Thursday, March 20, 2014

PENCERAHAN.

Assalamualaikum.

Selalunya aku malas nak layan comment yang menghentam atau negatif dari anonymous.  Sebab aku malas nak bercanggah-canggah pendapat dan sebagainya.. Tapi sebab this anonymous actually not anonymous.. dia adalah 'jiran' aku jugak walaupun agak jauh.. 


First of all i mintak maaf if entry i tu membuatkan u sentap.  I takde maksud buruk.  Setiap orang ada pendapat masing-masing dan cara masing-masing untuk melayan maid masing-masing.  Same goes to how u educate your children.. aku didik anak aku macam ni.. kau didik anak kau macam tu.. mungkin kau tak suka cara aku, dan mungkin aku tak suka cara kau.. tapi tu anak kita masing-masing.. so terpulanglah cara mana kita rasa terbaik untuk anak-anak kita.. 

ye betul, bibik aku ni baru je setahun kerja ngan aku.. sebab tu aku ada mention, aku tak puji dia sangat, dan aku tak kutuk dia sangat.  macam-macam kemungkinan boleh belaku di kemudian hari.  Sama macam kalau bercinta.. tak perlu canang satu dunia boyfriend kita paling hebat, paling romantik, paling gempak, kita tak tau masa depan.  if satu hari besok dia tinggalkan kita, sapa malu? 

Aku tak tau if aku tak berperikemanusiaan sebab tak bagi bibik aku berborak dengan gang-gang maid kat luar sana.  bibik aku sendiri tak suka nak berborak kat luar.  kata dia lah.. if dia tipu aku, maka tipah tertipu lah.. tapi neighbour aku yang ada maid pon yang kat sebelah ni, majikan chinese.. tapi susah gila nak nampak maid dia sebab dia selalu ikut majikan dia gi jaga kedai.  sebelah aku ni indian, tapi tak de maid.  kalau nak berborak pon terpaksa lah borak ngan aku je.... nasib kau lah bik.. 

Aku kalau berborak ngan bibik ni, memacam isu aku borak.. now latest pasal isu MH370.. pon boleh jugak jadi isu.. ada jugak aku kawan berborak kat rumah.. dia cerita jugak kat Indon asyik keluar tv je pasal MH370, kakak dia yang selalu cerita kat dia.  kadang dia cerita pasal anak-anak dia, kakak dia yang baru lepas bersalin.. masalah-masalah dia.. cita-cita dia nak balik bercuti nanti nak borong segala rempah kari, kurma, sup nak masak kat sana.. dah tebal resepi aku dia salin :)

Ok sorry melalut.. bukan aku cerita ni sebab nak bagi tau aku ni majikan baik sangattttttttt lah tu.. no aku tak de intention pun nak memuji diri sendiri.. aku pernah naik angin juga bila dia buat hal masa mula-mula dia datang dulu.. sikit lagi aku nak hantar dia balik masa tu..tapi dia admit kesalahan dia dan janji untuk berubah.  aku bagi dia peluang dan so far dah setahun ni nampaklah dia betul-betul berubah.  cuma aku tak suka bibik aku berborak-borak melepak kat luar sana.. so itu cara aku.. dan dia pon takde rasa tertekan sebab dia sendiri pon tak suka nak melepak sembang kat luar.. aku tak pernah halang dia kalau dia nak keluar weekend untuk jalan-jalan.. tapi dia sendiri yang tak nak sebab kalau keluar nanti duit dia habis.. cuma nanti dia nak keluar dengan Wan nak gi Sogo sebab nak beli barang-barang untuk anak-anak dia sebelum dia balik bercuti.. 

Kita tak boleh pergi kat orang pastu cakap, i tak suka cara you treat your maid.. i treat my maid camni, so better u ikut cara i.. takkan? if u rasa u berperikemanusiaan that's why you bagi maid u berborak-borak kat luar rumah sambil anak-anak berkeliaran tengah jalan, dan kereta pulak kena berhati-hati sebab tau kat jalan tu memang setiap petang ada budak-budak berlari-lari tengah jalan walaupun ada maid 'jaga', then sila kan... if u rasa it's ok untuk melepak kat luar bersama anak kecik dalam gerimis petang hari, then go ahead.. if you rasa it's ok untuk melepak kat luar rumah bersama anak-anak dalam keadaan jerebu tebal, then it's ok.. aku tak suka macam tu.. so itu pendapat masing-masing... sama jugak ada majikan tak kisah makan maid masak.. makan malam pon maid masak.. ada orang tak suka.. macam aku, laki aku tak nak.. dia nak aku yang masak untuk dia nak makan.. dia nak air tangan isteri dia yang jelita ni jugak masak.. so aku masaklah.. elok jugak kan, kan orang tua-tua kata, dari air tangan isteri lah yang boleh mengikat hati suami.. gitu.. kang asyik maid masak untuk suami, terikat pulak hati suami acaner? tu aku cakap, pendapat masing-masing.. dan aku sendiri suka tengok laki aku makan dengan muka selera ke.. muka nak muntah ke.. aku sukaaa je tengok dia makan masakan aku.. hahahahha.. 

Aku ni memang zalim sikit.. petang je aku suruh tutup pintu sebab musim nyamuk aedes.. nak main, main dalam rumah.. tapi rumah kene spray tiap pagi dan sebelum tido.  nak main, boleh main dalam gate je.. gate tu kunci.. if aku ada atau pak radie ada, baru korang boleh main kat luar rumah.. sekarang musim anak hilang.. baby ada ngan mak dia pon orang boleh selamba badak colek anak bawak lari masuk kereta terus blah.. aku trauma baca surat khabar.. sebab tu aku paranoid macam ni.  

Harap bibik aku tak boring berkurung dalam rumah dan akhirnya melarikan diri.. Harapan aku selepas 7 tahun (kalau aku masih perlukan dia) bibik aku takkan berubah menjadi tak baik.. Amin.

*peace*



Love, 
Filla.

76 comments:

Anonymous said...

sebab itu bile tulis kene pikir situasi, perasaan dan keadaan org lain same...u blogger popular ...kene ingat tu!

LIZA n SAMs said...

As-salam Kak filla...

Annoying betul cara jiran "jauh" kak filla bagi comment tue part .... 'TAKKAN NAK KAWAN DENGAN KAWAN2 MAJIKAN PULAK.. KAWAN DENGAN MAID2 LA..'..hello..xsalah nak kwn dgn kawan majikan as long as die respect majikan die.. lg satu die kerja dengan majikan die je kot... bkn kwn2 majikan die......
Motip.. sy yang bengang....huhuhu

Anonymous said...

aku setuju ngan kak filla, klu bibik sibuk bersembang,anak2 sapa jaga oii?? anak dah besar ok la, klu anak kecik2, biar je main xde org pantau, kang kene langgar ke apa caner?? mmg la btul jgk xkan nak kongkong je,tapi berpada2 la klu nk bg kebebasan ke ape... jgn sbb nak jaga sgt hati bibik, anak sendiri tergadai.. kbye

IdaShazana said...

susah nak cakap. kadang2 kita baik pun diorg masih buat hal. bibik pertama akak anggap macam adik sendiri sebab muda lagi. tapi jiran2 kata dia selalu keluar tinggalkan anak sebab nak ngorat pekerja kontrak yg buat rumah kat belakang. akhirnya dia berenti sebab nak kerja kat kedai makan

nasib2 jugak ni

eda said...

ala org paham kak filla nk tekan kan pasal bwk anak kecik berhujan , bernyamuk , berjerebu , bermain2 yg bahaya tu je kan .. bukan nak tekan kan sgt pasal maid boleh jln kuar atau tak kan ...
pk positifff kan ...
sabar ye kak pilla ...

Anonymous said...

Salam,
Setuju sangat!! Cara kita sama...cara layan bibik, bibik tak payah masak utk husband, ptg2 tutup pintu takut nyamuk, tak biar anak2 berkeliaran di jalanan etc...
Semua org ada cara tersendiri dan setuju sgt dengan statement you tadi..buatlah apa yg terbaik utk keluarga kita mengikut cara kita masing2.

Ummi M.I.M.S said...

tak semestinya bibik kena kawan dengan bibik jerr...
mcm saya.. sebelah2 umah ramai surirumah yg jaga anak dan nenek2 bersara jaga cucu... boleh jer bibik saya berkawan berborak dengan dorang..
atleast.. kalau ada apa yg x kena.. boleh jiran kite tgkkan2..

dan saya lagi suka bibik saya berkawan dgn dorang2 ni dari bergaul sesama bibik.. nanti ada jer la yang dibnding2kan.. eh majikan ko bg tu jer.. eh majikan ko x bg ke.. last2 bibik kite terpengaruh..sudahnya bibik pun makin demand pstu kalau x turuti.. buat perangai.. takpun lari.. hish.. nauzubillah..

bg saya filla dah okeh sgt tu... lgpun.. cara masing-masing kan.. so terpulang lah...

just my two cents.. :)

Anonymous said...

Terbaiklah kak Filla. Biasalah manusia, ada je yang tak puas hati. Tp bg saya apa yg Akak cakap Ada betulnya. Be positive, yg negative tu kita tolak tepi. As long as u happy with ur life, org lain yg X suka tu sila ke tepi.. :)

Unknown said...

ye filla... I setuju sgt dgn pendapat U... I pun tak suka dia bergaul ngan bibik2 lain di luar sana... I nampak kesan buruk lebih banyak dari kesan baik... byk cara lagi yg boleh hilangkan tension bibik I.. I izinkan dia tgk tv, baca majalah asalkan keje dah siap.. I bawak dia gi bjalan2 hujung minggu... Bila cuti sekolah, I hantar dia kat kampung... I lebih suka dia bergaul dengan adikberadik I, mak I, Opah I rather than ngan bibik lain... takut kalau bibik tu terpengaruh ngan cerita tak baik kan...

pasal masak pun sama... dari maid dulu sama skrg, I yg masak... I nak suami n anak2 mkn air tangan I.. bukan sebab geli maid masak.. bukan... tp, air tangan kita sbg isteri dan ibu lebih berkat....plus... ganjaran besar menanti kita di SANA..

apa pun, terpulang pada pendirian masing2... Wallahualam...

Unknown said...

I agree dgn u filla..

Anonymous said...

angkuhnya bila dia cakap "takkan bibik nak kawan dgn kawan majikan kot?".

ni mesti orang kaya berlagak ni.

Anonymous said...

kecoh la jiran jauh tu.pendapat masing2 laa

Anonymous said...

byk dah jadi bibik ni kasi muke dia makin poyo.mmg selalu berborak ngan geng2 dia anak2 majikan terabai.yg jadi dpn mata baru2 nie,dia leka berborak anak majikan jatuh buaian kat taman permainan,perghh terbaik..berperikemanusiaan sgt bibik itu kat anak majikan dia..huhu

Azrine Aziz said...

Salam, as expected kalau post pasal bibik mmg akan ade byk pro and cons feedback :)
Somehow i do agree with u Filla setiap org ade cara masing2 how to treat their bibik. Taking my own experience of having a maid for 5 years previously, yes my way of treating her almost the same like yours. Bukan apa eloklah kita mencegah sesuatu sebelum perkara buruk berlaku kan. Maid ni walau mcm mana baik sekali pun kita still x leh percaya 100% on her. Once i pernah hantar my bibik with my kids to the playground sbb anak2 i nak sgt main kat taman. And yes i brought them but stayed in the car instead. dari dlm kereta bole nampak sekelompok maid2 ni duk lah rancak bersembang while their anak majikan main2 kat situ...frankly speaking i dont feel easy that time. Lepas balik tu i saja tny2 my maid kawan2 kamu tu bersembang apa ramai2 kat taman...guess what masing2 bercerita "pengalaman bekerja di rumah majikan masing2"...keluarlah semua kisah2 yg i rasa shouldnt be shared among them..sampai soal gaji pun bole keluar hmmmmm all these yg buat i tak suka. So again terpulang lah pada masing2kan :)

kakakdegil said...

Terdetik nak komen jugak bab bibik ni. Sekarang dah tak pakai bibik. Masa di kl mmg ada bibik. Cara saya sama mcm filla. Saya tak suka bibik saya berkumpul dgn bibik jiran... Bergebang. Susah.. Mcm2 diorang ni bincang. Sampai ke cara menipu majikan pun ada. Nak nak kalau bibik baru sampai. Yg senior bkn main kasi tips.
Jiran filla tu tak patut komen gitu. Letih la kalau nak menulis blog kena pikir situasi dan perasaan org lain. Bila kita menulis.. Kita bukan kondem org. Kita bgtau cara kita...
Sekian komen saya kali ini. Terima kasih

Anonymous said...

apelh masalah dgn jiran ko tu...suke ati ko la kan huhuhuh...blog aku aku punye suke...hahahh....

Anonymous said...

Sgt setuju dgn filla..sukati la kite nk didik bibik kite camne..diorg ni pun bukan boleh bg muke...jiran u tu pn boleh bajet ke bibik dia baikk sgtt..ntah2 cite2 dlm kain dia pun terlepas keluar..x ke malu sendiri oii...ckp berlagak!!

zura abadi said...

Salam,

Maid kakak ipar saya dulu bg saya consider perfect sbb dia jaga mak mertua baik mcm dia jaga mak dia sendiri (mak mertua saya xblh jalan n pki pampers) muda lg dlm 26. Baru keluar madrasah n pandai ckp arab n english. (Sbb kakak ipar saya baru balik dr london n anak2 dia xpandai ckp melayu) Buat keje rumah semua tiptop. Nak keluar p mana bawak. Siap mcm bff. Mcm2 hal boleh borak. Xde pikir dia maid kita majikan. Mmg mcm keluarga.Tp akhirnyer lari jugak. Ni bukan pasal how we treat our maid n how long the maid wit us. Tp maid tu sendiri. Mcm mana baik pun kita layan dia tp klu dia nak lari dia lari jugak. Nasib la masa dia lari tu my SIL ada kat rumah. Buat nyer xde org lg teruk.....

zura abadi said...

Salam,

Maid kakak ipar saya dulu bg saya consider perfect sbb dia jaga mak mertua baik mcm dia jaga mak dia sendiri (mak mertua saya xblh jalan n pki pampers) muda lg dlm 26. Baru keluar madrasah n pandai ckp arab n english. (Sbb kakak ipar saya baru balik dr london n anak2 dia xpandai ckp melayu) Buat keje rumah semua tiptop. Nak keluar p mana bawak. Siap mcm bff. Mcm2 hal boleh borak. Xde pikir dia maid kita majikan. Mmg mcm keluarga.Tp akhirnyer lari jugak. Ni bukan pasal how we treat our maid n how long the maid wit us. Tp maid tu sendiri. Mcm mana baik pun kita layan dia tp klu dia nak lari dia lari jugak. Nasib la masa dia lari tu my SIL ada kat rumah. Buat nyer xde org lg teruk.....

nad said...

xsuka nya cara anon tu berbicara...tp nama pun anon kan lantak dia la huhu.

klu saya la dr pengamatan saya. saya takdr bibik tp adik saya n kakak ipar saya ada bibik. bila dh bagi muka sangat, kasi kawan ngan bibik2 lain, kerja umah dia wat sambil lewa, pastu dh pandai lawan ckp majikan, hal2 dlm umah pun dia bleh cite kat bibik lain pastu bibik tu mesti cite kt majikan dorg. tu belum lg yg selamba badak tido depan majikan. saya geramm jek nengoknya.
ksian pun kat bibik sbb famili dorg jauh, tp agak2 la, jgn la nak manjakan sgt. mmg dia jaga umah kita jaga anak2 kita tp tu dah tugas dia, sbb tu la dia diambil bekerja.
jujur, saya suka cara filla treat bibik. xyah la nak ikut sgt cara si anon tu. masing2 punya bibik, masing2 bayo kan gaji, masing2 ikut cara masing2..

pssttt, komen anon kt entry ni (komen no1) tu anon yg sama kot ek dgn yg jd subjek entry ni? hehehe

Anonymous said...

amboiii kak pila.. glamer la.sampai jiran kat lorong lain pon baca blog akak..apa pun lain org lain cara nye.bibik akak pon x komplen..jiran pulak yg bising..

Anonymous said...

Ini pendapat dan pengalaman sendiri la ya.Then, kita bagi kebebasan, weekend boleh keluar kalau nak keluar. Sebulan sekali. Handphone 24/7 kat tgn. Bagi berkawan dgn bibik bibik jiran. Then bila dah berkawan dgn bibik jiran ni, dia cerita majikan (My family) kedekut, tak bagi makan makanan majikan, and segala benda dia buruk burukan. Padahal badan makin gemok setiap bulan. apa kita beli kita makan, kita bagi. monthly shopping keperluan harian tak yah beli, sebat je kitaorg punya. Kita org tak kisah anggap mcm family sendiri.

Tapi, sbb dia bergaul dgn jiran punya maids, dia lari dari rumah dengan bantuan maid jiran. Dan jiran itu sendiri tlg dia larikan diri sbb terpedaya dgn segala cite tipu dia.Siap rembat mcm2 benda dlm umah ni termasuk pinggan mangkuk!

Jadinya, cerita ni just bleh buat langkah berjaga jaga je. Tak semua maid jahat. Lagi lagi maid jiran jauh tu. Kihkihkih.

Nasib je benda ni. sebenarnya. Kita layan baik pon dia buat taik jugak:)TAPI TAK SEMUA YA!
Or mungkin kita tak layan bibik kita macam jiran jauh punya layanan:p

**Peace**

Anonymous said...

aku setuju je dgn pdpt kak filla tu.. xde la zalim mana, lgpun da bibik tu sdiri x suka nak borak2 dgn geng bibik lain..biarla dia.. jiran akak tu nak sound lebih2 sbb dia xde anak kecik kot.. bibik ko boleh la nak lepak ke piknik kt dpn blkg uma bagai..

p/s: anonymous (jiran akak) tu ntah2 bkn jiran, ntah2 salah sorg geng bibik yg membaca blog best ni :p

Anonymous said...

kak filla...perangai akak same dgn saya...cara saya layan maid pn macam akak...maid sy dah 7 tahun dgn saya..dia sendiri yg taknak keluar.. sy sendiri yg masak ukt anak2 dan suami...lebih berkat.. :) peace kak...ko jgn layan org2 psiko kat luar tu...dorg dengki.. :D

Anonymous said...

go kak pilla.. saya skong kak pilla pnya cara..

Anonymous said...

huhu.. sukanya baca entry akk ni..tp ni pendapat sy la ye..my SIL treat bibik dia sebiji mcm akk dan sy tgk bibik dia enjoy je keje.yela,cara kau lain.cara aku lain..sy rasa pemahaman dia baca entry 'renew permit' tu silap gaya.. dia andaikan akak mengata dia "nape xjaga maid ko".. dia terasala tu.haha.. nampak tak? sape mkn cili, dia terasa pedas.sendiri baca, sendiri emo.k bai..

Aty Fared said...

Alahai jiran..yg ko sibuk sgt ngan hal bibik jiran lain dah kenapa...tak paham org macan ni.. Takde keje eh? Jage jer diri..bibik n kuarge tu leklok.. Baca senyap2 jgn judge mental org lain simply jer..mcm ko dok serumah tido sekatl pulak kan kenal hati budi apa yg org tulis dan apa yg org maksudkan..ko sendiri tulis komen tak toleh kiri kanan betul ker idak ape yg ko pikir then nak sound org lg soh pikir?? Ciiisss kut betul... Ngeeee.... :)

Anonymous said...

sepatutnya dia berterima ksh pd akk.sekurang2nya dia tersedar sikit.eh, anak aku bibik bawa anak dlm keadaan hujan.. ni tak, akk plak kena marah.haha.. menangkanlah bibik tu. klu bibik tu baik, dia akan jaga anak kita mcm anak dia.nyamuk sekor pun xdibagi hinggap.betul tak?

Mawar Paridahhh said...

Kite silent reader Kak Pilla. Tapi bila tgk post kak pilla ni,kite geram lak rasa. Jiran jauh kak pilla tu ada masalah ke? Sorry to say,bibik sekarang bukan leh percaya sangat. Bukan la sampai tak percaya langsung but kalau anything happen kat family dan anak2 especially,sape yg nak bertanggungjawab?Setuju sangat dengan apa yg kak pilla dah buat! Sabar ye kak Pilla! *hugs*

Mawar Paridahhh said...

Kite silent reader Kak Pilla. Tapi bila tgk post kak pilla ni,kite geram lak rasa. Jiran jauh kak pilla tu ada masalah ke? Sorry to say,bibik sekarang bukan leh percaya sangat. Bukan la sampai tak percaya langsung but kalau anything happen kat family dan anak2 especially,sape yg nak bertanggungjawab?Setuju sangat dengan apa yg kak pilla dah buat! Sabar ye kak Pilla! *hugs*

Anonymous said...

Assalamualaikum Filla,

I agreed with you. Masing-masing ada pendapat sendiri dan cara sendiri.

Anonymous said...

betol tu buk pilla...bibik ni ade masa boleh bagi muka...ade masa kita majikan kena tegas..kalau tak dorg nanti naik lemak...makcik saya punya bibik dah 2 org buat hal...lari dgn jantan satu lg satu lari bwk sume duet2 nga barang dlm rumah masa dia pergi haji...ishhh sakit ati ooo

Anonymous said...

Mungkin dia tak kisah agaknye anak2 dia berlari2 kat tgh2 jln raya sementara bibik dia dok terkekeh2 gelak sambil bertepuk bertampar...atau pn dia tak pernah nmpak/pantau cara bibik dia melepak kat luar 'jaga' anak2 dia...tu lah yg terjadi dlm paper n berita, bila dh jadi sesuatu kita salahkan bibik sedangkan pemantauan dr kita sendiri sambil lewa..ambil la entry tu kak filla sebagai teguran yg positif utk jiran yg 'jaauhhhhh' sgt tu...tke it as positif way..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Saya rasa entry kak filla yg pasal renew permit tu...
taklah 'keras' mana pun.
Maksudnya if saya kat situasi akak pun.. saya pun akan mcm tu jgk. Sure berpesan kat maid jgn campur sgt / lepak lelama kat luar la maksudnya.

Bkn sbb x nak bg bercampur gaul maid kita dgn maid jiran2 ke apa...
tp lebih kpd fikir soal keselamatan anak2 di luar rumah.

Yelah dah leka berborak, hujan rintik2 pun boleh lupa..anak2 kecik main kat jalan pun kita x perasan kan...maklumlah tgh syok berboraklah..bergossip la..ye dok?

Tulah salah satu sebab, saya yg beranak 3 ni..bekerja lak tu..
tak nak guna maid. Biarlah tonggang terbalik saya uruskan sendiri setakat yg termampu.
Walau badan penat kita tanggung sendiri.

Dpt yg baik berkhidmat, syukur la sgt kan...but if ditakdirkan yg byk buat hal ni..tu yg tak sanggup tu...

Ni sekadar pendapat saya sendiri...
xde niat if ada yg terasa ke apa...

Anonymous said...

saya sgt setuju dgn kak filla..hidoppp kak pila!!!

Anonymous said...

KECOH BETUL JIRAN KAK FILLA NI..MASING2 KAPAL MASING2 JAGA LA..YG MK TERASA PASAI PA?

Anonymous said...

klu x suka tolong jgn buka blog kak filla..
bibik jiran saya berkawan ngan bibik belakang rumah pas2 dok mengadu majikan x bg makan pas2 bibik tu mengadu kat mak saya bibik belakang majikan tak bg makan sape yg malu padahal bibik tu buat cerita je..last2 lari rumah..sebab terpengaruh ngan bibik jiran lg satu sama2 lari..tinggalkan baby kecik kat rumah sorg2..dr pagi smp ptg..
jd bila baca entri akak patutnye dia kena pikir +ve buka menghentam org...

strawberi said...

xkisahla nk layan camne pun..asalkan bibik ok...kita byr gaji kan..so terpulang..janji tak sampai tahap mendera..hehe

sbnrnya kak pilla nak share ape pendapat dia..utk yg takde bibik..cam saya nih..baru pikir2 nak amik bibik..so tgh survey2 jugak..cara camne nk layan bibik nanti... :)

Anonymous said...

jiran kak pilla baca blog kasihaleeya!!! itu sudah baguuihhh..

Anonymous said...

takat x bg bergaul dgn maid2 lain apa la sgt kenzz..kalau kena dera or x bg mkn kot la nk naik angin..

Anonymous said...

Adoii...sukahati kak pilla lh... dah blog dia..sukahati lah nak cite pasal ape.. yg ko sentap nape? Lain kali kalau nak sentap jgn bace blog org... dah dudk dlm masyarakat.. berjiran mmglh kene amik tau.. si jiran.. plss ddk dlm utan kalau nak terase setiap ape yg org kate..kang ape2 jadik pd anak ko jgn salahkn bibik org lain plak.. percaya sgt pon xboleh pd bibik ni..xpercaya pon xboleh.. ni pengalaman sendri..

genuine1224 said...

dia jeles kut bibik dia keje malas. hahaha.. lantakla kan, lain org lain caranya. janji hepy, sudahlah. nak sebok pasal rumah tangga org kenapa? jiran je pon, bukan adik beradik seibu sebapa ke apa

Anonymous said...

kak filla,

i dah tau kak filla, 'jiran jauh' u tu kan, selama ni die stalk ko kak.. nampak sgt..kahkahkah.. kantoiii.. eeeii.. x malu ke menyampuk x tentu hala..suke hati la.. bkn die bayar bibik kak pilla pun..

dah la bongkak, ujub, riak takbur ckp 'takkan la bibik nak nak kawam dgn kawan2u'.... eee.. tuhan tarik nikmat, baru ko rase cmne..

x pyh nak sebok hal org sgt... typical melayu kg ala2 joyahspot la tuuuuuuuuu..

penampo kokedai baru tauuuuuuu... #serutokmoh
#taksukesudahnamamubedah.. wekkkk..

Unknown said...

Eeeee,hello...

Kak fila,len kali jawab cmni je...ini belog i..suka hati i lah...kalau u nak terasa ke hape ke..ada ku kesah???hihihihihi kalau rasa meluat,kalau rasa diri terasa,bla la g main jauh2.tak payah baca blog kak pila...biasanya kat blog ni kita just memberi pendapat,kdg2 meluahkan perasaan yg tak terluah...iskkk like i said,blog sendiri,sukahati sendirilah nak tulis apa.kalau kpd yg terasa tu tak baca pun,tak de menjejaskan apa3...harap maklum.sekian!

Unknown said...

Blog u suka u la nk bg pendapat kan...dia x suka dia punya pasai

Unknown said...

Blog u punya suka u la nk bg pendapat ..dia x suka dia punyai pasai jgn dilayan

Unknown said...

Blog u suka u la nk bg pendapat kan...dia x suka dia punya pasai

Anonymous said...

haiyaaa..jiran jauh tu terasa lah pulak..lagi bagus tak payah baca blog ni kalau sendiri baca sendiri nak sentap..kikiki

Anonymous said...

kak pilla ada stalker.. hati2, rumah dah la dekat tu.. skarang ni ramai org sakit mental kak pilla...

putri bulan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku rasa kan pilla, bukan majikan yg tulis tu, ntah2 one of the bibiks yg bersidai kat area umah ko tu. Mana tau bibik2 pun rajin baca blog gak skrg. Tu yg dia sentap. Klu majikan nk sentap cam tak logik sb apa yg ko highlight tu benda yg btl.

! nurul ! said...

perghh kak pilla..jiran pon stalk kak pilla..ape dah xde keje lain ke..boleh x jgn nk nyebok hal org..mesti pergai dye pon cm bibik tu...sekian..hahahha

#hidupkakpilla

Anonymous said...

Mak saya sejak2 pencen ni memang bersembang ngan bibik jiran2 kiri kanan.Tak kisah pun. Takkan la nak bior bibik kawan ngan bibik jer.tapi melalui pagar jer la.. sambil tu dapat selami perasaan diorang, kesusahan tinggalkan keluarga. At least dapat la kesan awal2 masalah atau ada perangai dia yg tak elok pastu bolehla inform majikan diorang. setakat ni bibik jiran2 sebelah menyebelah ni sangat prihatin pasal kebajikan anak majikan. tak pernah pun tengok dibiarkan anak majikan main kat luar tanpa pengawasan. sembang ngan bibik lain pun sekali sekala jer. Bukannya majikan dia melarang pun.

Anonymous said...

Aik...tu pon issue ke...I baca entry tu x rasa apa pon..muahahaha.

putri bulan said...
This comment has been removed by the author.
mummy_icha said...

Biar je dia. Tu cara dia bg komen. Ni cara filla deal dgn maid. Cara kita berbeza. Tp tak semua org blh sama-sama menghormati nilai yg berbeza ni. Sbb cara kita melihat sesuatu pun tak sama. Takde silibus dlm menentukan cara hidup. Apa yg kita nampak tak kena, mungkin pd org lain 'cool' atau takde hal. As long as it's not somethg tht's against our syariah teachings, I think we can bear to keep silent and move on... :-D

Anonymous said...

tak paham dengan perangai seorang ibu yang mementingkan kebebasan maid dan duit dia berbanding keselamatan anak... Anak tiada nilai.. ye, saya paranoid macam filla tapi saya takde maid. Filla, plez dont stop untuk beri kesedaran sama ada sedar atau tidak kepada orang lain. Niat u baik, kadang2 sebagai manusia kita tak sedar perbuatn kita selama ini betul ker salah sampai ada orang yang tegur..

Anonymous said...

Salam, saya amat bersetuju dng u. Saya ni dah lama experience pasal maid ni. Sampai spent duit pasang cctv. From there, mcm mcm yg we all nampak. Anak kena pukul, kena tendang, dia ludah mknan masa tng suap anak anak saya. Hinggakan kami terpaksa pindah pun sebab maid. Jiran kami yg amat penyebuk yg suka sangat interfere pasal maid kami. Dia hasut semua maid saya yg dtg. Cerita mcm mcm buruk pasal kami. Apa salah kami dng dia pun tak tau la. D3ngki sungguh. Kami yg bayar gaji, tapi dia ckp dng maid kami kalau ada masalah ckp je dng dia, dia boleh nasihat kami sebab kami muda dr dia. For sure kami kena dengar ckp dia. Jadi, hasilnya maid kami tak rspect kami. Saya pun jenis yg tak suka group maid yg melepak ni. Bila kita lalu je pandang mcm kita ni alien. Sebab cerita kami duk tukar pembantu ni dah dijaja satu tmn seolah olah kami ni terukla. She is a teacher. Pelik saya perangai org mcm ni. At last kami berhijrah. Sempat juga dia dtg umah kami masa housewarming and siap warning maid kami yg baru je sampai seminggu. Dia kata hati hati ye. Crazy kan.

Anonymous said...

Salam Fila, I rasa tak ada part apa pun yg boleh buat orang terasa dgn penulisan u sebelum ni. U cuma nak kata u tak suka cara maid tu biar budak2 tu main tanpa pengawasan dan dlm keadaan cuaca yg tak sesuai. Sebab u ada anak so u pun risau pasal keselamatan kanak2 yang lain. Lagipun u tak mentioned sapa punye maid, tah2 u pun tak tau sapa majikan maid tu. Mungkin dia terasa seolah2 macam u nak kata dia x pandai nak ajar maid dia la kot. Tapi rasanya Fila x terfikir sampai kesitu. Kepada majikan tu jangan la tefikir sampai kesitu. Yg penting keselamatan anak you, anak you lagi penting ka maid you nak beborak2 dengan kawan lagi penting?

Anonymous said...

Salam, saya amat bersetuju dng u. Saya ni dah lama experience pasal maid ni. Sampai spent duit pasang cctv. From there, mcm mcm yg we all nampak. Anak kena pukul, kena tendang, dia ludah mknan masa tng suap anak anak saya. Hinggakan kami terpaksa pindah pun sebab maid. Jiran kami yg amat penyebuk yg suka sangat interfere pasal maid kami. Dia hasut semua maid saya yg dtg. Cerita mcm mcm buruk pasal kami. Apa salah kami dng dia pun tak tau la. D3ngki sungguh. Kami yg bayar gaji, tapi dia ckp dng maid kami kalau ada masalah ckp je dng dia, dia boleh nasihat kami sebab kami muda dr dia. For sure kami kena dengar ckp dia. Jadi, hasilnya maid kami tak rspect kami. Saya pun jenis yg tak suka group maid yg melepak ni. Bila kita lalu je pandang mcm kita ni alien. Sebab cerita kami duk tukar pembantu ni dah dijaja satu tmn seolah olah kami ni terukla. She is a teacher. Pelik saya perangai org mcm ni. At last kami berhijrah. Sempat juga dia dtg umah kami masa housewarming and siap warning maid kami yg baru je sampai seminggu. Dia kata hati hati ye. Crazy kan.

Anonymous said...

Dulu ibu saudara saya selalu tegur emak saya sebab emak saya kinda strict dengan bibik saya (dia tidak disuruh terlalu bersosial dengan bibik2 yang lain kalau ada majlis kenduri). Sekarang bila ibu saudara saya dah kahwin dan punya maid sendiri, dia treat la bibik dia dengan bagi sepenuh kebebasan. After awhile, bibik dia naik minyak, sampai berani bawa lelaki asing balik kerumah semasa ibu saudara saya pergi bekerja. Nasib la ada jiran kepoh ternampak lelaki itu masuk kerumah dan telefon ibu saudara saya. Selepas itu, bibik itu dipulangkan kenegaranya. Dan kini ibu saudara plak yang strict pada new maid dia.

Nana said...

nk komen jugak sbb nak backup kak filla. sye sokong kak filla. nenek sye dah ade bad experience dgn maid. nenek sye dlu pun bgi kebebasan dgn maid nak melepak ptg2 sbb xbanyak keje sgt dkt rumah since keje kat rumah nenek xbyk sgt. maid dy memula ok lpas tu bile dah melepak tu makin pelik je prangai. lpas tu dah pandai mencuri bnda2 kecik sbb maid2 lain ajar. last pandai curi brg kmas n poskn ke kmpung. nenek sye nmpk bungkusan tu n then nenek sye bentikan time tu jugak. smpai skrg anak cucu dy diharamkan amek maid. sob sob sob T_T

Anonymous said...

oi anon 8.39am.

pagi2 dah baca blog fila ek. ko ni tak paham ke apa yg si fila ni tulis. dia nak bagitau ada majikan yang bangang biar maid lepak sambil anak2 tak terjaga. punyalah ko nak bagi bibik kebebasan sampai sanggup biar anak sendiri berhujan berjerebu. baik tak payah ada maid la mcm tu. patut dgn pendedahan si fila ni ko bukak mata. tengok2 sikit perangai maid. ini nak melenting tak tentu pasal.

NF said...

Laaa...yg ko nk emo lebih knp...semua nk jaga hati org...perasaan diri sndri org lain ade nk jge...sok anak ko hilang time bibik tgh lepak....jgn bising 1 dunia...annoying gler

Anonymous said...

Salam Fila, really agree with what you have said. I just don't understand kenapa some people really sanggup bagi Maid bawak anak-anak main kat luar, at the same time they are busy with their gossips. Tak kira waktu, hujan ke, jerebu ke and sometimes dekat nak Maghrib pun masih di luar. Macam mana budak sekarang tak bebas. Didikan dari kecil dah membiasakan mereka bebas di luar rumah. Sampai tak kisah anak main kat tengah Jalan. Although you have maid for 7 years, doesn't mean that you have the best maid in the world! Your kids need you as a parents, not the maid! Maid just membantu aje.

Anonymous said...

I think she wrote that as a her personal observation. Not sure why one shld get uptight?.she didn't singled out names or individu.
Ana

Anonymous said...

Bad english daa.
She said kurung la maid tu nanti dia lari whilst on renewED permit. Dia tulis pon tak betol bibik tu. Mesti one of the maid yg tulis. Sbb tu tulis guna bahasa omputih melayu.
Nowaday maid pon hebat apa. Macam maid made in manhattan.

Anonymous said...

K.filla.sy ni anonymous sbb xde blog &lain2.tp sy anon yg baik tau.slalu jgak komen.prnh jgak frust mase k.filla block anon.huhu.
ape2 pun sy selalu support k.filla & sy dh tau dgn cara k.filla menulis.best sbb mcm bercakap gitu.santai je.
saya xnk komen psl maid sbb sy xde maid.cuma sy nk bgtau ade yg x suka k.filla tp ramai lagi yg suka (termasuk sy).
byk yg k.filla share sgt sgt bermanfaat utk saya.
K.filla..sy suka kalau k.filla share ttg mcm mana nk handle perangai2 kurang elok anak2.
contoh kakak selalu pukul adik dia, anak susah bangun pegi sekolah, mcm mana cara k.filla buat/ckp.bagi sesetengah org benda camni biase.tp sy ni x penyabar, selalu marah2 anak2.saya harap dpt lah tips dari k.filla.sori, keluar topik.
teruskan menulis k.filla. -sya-

Anonymous said...

Aku anti jenis bibik borak.
Topik borak adalah..
A. Compare gaji
B. Hp ko brand apa ya
C. Cowok ko tinggal mana
D. Mcm mana ya nak naik nak pergi bukit bintang dari sini.saya mau lari rumah la
E. Ko tolong pegang barang aku bleh tak?

Pilih yang mana..

Puan Sal said...

Salam Filla,

Sepatutnya jiran jauh tu berterima kasih pada Filla.. sekurang2 dia dapat info sedikit sebyk apa yg berlaku semasa ketiadaan majikan di rumah..

Memang sepatutnya kita x blh percaya 100% pada maid. Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari kawan2, sedara mara terdekat pasal kerenah maid. Blog Filla ini adalah salah satunya..

TQ Filla!

Anonymous said...

masing ada pendapat masing2 yg mana xde sape2 pon salah. maybe jiran u tu terasa sikit kot.ape2 pun x salah kalau kita mintak maaf dan berbaik sangka.
filla pon xde niat nk condemn majikan bibik2 yg berpeleseran ni. hehe...
tapi mcm x best pulak readers yg lain ligat mengutuk jiran u tu. dh readers plak yg tambah minyak dlm api. ape2 pun...chill. ni blog pribadi..ikutlah ape dia nk tulis kan. agak2 tak suka pegi klik blog lain pulak.
-yat-

Anonymous said...

kalau ikutkan cara blog u ttg issue maid ni bukan pasal hentam,bukan pasal kondem.teguran yg betul yg benar.bila hati tu yg tak berapa suka mulalah sentap..bersihkan hati mu wahai hati..

tuty said...

sebenarnya cara tu terpulang kepada masing2 la, tapi saya sokong cara filla terutamanya untuk keselamatan anak2. tak suka la kalau bibik kita duk sembang ngan geng2 diorang lepas tu anak kita diabaikan..

Anonymous said...

ngeknye lah.dia xkesah kot maid dia dok bersembang dgn maid lain tanpa mnghiraukan anak2 dia.kalau dh ralit borak,ingat prasan ke ape jd kt anak dia if anything??.plus maid kalau dh ade geng borak,byk keburukan nye.tlg lah nk sentap xbertempat aphal??

ettyzukhair said...

ok je kak Filla..bagus dah cara akak..kang bagi muke sangat lain cite..cam jiran kite punya maid..ni hal lame..mase tahun 1990an al-kisahnya bermula 1 malam tu both majikan ade dinner kat luar..tinggalkan anak2 4 org dr umur 10-1y.. Allah nak tunjuk mlm tu majikan balik awal dr dinner, masuk umah dgr anak paling kecik menangis2 nak susu..bottle susu di tgn anak susu basi..dia cari maid dia..tgk2 terdampar baru lepas projek dgn BF..terus kena halau..yg bf tu lari bogel je kelam kabut cabut.. kalau nak tau maid tu baik..baik ngn maid2 sebelah..n ade time mmg kasi kuar on weekend..majikan plak mmg baik gile..hm..tulah...yg paling penting maid tu sendri..kalau dia ikhlas keje, dia xkn buat xelok..majikan plak kene pantau aktiviti maid2 ni..kene ade batasan..both..tengkiu...

hani said...

Kalo sumer perasaan dan situasi org lain nak kene pikir...alamatnya entry jd 200 pages...
Manusia mcm mcm ragam....kene ingat tu!!