Hai :)
Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang menyertai I Love S&P Santan cooking workshop di FFM Marketing Sdn. Bhd, Sungai Buloh. Ada 6 bloggers yang involved dalam cooking workshop ni termasuk Kak Pilla. Selain dari tu ada juga team dari Rasa (Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.) dan Didadee Sdn. Bhd (Malaysia's Official Weibo Agency).. Actually Kak Pilla rasa happy sangat sebab berpeluang menyertai program yang macam ni sebab Kak Pilla kan suka masak-masak hahahah..
Kitorang sampai tepat seperti waktu yang dijanjikan.. So pagi tu ada sesi beramah mesra dan bergambar :)
Ok mari berkenalan kata dia heheheh
Ini antara produk dari S&P Santan yang wajib ada di setiap ceruk dapur kita ok? Kenapa Kak Pilla cakap camtu? Sebab S&P Santan ni pioneer in Malaysia's coconut milk powder industry.. bukan setakat dalam Malaysia ye, tetapi di dunia! Santan S&P dipasarkan di 40 buah negara.. Sila kagum sekarang.
Personally Kak Pilla sangat suka santan S&P sebab penyediaannya yang ringkas. Especially yang powder tu sangat menjimatkan ruang untuk storage. Selain tu kebersihan santan S&P 100% dijamin jika dibandingkan santan segar yang jual di pasar-pasar tu hehehe
Oh tu gambar Kak Pilla pegang S&P Santan coconut drink tu belum ada dipasaran ye.. Bertuah kitorang dapat rasmikan.. Memang sedap dan satu kelainan dari minuman biasa.. Don't worry sebab S&P Santan ni 100% natural, no preservatives and no cholesterol.. So sila gunakan dengan yakin..
Sebelum cooking workshop bermula mari kita bergambar dulu :)
Kami bertiga blogger wanita ( ceeranoh dan Elly )yang bakal mempamerkan aksi memasak sebentar lagi.. confident level mesti tinggi hahaha..
Sebelum bermula kami disediakan dengan light breakfast yang omg sedapnye.. siap ada sambal santan untuk cicah ngan spring roll tu.. ohsem sangat rasa sambal dia.. nak mintak resepi ngan Chef tapi segan pulak hehe
Mr. Tony Loh Kok Lim selaku Business & Product Development Management Manager memberi sepatah dua kata sebelum acara bermula.. Wow Kak Pilla berdebar-debar time ni.. Berebut-rebut carik teammate masa ni..
Hah ni lah tempat kitorang berentap siapa masak lagi terror.. Feeling master chef terus.. hahah tu lah cita-cita ai bila tiap kali tengok master chef kat tv.. ini masak ada partner pon berdebar, cemana orang yang masak sorang-sorang.. Stresssss ok??? hahaha
Perlu ke nak kenalkan lagi? Popo Elly in da houze yoooo hahaha.. nama kumpulan we olls ialah OMG.. ye tau nama tu poyo dan gedik. Eh sukati lahhhh hahahaha.. kitorang nak tiap kali Chef rasa je masakan kitorang, Chef akan kata OMG!! sedap gilaaa.. hahahhaha..
Tadaaaaa!! Ni pun rasanya tak perlu diperkenalkan sebab ni lah Chef terhebat dan popular yang sering keluar tv dan majalan.. Chef Andri in da houze yo!!! dengan tag line dia "Yummy Yummy".. nak fokus je Chef Andri akan jerit "Yummy Yummy" so participants semua akan jerit "Yummy Yummy".. tapi kadang kitorang yang jerit and Chef kene jawab.. Chef macam confuse ni rancangan masakan siapa ni? hahahahah
Ada 3 menu yang akan disediakan oleh kami semua.. Semua menu menggunakan produk S&P Santan dan product tajaan FFM..
1 - Spinach Broccoli Coconut Soup
2 - Baked Cajun Chicken Wings
3 - Cavendish Coconut Fritters
Nak resepi? Nanti rajin Kak Pilla share ok :)
Awal-awal dah tamak nak duduk depan.. sebab ai rabun.. Kene lah meja depan supaya nampak Chef kat depan.. Jangan main-main ye.. Elly memang very particular and detail.. Dah ada resepi pon tetap nak salin apa yang keluar dari mulut Chef.. Kitorang satu table ngan team KYSpeaks and KampungBoyCityGirl. Diorang ni team paling sempoi dan kelakar habis.. Memang ngam lah ngan team kitorang yang gila ni.. Asyik bergaduh hahahahah... Tapi kita gang kamcing masak pon share-share ;)
Amboi ni betul-betul busy ke buat-buat je? hahahah.. Tapi enjoy sangat ok...
Oven ada satu so kitorang kene share.. team sebelah tolong buatkan bread tu.. Lepas ni Kak Pilla nak bertukar kepada Massimo bread pulak.. sedap gila rupanya... Siapa tengah diet boleh beli Massimo whole meal bread ni.. terbaekkkk!!! kitorang tolong buatkan broccoli stock.. Kak Elly muka jangan nak serious sangat please.
Tadaaaaa!! Jangan memain, bergulung-gulung roti kitorang ok.. Hahahahhah... Komen Chef Andri ialah "Ni puree ke soup?" OMG! hahahah terus terbayang puree baby hahahahaha.. Ada kesilapan sikit sebab soup kitorang terpekat sikit.. tapi still delicious kata Chef Andri (percubaan mengambil hati mungkin) thanks Chef.
Then ada 5 minutes break sebelum sambung menu kedua.. Kali ni share oven untuk baked chicken pulak.. Ok your chicken there, my chicken here.. hahahaha... diorang ni selamba gila, dah siap masak selamba makan ayam kitorang sebab diorang lapar dan dia kata sedapppp..
Chicken ready in the oven. Pastu bising set timer, set timer, nevermind i set my watch also don't worry.. pastu not enough ni.. bake some more... bake some more.
Tengok pada gaya memang ada harapan Team OMG nak jadi juara nie.. kahkahkahhhh
Gambar ni Kak Pilla ada share kat IG.. Tapi silap ni sebenarnya masakan Chef Andri hahahahahahahhaha.. kesian you alls tertipu..
Ok ni baru Team OMG punya.. not bad kan?
Tengok over ke tak Team OMG.. Chef Andri rasa chicken dulu.. pastu dia tengah feel makan tu.. Kitorang paksa rasa sauce dia.. "Chef, tu baru chicken dia... nak lagi sedap Chef kene rasa sauce kitorang sekali, sedap gilaaa Chef!".. pitam dapat participants macam ni.. hahahahhaha.. Tu muka Kak Pilla macam tengah cakap "Haaaaa, kan i dah kata.. sedap kannnnnn"... Muka Elly pulak kegembiraan dan bangga hahahahaha.. yang lain muka gembira tapi dalam hati "Eh nyampah team OMG ni over sangat"..
Sesi pemarkahan..
Masuk last menu Kak Pilla and Kak Elly dah tak terdaya nak maintain vogue dengan high heels memasing.. Mengada sangat masak pakai kasut tinggi.. Ambik kau memasing mengeluh sakit kaki.. Last-last kaki ayam je.. ke hulu ke hilir kitorang berkaki ayam.. vogue sangat.
Cavendish Coconut Fritters paling senang dan paling sedap! Kene guna pisang, 2 cups of Seri Murni Cooking Oil.. 1 cups Blue Key Self Raising Flour, 1/4 teaspoon bicarbonate of soda powder, 1 cup soda water. Untuk coating pulak, 1 cup S&P Santan Sejati Desiccated Coconut (Yang Kak Elly lumur kat pisang tu) , 1 cup Blue Key Superfine Flour.
Kak Pilla celup-celup dalam bancuhan Blue Key Self Raising Flour tu.. then Kak Elly lumur ngan S&P Santan Sejati Desiccated Coconut tu.. tu yang dia jadi crunchy dan sedap tu..
Haaa best sangat!! Dapat pulak partner sebelah ni pon kepala best.. Memang enjoy sangat kitorang ;)
Ini team KYSpeaks and KampungBoyCityGirl punya... Over sangat siap ada menara ni hahahahha... Tapi kagum jugak lah kitorang tengok ni... hahahahah
Jeng Jeng Jeng... Chef cakap dia potong je Banana Fritters kitorang ni dia terus nak try rasa.. Bila Chef Andri rasa terpejam-pejam mata Chef kahkahkahh.. Tak tipu ok.. Pastu Chef jerit "OMG!!! delicious, ohsemmmmmmm!!!!" eventhough banana over cooked sikit, tapi the taste still sedap and still crunchy.. Waaaahhh merah padam muka Kak Pilla and Kak Elly sebab malu... huawahahahahha..
Nampak tu muka Chef Andri? tak terkata sebab sedap sangat hahahahahahahah... hanya mampu bertepuk tangan sambil menggeleng-gelengkan kepala je.. hahahahaha..
Tak lama lepas tu tiba lah masa untuk mengumumkan pemenang.. Tapi Kak Pilla tak snap gambar sebab terlampau berdebar dan khusyuk nak tau pemenang... Dan kitorang kalah hahahah.. Kalau ada kategori team paling over kemungkinan besar milik OMG.. cuba lagi tahun hadapan. hahahaha... Pemenangnya ialah Team Weibo kat belakang meja kitorang.. Tahniah kepada Weibo Team, you all memang hebat ;)
Bergambar kenangan bersama Chef Andri yang sporting dan kelakar..
All of us.. We Love S&P Santan. From now on, Kak Pilla bertambah yakin dengan semua produk S&P Santan.. Mereka adalah leading brand untuk coconut milk powder industry di Malaysia dan dunia.. Dah tentulah Kak Pilla yakin dan takkan pandang yang lain.. Oh lupa nak share, kalau korang guna santan powder tu untuk masak lauk ke apa-apa yang berkuah ke.. tak perlu bancuh ngan air pon.. just letak je powder tu kat kuah dan kacau hingga larut dan sebati.. Eh senang sangatttttt nie.. Kalau gi travel pon senang bawak yang serbuk tu.. tak perlu risau dia nak basi ke apa.. Siapa belum pernah try, Kak Pilla memang recommend sangat ok..
Sebelum mengakhiri entry ni, Kak Pilla ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada S&P Santan, Chef Andri dan Nuffnang kerana memberi peluang untuk Kak Pilla menambah ilmu dan pengalaman dalam bidang masakan.. Terima kasih juga diucapkan kepada FFM Marketing Sdn. Bhd. (FMSB) selaku penaja venue Cooking Workshop ini.. Antara produk dari FFM Marketing Sdn. Bhd. (FMSB) ialah tepung Blue Key, Massimo bread dan Star brand flavoring and coloring. Sesiapa yang berminat untuk menyewa venue ini untuk buat Cooking Workshop dialu-alukan ye.. Peralatan semua canggih dan baru :)
for enquiries please contact:
website: www.ppbgroup.com
email: marketing@ffmb.com.my
telephone: 03-61457888
Ok yang ini paling menarik ye... Siapa nak menang hadiah jom kita join contest kat bawah ni:
Anda suka memasak??? Ok siapa suka masak dan nak menang hadiah menarik jom kita join contest nie.. Senang je.. cuma perlu Like FB page S&P Santan dan hantar entry.. Nak tau apa hadiah dia?? Best okkk!!
Prizes:
Grand prize:RM 300.00 worth of shopping voucher, branded cooking sauce pot (worth RM 548.00) and Santan® goodies bag (worth RM 50.00)
Second prize:
RM 200.00 worth of shopping voucher and Santan® goodies bag (worth RM 50.00)
Third prize:
RM 100.00 worth of shopping voucher and Santan® goodies bag (worth RM 50.00)
Consolation prizes:
10 X S&P goodies bag (worth RM 50)
Contest period: 10 November - 5 Disember 2014.
So jangan buang masa, mana tau share resepi tetiba menang pulak..
Visit www.spfood.com and www.facebook.com/SPISANTAN for details.
Love,
Filla.
5 comments:
tang bukak kasut memang cute betul la kakak2 berdua ni.. vogue sangat tau.. i suka...
Filla, yang berdiri kiri Filla tu dalam gambar last ramai-ramai adik Akak, wartawan Rasa =)
kagum tgk uols mmg pandai masak..bg ape pun mmg pandai hehehe..tp kelakar bila korg berdua ni ada2 aje hehe
Kak pilla klu bercerita kompem syok je nk vaca
ok ila try joint ye..
Post a Comment