Wednesday, November 26, 2014

ANAK BONGSU.

Blog ni lama rasanya tak cerita pasal anak-anak Kak Pilla.. Hari ni nak cerita pasal anak bongsu, Kasih Aleesya..

Ramai sangat yang kata muka Aleesya lain sikit dari akak dia berdua tu.. Memang lain pun.. Aku rasa muka Aleesya lebih sikit ke family aku.. Sebab muka dia macam Wan sikit dan ada macam muka aku masa kecik hahahaha... 


Kannnn.. tu mata Kak Pilla kannn???? hahahha

Aleesya sekarang dah 1 tahun 9 bulan.. Ye kot? hahah malas nak kira... So apa progress dia sekarang ni? Yang aku tau dia makin mengada, makin nak perhatian.. Dia dengan Kasih ok je.. Ngam jee jarang lah dia nak lepuk orang tu.. Tapi kalau dengan Amaani memang bergaduh je.. Dia jealous kot sebab Amaani kan kadang tu nak manja-manja ngan Papa Mama.. Kalau gaduh tu selamba je dia tarik rambut orang tu.. tak cukup tu haritu Amaani baring atas meja depan tv tu.. Pastu Leecha marah dia tolak Amaani sampai terjatuh kat lantai.. Apa lagiiii melalakkkkk lah Amaani hahaha..

Terus datang mengadu cakap "Mama kenapa Aleesya tu tolak Amaani jatuh.. sakitttttttttttttttt huwaaaaaaaaa" hmmmm ko jadi aku ko nak buat apa? So aku pon marahlah Aleesya.. "Kenapa buat kakak??? sakit tau kakak ni!!! Dia pandang kejap dengan muka takde perasaan.. masuk jari dalam mulut, sambung tengok upin ipin.. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..  

Bukan boleh ditegur ni.. Kalau tegur je terus drama swasta.. Wan panggil "dah start dah bibir tebalik dia".. bibir tebalik tu bibir bawah mencebik konon merajuk nak start nangis.. hahaha.. pastu terus jalan pegi kat sudut ke.. atau bediri tegak palingkan badan, bibir tebalik.. 

Ni namanya drama swasta.. Papa marah sikit je terus melalak.. pandai pulak tutup-tutup muka konon teruk sangat lah kene marah.. 

Sambung lagi nangis.  Pak Radie memang suka menyakat dia.. Lagi orang tu menangis lagi dia usik.. nak pecah gegendang telinga aku ni.. Terus aku pulak menjerit "Jangan kacau dia boleh tak???? bisingggg laaaaaaa!!!"

Tengok ni macam teruk sangat je kan.. ni 5 saat je dia boleh gelak balik ni.. Pandai belakon ni... Auta sangat.

Lagi satu perangai Leecha ni suka main seluar.. Paling peberet is spender.. hahahah.. tak kira lah siapa punya dia amik 3-4 helai masukkan kat kepala sangkut kat leher.. Suruh bukak tak bagi.. Berani nak amik? kang ko dengar lah dia menjerit melalak.. so biarkan je... janji dia gumbira.. Nak menenangkan dia senang je.. bukak je Upin Ipin kat ipad tu.. Terus senyap atau terus ketawa.. tu je ubat dia.. 

Apa pun setiap anak ada keistimewaan tersendiri dan ada perangai pelik masing-masing.. Diorang ni lah penghibur walaupun kengkadang letih nak mengadap perangai memasing.. Tapi best ;)

________________________________________________________________________
UPDATE : THEKASIHSSHAWL


CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm

PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only

click HERE for details.


Email : framekasih@yahoo.com
whatsapp (Peej): 0122758575


Love, 
Filla.

4 comments:

Nur Inani said...

pandai berlakon anak sis ni :)hihi. ikut perangai sis waktu kecik tak :P

FadlinaMokhtar said...

Ala.dah anak bongsu ke kak pilla.boy la sorang please.hehe.
FAD

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

amani pun mcm muka mak pila jugak ..

Latifah said...

alololo.. comel lecha... umor mcm nie mmg pandai drama nie.. sama mcm my boy.. manjer bukan main nak perhatin 24 jam!

LatifahFazri