Assalamualaikum.
Amboi gigih Kak Pilla update belog walaupun cerita ntah hapa-hapa.. Berblog ni memang camni kot.. Ada masa macam nak type je walaupun takde apa nak share.. Kadang macam otak beku taktau amende nak borak..
Semalam baca belog Namee.. Well dulu tak kenal adik ni.. Tapi Namee pernah comment entry Kak Pilla dulu-dulu so baru perasan.. rupanya aku je kot tak kenal Namee hahah.. Jahat sungguh padahal orang tu fofular gila dah lah lawo.. Oh berbalik kepada cerita baca entry Namee semalam.. Aku tersangat lah paham perasaan dia bila diajukan pelbagai soalan yang kadang ok, kadang tak masuk diakal langsung soalan.. Being a blogger you've to admt dengan ragam readers.. Selalunya readers adalah orang yang memberi kekuatan untuk kita meneruskan dunia blogging, but sometimes readers yang jenis sarcastic pon ada jugak yang membuatkan kita rasa down dan rasa macam 'ohmyyy.. macam ni punya orang pun ada ke?' Especially haters lah.. dah tak suka, memang dia akan korek sampai ke lubang cacing lah.. benda yang takde benda pon dia akan rasa annoyed sorang-sorang.. eh boleh ke camtu? contoh aku amik gambar makan kat gerai tapi pakai sunglasses pon dia rasa aku ni ada percubaan untuk perasan stylo dan bajet muda remaja.. Nenek aku pon pakai sunglasses kot? hahahahaha... panas dik silau mata ahkak ni, sebab tu pakai sunglasses kat gerai.. kalau dalam mall akak tak pakai dik, takut orang kata akak saiko.. Then kita as orang yang dihentam tend to memberi explanation supaya 'orang' tu faham.. which sometimes aku rasa perlu ke??? spek aku sukati aku lah.. bak kata wakdoyok, #akuyangpakaikoyangpanas #kodahkenapa
Manusia ni ada memacam ragam.. Tapi sometimes kita tak tau yang kita menyakiti hati orang lain tanpa disedari atau memang saja nak menyakiti.. Mulut lepas ni memang perkara biasa, takde hal lah sebab mulut aku pon sometimes lepas jugak.. Tapi kita kena tau limit dan kita kene tau dengan siapa kita nak bermulut lepas ni.. Bukan aku nak mengajar orang sebab aku pandai, aku pun sama jugak.. Tapi hati orang lain-lain.. mungkin ada orang kau nampak jenis selamber rock kapak which ko rasa apa pun kau kata kat dia, memang dia takkan ambik hati.. Mana kau tau????? dan mungkin kau rasa kau terlalu close dengan orang tu so takpe kalau nak cakap lepas.. tak boleh macam tu.. macam aku cakap tadi, hati orang kita tak tau..
Kengkawan aku tak ramai.. bukan sebab aku sombong pilih kawan ke apa.. aku ikut je flow.. dari zaman sekolah, zaman study uitm, zaman kerja, zaman berblog.. aku ikut the flow.. aku tak pergi carik siapa aku nak kawan.. siapa yang ditakdirkan jadi kawan aku, then aku kawan.. pulak tu kene pulak ditakdirkan satu kepala lagi aku rapat.. tapi aku study kawan-kawan aku.. Anny kawan aku paling rapat.. dia memang selamba nak kutuk aku ke, aku nak kutuk dia ke.. but i still know my limit.. Anny jiwa sensitif sikit.. So walaupun kita rapat, aku tau apa yang aku boleh cakap, apa yang aku tak boleh dan bagaimana aku nak sampaikan satu-satu benda supaya tak kecikkan hati dia.. Natra kawan aku dari sekolah.. aku tau dia gila tapi dia degil sikit.. so pepandai lah kita cemana nak jaga persahabatan supaya berpanjangan.. Elly and Peej kawan aku paling rapat sejak aku berblog.. Still kitorang respect each other walaupun kepala gila.. Persahabatan yang terjalin tu bagi aku sangat penting.. aku sayang orang sekeliling aku, so aku takut kalau satu hari terjadi pertelingkahan atau salah faham.. Kitorang selalu ingat mengingatkan supaya jangan ada kecik hati, jangan ada salah faham sebab kitorang nak persahabatan berkekalan.. Benda macam ni pun ada dalam topik perbincangan kitorang gak.. hahaha.. macam eventhough korang nampak kitorang gila, kitorang jenis tak kisah.. well kita manusia biasa yang kadang tak leh cope jugak dengan cakap lepas.. Aku ni lagi jenis tak kisah, tapi kadang tu bila baca balik ayat-ayat cakap lepas ni aku tersentak jugak.. rasa macam how dare you to talk to me like that? how dare u to assume me like that? we don't even know each other so berhati-hati bila bercakap / menulis.
Ini cuma luahan pendapat aku je.. Sama je macam betapa sensitifnya sesetengah orang bila dah kawin tapi belum pregnant.. Amboi selamba badak tanya "Bila ni nak mengandung??? Lama dah kawin" Eh aku rasa nak penampar je satu kali.. Ko tau ke dia nak mengandung ke tak nak ke? Kau tau ke betapa gigih orang tu berusaha tapi Allah belum nak bagi rezeki kat dia? Pakai otak sikit der. Macam kes Namee, dia pregnant baby no.2 cepat (selang 3 bulan dah pregnant) pastu tu pun nak kene tanya ke kenapa dia pregnant cepat sangat? kenapa dia tak guna protection ke? Eh sukati dia lah.. dia nak rancang ke, tak rancang ke.. ni soalan kau seolah-olah macam dia budak sekolah yang tak tau family planning ke apa.. aku tau intention untuk mengajar orang cemana family planning tu bagus.. tapi kau tak rasa macam orang akan tersinggung? maybe? kita tak tau kan? yes maybe jugak ko rasa eh sapa suruh jadi public figure.. dah tentu lah kene tadah je soalan-soalan yang langsung tak sensitif ni.. Oh camtu yeh? ok maybe that's the price that you've to pay as a blogger. u're right lah sangat.
Ni lagi satu contoh.. sekarang dok hangat orang dok compare anak Scha dengan anak Che Ta.. tak leh diterima akal langsung.. Eh tak kira lah anak sapa lagi comel ke apa.. perlu ke kau serang ig diorang ni and bagitau, eh anak kau tak comel, anak orang tu lagi comel.. omg, pakai otak sikit boleh? kenapa suka sakitkan hati orang yeh? tak kira lah anak sapa comel apa kau kene kisah? kenapa kau sibuk jugak nak bagitau dia? sebab rasa syok lah ni dapat sakitkan hati orang.. kan? kalau kau rasa anak dia lagi comel, ko pegi ig dia, puji lah lapanploh kali anak dia comel, takde sapa nak marah, and takde sapa rasa apa kau buat tu annoying.. ini tak... apa perasaan seorang ibu kalau datang orang yang dia tak kenal pastu sound "anak u tak comel sangat.. anak kawan i lagi comel" kalau aku laaaaaaaaaaaaahhh... aku hambat je dengan penyapu. kong ajo sangat perangai tu. Anak tu anugerah Allah kat aku.. Di mata aku anak aku comel, kalau kau rasa anak aku tak comel, ada aku kisah? aku tak mintak pendapat kau pon.. so sila pegi blah. Belajar jaga hati perasaan orang lain..
Sorry if entry aku kali ni buat sesetengah pihak terasa hati.. Tapi aku rasa aku kene luah jugak pendapat aku sebab itu apa yang aku rasa. Orang luar tak tahu sebab bukan semua blogger nak kene cerita.. Benda macam tu bagi aku remeh.. Tapi sometimes kita lupa dan perlu ingat mengingati.. Senang ke jadi blogger nie? Satu aku leh cakap, jadi blogger, hati kene kuat, hati kene kental. Sebab kau buat benda elok pon orang kata.. ko buat silap sikit pon lagi orang mengata.. sometimes ada readers yang bagi teguran membina, mungkin boleh email so takde memalukan atau mengaibkan orang.. mana yang baik kita ikutlah dan cuba improvekan diri.. mana yang longkang kita pekakkan telinga..
Kesimpulannya, jaga lah hati dan perasaan orang lain sebagaimana kita mahu orang menjaga hati dan perasaan kita :)
Love,
Filla.
21 comments:
like 80xxx...
setuju...kdg2 org suka ckp tnpa pk prasaan org lain.
penah kena ms time mengandung org ckp 'nti ank hg keluaq msti x comeykn.laki hg x ensem sgt.lenkali kena cari laki hat ensem sedap mata mmndang br la keluaq ank comey2'
tp Alhamdulillah...kuasa Allah...ank lahir comey sgt2 dr ank depa smpai depa x kata apa dh.
setuju sgt filla..x suka da diam2 je xyah nk komen2. simpn je dlm hati.
totally agree kak..im one of ur silent reader..everyday sy baca blog akak..hehe..i luv da way u are..erin.. :)
totally agree kak..im one of ur silent reader..everyday mesti baca blog akak..luv da way u are..erin.. :)
setuju dengan entry ni... Kenapa lah nak tanya soalan2 mcm tuh. Jan baca juga blog Namee (yg baik, humble, yg cun, lawa, tak nampak mcm preggy pun), terkejut jugak dengan soalan2 yg readers tanya..
Tapi baik pula Namee bagi explanation, but deep inside Jan rasa tak perlu lah tanya soalan tu.. Dah namanya rezeki kan. Privacy orang, takyah campur..
yeeeaaayyyyy!!!!Hidup kak pilla!!!Heheee...betu tu kak, setuju dgn entry ni..entry namee pn smlm ade gak baca.Mmg rasa mcm xptut je bila ade yg ajukan soklan mcm tu kan.Hehee..Tringin nk jmpa kak pilla dpn2..hehee...
ok topik ni best. sbb ade jgk pnh dgr org ckp dayyan xcomel.. mmy die sentap rasa nk nngis kot time tu.. :(
lidah tak bertulang...
Akak dulu bersaing bersalin (lat beberapa hari dengan sepupu) dan ramailah yang komen bunyinyknya begini... "dekat2 ya tarikh beranak, tapi anak dia tu putihhhh.." terasa tak? terasa tak??
betol tu kak .. saya paling xsuka kalau org tanya .. bila nak ada baby??
pernah sekali saya jwb mcm ni " err ko ingat mlam td game .. bgun pagi dah ngandung ke??" diam terus org tu. lansung xtak tau jaga hati!. biadap sungguh.
saya silent reader k pilla..betul..saya ada baca citer Namee..kesian dia dah rezeki tuhan nak beri kan..bukan org tu mintak ko sponsor dia nak beranak pun...saya bersalin awal sebulan pun org komen aktif sangat la kuat berjalan la huhuhu susah nak puaskan hati org ni
betul2 kak pilla...sy teringt ayat anymous kt kak pilla psal kak pilla niaga shawal..dulu jual seluar tight la apa la skrg jual shawl pulak (lebih kurangkan la ayat dia cmtu?lupa dah)..ps baca tu sy lk yg jadi emosi terlebih2..klu sy dh down dh kak pilla..knapa la ada manusia yg mcm2 ni..trpikir gk apa niat dia ckp cmtu?dengki??pakai spek smbl mkn pn nak dengki gk ke?semoga mereka2 ni di beri hidayah oleh Allah..jgn kerana mulut badan binasa.. bila bckap tanpa berpikir yg akn menguris hati pihak lain ia akn menambah dosa yg ada..
Diorg ni cara bercakap mcm xde Tuhan..Allah yg bg rezeki..klu Allah nk bg baby tu cpat, cpat la.klu dah Allah kata blm ade rezeki blm la..sy ni tgh hadap la ni..siap ade soalan bodo " kenapa blm ade baby"..aptb..
Sy rasa org msia mmg suka sgtttt tnya soalan berbentuk peribadi kot. Kdg2 rase mcm soal siasat plak. Kerje ape, dh kawen ke blum, ank bpe org, ank skolah mana, ank keje ape, bila nk kawen, rumah tu rumah sewa ke beli?. Lemas jugak lah kan. Penting sgt ke smpi nk kena tnya cmtu?? Klu sorg dua boleh tolerate lg tp nmpknye soalan2 mcm ni mg habit org kita. Stop kepochi pls.
true. kalau org tu tiba2 pregnant and dipersoal knp dia pregnant, xkan nk persoal rezeki. dah memang tertulis rezeki org tu pregnant soon. habit membanding2 anak2 ni pun mmg dah lama perasan ada. kalau anak dia cpt jalan, dia pun nak expect anak org lain kena sama dgn progress anak dia. mcm2. haha
Ya..setuju dengan pendapat akak..
Kata2 org yg kurang sensitif ni lebih tajam dr pisau.. Kalau tak kahwin dia kecoh bertanya, kalau dh kahwin dia kecoh psl bila nk dpt anak, kalau dh dpt anak dia tanya pulok bila nk tambah anak.kadang2 rasa nak soal diorg balik 'awak bila nk mati?' huhuhu tp tak blh coz mama taught me better than that... So I jawab dgn senyuman manis...'sekejap yer..nak tanya Allah'... Terus muka bertukar malu rasa serba tak kena
tulah manusia rambut sama hitam, hati lelain, eh eh rambut pun kaler dah tak sama. orang macam nie ada masalah ngn diri sendiri. sebab itulah jaga begitu.
terbaek....saya suka pendapat filla
saya paling tak suka kalau ada org suka compare kan anak dia ngan anak org lain....selalunya anak dia la yang terbaekkk...bosan mcm tu
Kak pillaaa. Naik semangat namee baca entry kak pilla ni. Terima kasih sgt2. Em tu la kdg x paham org yg tanya macam kita ni kaunter pertanyaan. Pastu soalan yg menyinggungkan. Sabo jela. Tp di sebalik skrin of course la terasa. :( . Siap gelak2 ejek2 plak sbb sy ngandung cepat. Terima kasih kak pilla. Kita antara kawan kita pun cakap berlapik. Diorg ni....suka suka jeee.
blogwalking :p PerfumeWorld
Post a Comment