduk situ.. nampak macam tengah swimming (meniarap) dalam air.. tapi macam confuse ni Amaani ke Aleesya ni? dah lah masa tu tengah pegang bag dengan handphone, sempat letak bag kat tepi dengan handphone baru tangkap Aleesya hahahah... panik kejap.. tapi tindak balas tu macam lambat sebab ingatkan tu Amaani yang tengah swimming, rupanya Leecha! bila confirm baru tetiba darah naik ke muka sebab terkejut baru nak loncat selamatkan dia hahaha..

gambar sebelum kejadian.. Leecha ni bukan suka dipegang-pegang.. duduk kat pelampung pon tak bagi sentuh pelampung dia.. dah lah pelampung tu jenis senang terbalik.. grrrrrrrr...


Jenggo pon ikut terjerit-jerit Jenggo dalam cage sebab tak biasa kot tengok orang ramai-ramai bising hehehehe.. 

Dah nampak macam sebaya kan Amaani dengan Nurin.. Nurin ni cousin dia dah 6 yo.

macam-macam ok makanan.. penuh 2 meja tak tau nak makan mana satu hahah.. so amik nasi dulu letak sup tulang nak suap Aleesya.. last-last Kak Pilla yang habiskan.. 

Ni mak mertua masak jering masak lemak.. tak reti sangat makan jering tapi boleh lah makan sikit-sikit tu.. 

masak lemak kobis letak cendawan.

kuah kacang makan dengan nasik impit

Tengok tu berlambak kot makanan.. Kak Pilla bawak spaghetti buat lebih malam sebelum tu so saja bawak..

siap petai lagi..

ni bahagian goreng ikan masin, goreng karipap.. hujung lagi tu tempat BBQ pulak

 
 Tukang cuci botol susu anak ;)


Cik Ana, Cik Aya dan ibu mertuaku.. ni dah plan ke apa baju sedondon hahah

puding pon ada

Ni meja otai.. meja Atok-Atok

Tak lama lepas tu amik nasik ngan lauk terus membawa diri makan sorang-sorang sebab nak feeling-feeling dengar bunyi air terjun hehehehe...

Sedap betul makan kat kawasan ala-ala kampung, sejuk dengan bunyi air terjun plak tu..

Eh? ni nak buat apa? makanan dah belambak dah tetap nak masak maggi? 

Ni projek Pak Radie ngan Kasih ngan anak-anak buah.. Papa memang budak camping dulu, jenis suka masak-masak dalam hutan.. dia cakap kene ajar sikit budak-budak ni biar jadi kaki camping jangan nak terperuk je duduk rumah main ipad.. iyolah...

Makanlah korang ramai-ramai dalam besen tu.. hahahah.. Papa masak cemana tu macam hancur je maggi tu dia kerjakan? ye ye je puji papa masak sedap huh.

Air ni sebenarnya air dari atas bukit, buat saluran turun dan tadah kat sini.. sebab tu lah sejuk.. best kan???

Ok jom kita usha kawasan ni kot-kot korang nak plan berpicnic ramai-ramai kat sini kan... Kak Pilla suka kat sini sebab dia privacy sikit dari yang atas-atas lagi tu pon ada jugak boleh sewa tapi macam open sangat.. sini kalau korang sewa, korang-korang je tak campur orang lain ;)




Ok dah habis dah gambar hahahah ni pun cilok anak buah nyer gambar.. 

Ada tempat mandi, pastu ada tempat nak BBQ, ada meja besar jugak nak letak-letak makanan.. lepas pakai kemas bersih-bersih tau.. toilet pon ada.. nak solat pon boleh bawak sejadah ngan telekung ada bilik kat bahagian atas tu boleh solat ;)

 Leecha dah siap mandi pastu milk dan terus tido.. Ni saja bawak katil askar yang boleh lipat tu..

Ok lah hari pun dah petang, kitorang nak balik dulu.. Raja Syasya with Kasih.. ni lah cousin Kasih yang paling energetic hahah dengan Azhar lah of course!

Siapa nak sewa tempat ni boleh contact:

Atok 019-2485907

Love, 
Filla.

16 comments:

Anonymous said...

Filla, kalo nak cal panggil atok gak ke? Thx

CikFa said...

Kak filla, price dlm bapeeee. Cam menarik je.. bole muat dlm bape org ek..

Filla said...

a ah panggil je Atok x kisah

Filla said...

harga kene tanye sbb akak pon x tau..bole muat ramai sebab luas ;)

Nadiah Hanum Wahab said...

Ehhh dekat dgn umah kita dah ni...tapi tak pernah pegi lagi...hehe..

Anonymous said...

apa nama tempat ni? nanti boleh pi...:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Menarik!

nik nur khaireen - anugerah cinta said...

raja syasya n kasih cantikkk...dah besar berebut org nak masuk minang :)

Afidah Azmi said...

Eh tak tau pulak dalam KL pun ada tempat picnic yang menarik...Pasni leh pergi dengan member2 pulak lah.

http://binimazlan.blogspot.com/

Anonymous said...

filla..salah nombor laaa...

aynadys said...

Assalam kak pilla ni boleh tidur2 x?

Filla said...

nik nur khaireen: hahah takuttt...

aynadys: boleh tidur tp macam tak selesa sangat jeeee..

no tepon atok tu betul...

CikFa said...

Kak filla sori nak tanya. Tu no tu nombor tok braim ke no org yg uruskan tmpt tu yek?

Anonymous said...

tmpt ni dekat dgn tmpt atv ke?

selipar hawa said...

kt mana ni..masuk ikut kg pasir ke?

Anonymous said...

salam . . . boleh saya athu nama tempat ini . . . td cuba call no hp atok, tp malangnya xdapat . . . sebab sy bercadang dan ingin bawa semua keluarga keluarga saya berkumpul beramai2 disini