Amboi tajuk skema sangat *betulkanspektegakkankolarbaju*
Duduk depan cikgu sekarang dan ambil pen dan kertas.. Salin apa cikgu cakap ye.. Murid belakang sana jangan bercakap, please pay attention, kalau nak cakap sila keluar dari kelas saya.. Ye kamu, keluar sekarang.
Teringat zaman study dulu Kak Pilla pernah kene halau keluar dari kelas, tapi Kak Pilla blur.. siap tengok orang belakang.. rupanya haku yang kene halau.. siap tanya kawan sebelah, "Aku ke? aku ke? are u sure? keluar ke?" "Yes u, get out of my class now, thank you". Eh eh kerek nau lecturer ni.. dia tak tau.. lagi best duduk kat luar kelas hahahahahha...
Ok korang suka makan sushi tak? Kak Pilla sukeeeeeeeeeee!!! Tapi pempahamlah kan makan sushi ni kalau kat luar mahal kemain lagi.. So mari kita gedik-gedik try buat sendiri... Aku tak tengok resepi langsung, main tibai je pon.. hehehe
Bahan-bahannya... Sushi ni makanan sihat tanpa minyak.. Kalau sebulan makan ni mesti kulit pon jadi cantik...
Disebabkan anak-anak nak makan so kita buat inti yang semua orang suka.. Aleesya memang penggila timun memang dia ratah gitu je.. crab tu pon semua suka.. Telur dadar tu guna pan lebar tu then masak je macam buat telur dadar tu (tapi kurangkan minyak).. pastu hiris secara memanjang..
Beras elok pakai beras jepun sebab bila kita masak beras tu agak sticky.. tu yang sedap sebab bila kita roll dia jadi padat.. Ada orang campur cuka and garam kat nasi tu.. Tapi sebab aku main redah je buat tak tengok resepi so aku tak tau plak kene letak semua tu.. Eh tak letak pon elok je lazatttt hahahaha..
sushi bamboo mat ni Kak Pilla beli kat Daiso je..
ni orang panggil seaweed kan? senang je kot nak cari ni kat aeon pon ada rasanya..
soy sauce ni boleh beli kat Aeon ada kaunter sushi kan? Ha kat situ je beli..
Murah pon murah ;)
Tak tau lah kalau cara Kak Pilla ni salah.. Tapi kita belasah je lah ye.. janji sedap kenyang masuk perot hahaha
First step, letak nasi tu atas seaweed tu dan penyek-penyekkan sikit..
Kalau ada glove plastik senang sikit nak tekan-tekan bagi padat.. sebab nasi ni melekat-lekat susah nak penyek2kan..
Kenalkan assistant Kak Pilla ni.. Kasih Aleeya and Kasih Amaani.. last-last Amaani pergi membawa diri sebab sentap ngan kakak berebut nak buat tempat sempit-sempit tu.. terus mogok tak nak makan.. haihhh nak ajak masak ramai-ramai konon nak fun.. tetap bercakaran jugak.. huhu.. Aleesya gak kewl.. datang mintak timun je, bagi timun dia blah.. pastu datang balik nak timun lagi hahahhahaha..
Patutnya nasi tu letak sampai penuh ke tepi-tepi sekali kot.. tp macam ni pon boleh lah.. potong crab, timun dan telur tu panjang-panjang kurus-kurus camtu ye..
Pastu guna bamboo mat tu roll kan padat-padat.. kalau tak padat.. tekan lagi sampai padat..
Lepas tu potong je macam ni.. Masa lepas potong rasa macam wowwwwwwww cantik boleh tahan.. tepukan gemuruh untuk diri sendiri... Hebat pilla hebat!!! hahahahahaha sushi je ponnnn... glabah.
Pak Radie makan ni sampai kenyang gila.. Pastu Kak Pilla paksa suruh habiskan.. dia sikit lagi nak termuntah hahahhahahahaha... lapan bulan tak lalu tengok sushi hahahahahha..
Alahai senang sangat buat sushi.. So amacam? Jom buat sushi sendiri ok? anak-anak confirm suka :) korang boleh gantikan inti tu dengan salmon ke, tuna ke..
Selamat mencuba =D
___________________________________________________________________________
UPDATE : THEKASIHSSHAWL
UPDATE : THEKASIHSSHAWL
CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm
PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only
click HERE for more details.
Email : framekasih@yahoo.com
whatsapp (Peej): 0122758575
Love,
Filla.
7 comments:
Aha.thanks bagi idea nak masak malam ni.kebuntuan idea dah ni.
FAD
ni kimbap kak.
salam kak filla..mak saya slalu jugak buat sushi..nasi tu letak mayonis,gula skit n cuka skit..pastu gaul..smue bahan2 tu xde la byk mana..mcm kiteorg pakai 2 cawan beras letak 2 sudu besar mayonis, sesudu gula n cuka skit..then gaul..pastu baru la senang nk lenyek n gulung tu..:)
Yang soy saouce tu nak guna bila
time nk sushi tu msok perot lerr.hahah time mkan la. mcm mkan mkanan goreng kasi sos cili lerr
Aeon pulak dah tutup..Tesco ada jual ke seaweed dll tu?
Aeon pulak dah tutup..Tesco ada jual ke seaweed dll tu?
Post a Comment