Friday, September 05, 2014

BREAKFAST COUNTER TOP (DIY)

Do It Yourself.

Ya itu konsep Pak Radie.. Itu dah cukup bagus, cuma dia punya lambattttttttttttttttttttttttnye nak do it yourself tu tak yah citer lah.. Muka Kak Pilla yang manis ni dah tak manis dah.. hahaha... 

Bab macam ni pun boleh jadi punca gaduh.. Alaaa macam biasalah.. takat-takat Kak Pilla gaduh ngan Pak Radie ni gaduh manja je.. takde lah gaduh baling kuali..  Cuma lemas sikit sebab dia memang jenis ok ok ok.. tapi lagi 8 tahun.. hahahahah.. 

aku memang takde keje.. Aku kan boss.. So aku jalan sambil tangan letak belakang jeling atas bawah, muka macam tak puas hati.. Tu memang aku pandai.. hahahahha.. 

Ada Pak Radie tunjuk kat aku gambar-gambar mat salleh buat sendiri kerusi meja bagai.. Terpaksa aku buat-buat muka ceria dengan penuh minat.. kang sentap plak kannnn... Dia memang minat benda-benda macam ni.. Lelaki kot kan.. kalau barang-barang macam drill elektrik, yang jenis untuk skru tu.. semua dia dah beli.. Kalau aku? membazirrr je rasa.. pakai sekali je pastu simpan.. ini dia baru beli gergaji letrik.. dia kata kalau gergaji pakai tangan memang tak siap la.. Pastu sibuk cakap nak beli mesin ketam kayu, mesin polish kayu.. sebab tangan lemah kalau gosok sendiri pakai kertas pasir.. manja sangat.. takat pakai sekali dua semua benda nak beli... lain la pasni nak jadi tukang kayu kannnnn... no ahkak tak setuju! *hentak kaki*

Gigih sangat dia ok.. Muka bercahaya-cahaya masa buat ni.. Kak Pilla pon terpaksa buat-buat bercahaya jugak.. hahahahahha

Ini ialah proses tampal.. Aku pon bukan reti sangat benda-benda ni tapi tanya lah jugak.. kira nak bagi licin lah lekuk-lekuk tu.. sama lah function ngan plaster.. tapi ni plaster kayu... sebelum plaster ni kene gosok dulu ngan kertas pasir bagi licin semua permukaan dan tepi-tepi semua.. Wah macam terror bebeno Kak Pilla kann... 

Ok siap.. Pak Radie dah terdampar kat lantai.. penat sangat katanya.. 

Buatkan breakfast.. Eh ke ni breakfast bila yek? hahahah.. buat sandwich sardin.. Hebat Kak Pilla sebab berjaya menahan diri dari ajak Pak Radie breakfast roti telur bawang cili kat mamak.. Hahhaa.. malas nak tengok muka sentap dia tiap kali ajak pegi sana.. 

Lek Paaaa.. muka jangan serious sangatttt... Ok ni proses varnish pulak.. rasanya kena 3 layer.. setiap layer tu kene bagi kering dulu baru apply the next layer... Sebenarnya aku tak puas hati kenapa varnish ni kaler dia tak gelap? dia lebih kepada kemerahan gitu.. ai don't like.. tapi aku takut-takut nak tanya.. tanya sekali je.. Pak Radie jawab "memang laaaa, ni la ok".. heshhh ko berani nak tanya lagi? takuttt... 

tu code dia.

Eh lupa nak tunjuk gambar before.. Punya lama aku bertahan tengok benda ni tak siap-siap.. berombak-ombak dada Kak Pilla menahan sabar.. Dulu gaduh sebab aku tak puas hati kenapa simen??? dah macam rumah tak siap.. dia kata aku tak tau seni.. Hello???? aku tau ok.. Cuma tanak lah simen camni.. Kalau betul nak simen, aku nak simen yang licinnn.. dia cakap tu kene varnish.. Eh varnish je lah?? Hahahah.. jawab dalam hati je.. tak berani jawab depan-depan.. 

Ni aku tak tau.. dia guna gam apa tah.. Actually kayu yang dia buat tu bawah dia tu guna plywood untuk alas.. 

Sebenarnya bukan Aleesya yang rasmi.. Tapi dia sendiri hahahahah.. Request nak maggi.. lapa.. ololooooo sian dier tu.. 

Kerusi ni dia yang berkenan sangat.. Ok aku berkenan jugaklah.. cuma kerusi ni tinggi melampau.. Pak Radie cakap kene potong.. Eh? potonglah.. hahah.. dia cakap kene hantar kedai.. ni tak leh buat sendiri.. Eh? hantar lah kedai? Hahhahahah kongajo betul bini Pak Radie nie.. dalam blog je berani.. belakanggggg.. 

Syok dah siap.. Bibik kata Amaani request nak makan kat sini kalau balik sekolah.. Ok gak dekat sikit ngan dapur.. Jangan anak aku tebalik jatuh kerusi sudah.

Yeayyy suka sangat ;) simen tu belom siap.. Tu next projek.. maybe dia nak varnish ke apa ke.. kita tunggu jelah.. Akan ku desak suruh buat cepat sikit.

Ok itu jelah cerita Kak Pilla pasal breakfast counter top buatan suamiku yang gagah perkasa ye.. Kalau anda berminat, sila suruh suami buat.. hahahahaha.. 

Oh ni nak pesan, ramai yang email pak radie and cc kat Kak Pilla jugak pasal quotation untuk design and renovation rumah.. Pak Radie cuma buat design sahaja.. 3D perspective / illustration.. charges biasanya per view.. kalau nak tanya harga susah nak cerita sebab kene tengok lah keluasan, view apa yang you all nak dia buat.. dapur ke, hall ke, room ke...tak leh main suka-suka hati dia letak harga.. Kebanyakan client memang request untuk 3D untuk memudahkan kerja renovation.. Itu yang Kak Pilla tau.. 3D dia boleh apply untuk restaurant, boutique dan apa-apa ruang yang memerlukan design dari dia...kalau salah maknanya Kak Pilla memandai-mandai hahahahahhaahah.. ai memang over *tiopkukukakisilang*

So better if korang email dia sendiri ye.


Radie: adrie102@yahoo.com

boleh cc kat : framekasih@yahoo.com 


Sekian, terima kasih.


Love, 
Filla.

Thursday, September 04, 2014

10 TAHUN BERSAMA.

Hari ni hari Khamis, 4 September 2014.  Ada apa dengan hari ni? Takde apa, sama macam hari-hari biasa yang aku lalui sepanjang hidup ini.  Tapi sepuluh tahun yang lalu, pada tarikh ini, ada satu lafaz yang terucap disaksikan puluhan saksi lain.  

"Aku terima nikah Fadilla binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunaiiiiiii"

"Sah?"

"Sahhhhhh!"

Amboi kemain eksyen kau yeh.  Sekali lapas je, padahal malam sebelum tu.. duduk mengadap kepala katil ulang ulang ulang beratus kali kot.  Ntah-ntah malam tu mengigau hahahaha.. Punyalah nervous orang lelaki ni kan? Yang orang pompuan nervous jugak.. nervous takut make up tak lawa.. hahahahhaha..

Sepanjang 10 tahun bersama, banyak dah lalui suka duka bersama.. Mencipta 3 Kasih bersama.. Mengenal hati budi masing-masing.  Nak kenal pasangan bukan setahun dua.. Bertahun-tahun baru tau.. Tapi macam biasa lah kannn.. Pak Radie tu dah kenal aku lebih dari 10 tahun tetap membebel benda yang sama jugak.. Masing-masing keras kepala nak buat cemana... Date anniversary ni pun, masuk tahun ni dah 10x.. tapi yang ingat berapa kali je.. yang berapa kali lagi tak ingat.. hahahhaha.. *hantuk kepala kat dinding*

Aku tau sepanjang bersama tu banyak salah aku jugak sebenarnya.. Yelah aku pun manusia biasa jugak yang tak lari dari buat kesilapan.... Tapi aku cuba perbaiki diri, cuba menerima dan memberi, lama-lama ikatan tu akan semakin utuh dan kuat.. Cakap pasal soal rumah tangga ni lain sikit.. Tak elok kita cerita beria-ia macam kan ko lah couple paling bahagia kat dunia.. Eii takut.. tak nak makan diri kalau satu hari apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan.. Sedangkan pantai pon berubah.. ini kan pula hati manusia.. Eh berani ke berubah hati? 

Setiap pasangan ni selalunya tak sama.. Kalau sama nanti bosan pulak.. Aku ngan Pak Radie pun ada yang sama ada yang tak.. Aku boleh manja dengan orang lain.. tapi tak ngan dia.. Sebab macam segan ke apa ke aku pon tak berapa nak paham sampai sekarang.. Dia pun sama.. suka layan aku macam gangster-gangster.. Aku syak dia segan ngan aku kuakakakkakaka... Tapi kitorang memang sentiasa berbalah pendapat.. SELALU ok.. Kalau aku cakap A best.. dia akan cakap B lagi best. Kalau dia cakap A aku cakap B.  Tapi takdelah sampai bertumbuk.. Paling kuat pon aku malas nak layan je.. dia pun blah sebab malas nak layan aku.. Ayat favourite dia "apahal?".. pastu dia tak perasan dia suka cakap "apahal?".. tak ke gangster cakap ngan ai yang lemah lembut nie "apahal?" Sakittt hati ai tau.. 

Tapi tu aku cakap.. aku dah biasa, so takde hal.  Sama gak dia melayan kerenah aku ni.. Aku takde nak merengek-rengek macam kucing.. nak itu nak ini.. memang tak la.  sebab dia pun memang takkan layan punya.. so buang masa je... Dia tak pernah call aku kat office atau nak whatsapp "buat apa tu?" pon tak ok!!! kitorang kalau waktu kerja, kerja.. balik rumah baru jumpa.. so aku dah terbiasa dah.. Aku nak pegi mana aku pegi je.. Nanti balik aku cakap.. hahahahahah... aku tak suka orang membebel sebab telinga sakit hahahahah.. kong ajo sangat.... aku dah terbayang muka dia ketatttttt kelat kalau tau aku merayap hahaha.. so baik balik kang baru bagitau.. nak kelat boleh kelat lepas tu hahahha..

Tapi dia pon dah terbiasa kot ngan perangai aku.. Dia tak kisah sebab dia tau aku dah besar kot.. Dia tau kalau aku hilang pon hilang kat mana.. hilang dengan siapa.. dia memang tau dah.. Kengkawan aku bukan ramai pon.. lepas itu, itu.. balik-balik muka itu jugak hahahaha.. 

Macam tu lah adik-adik.. Hidup ni mudah, jangan lah complicated kan benda yang mudah.  Jangan ikutkan hati nanti binasa.. Guna akal.  Jangan dikejar-kejar benda yang belum pasti.. Benda yang dah ada tu jaga elok-elok.. Sedangkan yang ada pon kita masih belum pasti apa penyudahnya.. Tak payah nak terror sangat sanggup amik risiko nak cuba benda belum pasti.. Lalui je dengan tenang hidup ni.. Aku bercakap sebab aku dah banyak tengok.. Kahwin dan cerai bukan benda mudah.. Setiap perkahwinan pasti ada masalah.. Besar atau kecil.. Kebijaksanaan kita melayari tu yang penting.. Kalau biarkan hanyut, maka akan hanyutlah.. Kalau cuba sedaya upaya InshaAllah berjaya.. Tapi kalau dah cuba jugak, tetap hanyut, then serah pada Allah.. Doa banyak-banyak.. 

Untuk awak, terima kasih kerana memahami, terima kasih kerana tak pernah mendesak, terima kasih kerana sentiasa bersama, terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang membesarkan anak-anak bersama.  Semoga hari-hari yang mendatang, kita akan teguh untuk lalui bersama. 

Sayang awak 200%

Happy 10th wedding anniversary to us!

*muntah beramai-ramai*




Love, 
Filla.

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN EPHYRA.

*scroll down for new entry*

Ibu mana tak nak menyusukan anak sendiri? Kalau anda ibu sejati, dah tentu anda sebagai ibu yang melahirkan mahu memeluk dan merasa anak menyusu dan membesar dengan susu badan sendiri.  Tapi tak semua ibu 'bernasib baik'.. Ramai jugak yang mengalami masalah tiada susu dan beberapa faktor lain yang mengganggu.

Hari ni nak share Tips untuk banyakkan susu ibu dan nak share jugak kenapa susu ibu menjadi kurang.  Ini merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para ibu especially ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayi mereka dan terpaksa mengepam setiap 2 jam apabila berada di tempat kerja.

Perkara yang utama yang perlu kita tahu adalah, betulkah susu kita tidak mencukupi untuk si comel kita? atau ada punca lain?  Antara punca susu kita tidak mencukupi adalah:

-Teknik penyusuan yang salah.
-Tidak cukup rangsangan daripada bayi.
-Pemakanan ibu yang tidak seimbang.
-Tekanan perasaan samada di tempat kerja atau kerja-kerja rumah tertangguh.
-Kurang berehat atau tidur.
-Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia.
-Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
-Teknik mengepam atau memerah susu tidak betul.

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan di mana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan.  Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.  Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walalupun bayi sedang menyusu.  Ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan mengikut keperluan bayi.  Jika ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yang terhasil mungkin akan menjadi banyak.  Ada berbagai-bagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan.

PETUA MENGHASILKAN SUSU DENGAN BANYAK

Susukan bayi apabila bayi berasa lapar.  Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terahasil.

Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara (secara bergilir) sehingga bayi itu sendiri melepaskannya setelah dia merasa kenyang.  Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam.  Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk meransang penghasilan susu ibu.

Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi kerana perasaan tertekan atau kurang yakin tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.  Pastikan ibu mendapat rehat yang secukupnya.

Dinasihatkan supaya tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang dari 6 bulan kerana bayi akan kurang menyusu badan dan ini sekali gus akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

 Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan.  Bagi memastikan anak anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara berikut:

Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

Banyakkan minur air (digalakkan minum air suam) sepanjang hari.

Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

Ambil supplement / makanan tambahan seperti EPHYRA kerana ia sangat bagus untuk meransang penghasilan susu yang banyak dan pada masa yang sama mengatasi sembelit dan menghilangkan sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan.

Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara.  Sambil menyusu sentiasalah sapu rambut bayi dan cium bayi.

Dapatkan Makanan Tambahan / Supplement Yang Disahkan Halal serta Terhindar dari sebaran Racun.

Setakat ini EPHYRA telah mendapat banyak testimoni yang mengatakan mereka berjaya menghasilkan susu yang banyak untuk si manja mereka.  Nak tahu apa kelebihan EPHYRA?  Kepada ibu-ibu yang mahu menyusukan si manja secara tegar atau sedang mencari petua tambahan susu ibu, EPHYRA adalah pilihan yang bijak!  

Kebaikan EPHYRA Kepada Para Ibu Menyusu
EPHYRA bertindak sebagai Energy Booster
EPHYRA mampu menganjalkan semula badan ibu-ibu yang menggeleber selepas bersalin.
EPHYRA mengembalikan kepejalan otot yang boleh membentuk semula badan ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya kembali cantik.
EPHYRA memperbaiki kesan stretch marks serta luka semasa bersalin.
EPHYRA mengekalkan rasa kenyang kepada ibu-ibu yang mahu menjaga badan selepas bersalin.
EPHYRA juga memberi manfaat yang baik kepada bayi kerana dapat membantu untuk mencerahkan kulit bayi yang disusui, hasilnya bayi menjadi gebu dan sihat.
EPHYRA membantu menstabilkan hormon ibu.
EPHYRA sangat bagus dalam membantu menjadikan kulit berseri dan anjal.  Ia meransang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan.
EPHYRA bertindak sebagai supplement anti-penuaan dan mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
EPHYRA mampu memulihkan pigmentasi, melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi dan jeragat.

MENARIK KAN? 
Jom kita tengok testimoni terpilih mengatakan susu badan mereka menjadi lebih banyak setelah mengamalkan ephyra!

Kenal tak? Haa ni sahabat baik Kak Pilla sendiri iaitu Kak Moon.. Dah tengok baby Sara? Kemain gebu putih melepak!

Ni testimoni dari pengguna Ephyra yang beli dari kawan saya Peej.


Ni pun sama jugak.

Yakinlah dengan EPHYRA kerana ianya HALAL.. 
  
Nak beli EPHYRA dengan harga promosi dan boleh dapat free gift? Jom datang Pusat Pameran MINES Seri Kembangan, Selangor pada 3-7 September.. Nak best sikit boleh datang pada 6 & 7 sebab ada Memey yang cantik manis dan Norman.. Boleh snap gambar ;)
  


Love, 
Filla.

Wednesday, September 03, 2014

KASIH AMAANI AND KASIH ALEESYA.

Anak perempuan 3 orang.  Memang seronok jugaklah melayan.. Tapi tak leh blah gak, tiap kali aku bersiap je, memasing mengendeng nak lipstick.. Amaani lagi lah.. bila dah pakaikan lipstick, terjuih je mulut siap slurpp slurrppp slurppppp ailio dia.. takut nak tekap bibir nanti lipstick hilang hahahah..

Geleng kepala Pak Radie.. muahhahahahaha.. 





Aleesya nak try silang kaki, tapi sampai ke sudah tak berjaya.

Kena banyakkan baju gegirl2.. Ni pun Pak Radie bising suruh bawak baju spare.. T-shirt ngan legging.. Eh anak kita pompuannnnnn ok!


Hahahah budak ni dah start banyak perangai.  Suruh posing kadang ok, kadang tak ok.. Bila dia geram asik nak snap je.. terus bagi muka camni.  Kak Kasih gi camping time ni.. Sorry takde gambar Kasih jangan sentap ye Kasih.. 


Love, 
Filla.

Tuesday, September 02, 2014

BILA ANAK PERGI CAMPING.

Hari Jumaat lepas Kasih gi camping kat Dusun Eco Resort, Bentong.. Kalau tak silap camtu lah kot nama dia.. Pasal pegi camping ni, last few months lagi Kasih dah merayu nak pegi.. Kalau ikut hati aku ni memang tak bagi, rasa darjah 3 macam kecik sangat nak pegi camping-camping nie.. Tapi apak dia kata biarkan je.. Awak ni semuanya tak boleh, cemana lah budak tu nak berdikari.. Ok fine.

Then aku tak cakap banyak, terus isi form kata setuju.  Kemain happy Kasih.. Cuma aku risau, kat sana tido kat mana? Bilik ke khemah ke? Berapa orang sebilik? Bilik air cemana? Eh mak dia ni.. semua nak pikir.. Hello, anak aku, aku taulah tahap kemanjaan dia cemana.. Semua mak dia nak atur.. Kadang nak pakai baju apa pon tanya aku.. Ni semua dia nak buat sendiri acaner? Tapi elok gak latih dia.. Pepandailah dia nak berdikari kat sana.. 3 hari 2 malam je pon.

Malam sebelum pergi tu dah bertekak.  Hahahha.. Memula dia bertekak ngan Pak Radie kat atas.. Aku ni busy buat mini pizza kat bawah sebab esoknya Amaani ada Jamuan Raya kat sekolah.. So aku memang tak cukup masa nak gi tengok diorang pack barang Kasih nak gi camping.. Pastu aku nampak Pak Radie turun muka macam tensi je.. "Sukati Kasih lah nak bawak bag apa, pegi tanya mama, papa malas orang memilih-milih sangat ni"... 

Tengok jam dah kul 11.00 malam.. Aku ni terkial-kial lagi kat dapur.. Dah settle aku lari naik atas tengok Kasih.. Dia muka dah ketat sebab tak nak bawak bag sandang yang papa dia dah kemas.. Aku tengok Pak Radie sumbat kain baju Kasih semua dalam satu plastik hitam then masuk dalam bag tu sendat-sendat.. Omg.. kalau camni, cemana lah Kasih nak cari baju dia semua nanti? Kat situlah tudung, baju tido, t-shirt, tracksuit, socks, spender.. Aku tukar suruh dia bawak bag sandang.. Tapi aku cakap memang berat.. Kasih nak mana??? Dia nak sandang tepi.. Ok, jangan bising cakap berat ke apa ye.. 

So aku kemas dalam bag tu buat 3 deret.. track suit sederet, t-shirt sederet, tudung n baju tido sederet.. panties, socks, bag duit, buku nota, pencil box dalam satu bag kecik lain.. 

Pagi tu aku hantar gi sekolah pagi macam biasa.. 

Pastu dia kata berat gila.. Bahu nak patah.. Omg.. aku mula nak marah ni.. Apak ko suruh bawak bag sandang ko muka dah kelat.. tak nak.. Ni bawak bag sandang dah bahu plak nak patah.. Ahhhh tak kira.. Pegi masuk sekolah.. 

Dia boleh buat drama swasta kat situ.. Sambil jalan pastu terhurung hayang.. Pastu siap berpusing-pusing macam kena tiup puting beliung.. Ko mampu? Drama Queen dari dulu sampai sekarang.. Nasib aku jenis tak heran ngan lakonan dia.. 

Bas gerak kul 10.30pagi.. So aku minta permission boss nak keluar jap.. Sampai sekolah tengok diorang tengah berkumpul.. bas dah sampai.. Ada 3 bas besar.. 

Actually ni camping untuk darjah 3,4 dan 5... Waaa pastu aku tengok budak baya Kasih tu bawak bag lagi besar dari badan hahahah.. ilekkkk je... Kasih memang very the manja... aku tanya..
Ni darjah berapa? 
Darjah 3
Ohh, berat ke bag? 
Berat jugak, tapi ok lah.
Meh auntie rasa berat tak

Hahah Berat ok!!!! Muka dia steady je.. Terus aku bagi jelingan maut kat Kasih... 
Bag kawan lagi berat ok.. Terus Kasih jadi gagah perkasa.. Tiada lagi pusingan ditiup puting beliung.. 

Muka dah happy time ni.. 

Aku siap pesan kat kawan dia..
Tolong tengokkan Kasih ye, Jangan tertinggal barang-barang dia
Ok Auntie.

Eh tetiba teringat Wan.. Wan suka macam tu jugak.. Pesan kat kawan2 aku.. Hahaha.. Hello mother, i'm big enough, no need to tell tell my friend... Sebenarnya bila dah jadi mak ni, Kita tetap rasa anak perempuan kita tu macam tak membesar, kita still rasa dia baby, kita still rasa dia takkan boleh nak independent tanpa kita.. Now aku rasa benda yang sama.. Hahahah.. Padankan muka sendiri.

My baby.

Kasih siap sedia nak bertolak.

Kasih ni dia ok sebenarnya.. Dia berani.. Dia tak takut nak pergi camping ke.. Atau pegi mana-mana pun dia ok.. Dia bukan jenis nak kene ada mak atau bapak untuk teman dia.. Dari kecik dah nampak dia macam tu.. Tapi satu jelah.. bab pengurusan dia lemah sikit.. Manja kot.. Semua aku kena check.. Kalau tak memang tinggal lah semua barang.. 

Setiap darjah naik satu bas.. Masa tengok dia melangkah pergi tu.. Huwaaaa menangis hati ai ok.. hahahah over nak mam.. Sedih laaaa!! kang spender tak cukup caner? Kang nangis dalam hutan caner? 

Bye sayang.

Tapi bila tengok dia ceria macam tu, hati aku lega sikit.. Terus berkata di dalam hati "Biarlah, dia akan ok.. dia happy"

Sepanjang kat sana aku tak tau perkembangan dia.. Dia tak nak bawak handphone.. So hari yang ditunggu pun tiba.. Aku yang pergi amik dia kat sekolah hari Ahad pukul 5.00 petang.. Pak Radie kat rumah sebab tengah sibuk... 

Bercahaya muka aku bila tengok bas dah sampai... Berdebar-debar ok.. Rasa teruja dan rindu gitu.. 

Tapi tak nampak pon anak aku mana???? Haishh risau.

Rupanya dia kat celah bas.. tunggu turn amik bag.. 

Muka masam.. Tak happy macam budak-budak lain.. Whyyyyyyyyyyyyyyyyy???? Tapi aku tak tanya lagi.. Aku biarkan je.. Ngan kasut tak berikat.. 

Ni pun aku paksa senyum.. Pastu muka masam terus masuk kereta.. 

Aku tanya.
Kasih best tak camping??? Citer la...
Tak. Kasih tak nak pegi camping lagi.
Tak best???? Kenapa?
Takde apa.
Haritu Kasih yang beria nak pegi, ni dah tak best pulak?
Mama, Kasih nak keropok Contoz boleh?
Ok kang kita singgah ok? 


Mama, tadi kat Resort tu Kasih singgah kedai tu.. Kasih nak beli Contoz.. Pastu kedai tu kena bukak kasut.. Kasih bukak kasut, lepas tu tetiba hujan lebat.. Kasih lari pegi kat bas, baju kasih semua basah kuyup.  Semua basah sebab tu Kasih tak ikat kasut tu.. Lepas tu dalam bas kerusi kasih semua basah.. Sejuk.. Kawan-kawan ejek Kasih kencing dalam seluar.. *sambil cerita teresak-esak*

omg, type ni pon mata aku berkaca-kaca.. 

Sempat tak beli contoz?
Tak.

ok, masa ni aku tahan air mata dari menitik, gila mak kasih ni emo sangat huhu.. gila kau, anak teringin nak makan pastu tak sempat beli, masuk bas basah kuyup kene ejek plak kencing dalam seluar.. Ko bayangkan berapa jam dari Bentong nak sampai Putrajaya tu? Tak menggigil ke dia kesejukan? Huwaaaaaaaaa.. Tapi macam biasa, aku akan buat-buat jadi emak yang berhati waja dan kental.

Ok jom kita beli contoz, Kasih nak beli lain-lain  pon boleh ok?  Eh siapa yang ejek Kasih? Budak lelaki yeh?
Lelaki ngan Perempuan.

Kenapa Kasih tak jawab? Kalau mama dah jawab dah "Eh orang kene hujanlah, tak nampak? tak nampak???? Tupun tak tau ke?? 

Tu jawapan untuk anak.. Kalau betul-betul rasa nak tumbuk je.. berani ketawa-ketawakan anak ai???? 

Sayanggggg.. Tapi kejap je.. malam tu dah bertekak sebab bergaduh ngan adik hahahahaha... Suka nau menyakat orang.. Dia kalau menyakat adik dia, tak nangis tak sah.  grrrrrrrrrrrrrrrr... 

Yang Pak Radie pulak sibuk whatsapp.

Kat mana? 
Kat mana?
Lagi 5 minit nak sampai bagitau.


Eh nak bentang red carpet ke apa ni? Lagi over.

Sampai je tengok dua orang budak ni berlari-lari ngan sepanduk.. Omg, so sweet... apak korang ni memang sweet.. Tapi takde pon sweet kat ai.. Eh ada dulu aku balik kursus tengok dalam rumah dia tampal-tampal, welcome home mama.. Eh ok ok.. dia memang sweet ;)

Hahah ada yang komen kat ig ke fb ntah.. Ni baru gi kursus 3hari 2mlm.. Kalau balik dari study overseas silap-silap siap bunga manggar hahahhaha.. Itu confirm!

The Kasihs.. Mama sayang semua anak-anak mama.. Sorang tak de, terus rasa kehilangan..



Love, 
Filla.