Friday, November 28, 2014

TUTORIAL PAKAI SHAWL : THEKASIHSSHAWL

Kak Pilla ni memang pemalas kan? hahahahah asyik janji je dengan customers nak buatkan tutorial tapi takkkk jugak buat.. sorry sangat.. Tapi tak sampai hati bila ada customer email cakap dah beli yang ke 6 helai ke berapa tah tapi still menunggu Kak Pilla tak buat pon tutorial.. Saya beli TheKasihsShawl tapi saya tak pandai pakai... Ada yang cakap beli je simpan nak tunggu tutorial Kak Pilla jugak.. 

Olololoooo manjer manjer manjer angat tu.. Pandai ler korang kan.. sebenarnya tau je pakai shawl tapi nak bermanjer lettew hahahah.. Ramai kata Kak Pilla pakai shawl nampak kemas je.. Kemas ke? Biasa je huhuhu... 

Kali ni Kak Pilla ajar cara pakai shawl yang kemas dan mudah.. Ni yang paling senang dan basic ye..

1. Letak shawl atas kepala, sebelah pendek sebelah panjang.. (inner tu sukahati, ni sebab nak buat tutorial so Kak Pilla pakai inner ninja, biasanya Kak Pilla suka pakai inner serkup je)

2. Pin kan shawl di bawah dagu.

3.  Ambil bahagian shawl yang pendek dan sembunyikan di bahagian dalam shawl yang lebih panjang.. Tarik hingga ke atas bahagian telinga.

4.  Pin kan dengan peniti.

5.  Kemaskan dahulu di bahagian kiri dan kanan bahu, kemudian pusingkan bahagian shawl yang panjang ke belakang.  Tarik hingga terik di bahagian bawah dagu.

6.  Pinkan

7.  Kemaskan bahagian shawl yang pendek supaya tidak terjulur keluar.  Tarik ke atas bahu. 

8.  Temukan shawl bahagian dalam dan luar lalu dipinkan supaya shawl tidak terjatuh dari bahu.

9.  Ulang step yang sama di bahu sebelah.. Pinkan supaya shawl di bahu tidak jatuh.  Kak pilla lebih suka sembunyikan brooch di bahagian dalam (seperti dalam gambar).  Selepas selesai pin di kiri dan kanan bahu.. kemaskan bahagian depan shawl.

10.  Ambil bahagian hujung shawl yang panjang dan bawa ke bahagian belakang.

11.  Pinkan supaya kemas (seperti dalam gambar)

12. Bawa semua bahagian beropol ke bahagian depan bahu.. 



Sekian tutorial ringkas dari Kak Pilla hari ini... Harap tutorial ni mudah difahami untuk adik-adik yang baru nak belajar ok? Jangan lupa beli TheKasihsShawl ye... Untuk gambar di atas Kak Pilla guna TheKasihsShawl warna Iceberg.. 


____________________________________________________________________________
UPDATE : THEKASIHSSHAWL

CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm

PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only

click HERE for details.


Email : framekasih@yahoo.com



Love, 
Filla.

2 comments:

Yana malek said...

Kak pilla, nak tutorial shawl mcm loose tu? Hehe Tq

Unknown said...

T'kasih. Baru tau cara yg betul. Nak selit bhg yg pendek tu