Wednesday, April 17, 2019

3 KETUL KASIH

Hellooo.. now entry pon update guna phone malam2 so esok pg baru publish.  Pastu  baca entry lama-lama macam tahun 2013 banyaknye aku merepek time tu.. ada je benda nak sembang pastu rasa mcm wow kelakar gak aku ni dulu muahahha... now dah tua macam x kelakar dah hidup so serious hahaha..

Kemain lagi korang mengata aku kat dm ig kan... "Kak, udah-udahlah Apple Strudle tu, mana entry baru?" Muahahahha ko kutuk Apple Strudle tu yeh?

Sepeninggalan blog ni, anak-anak Kak Pilla pon dah besar panjang and melampai dah tingginya.. Kasih dah tinggi dari aku kot? Fuhhhh x sedar anak dara dah dia dan tanak bergambar dah sgt skrg ni... 

So yang banyak pon gambar Amaani ngan Icha je..

Nahhhh kemain tinggi dah diorang sekarang.. Lagi-lagi Icha tu jenis halus tinggi.. kat class dia pon dia antara yg tinggi.. dah 6 thn dah Icha.. Amaani dah 9 tahun, mak dia baru 28 tahun ;)

Amaani dah remaja.. haritu kurus kering, ni dah berisi balik sebab dia ni semua benda dia telan.. sama macam mak dia suka makan nasi dgn lauk.  now dia suka Black Pink asik tejoget2 je and paling dia suka Jenny tu.  Amaani byk sama perangai mcm aku sikit.. maybe sbb anak no2 sama macam aku.  Akal panjang ni byk je agenda dia.  Garang pon dia jugak.. dan dia ni jenis pukul 10 dah ngantuk.. Cepat naik hangin tapi cepat sejuk.. senang gila tidur, letak kepala 5 minit dah gone hahaha sama mcm mak dia.

Kat sekolah pon ada gang kamcing and dia ckp dia famous kat sekolah hahah perasan pon no 1 dia ni.. gang dia kebanyakan gang pengawas.  Dia cakap siapa nak gang dgn dia tak boleh makan comot.. ek eleh boleh yek mcm tu?  Dia ckp sorang ni dah diterima masuk gang sbb amaani dah ajar dia cara makan ayam drumstick supaya tak comot.. dulu dia mkn comot mamaaaa!! Dasyat sungguh kriteria org boleh masuk gang dia.  Pemalas, x suka siap homework semua tak leh masuk gang hahhahaa

Ni Icha.. Paling rajin kat rumah.. Rajin tolong bibik lipat kain.. dan memang boleh harap kalau suruh apa-apa.  Dia ni cermat sikit tak suka buat kerja main hentam-hentam.  Kalau makan pun dia paling tertib sekali.. Bersih je pinggan dia.  Paling rajin siapkan homework Kumon jugak.  Tapi dah 6 tahun pun aku kena teman dia tidur.  Walaupun dah lama dia tidur bilik sendiri dgn kakak-kakak dia.. tapi aku masih diperlukan time nak tidur.. Aku kena tidur sebelah dia sampai dia dah tidur baru aku boleh blah dari situ.. dan dia sentiasa kena ada barang dia pegang sampai dia tidur.. tak kira lah barang apa pun dia suka pegang.  Haritu lagi kelakar dia genggam limau purut kiri kanan.. Tanjat sis hahaha.. Dah macam tok pawang kau dah kenapa???? 

Dia paling manja dengan Papa jugak.. makan hati lah sissss... Bekejar amikkan air atau makanan bila papa balik dari work.  aku tak kuasa nak jealous ke apa.. tengok pakai ekor mata je perangai yang satu ni.. Kalau time makan pulak, kitorang akan makan sama-sama kat meja makan.. dia akan duduk setia takkan makan selagi papa belum join kat meja.. Fuhhhhh terlalu setia ni.. kalau ada boipren memang syoklah boipren ko dihargai sebegitu rupa *matakeatas*

Aku tak pernah sangka anak aku 3 orang.. Memula ingat sorang je anak aku si Kasih tu.. Aku ni garang tak reti nak manja-manja dengan anak..yang aku tau, semua kat rumah kena ikut peraturan.  Bila anak dah 3 orang ni hahhhh hambekkkk semua lain-lain character dia.. Kasih ni dah besar lebih close dengan aku dari bapak dia.. Semua cerita mengadu kat aku je.. anak dara kannnn.. Mak kau buat sporting je lah.. Kalau dia cerita tu bersungguh-sungguh.. pastu dia tanya "Mama ni dengar ke tak Kasih cerita? Tak kelakar ke mama?".. Selamba je aku jawab "Tak kelakar Kasih, please try harder"
Nyampah je dia tengok aku muahahahhahaha..

So itulah yang dapat Kak Pilla share pasal anak-anak di entry kedua tahun 2019 hehehe.. Harap entry ke3 akan menyusul esok pagi.. Malam ni sebelum tidur sis cuba update pakai phone ye.. terkebil-kebil menaip dahlah rabun!!!

Thanks ramai dm dekat beratus kot dm aku dapat bagi sokongan untuk update blog sebab dah kurang bahan bacaan kahkahkahhh.. Padan muka kena baca entry tak berapa berilmiah dari sis..

Adios see ya later.



Love, 
Filla.

9 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kemon sissss..update lagi..hahahaa..peminat setia menanti nih.. :)

Izwa Kamaruddin said...

Kemonnnn sis...update lagi! Peminat setia menunggu nih! pastu paksa pulak kak elly & peej update sekali tau...

Anok Pok Mat Kapok said...

Dh lame rupenye follow blog kak pilla. Dr zaman ani tomato lagi. Membawak sampai ke Ichaa dh besar

Shima Ahmad said...

Aah betul tu..paksa sis elly dgn sis pija update blog sekali hehe..i follow blog uols dari zaman anak uols kecik2 sampai la uols jadi usahawan sekarang ni..i jugak pembeli setia fame cosmetics hehe..keep on writing guys! Tak berilmiah pun ktorg baca jugakk haha

AIN said...

hari hari update pliss..😘😘😘

Anonymous said...

berjaya juga updateeeee... haha tahniah kak pilla

Anonymous said...

akhirnya sis da ada aktiviti waktu rehat... baca blog kak filla.... haha. ni la aktiviti dolu2...yg dah lama ditinggalkan..tq kak filla..... jgn berhenti menulis... kelakar tu masih berbisa...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

masih ada sisa-sisa kelakar haha

animed said...

Sis, sama la kita. Saya igt saya ni mcm bukan sorg ibu mithali penuh kelembutan gitu. Tapi ok ja kot karakter mak2 cam kita ni. Janji kita sayang anak kita kan. Tapi saya ada 3 anak laki. Mmmg selalu kalah la ngn depa walaupun saya dah jadi raksasa.